Aishah Rahim's Diary: Labour Experience

Showing posts with label Labour Experience. Show all posts
Showing posts with label Labour Experience. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Kisah Kelahiran Anis Najah.


Bismillahirahmanirahim.

Due date kelahiran Anis Najah ada berbagai-bagai. Kalau ikutkan dari tarikh akhir last period, Anis Najah dijangka lahir pada 10 Disember 2011. Tetapi, pada muka hadapan buku klinik kesihatan, nurse sudah tulis 12 Disember 2011 berpandukan jadual beroda mereka itu. Scan dengan doktor kat Klinik Kesihatan pulak, dia kasi tarikh 17 Disember 2011 berdasarkan tumbesaran bayi. Punyalah banyak tarikh nak kena ingat kan? Tapi aku pegang tarikh 10 Disember 2011 sehingga ke waktu nak bersalin. Itu yang dok countdown sampai overdue 6 hari tu. Padahal kalau ikut hospital, aku overdue 4 hari aje. Hehehehehe.

Aku ada cerita dalam entry ini kan, yang jika aku tidak bersalin jugak sepanjang minggu itu, aku harus menyerah diri ke hospital untuk proses induce pada 18 Disember 2011. Hoi, siapalah yang nak kan? Maka aku berusaha bermacam-macam kaedah yang difikirkan sesuai bagi mempercepatkan bersalin. 

Sepanjang minggu itulah, aku telah togok air rendaman akar Siti Fatimah berjug-jug. Habis satu jug, aku top up air lagi. Tak cukup air akar Siti Fatimah, aku togok pulak air Yaasin yang dikirim oleh ibu mertua. Ehh, tak cukup dengan itu, aku kasi perabis minyak Bio-Selusuh bersudu-sudu. Semuanya menemui jalan buntu bila tiada tanda-tanda nak bersalin pon.

Dalam pada menunggu hari tu, aku masih gigih ke tempat kerja. Aku masih gigih ulang alik stay rumah kuarters dan hantar Nashriq di pagi hari ke rumah Emak. Niat hati kononnya, nak rasa bersalin dari rumah sendiri kemudian hantar Nashriq ke rumah Emak dalam keadaan sakit-sakit pastu terus zass ke hospital. Hahaha. Punyalah merancang macam-macam kan? Tapi rupanya, rancangan Allah itu lebih cantik. :)


15 Disember 2011 (Khamis)

Sehari sebelum hari kejadian.

Aku cuti hari ini. Atau lebih tepat lagi, aku memonteng. Sudah penat rasanya membawa badan yang sudah overdue lebih 5 hari. Stress sudah mula menguasai diri. Malam sebelumnya, kami berbincang suami isteri untuk stay sahaja kat rumah Emak. Niat awal yang kononnya 'nak merasa sakit di rumah sendiri kemudian baru hantar Nashriq ke rumah Emak dan terus zass ke hospital' terpaksa dibatalkan. Sudah overdue begini, tak kuasa nak menerima apa-apa kejutan. Suami pon ada bersuara;

"Manalah tahu, berkat stay rumah Emak, awak terus bersalin?"

Malam itu jugak, aku request suami buatkan Air Selusuh DIY. Suami pon google sambil menghadap satu tupperware berisi air. Kelakar kalau difikirkan balik. Tapi mungkin ada berkatnya jugak Air Selusuh DIY suami tu. Sebab esoknya aku terus bersalin. :)


16 Disember 2011 (Jumaat)

Hari kejadian.

Seperti biasa, suami bergerak ke tempat kerja seawal 7.30 pagi. Sebaik suami melangkah keluar bilik, contraction pertama dirasai. Agak mild di situ. Aku terus buat tak tahu memandangkan sudah 2-3 kali juga menerima Braxton Hicks sebelum ini. 15 minit kemudiannya, contraction kedua tiba. Aku terus monitor jam di dinding. 3 kali contraction berselang 15 minit sehingga jam 8.00 pagi. Aku terus keluar bilik untuk beritahu Emak. Minta Emak take over Nashriq sementara aku boleh terus baring dan monitor contraction yang mendatang.

Bermula jam 8.00 pagi, contraction mula menyerang 10 minit sekali. Emak sediakan air Milo dan aku pon bersarapan Nasi Ambang. Aku harus pastikan yang aku betul-betul kenyang dan punya tenaga hari ini. Anything can happen. I know it.

