Aishah Rahim's Diary: Blogger Gathering

Showing posts with label Blogger Gathering. Show all posts
Showing posts with label Blogger Gathering. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Tiram Indoor Water Park Review.

Entry ini telah terperap dalam draft selama 2 bulan. Memang tak bertauliah betul jadi blogger macam aku. Orang lain sikit punya cepat me-reportkan aktiviti harian. Aku pulak nak kena tunggu sampai 2 bulan baru nak publish. Heeee. :))

******************

Actually, review pasal Tiram Indoor Water
Park ni dijalankan pada 15 Februari 2011. Kau bayangkan berapa lama aku peram cerita ni? Lama gila okeh. Sikit punya pemalas nak berblog skang. Idea menulis dah menipis. Kesian Kid menunggu entry ni sikit punya lama. Dahlah kononnya nak buat BGWS kali kedua kat sini. Skang baru nak review? Memang Wasallam.

Aku tau pasal Tiram Indoor Water Park ni dari Mimie Mama Shifa. Kat JB ni memang kurang taman tema cenggini. Lebihnya tempat berendut tengah panas yang entah hape-hape. Kalau rasa nak mandi-mandi kena pergi jauh sikit macam kat Kota Tinggi tu. So, macam tak syok lah nak jalan jauh sangat kan? Jadi, bila Mimie kata kat Tiram ada Indoor Water Park, aku pon ajak Wahid gi review.

Tempat dia memang boleh tahan best. Mak Ayah kalau nak join terjun pon boleh. Lagi pulak kalau hantu berendam macam aku suami isteri, memang terasa indah lah dunia ni. Kekekekeke. Nak pi swimming pool kat manalah nak cari kan? Jadi, bila ada taman tema cenggini, seronok sket.

Baiklah. Mari kita mulakan dengan gambaran ringan. Cheh wah.

Pintu masuk ke Tiram Indoor Water Park.
Beratur Kak. Jangan tak beratur.



Bayaran masuk ke Tiram Indoor Water Park.
Bagi Ibu Ayah yang tak masuk dalam kolam, bayaran adalah separuh harga.



Locker tempat penyimpanan barang.
Tak pasti pulak kena bayar ke hape.



Inginkan boya aneka pilihan?
Sila ke The Paul Shop. Echeh.



Terlupa bawa baju dan seluar?
Takpe, boleh beli atau sewa di Nemo Shop. Heeee. :))



Lapar setelah penat berendam?
Kita makan duluuuuuu!!



Untuk yang tak mahu berendam, boleh lepak sini
Wi-Fi disediakan. Best kan? :))



Banyak gila tempat menunggu / melepak.
Anda pilih mana yang anda suka.



Orait. Dah habis gambar-gambar facilities yang disediakan. Sekarang, mari kita bergerak ke gambar-gambar klimaks. Ewah bercakap macam hebat pulak kau kan. :p


Main gelongsor di dalam air?
Aku chop yang ini!!



Pancutan air yang menyamankan.
Errr, berbunyi aneh di situ.



Jaws di udara?
Ajaib tapi benar!!



Sesiapa yang tak puas main playground macam aku,
memang akan terkesima tengok playground cenggini.
Heeeeee. :))



Riang ria sana sini.



Main gelongsor?



Yehaaaaa!!!



Blur. Tapi nak upload jugak.



Hamboi budak ni. Bukan main lagi kau ye?



Tiba-tiba Paul sangat popular kat sini.

Fuh, lega sangat bila entry ni dah habis. Selesai hutang pada Kid. So, lepas ni, Kid bolehlah planning untuk 2nd BGWS pulak eh? Amacam BGWS, ada berani? :p

Sebelum mengundur diri, mari ubat rindu dengan Nashriq yang ikut sama melepak kat Tiram Indoor Water Park. Lepak aje masa ni. No mandi-mandi.

Sewaktu 5 bulan 21 hari.
Muka BORINGGGGGGG!!!

EDIT : TIRAM INDOOR WATER PARK NI KAT DALAM TODAY'S MALL, TIRAM.
(Thank you to Qas sebab ingatkan aku.)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 22, 2011

Update Laju Di Petang Selasa.

