Thursday, December 1, 2011

Breathing Technique Hypnosis Method


Ini adalah entry auto-publish. 

Hari ini, saya sengaja bercuti sebab nak rileks-kan badan di rumah. Tersangat penat minggu ini menghadapi hidup yang berpeluh-peluh. Tak tahulah kenapa harus memilih hari Khamis begini. Hari Jumaat sudah kena naik kerja semula. Hahahaha. Rasa macam bodoh pulak main isi borang dan pilih tarikh sebarang. Haih.

Hari ini juga sudah masuk bulan Disember kan? Sekejapan masa berlari meninggalkan kita. Terasa macam baru sahaja masuk ke tahun 2011. Menyambut ulangtahun ke-26 pertama kali secara bertiga. Kemudian, sambutan ulangtahun perkahwinan yang kedua pula. Diam tak diam, disahkan pula mengandung kali ketiga pada pertengahan bulan April dan mula berkongsi bersama rakan pembaca sekitar bulan Jun

Blog ini menyimpan terlalu banyak kenangan hidup saya. :)

Sabtu ini (3 Disember 2011), akan genap kandungan ini berusia 39 minggu. Seriously, terasa cepat sangat masa berlalu. Saya tak tahu apa yang harus dijangka. Kesakitan labour itu sudah pasti kan? Tapi, bagaimana untuk saya hadapi dengan tenang dan tenteram? Sudah anak ketiga, tapi masih takut hadapi saat-saat labour. Saya pasti, sampai anak yang kelima pon, saya akan tetap takut begini. 

Beberapa minggu yang lepas, saya terima email dari 'E', seorang rakan pembaca yang pernah berkongsi cerita di entry yang ini. So nice of her sebab sudi bertanya khabar saya dan mengucapkan selamat untuk delivery process saya yang akan menjengah pada bila-bila masa dari sekarang. 

'E' berkongsi cerita tentang sahabatnya yang baru sahaja deliver baby sekitar bulan lepas. Apa yang menariknya, sahabat 'E' ni mengamalkan Breathing Technique Hypnosis Method yang berjaya mengubah rasa sakit contraction kepada rasa rileks dan tenang. 'E' minta saya google kalau nak tahu lebih lanjut.

"Thanks E, it really helps!"

Saya tak katalah saya akan berjaya hadapi labour dengan tenang nanti. How should I know kan? Masanya belum tiba. Tapi, sejak beberapa hari ini, bila sahaja saya dalam keadaan tidak tenang memikirkan labour, saya akan aplikasikan breathing technique yang saya baca dan belajar. Hasilnya, saya boleh jadi tenang dan segala ketegangan berlalu sedikit demi sedikit.

Ini apa yang saya amalkan.

Bila saya mula tidak tenang, saya akan pejam mata sambil ibu jari menekan dahi (kedudukan antara dua kening). Pejam mata rapat dan tarik nafas melalui hidung sambil dalam hati membaca "Lailahaillahanta..." kemudian hembus menggunakan mulut sambil dalam hati membaca "Subhanakainikuntuminnalzolimin..."

Kalau ikutkan kaedah sebenar Hypnosis Method tu, dia ajar kita guna pernafasan dengan ratio 20:20. Sambil tarik nafas guna hidung dan fikirkan "RE..." (20 saat), kemudian hembus guna mulut sambil fikirkan "LAX..." (20 saat). Tapi saya tukar RE-LAX tu jadi Doa Nabi Yunus. So, dalam kita sakit dan cuba aplikasikan kaedah pernafasan tadi, kita boleh tambah bertenang. Insya-Allah.

Sekarang ini, memang setiap hari saya amalkan teknik pernafasan ni. Waktu dalam kereta, waktu tengah tengok TV dan kadang-kadang sambil memasak. Sampaikan Wahid ingat saya dah sakit siap pejam-pejam mata begitu. :D

Saya harap, saya masih mampu aplikasikan teknik ini di dalam labour room nanti. Saya betul-betul nak rileks. Saya tak nak gelabah dan tertonggeng-tonggeng macam masa Nashrah dan Nashriq dulu. Harapnya, impian saya ini berhasil. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. Kite copy dan print. Nak cuba amal dari sekarang. Hafal lagi bagus sebenarnye hihi. Maklum lah. Otak neh space kecek. Hihihi

    ReplyDelete
  2. ms p kelas anetanal dl ainul ada belajar.mmg berkesan la.walaupun czer lps abis ubat bius mmg sakit la.so buat technique breathing ni berkesan la.lg 1 borak2 dgn husband, main teka teki, main game..lupa jap psl sakit.hehehehe..oh ya pakar dl penah cite nk cepatkan bukaan & kurangkan sakit berjalan atau pun menari.menari la dgn husband.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah semuanya akan ok nanti Aishah..;) Nak amalkan jugak la..thanks for the info..;)

    ReplyDelete
  4. sy pun takut sgt nk beranak...skrg ni pun da gugel mcm2 petua nk mudahkan bersalin n mcm mana nk control kesakitan time dlm labour room nti... mg urusan kita dipermudahkan...ameen

    ReplyDelete
  5. @Reen : Hahaha. Sama dengan akak. Ram otak kurang 1GB. :D

    @Ainul : Haa? Menari? Malam ni nak buatlah! Thanks Ainul! :))

    @Yantie : Thanks Yantie. Doakan ye?

    @Faizah : Amin. Semoga urusan kita semua dipermudahkan. Take care Faizah!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015