Jam 10.30 pagi, suami SMS bertanya khabar. Aku beritahu pasal contraction berselang 10 minit tadi. Minta suami balik segera sebab hati aku dah tak sedap. Aku terus ke bilik air dan mandi air panas sebanyak yang boleh. Keluar dari bilik air, 2 biji telur separuh masak sudah Emak sediakan. Aku makan lagi bersama air Milo. Memandangkan minyak Bio-Selusuh sudah habis diminum kelmarin, maka aku telan sahaja minyak masak dalam kabinet dapur rumah Emak. Punyalah desperate nak bersalin cepat. Kononnya boleh melicinkan perjalan bayi turun ke bawah. Echeh.

Sementara menunggu suami tiba, aku pon bawak berjalan memusing satu blok. Sambil itu, aku buat breathing technique yang aku ada cerita dalam entry ini. Sakit contraction tu sangat statik 10 minit sekali. Hati aku terasa yakin yang aku memang akan bersalin hari ini. Semakin terasa sakit, semakin aku bawak turun naik tangga. 

Sedang aku turun naik tangga tu, suami pun sampai. Masa ni sudah jam 11.15 pagi. Aku masuk rumah dan  minum sesudu dua lagi minyak masak. Dah nak gerak ke hospital, aku peluk cium Emak dan minta maaf apa yang patut. Biasalah hati emak-emak, mesti menangis bila part-part macam gini. Maka aku pon terseret sama menangis dek kerana emo yang entah apa-apa. Lebih emo bila peluk cium Nashriq yang masih tidak tahu apa. Hoih lah. Serius punya sedih. Rasa macam nak peluk Nashriq tak mahu lepas. 

Jam 11.40 pagi, aku dan suami tiba di hospital. Terus daftar di Bilik Saringan dan nurse bertugas minta aku masuk ke dalam bilik untuk check CTG bla bla bla. Hasil CTG tak berapa cantik sebab baby ketiduran. Nurse yang bertugas tu suruh aku bangun ke bilik air dan buang apa yang patut. Hehehehe. Bila aku baring balik dan sambung buat CTG, baru hasil CTG tu cantik. 

Selesai CTG, aku menunggu lama untuk proses yang seterusnya. Jam 1.15 petang baru aku dipanggil untuk history interview, check perut dan check VE. Bila sampai part check VE tu, aku memang sangat-sangat berharap yang bukaan melebihi 4cm. So bolehlah aku terus masuk labour room dan bersalin kan? Tapi sayangnya, doktor yang check VE tu beritahu, "CLOSE lah Puan". Aku pon, "Haaaa???". Kecewa. :(

Selepas 2 minit 'buat kerja' kat bawah tu, doktor tu beritahu pulak, "Okeh, dah bukak 1cm. Masuk wad ye Puan? Kita tunggu jalan bukak natural. Lagipon dah overdue ni". Aku pon mengangguk. 

Jam 2.45 petang, aku sudah berada di atas katil wad senang lenang. Kadaran sakit adalah 5 minit sekali. Waktu ni aku masih boleh berbual gelak ketawa bersama suami. Telefon Emak pon boleh cakap berlama-lama. Aku fikir, mungkin belum tiba masa untuk bersalin. Mungkin esok?

Tapi telahan aku silap. Jam 5.00 petang, sakit yang maha sakit telah tiba. Less than 5 minutes aku rasa. Suami yang ada di tepi pon malas hendak dilayan. Aku tutup muka guna tuala yang aku bawa. Dalam pada sakit itu, sempat jugak pesan suami belikan Nasi Ayam belah malam nanti. Serius punya nak pastikan perut kenyang sebelum masuk labor room nanti. Ehek.

Doktor bertugas datang melawat. Aku sempat tanya sama ada boleh tak aku di-induce sahaja memandangkan aku dah ada kat wad ni. Tapi doktor tu tak setuju sebab aku belum sampai overdue 8 hari lagi. Kecewa betul aku. Dahlah rasa sakit dan makin melampau. Kalau aku tak bersalin jugak, takkan aku nak menahan dan tunggu sampai hari Ahad jugak? Ergh!