Yawwww! Baru puas main tenet pakai PC! :)

Sepanjang minggu ini, memang dah niat nak cabut antenna wireless PC office. Nak fokus pada kerja memandangkan audit nak masuk bulan 3. Seram okeh. Banyak benda nak kena setel. Sangat banyak. But please, stay calm. Taknak kelam kabut sangat. Nanti, badan sendiri yang sengsara.

Kesihatan tak berapa elok sejak semalam. Mula-mula sakit tekak dan badan 'dedo'. Harini pulak dah start selsema dan batuk-batuk. Kepala jangan cakaplah berpinar-pinar macam Roda Impian. Tapi terpaksa gagahkan jugak diri ke tempat kerja. Banyak benda nak settle. Haih.

Nashriq pon dah start selsema semalam. Sekarang ni musim lah kot. Kesian tengok dia tak nyenyak tido. Bila angkat kasi meniarap atas badan baru dia nyenyak. Tapi Mama dia lah pulak sesak nafas. Takpe. Takpe. Demimu anak, apa sahaja sanggup ku korban.

Ada banyak sangat entry bertangguh;

Entry khas untuk blogger Johor yang nak mandi-manda.
(Nanti eh Kid? Bila Aishah dah lapang, report menyusul.)

Entry Program Penyusuan Susu Ibu kat UTM, Skudai.

Entry Nashriq dah start solid food makan Bubur Ikan Bilis

Entry istimewa untuk Hannah.

Nantilah okeh. Kasi kepala lapang sikit. Dengan dada yang sesak dek batuk macam gini, memang tak concentrate nak karang entry.

Oklah. Nak cabut antenna wireless ni balik. Nak sambung kerja.

Bismillah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 1, 2011

Alkisah BGWS.

Hujan mulai turun sejak hari Jumaat (28 Januari 2011). Dalam hati memang dah tak sedap dah. Banyak kali cakap kat Wahid, macam mana kita nak berkelah makan-makan kalau macam gini gayanya? Dalam kepala merangka backup plan yang munasabah. Susah jugak jadi tukang organizer. Pening kepala sampai tak tido malam. Lepas ni memang takde dah. Boleh pass kat orang lain pulak organize. Hehehehehehe.

Sabtu malam Ahad tu, kat Facebook dah sibuk-sibuk bincang pasal hujan. Semua orang pon risau. Takkan nak redah jugak Hutan Bandar Mutiara Rini tu dalam keadaan hujan cenggini? Mahunya berbual sambil jerit-jerit. Pastu dengan keadaan anak-anak yang terdedah dengan hujan. Risau wooooo.

Takpelah, kita tunggu esok macam mana.....

Pagi Ahad masih hujan. Hantar message kat semua kawan-kawan. Dan kebanyakkan dari mereka pon rasa yang Hutan Bandar Mutiara Rini adalah tidak sesuai buat masa ini. Baiklah, Hutan Bandar Mutiara Rini, CANCEL.

TING! Backup Plan pertama muncul.

Fashya, Yanti dan Cira mencadangkan perjumpaan diadakan di Jaya Jusco Bukit Indah. Nak pot luck kat dalam Jaya Jusco? Boleh ke buat Jaya Jusco tu macam sendiri punya? Nak lepak mana? Makan kat mana? Anak-anak nak kasi main kat mana?

No. No. No. Jaya Jusco adalah tak privacy untuk berbual. Kita kena berbual pelan-pelan pasal orang kiri kanan akan pandang badi bila kita gelak sakan. Takkan nak bawak pot luck bukak kat food court? Kang tak pasal-pasal bergaduh dengan orang food court pasal makanan dia tak laku. Cececececece. Macamlah kau hebat sangat kan ayat cenggini. :p

Tiba-tiba datang idea dalam kepala untuk jemput aje datang ke rumah dan bergathering sesuka hati. Tapi, takut kawan-kawan tak setuju pulak sebab rumah aku jauh nun disana. Bincang dengan Wahid pasal cadangan dalam kepala. Wahid kata boleh, tapi kena bincang dengan semua dulu. Takut juga masa mula-mula tu. Takut dikata mementingkan diri atau nak menyenangkan diri sendiri pulak. Tapi niat sebenar ialah nak beri keselesaan dan keselamatan untuk semua.

