Aishah Rahim's Diary

Tuesday, July 13, 2010

Sebelum Minggu Ke-36.

Oleh kerana agak malas nak buat entry panjang lebar, maka kita mulakan hari yang indah tengahari ini dengan gambar-gambar barangan yang harus dibeli sebelum menjejakkan badan ke minggu ke-36.

Masuk aje minggu ke-36, tolong duduk diam-diam dalam rumah. Jangan berangan nak berjalan atau shopping mopping lagi. Tarik nafas dan hembus. Fuh.


Nursing Cover.
Boleh beli online kat MyPermataHati.


Nursing Bra.
Pon boleh beli online kat MyPermataHati.


Breast Pads.
Yang ini beli kat supermarket pon boleh.
Credit gambar : Google



Nipple Cream.
Yang ini cari kat Watson berlambak-lambak.
Credit gambar : Google




Thermometer.
Yang ini kena cari kat Pharmacy kot.
Credit gambar : Google




Set Selepas Bersalin Air Mancur.
Murah dan tidak ralat kalau tak makan. :p
Credit gambar : Google



Tungku Moden.
Including Mandian Aura + Beg Simpanan Khas + Tungku Bayi = RM120
Boleh beli by set kat MySetBersalin.




Bengkung Zig Zag.
Yang ini tak payah beli pon takpe.
Tapi hati macam gatal nak beli. :p
RM55 kat MySetBersalin.



Orait. Tinggal ini aje. Selepas dah sedia semua ni, kita boleh;

SLEEP dengan LENA. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 9, 2010

Seciput Ilmu Breastfeeding.

Kredit To Google & MyPermataHati


Aku dah beli buku ni sikit punya lama. Adalah 2-3 bulan yang lepas kot. Tapi, baru semalam aku berkesempatan nak baca dengan kusyuk dan mentelaah siap buat nota bagai. Terasa macam nak amik SPM. Buat nota cantik-cantik siap highlight warna warni. Nota SPM pon tak rajin macam gini. Haih.

Macam yang pernah aku mention sebelum ni, aku ni jenis over memikir sesuatu masalah. Padahal benda tu jauh lagi nak ngadap. Niat nak full breastfeed adalah contoh terdekat. Aku asyik fikir 24 jam pasal breastfeed. Macam mana nak pump? Macam mana nak simpan stok? Macam mana itu? Macam mana ini? Sampai pening kepala aku dibuatnya.

Jadi, semalam adalah hari yang bahagia. Aku dah dapat seciput ilmu yang boleh melegakan hati aku sendiri. Maksud aku, benda yang aku tak faham, sekarang dah faham sikit. Dah nampak flow. Dapatlah membayangkan step by step breastfeed journey aku nanti.

Mari kongsi sikit, ilmu apa yang aku dapat semalam.

*********************************************

LATIHAN MEMERAH

1) Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran.

2) Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas selama 5-10 minit dan keringkan).

3) Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama-kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.

4) Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih.

5) Perah susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup.

6) Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk.


Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya


Okeh. Nombor 2 sampai nombor 6 adalah basic. Aku baca sekali pon dah faham. Tapi, part nombor satu macam confius sikit. Dia kata, berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran. Aku baca dan rujuk jadual kat atas berpuluh kali. Sampailah aku buat jadual buatan akal sendiri. Mari tengok tahap kefahaman aku;

Hari Pertama : Direct Feeding
Hari Kedua : Direct Feeding
Hari Ketiga : Direct Feeding
|
|
|
Hari Ke-12 : Direct Feeding
Hari Ke-13 : Direct Feeding
Hari Ke-14 : Direct Feeding

Maksudnya, dari hari pertama kelahiran baby hinggalah 2 minggu usianya, hanya direct feeding diberikan.

TAK PAYAH PUMP
.