Dalam pukul 8.00 malam macam tu, aku makan bekalan Nasi Ayam yang suami belikan tadi. Aku bantai lagi togok air sampai habis sebotol. Kunyah kurma 2-3 biji pulak. Pastu, barulah aku berjalan-jalan sepanjang wad. Sambil berjalan, sambil sakit. Sambil itu jugak, aku baca doa Nabi Yunus dan buat breathing technique tak henti-henti. Bila sakit mendatang, aku stop dan berdiri tegak. Bila contraction hilang, aku sambung berjalan balik.

Dah penat berjalan, aku balik ke bilik nak ambil botol air yang dah habis tadi. Niat di hati nak pergi top up air kat pantry wad. Jalan, jalan, jalan, tetiba sakit yang lebih sikit dari tadi. Aku stop. Berdiri tegak dan tahan sakit. Berdiri tegak lagi dan buat breathing technique. Kebetulan, ada satu nurse sudah nampak keadaan aku tu, dia pon tanya, "Sakit ke?" Aku cakap, "Ha'ah, sakit sikit." Dia tanya lagi, "Dah berapa minit?", aku jawab lah tak sampai 5 minit sekali gitu.

Dia pon terus panggil aku masuk bilik pemeriksaan. Dia suruh aku baring sebab dia nak buat VE. Aku pon tadah ajelah dengan harapan bukaan dah besar dan aku boleh pergi labor room sekarang.

"Eh, dah 5 cm ni. Awak jalan-jalan kalau terberanak tadi macam mana? Saya pecahkan air ketuban ye? Terus masuk labor room." Aku yang macam orang ngantuk disorong bantal pon tak henti menggangguk-angguk. Tak tahu nak describe perasaan masa tu macam mana. Ada sikit happy. Takut pon iye. Semua perasaan bercampur aduk.

On the spot jugak, nurse tadi terus siapkan barang untuk pecahkan air ketuban. Dia panggil satu doktor lelaki Cina untuk buat. Saat inilah paling azab aku rasa. Doktor Cina tu baru lagi kot aku rasa. Dia godeh kat 'bawah' tu lamaaa gilaa! Macam susah nak cari waterbag tu. Aku dah menahan sakit macam apa dah. Nurse kat tepi pon suruh aku sabar banyak-banyak.

Dah jumpa waterbag, doktor terus pecahkan 'burstttt' habis basah kat bawah tu. Aku rasa macam banyak gila air ketuban kali ni nak dibandingkan masa Nashriq dulu. Kali ni, bila nurse tolak aku atas wheelchair untuk ke bilik pon, air ketuban tu menjejeh sepanjang jalan. Sampai aje kat bilik, aku capai handphone dan call suami cakap yang aku dah nak ditolak masuk labor room. Kelam kabut suami. Sebab dia jangka aku akan bersalin esok.

Selesai serah hanphone pada kaunter nurse bertugas, aku pon ditolak ke tingkat bawah untuk ke labor room. Kaki dan tangan masa ni memang sejuk gila. Perasaan takut, gementar, semua ada. Aku selawat banyak-banyak dan tak henti buat breathing technique. Kalau dari luaran, memang nampak aku cool gila. Sampai nurse pon tanya, "Awak tak rasa sakit ke?" T__T

Sampai labor room jam 8.40 malam. Pengalaman pertama bersalin malam memandangkan masa Nashrah dan Nashriq dua-dua pon siang hari. Aku terus panjat katil labor room dan air ketuban pon makin tumpah keluar ke lantai. Gila malu aku masa ni. Macam nak tolong je nurse tu mop. Echeh.

Selesai setting katil, aku pon di-drip sebotol air. Masa ni memang dah terasa sakit yang amat. Aku rileks kan diri dengan tutup mata dan buat breathing technique. Sepanjang sakit tu memang aku tutup mata. Sampaikan ada satu nurse ni tanya, "Ngantok?" Peh, bengang gila aku masa dia tanya gitu.

Aku menahan sakit dengan rileks. Thanks a lot to breathing technique yang banyak membantu. Tidaklah sampai aku tak rasa sakit langsung. Sakit tu memangggg sakit. Tapi aku tukar kesakitan tu dengan ambil nafas dan hembus. Aku rasa macam aku tengah fight kesakitan yang datang tu. Memang mencabar betul masa ni. Kalau nurse ajak berbual atau tanya apa-apa, aku bercakap je, mesti terus hilang fokus dan rasa sakit tu datang menggila! Jadi, sepanjang dalam labor room tu, memang aku diam aje sambil tutup mata.