Aku pon hantarlah message kat semua orang. Dayu orang pertama yang vote say yes. Orang kedua adalah Yanti. Fashya dan Kak Nani harus berbincang terlebih dulu dan akhirnya confirm datang bersama Jaja. Kid pulak, mula-mula tak dapat datang. Tapi second SMS cakap dah on the way. Hahahahaha. Paling sedih, Cira tak dapat join sebab terlari plan dengan suami manakala Mimie pulak tertidur walau rumah dia sekangkang kera je dari rumah aku. :(

Tapi, Alhamdulillah. Tak sangka semua sanggup datang. Jauh gila kalau nak difikirkan datang ke Tiram ni. Lagi pulak yang stay kat Taman Universiti macam Kak Nani. Beza Utara dan Selatan jauhnya. Tapi demi realisasikan niat nak bergathering, semua pon sanggup.

Malas ah nak cite panjang lagi. Moh tengok gambar.

Yanti dan anaknya Zahirah.
Zahirah ni kembar tak jadi Nashriq.
Due date sama tapi Zahirah dah keluar dulu. Heeee.




Nashriq dan Aunty Dayu.
Apalah si Nashriq tengok tu.




Kid yang cantik bersama Eisya yang comel.
Cha missing in action. Blur seh gambar.




Mee Hoon Goreng Cina bersama Lada Jeruk.
Tukang kacau / gaul adalah Encik Wahid.




Cupcakes yang dibawa oleh Dayu.
Katanya, sponsor dari Charmbakers.
Terima kasih Dayu dan
Charmbakers. :)



Air kotak dari Kid.
Air Tin dari Yanti.



Kek Batik dari Fashya.
Donut dari Jaja.
Gambar ni diambil selepas majlis.
Tak sempat snap masa baru-baru sampai. Heeee.



Kid dan Yanti sedang menjamu selera.



Eisya tengah main straw sambil diperhatikan oleh Ibu.



Zahirah bersama Ayahnya.



Si comel Husna yang suka pandang kamera.



Bertukar anak.
Fashya dan Myiesha.




Look at her. Sangat comel kan?
Jadi menantu makcik nak? Hehehehehehe.




Kasih dan Mamanya, Kak Nani.




Haqq yang sungguh mencuit hati.
Satu rumah gamat gelak ketawa sebab Haqq. :)))




KAMI. :))

Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar dan baik sekali walau macam-macam perubahan plan di saat akhir. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita buat lagi. Lepas ni, Kid pulak yang organize tau? Kita rotate-rotate? Amacam? Adil kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, January 24, 2011

BGWS : Apa Yang Perlu Bawa & Menu.

Sebenarnya tak ada nak update apa pon. Benda remeh je. Tapi dah dasar nak capai RM12K dalam masa sebulan mengikut topik Hot Chat di Hot FM, aku update lah jugak. Muahahahahaha ada hati nak capai RM12K dalam masa sebulan konon. Nak cecah RM10 pon makan bertahun. Tolong berhenti berangan ye Aishah. Kau ingat kau ARTIS?

Baiklah. Apa yang perlu dibawa masa BGWS?

1. Tikar untuk landing-landing.
2. Pinggan kertas nak buat makan.
3. Cawan kertas nak buat minum.
4. Sudu garfu plastik.
5. Plastik hitam nak buang sampah.

Ini benda common kot. So, siapa nak bawak eh? Sila undi. :p

"Ah kau ni Aishah mengarah orang. Kau bawak apa?"

Aku bawak Mee Goreng Cina yang warna putih tu. Itu ajelah yang aku biasa masak dalam kuantiti yang banyak. Nak buat benda lain tak berani lagi. Jadi, sesiapa yang confirm nak datang boleh kasitau awal-awal tak? Aku nak budget berapa bungkus mee nak masak. Please eh, kasitau aku kehadiran korang. Semangat nak masak ni. :))

Mengikut perbincangan, Dayu kata nak bawak cupcakes. Betul kan?