Latihan pump dimulakan mengikut jadual buatan sendiri kat bawah ni;

Hari ke-15 hingga hari ke-17 (3 hari)
Pump & Simpan (Pagi Sahaja)
Direct Feeding seperti biasa.
(Jumlah EBM = 3 Botol)

Hari ke-18 hingga hari ke-20 (3 hari)
Pump & Simpan (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja)
Direct Feeding seperti biasa.
(Jumlah EBM = 6 Botol)

Hari ke-21 hingga hari ke-23 (3 hari)
Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja)
Direct Feeding seperti biasa.
(Jumlah EBM = 9 Botol)

Hari ke-24 hingga hari ke-26 (3 hari)
Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)
Direct Feeding seperti biasa.
(Jumlah EBM = 12 Botol)

Relevannya memulakan latihan perahan mengikut jadual kat atas tu adalah bagi membiasakan badan kita sebelum kembali mula bekerja. Nanti, bila dah naik kerja, pumping session akan berjalan macam gitu jugak.

Paling best ialah jumlah EBM yang dikumpul sepanjang latihan memerah tu. Kalau tak skip latihan pumping tu, kita boleh dapat 30 botol tau. Itu semua akan jadi stok sebelum mula bekerja nanti. Boleh jugak digunakan kalau ada emergency sepanjang dalam pantang. :)

Dah belajar buat stok. Bila pulak nak bagi baby?

LATIHAN BAYI UNTUK MINUM SUSU IBU PERAHAN

1) Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berusia 1 bulan atau selepas 4 minggu.

2) Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Bagi ibu yang bekerja shift, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.

Jadual Latihan Pemberian Perahan Susu Ibu Kepada Bayi
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya


Hari ke-27 hingga hari ke-29 (3 hari)
Beri Stok EBM (Pagi Sahaja)
Pump & Simpan (Pagi Sahaja)
Direct Feeding (Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)

Hari ke-30 hingga hari ke-32 (3 hari)
Beri Stok EBM (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja)
Pump & Simpan (Pagi & Pertengahan Pagi Sahaja)
Direct Feeding (Tengahari & Petang)

Hari ke-33 hingga hari ke-35 (3 hari)
Beri Stok EBM (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja)
Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi & Tengahari Sahaja)
Direct Feeding (Petang)

Hari ke-36 hingga naik kerja
Beri Stok EBM (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)
Pump & Simpan (Pagi, Pertengahan Pagi, Tengahari & Petang)
Tiada Direct Feeding Waktu Siang

Ini mengikut apa yang aku faham melalui jadual kat atas tu. Tapi, mengikut kewarasan akal fikiran & naluri seorang ibu, takkan lah nak bagi EBM sepanjang pantang gitu kan? Pandai-pandai lah kita olah sendiri bilakah timing sesuai untuk start latihan memerah dan latihan pemberian susu perahan.

Mungkin contoh kalendar kat bawah ni boleh membantu.


Kalendar Memulakan Pemerahan & Pemberian Perahan Susu Ibu
Kredit untuk; Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya


*********************************************

Bila dah faham sikit demi sikit, semangat pon makin meningkat. Insya-Allah.

"Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku. Banyakkanlah susuku untuk bayiku. Dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Amin."



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 6, 2010

GL & Surat Permohonan Bersalin - DONE!

Semalam, tengah sibuk-sibuk buat kerja kat office, terdengar lah pulak perbualan seorang cikgu ni dengan kerani kat dalam pejabat aku tu. Cikgu ni mengandung jugak. Cuma, aku awal 2 minggu dari dia. Cikgu ni mintak tolong kakak kerani tu buatkan Guarantee Letter (GL) dan Surat Permohonan Bersalin. Aku pon tersedar dari mimpi;

"Aku punya tak siap lagi weh!!"

Teruslah gigih meminta kakak kerani tu borang kosong untuk ditaip sendiri. Dan pagi tadi, dengan semangatnya telah sampai awal ke office semata-mata untuk menaip GL dan Surat Permohonan Bersalin dengan titik peluh sendiri (berpeluh ke??). Siap-siap cop Ketua Jabatan semua dan terus hantar masuk bilik Bos untuk di sign.