Dalam pukul 9.20 malam gitu, nurse bertugas datang check bukaan. 1st seluk dia cakap 6cm. Beberapa saat lepas tu, dia cakap 7 cm. Beberapa saat lepas tu lagi, dia cakap 8 cm!! I was shocked sebab bukaan bukak laju gila! Aku tanya balik, berapa cm sebenarnya? Then dia kata, "Final, 8 cm!!"

Nurse tadi pon terus drip Pitosin untuk mempercepatkan bukaan. Masa ni jam dah pukul 9.40 malam. Sambil drip pitosin, dia cucuk sekali painkiller Penthadine. Elok aje lepas dia drip dan cucuk painkiller, dia pon minta izin nak keluar sekejap untuk ambil barang. Aku pon mengiring ke kiri sebab mengingatkan petua mengiring ke kiri untuk percepatkan bayi turun. Tiba-tiba.......

"Kak..... Kak.... Kejap Kak.... Saya rasa nak teran ni....."

Aku memang betul-betul rasa nak meneran. Secara tiba-tiba ok! Aku lost kejap terlupa nak buat breathing technique. Nurse tadi pon kelam kabut masuk dan suruh aku baring terlentang. Aku angkat kaki sebab kakak nurse tu nak tengok bukaan.

"Kepala baby!!" Nurse tu jerit sambil tangan dia tahan kat V part dan bagi sign kat aku jangan push dulu. Aku selesakan kedudukan, betulkan kaki dan praktik balik breathing technique.

"Ok, push sekarang!', kakak nurse beri arahan. Aku tarik nafas pendek dan dalam, teran panjanggggggggg sambil genggam tangan sendiri. Alhamdulillah! Kepala baby lepas dengan sekali push!

"Lagi sekali!", kakak nurse beri arahan lagi. Aku betulkan kaki semula, bukak lebih lebar, tarik nafas pendek dan dalam terus pushhh panjanggggggg dan 'plup!' tepat 9.58 malam, Najah dah ada atas dada sambil diiringi tangisan yang kuat gila! :)

Ahhh, that's the best feeling ever!

Masa ni memang aku rasa lega gila. Tapi perut rasa bergegar sikit bila proses nak keluarkan uri tu. Kakak nurse suruh batuk-batuk pon, uri tak lepas keluar lagi. Sampai kakak nurse tu kena masukkan tangan untuk keluarkan uri. Ergh, time ni memang azab! Sumpah punya azab!

Azab seterusnya apabila sesi jahit menjahit dijalankan. Masa ni, Najah dah dibawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Diam tak diam, airmata aku mengalir sebab menahan sakit kena jahit tu. Nurse yang jahit pon pelik sebab aku boleh rileks tahan sakit contraction, tapi sakit dijahit pulak aku menangis. Hahaha. Entahlah. Tapi bagi aku, memang kesakitan dijahit lebih hebat dari sakit contraction.

Selesai jahit menjahit semua, terus minta nurse hulurkan Najah yang tengah berbaring lena dalam baby coat. Baringkan dia kat sebelah kanan dan itulah saat pertama Najah minum susu ibu. Seriously, saat itu memang touching. Tak henti-henti mulut aku ucap syukur kerana diberi peluang kedua untuk menyusukan. :))

Suami dibenarkan masuk jam 11.30 malam gitu. Melangkah aje masuk labor room tu, dia cium aku dan Najah. Suami ambil wudhu dan terus Azan serta Qamatkan Najah. Sayu je perasaan waktu ni. Lebih kurang setahun yang lepas, Nashriq yang di-Azankan. Sekarang ini Najah pulak. Cepat betul rasanya masa berlalu.

Bila keadaan dah stabil, aku pon ditolak naik ke bilik. Suami escort sampai ke bilik dan tunggu sekejap sehingga aku selesa baru dia bergerak pulang. Malam itu berlalu dengan sempurna sekali jika mahu dibandingkan pengalaman bersama Nashriq dulu.