So, ada tak orang lain nak bawak makanan lagi? Air siapa nak bawak eh? Fuh aku tak pernah arrange event so macam pening lalat sikit.

Eh, dah cerita pasal makan. Kira gathering ni jadik la eh?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 19, 2011

BGWS : Tempat Dan Tarikh.

Update ringkas Blogger Gathering Wilayah Selatan (BGWS).

Hasil perbincangan ringkas dari aku, Dayu dan Fashya, kami sebulat suara memilih Hutan Bandar Mutiara Rini sebagai tempat bersuka ria, suai kenal dan sesi mengenyangkan perut. Boleh refer sini untuk gambaran tempat riadah berkenaan.

Tarikh yang dipilih ialah 30 JANUARI 2011. AHAD okeh. AHAD. Tapi jangan risau. Tak ada paksaan untuk anda bangun awal kerana majlis kana berlangsung mulai jam 4 petang. Peh, macam over pulak kau sebut majlis kan?

Please take note kawan-kawan.

HUTAN BANDAR MUTIARA RINI.

30 JANUARI 2011.

HARI AHAD.

"Aishah, kena bawak apa?"

As for now, kami plan untuk buat pot luck. Semua orang bawak makanan dari rumah masing-masing. Makan sama-sama bentang tikar. Amacam? Okeh tak? Untuk entri Hari Jumaat nanti, aku list up senarai makanan pulak okeh?

Please lah semua blogger dijemput datang untuk kenal-kenal. Yang dah jadi Emak ke, belum jadi Emak ke, bakal jadi Emak ke, datang aje okeh?? And please let me know menu apa yang kalian bawak supaya tak berdouble-double makanan nanti.

Blogger Johor macam Sumimie, Chira, Mishawads, Elly, Hannah (kalau balik Johor), Qas, Yanti, Evyn, Sharena (kalau balik Johor awal), Kid, Nadia dan lain-lain kalau tak sebut MAAF. Jomlah datang meriahkan suasana. Please kalau ada silent reader ke pembaca senyap ke pembaca bising ke nak join, JOM JOM JOM.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, January 17, 2011

Blogger Gathering Wilayah Selatan.

Fine. Baik berterus terang kat sini. Sebenarnya hati ni sedih bebenor tak dapat join Blogger Gathering @ Midvalley itu hari. Tido malam sampaikan tak lena. Mandi hinggakan tak basah. Makan pulak tak kenyang-kenyang. Macam poyo pulak kan gini? Hahahahaha. Tipulah. Takdelah over macam gitu sekali. Aku okay ajeeeeee. :p

Jadi, bagi merealisasikan hasrat kawan-kawan kat Johor yang senasib dengan aku, maka aku pon berniat nak buat perjumpaan dengan mereka-mereka yang berminat. Ini pon atas cadangan Dayu jugak. Kebetulan Dayu akan berada di JB sepanjang cuti berangkai berkenaan. Mesti syok woooo dapat jumpa Eisya dan baby lain.

So, kepada yang berminat, berhasrat dan bertekad untuk sama-sama merealisasikan cadangan ini menjadi realiti, silalah memberi cadangan untuk TEMPAT, TARIKH DAN MASA yang sesuai dengan jadual cuti anda. Ini flexible okeh. Kalau rasa bertepatan, kita ON.

Kalau ramai yang nak join, mungkin kita boleh buat kat pusat riadah dan adakan pot luck. Masing-masing bawak makanan dari rumah masing-masing, pastu makan sama-sama. Mesti seronok kan? Ini cadangan saja tau. Anda berhak kemukakan idea lain.

Untuk berhubung dengan lebih mudah, boleh add Facebook atau Twitter aku.

P/S : Ini baru cadangan tau. Belum confirm lagi.

P/S : Semua pon dijemput join. Luar Johor pon dialu-alukan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015