Hasilnya??

Taaraaaa!!
Telah masuk dalam sampul siap-siap.
Over betul buat sampai 3 keping GL. :p


Balik ni, dah boleh masuk dalam Mommy's Bag terus. Senanglah sikit kalau emergency nak bersalin ke hape, boleh angkut dan berlari sepantas kilat. Fuh. Ada hati nak berlari konon. Nak berjalan laju pon kena Istighfar banyak kali.

Keadaan kesihatan sekarang boleh dikatakan so-so aje. Tapi masih bersyukur. Takdelah berada dalam tahap kritikal sangat. Jalan dah kena slow-slow. Tak boleh nak lompat-lompat, goyang-goyang dan joget-joget lagi. Nak bangun dari duduk yang lama pon kena amik step by step. Kalau bangun secara mengejut, mesti kena renjatan elektrik dari dalam.

Kaki dah bengkak. Belakang badan dah lenguh. Tengkuk dah sakit. Lower abdomen dah ngilu. Breast dah berdenyut.

Tapi takpelah.....

Tendangan Super Cosmos dari dalam mengubat segalanya. :)

Sebelum bersurai, mari buat undian beramai-ramai.




Mana lagi comel? Yang atas atau bawah?

7 weeks to go, baby.
Mama can't wait to give you all my love.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 28, 2010

Selamat Datang Ke Hospital!

Belum lah. Belum admit hospital lagi. :p

Well, aku masih lagi di office sedang bersenang lenang. Keadaan kesihatan dua tiga hari ni makin merundum. Sejak rabu lepas, flu + sore throat + batuk menyerang tanpa bagi salam. Memang sengsara bila badan dah berat macam ni, kita menderita selsema dan batuk pulak. Terasa nak baring sepanjang masa. Haaaih, kalaulah boleh. :(

Hujung minggu ni jugak, telah mengisi masa dengan membuat persediaan untuk ke hospital. Yes, kedua-dua beg untuk Emak dan Anak telah siap sedia untuk diangkut. Punyalah tak sabar nak duduk hospital. Macam nak pergi honeymoon.

Belah kiri beg Emak.
Belah kanan beg Anak.


Punyalah suka warna coklat. Sampai semua benda berkaitan baby pon nak beli warna coklat. Macam tema nak kahwin. Anak pertama kita pakai warna coklat. Anak kedua warna maroon. Anak ketiga guna warna gold pulak. Anak keempat terjah warna merah. Hahahahampeh betul.

Oh yeah. Mari lihat apa yang ada dalam beg kami.

Beg Hospital Emak
1. Buku Rawatan Merah - LAST MINUTE
2. Kad Pengenalan - LAST MINUTE
3. Guarantee Letter - LAST MINUTE
4. Telefon Bimbit - LAST MINUTE
5. Kamera - LAST MINUTE
6. Baju / T-Shirt - DONE
7. Kain Batik - DONE
8. Tudung / Skaf - LAST MINUTE
9. Stoking - DONE
10. Baju Dalam / Seluar Dalam - DONE
11. Tuala Muka - DONE
12. Peralatan Mandi - DONE
13. Tuala Mandi - DONE
14. Bedak - DONE
15. Sikat - DONE
16. Maternity Pad - DONE
17. Pad Biasa - DONE
18. Breast Pad - NOT YET
19. Baju Sejuk - DONE
20. Selipar - LAST MINUTE
21. Beg Plastik Baju Kotor - DONE
22. Minyak Angin / Urut - NOT YET
23. Beg Pakaian Emak - DONE

Bakul Hospital Emak
1. Air Selusuh - NOT YET
2. Air Zam-Zam - NOT YET
3. Makanan / Minuman - NOT YET
4. Termos Panas - NOT YET
5. Majalah / Buku / Al-Quran - NOT YET
6. Tisu - NOT YET
7. Bakul - NOT YET