Banyak bezanya pengalaman bersalin Nashriq dan Najah. Dari segi mental dan fizikal kesihatan pon jauh sangat perbezaan. Nanti, ada masa, aku cerita dalam entry post mortem 'Tebus' tu. Sudah ada dalam draft, cuma tak finishing lagi.

Oklah. Masa untuk sambung kerja. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 25, 2010

25 Ogos 2010 Dalam Kenangan.

24 Ogos 2010 (Selasa)

Sehari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Aku MC hari ni. Masih belum ada tanda atau rasa sakit yang hadir. Aku dah over stress sangat-sangat dah. Letih dan penat fikiran. Kepala asyik dok memikir, bila baby dalam perut ni nak keluar. Kawan-kawan lain semua dah selamat bersalin. Aku ni je ha masih terhoyong-hayang macam orang tak cukup zat.

Dapat pulak SMS dari kawan zaman persekolahan, Hasni. Beliau dah selamat melahirkan seorang putera selepas 3 hari lewat dari due date.

"Orait. Lewat-lewat pon, baby keluar jugak..."

Ayat nak sedapkan hati sendiri. :)

Dalam pukul 8 malam, aku dah over stress yang melampau-lampau. Aku togak Air Yaasin yang dikirim oleh rakan sepejabat. Satu botol aku habiskan dalam sekelip mata. Minyak Bio-Selusuh yang dibeli tapi payah nak telan, aku tawakal jugak telan malam ni. Ambil sikit minyak Bio-Selusuh tu, sapu-sapu pada perut, punggung dan peha.

Ikhtiar terakhir, aku berjalan keliling rumah sambil selawat dan istighfar. Heeeee. Emak kata, aku bukan berjalan, tapi lebih kepada menari. Mana tidaknya, jalan dua tiga step pastu undur. Jalan dua tiga step pastu undur. Macam joget zapin pon ada. :p

Dah penat berjalan, aku pun masuk tidur.

25 Ogos 2010 (Rabu)

Rasa sakit pertama pada jam 1.59 pagi. Sempat tengok jam okeh. Tengah syok tidur, tiba-tiba rasa sakit kat pinggang, ari-ari dan mengeras di seluruh perut. Sakitnya sampai aku mengerekot badan menahan sakit. Tak boleh bercakap. Tahap kesakitan ialah 2/10. Mula-mula macam cool aje. Kasitau Wahid yang aku dah ada rasa sakit. Tapi baru sekali. Wahid kata, takpe, tunggu jap lagi, tengok sakit lagi atau tak. Aku pon takut jugak kalau-kalau Braxton Hicks macam haritu.

Dalam 5-6 minit selepas tu, sakit yang sama datang balik. Aku pon macam confuse. Sebab mengikut pembacaan aku, sakit contraction akan datang berperingkat. Dua jam sekali. Satu jam sekali. Setengah jam sekali. Pastu, barulah 5 minit sekali. Tapi kes aku malam tu, terus terjah 5 minit sekali. Mata tengah syok nak tidur. Hati rasa tak sedap. Perut pulak tak selesa. Memang tak tahu nak buat apa masa tu. Last-last, buat keputusan untuk tidur dulu. :p

Setiap kali rasa sakit tu datang, aku cubit tangan Wahid sekuat hati. Aku ni lembik orangnya. Kalau time-time sakit macam gini, jangan ajak aku bercakap. Memang rasa nak marah aje. Wahid pon dah faham, jadi dia tak tanya banyak. Tiap kali aku cubit tangan dia tu, dia suruh aku tahan dan sabar. Usap-usap badan aku. So, rasa tenanglah sikit.

Dalam pukul 4.30 pagi, Wahid dah gelisah dah. Aku asyik keluar masuk tandas sebab nak shi shi. Hati aku rasa macam tak sedap. Terus kejut Emak cakap dah sakit. Emak pon kelam kabut bangun sebab kebetulan nak siapkan sahur untuk anak-anak sedara aku. Dalam kepala aku takde lain dah waktu ni, aku kena mandi. Sebab aku pernah terbaca kat mana ntah, kalau nak senang bersalin, sebelum gi hospital kena mandi banyak-banyak. Jirus air kat kepala lebih-lebih. Aku terus capai tuala dan mandi. Siap-siap pakai baju dengan semangat nak pergi hospital.

Aku tak makan apa pon. Emak sempat buatkan aku air milo secawan dan aku minum nak tak nak je. Kepala aku macam menerawang sangat dah masa ni. Terbayang macam-macam. Memikir pelbagai benda. Tapi buat muka cool lagi. Konon macam tak takut.

Dalam pukul 5 pagi, kami bergerak ke hospital. Masa ni, aku dah sakit dalam tahap 3/10. Suasana Subuh kan sejuk, tapi aku rasa panas. Mulut aku tak henti istighfar dan selawat. Memang terasa macam-macam sangat time ni. Semakin dekat perjalanan kami ke hospital, semakin takut rasanya. Kaki aku menggigil. Serius.

Sampai aje kat hospital, terus menuju ke Bilik Saringan. Jam masa ni pukul 5.30 pagi. Lengang aje suasana kat ruang menunggu Bilik Saringan tu. Nurse yang duduk kat kaunter hilang entah ke mana. Pergi bersahur lah agaknya. Dalam 10 minit menunggu, barulah datang seorang nurse berbangsa India. Ambil keterangan sikit-sikit, pastu suruh aku masuk dalam Bilik Saringan.

Prosedur biasa tentulah kena buat CTG. Nak check jantung baby. Lama jugak aku terbaring sebelah mesin dung dang dung dang tu. Nurse pon 2-3 kali datang goncang-goncang perut aku sebab baby tidur aje kat dalam. Contraction pon cuma mild aje masa ni. Aku dah seram dah takut kena balik rumah dulu ke hape.

Turun dari katil, aku minta izin nak pergi toilet sebab nak shi shi. Dah tak tahan sangat dah. Bukak seluar kecik, tengok ada setitik darah. Setitik okeh. Muka dah cuak dah. Keluar bilik air, terus beritahu kat Nurse dan Doktor yang ada kat situ.

Entah macam mana, tiba-tiba Bilik Saringan tu penuh dengan patient-patient yang memang dah nak sangat-sangat bersalin. Tahap menjerit-jerit terbongkok-bongkok sumpah tak tahan punya sakit. Jadi, oleh kerana aku masih lagi berwajah cool nampak macam belum nak bersalin, Doktor tolak aku ke tepi dulu. Memang hectic lah suasana dalam tu. Yang ini menjerit. Yang itu mengerang. Aku yang masih boleh tahan pon jadi tak tahan.

Dalam pukul 7.30 pagi, barulah aku dilayan. Engkau bayangkan macam mana punya bosan aku kat dalam tu? Orang lain yang datang kemudian dah bersalin agaknya. Aku ni masih tersengguk-sengguk menahan sakit yang tahap 4/10. Masa ni, sakitnya macam nak patah pinggang. Macam tak boleh duduk. Macam nak baring aje. Punggung rasa kebas. Perut makin mengeras dan semakin kerap. Bila Doktor tu tengok aku dah pegang-pegang perut sambil mulut aku terkumat-kamit, barulah dia suruh aku baring semula untuk buat VE (check jalan / seluk).

4 cm. Yes. 4 cm. Aku macam nak pengsan bila Doktor perempuan kecil molek tu kata jalan aku dah buka 4 cm. Ini bermakna, aku dah boleh masuk Labor Room sekarang. Doktor tu minta kebenaran nak pecahkan air ketuban. Masa ni memang seram ah. Aku tak tengok pon benda alah apa yang Doktor tu guna. Yang aku ingat, bunyi dia macam gunting 'kecis', lepas tu terus rasa basah dan panas bawah punggung. Masa ni, pukul 8.30 pagi.

Aku ditolak naik wheel chair dan dibenarkan jumpa Wahid dulu. Masa ni memang tak terkata apa dah. Memang tak mampu nak express. Mata aku merah. Mata Wahid merah. Aku senyum kat Wahid, aku cakap aku dah nak masuk Labor Room. Wahid kata 'okeh dan baik-baik' aje. Dah takde nak romantik-romantik time ni. Dalam fikiran cuma fikir, 'ada kesempatan tak aku jumpa lelaki ni lagi?'. Heeeeeee. Memang seram!