Beg Hospital Anak
1. Pampers New Born - DONE
2. Baju Siang / Malam - DONE
3. Seluar Siang / Malam - DONE
4. Mitten & Booties - DONE
5. Bedung - DONE
6. Barut - DONE
7. Topi - DONE
8. Selimut - DONE
9. Tuala Mandi Baby - DONE
10. Tuala Muka - DONE
11. Baby Wipes - DONE
12. Baby Bath - DONE
13. Baby Shampoo - DONE
14. Baby Powder - DONE
15. Baby Lotion - DONE
16. Baby Oil - DONE
17. Minyak Yuyi - DONE
18. Vicks - DONE
19. Minyak Telon - DONE
20. Diaper Beg - DONE


Nampak tak barang baby semua dah siap? Semua barang baby pon DONE. Tapi barang Emak madang NOT YET dan LAST MINUTE. Nampak sangat kasih sayang telah berbelah bahagi sekarang ni. Demimu Anak. Hahahaha.

Barang Emak boleh settle dalam sekelip mata. Tak ada apa nak risau sangat. Tapi risau jugak lah selagi tak settle. Asyik terfikir-fikir. Memang resmi hidup macam ni. Selagi tak selesai, selagi itulah asyik memikir. Ada beberapa perkara lagi nak kena beli dan sediakan. Should be okay kalau last minute sikit. Tak apalah, bukan barang penting sangat pon.

Tapi, Set Selepas Bersalin adalah benda penting tapi tak beli lagi. Kepala tengah pening tak tahu nak makan jamu, vitamin atau homeopati sahaja. Pergi sana sini asyik tanya orang lain pakai set bersalin apa. Dah macam desperate sangat dah. Lepas tu, soalan susulan mesti pasal breastfeed. Contoh soalan ialah;

"Awak dulu pakai set bersalin ape ye?"

"Full breastfeed tak?"

"Effect kat baby tak?"

Kalau ikutkan hati, aku nak makan vitamin atau homeopati aje. No effect untuk breastfeed baby. Pilihan dalam hati ialah Shaklee atau Salindah. Tapi Emak kata, nanti dalaman badan lambat sembuh. Tak panas. Lambat mengecut dan bla bla bla. Tak tahulah Emak amik fakta dari mana. Jadi, sebagai anak yang mendengar kata *echeh*, maka jamu jugaklah yang sedang di survey.

Beli yang murah sudah. Kalau tak makan, takde ralat sangat.

Lagi satu persediaan lain. Tukang Urut. Yiehaaa.

Tadi telah menelefon tukang urut. Cik Peah nama dia. Rumah dia agak dekat jugak lah dengan rumah aku. Sudah decide untuk ambil Cik Peah sebagai tukang urut semasa berpantang nanti. Tak tahu lagi nak berurut berapa hari. Tak mahulah lama-lama. Penat tau kena urut-urut ni.

Charges yang dikenakan sangatlah okay. Param + pilis + tungku + bengkung + mandi baby = RM40/1 hari. Yeah babeh. RM40 only. Aku pon macam ye tak ye makcik ni charge aku. Sebab aku dah tanya ramai makcik-makcik lain. Ada yang charge RM50 untuk urut sahaja. Campur mandi baby kena up RM20. Total up RM70. Transport pulak kita kena ambil dan hantar. Ha. Mana kau nak?

Cik Peah kata tadi, kalau nak datang untuk 'tengok perut', boleh lah datang. Aku yang blur pon kata okay. Lepas letak telefon, terus terfikir. Cik Peah nak tengok perut macam mana? Dia ada mesin scanning macam kat hospital tu ke?

Hahahaha. Blur-nya kau ni Aishah!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 23, 2010

Jangan Suka Menyumpah Anak.