Untuk pengetahuan korang, kat Hospital Sultanah Aminah ni, suami tak boleh masuk teman isteri dalam Labor Room. Dan ini menjadikan percent ketakutan dan kesedihan meningkat secara membuak-buak. Nasib baik lah Abang Long dan Kak Ngah staf hospital, dapat jugak lah diorang masuk jenguk-jenguk aku yang berpeluh-peluh menahan sakit.

Okeh. Sambung cerita dalam Labor Room.

Pukul 8.50 pagi, aku dah ada dalam Labor Room menanti prosedur seterusnya. Pasang mesin CTG gedung gedang gedung gedang tu, dan masukkan air kat tangan. Tahap kesakitan ialah 5/10. Masih boleh bercakap. Masih boleh termenung. Tapi muka dan badan memang berpeluh-peluh tak hengat lah. Aku tak tahu kenapa aku berpeluh sakan sangat. Aku je ke yang berpeluh gini, atau semua orang nak bersalin pon sama?

Tahap kesakitan meningkat dan meningkat. Dah tak boleh fokus dah. Mulut tak henti-henti baca doa Nabi Yunus. Tiap kali contraction datang, aku genggam tangan. Sampaikan kat tapak tangan aku ni, berbekas bentuk kuku. Padahal, kuku aku bukan panjang pon. Bulu roma ni jangan cakap ah, naik semacam sampai ke tengkuk. Memang lain rasa sakit bersalin ni.

Untuk menambahkan kuasa kesakitan dan kegigilan, Pitosin dimasukkan pada jam 9.15 pagi. Masa ni aku memang dah set dalam kepala, 'habislah aku lepas ni bergegar katil aku buat'. Memang weh, memang. Pitosin ni macam satu kuasa kesakitan yang amat. Gigil kepala lutut menahan sakit. Dah tak boleh fikir apa dah masa ni.

Dia punya sakit, sampai aku merayu-rayu mintak painkiller. Kau bayangkan? Merayu tahu. Merayu. Macam nak nangis aku mintak suruh kasi aku sedut gas ke, inject Pentidhine ke. Tak kisahlah apa pun, asalkan sakit aku ni kurang. Tapi Nurse kata, kena tunggu result bacaan CTG baby dulu. Sebab bacaan CTG baby tak berapa cantik. Baby banyak tidur dan tak aktif.

Dalam pukul 10 lebih gitu, Doktor datang round. Doktor check jalan and it was only 5-6 cm masa ni. Aku dah berpeluh menggigil sakan baru 5-6 cm?? Aku cakap dengan Doktor, aku nak painkiller, aku tak kira. Doktor pon cakap benda yang sama, CTG baby tak cantik, so dia tak boleh kasi painkiller.

Entah kenapa, Doktor ni decide untuk masukkan alat CTG dari 'bawah'. Kau boleh bayang tak? Tengah sakit contraction ni, dia nak masukkan alat pulak. Alangkan seluk-menyeluk masa contraction datang pon boleh buat kaki laju je nak menendang, inikan pulak masukkan alat. Aku ni akur aje lah. Sebab ianya berkaitan dengan CTG baby kan.

Serius, adegan seluk menyeluk untuk memasukkan alat CTG kat 'bawah' tu, memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Berapa kali Doktor kena pause sebab aku nak kasi contraction hilang dulu. Nasib baik Doktor tu memahami. Kalau dia seluk jugak time contraction, memang dapat sup kaki lah nampaknya. Heeeee. Macam berani je kan?

Dan masa dia nak masukkan alat ni lah, Doktor ni dapat detect yang air ketuban belum pecah sepenuhnya. Rupanya, Doktor perempuan kecik molek kat Bilik Saringan tadi tak habis pecahkan air ketuban. Patutlah bukaan lambat, kata Doktor. Dan dia pon memecahkan lebihan air ketuban tadi. Fuh, kerja menyeluk je doktor-doktor ni. Nasib baik doktor perempuan.

Oleh kerana aku tak dapat apa-apa painkiller, tahap ketonggengan aku atas katil memang huru hara. Sekejap pusing kanan. Sekejap pusing kiri. Baju dah habis basah lencun dek peluh. Kak Ngah yang masuk tengok pon penat dok ulang alik amik tisu nak lapkan muka adik dia ni ha. Aku sampai cakap dengan Kak Ngah, aku tak tahan gila. Suara aku dah tak boleh keluar. Kalau boleh lari, aku lari keluar. Cecececece.