Entry ni aku buat untuk mengingatkan diri aku sendiri. Mungkin juga boleh diguna pakai dan ditokok tambah oleh korang-korang semua. Bukannya apa, kita ni kadang-kadang terlancang mulut. Tapi, hati tak sampai.

*******************************************
Situasi 1

Seorang kawan lama datang ke rumah. Sementara menunggu aku bersiap, kawan aku ni dok berborak lah dengan Emak. Telinga aku dapatlah tangkap butir bicara mereka.

Emak Aku :
Lasak anak awak ni *polan. Bagus. Budak cerdik ni.

Kawan Aku :
Hehehehe. Memaaaang Mak Zah. Anak kita ni gangster. Semua budak takut nak main dengan dia. Geram kita dibuatnya. Hehehehe.

Emak Aku :
Jangan cakap gangster. Tak baik. Doa ibu tu.

Kawan Aku :
Betul Mak Zah. Dia ni macam gangster. Hehehe.

*******************************************

Situasi 2

Rumah kami ni, rumah flat. Jadi, kalau jiran sebelah kena pukul bantai atau gaduh laki bini ke hape, confirm orang sebelah boleh dengar punya. Ini bukan nak busy body tau.

Jiran Sebelah :
Kau pergi main kat padang eh?? Tak reti balik eh?? Maghrib baru nak cari rumah!! Haaa?? Apasal kau ni jahat sangat ha?? Degil nak mampus!!! Celaka betul!! Mati lah kau hari ni aku buat eh?? Mampus kau aku kerjakan!!!
*Sambil membantai anaknya yang berusia 7 tahun*

*******************************************

Emak selalu pesan kat aku;

Jangan suka menyumpah anak. Jangan suka maki anak. Jangan cakap benda yang tidak elok depan anak. Tiap percakapan dan panggilan ibu tu satu doa. Buruk yang kita gelar, buruk lah jadinya.

Sebab tu aku jadi culture shock sikit bila pergi mana-mana. Lagi-lagi time sekolah dulu. Memang meremang lah bulu roma aku bila kawan-kawan dengan selamba menggunakan perkataan-perkataan 'suci' seperti;

"Aku punya pen lah, bodoh".

"Mana pemadam aku, sial?".

"Peh, muka dia tak nak macam puk*m*k pulak kan...?".

"Babi lah kau ni".

Aku memang pantang okeh. Memang pantang.

Eh, berbalik kepada kisah menyumpah anak tadi.

Bukan kita tak boleh langsung mengajar anak. Boleh. Ajarlah. Tu kan anak kau. Tanggungjawab kau. Tapi gunalah perkataan yang semenggah sikit. Tak payah maki-maki dan menyumpah seranah. Tiap butir bicara yang keluar dari mulut ibu bapa ni, anak akan ingat. Dia rekod dalam kepala.

"Bapak aku boleh cakap babi. Kenapa aku tak boleh?".

Lagi satu, kau nak pukul anak kau, pukul lah. Tapi jangan keluarkan perkataan mati, mampus dan seangkatan dengannya. Esok-esok, kalau anak kau tu betul-betul mati, menangis air mata darah pon dah tak guna. Kan?

Lagi satu. Lagi satu. Perkataan celaka.

Mulut aku pernah kena tepuk dengan Emak masa anak sedara aku terpecahkan gelas. Masa tu, perkataan celaka automatik keluar dari mulut aku. Emak aku punya hangin tak usah cakap lah. Merah-merah mata Emak menerangkan pada aku;

"Awak cakap celaka. Awak tau apa maksud dia? Awak nak ke hidup anak sedara awak jadi celaka? Haa? Bercakap guna otak. Jangan pakai hati aje. Asyik sebut celaka. Nanti betul-betul kehidupan jadi celaka. Faham?"

Kalau boleh, perkataan bodoh pon cuba elakkan. Kalau kita asyik panggil dan sebut anak kita bodoh aje, bila masa anak kita tu nak pandai?

Tak gitu Cik Senah? :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015