Bila Wahid masuk nak jenguk aku, aku tahu dia tak sanggup tengok pon kesakitan aku masa tu. Dia pandang muka aku. Tak keluar sepatah kata pon. Wahid ni sentimental macam aku. Aku cakap kat Wahid, aku tak tahan sangat. Tapi sebaris ayat yang keluar ni, membuatkan aku kuat;

"Tahanlah sayang, untuk orang dan anak kita."

Peh, terus rasa macam dapat super power.Hahahaha.

Pukul 11.15 pagi, aku memang dah tak tahan sangat dah. Aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu, check kan bukaan jalan. Aku dah tak kira dah. Nasib baik Nurse tu baik hati. Dia layan lah jugak permintaan aku tu. Nurse tu seluk, bukaan jalan dalam 6-7 cm. Padahal, aku dah rasa nak push sangat dah. Nurse tu pesan jangan push dulu. Tapi aku degil.

Aku mengiring ke kiri, aku push tiap kali contraction datang. Memang betul, ianya mempercepatkan bukaan jalan. Bukan aku cakap tau, ada satu Nurse veteran ni yang suruh aku buat macam gitu. Kata Nurse veteran tu lagi, sambil teran, sambil kita tarik sebelah punggung kita. Eh, korang dapat bayangkan tak macam mana gaya dia? Hehehehe.

Sekali lagi, aku mintak Nurse yang jaga bilik aku tu check bukaan. Loghat betul dapat pesakit macam gini kan? Memang baik betullah Nurse tu, dia ikut je cakap aku. Kali ni, dia seluk, contraction tengah datang, aku pon teran sebab tak dapat control. Nurse tu cakap, bukaan dah 9 cm. Terus dia kelam kabut prepair barang-barang.

Tak semena-mena, bilik aku tu penuh dengan nurse-nurse pelatih. Ada lah dalam 4-5 orang kat hujung kaki aku. Dah tak ada malu-malu dah masa ni. Hehehehehe.

Diorang buat kerja cepat betul. Naikkan stand kaki untuk aku tolak masa push. Naikkan besi untuk tangan aku tarik bila nak teran. Letak kertas hijau atas dada aku (masa ni aku pelik untuk apa kertas hijau tu), dan paling akhir, gunting kat 'situ'.

Orait, gunting kat 'situ' tu tak sakit lah. :)

Tiba masa untuk push, contraction tak datang pulak! Dah kena pause banyak kali sebab nak tunggu contraction datang baru aku push. Kelakar betul kalau diingat balik. Banyak kali aku chop-chop sebab tak rasa contraction nak push. Yang nurse-nurse kat hujung kaki dah sakan bersorak dah.

"Okeh, bagus. Push lagi. Push lagi."

"Lagi sikit. Lagi sikit. Bagusssss."


"Cantik puannnn. Lagi sikit. Push kuat lagi."

Kaki aku tolak stand besi. Tangan aku tarik besi sekuat hati. Aku push laaamaaa-laaamaaa. Amik nafas sikit-pendek, push laaamaaa-laaamaaa lagi. Adalah dalam 2-3 kali push dan curi nafas, tiba-tiba dengar suara baby - Muhammad Anas Nashriq, dan dia dah ada kat atas kertas hijau kat dada aku tadi. Tepat jam 1.38 petang.

Orait, air mata bergenang. :)

"40 minggu yang lepas, Nashriq kat dalam perut Mama. Mama bawa ke hulu ke hilir. Sekarang Nashriq dah ada kat atas dada Mama."

Speechless. :)

Lepas potong tali pusat dan Nurse tunjukkan jantina Nashriq kat aku, Nashriq pon di bawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Masa ni, Wahid, Abang Long dan Kak Ngah dah standby kat luar Labor Room. Siap escort Nashriq pergi bilik pembersihan tu. So, diorang dapatlah tengok macam mana lendir-lendir dibersihkan dari badan Nashriq.

Aku pulak? Sesi menjahit lah apa lagi.

Ini lagi satu fasa kesakitan yang amat. Ada orang kata, lepas sakit bersalin, kita takkan rasa sakit pon masa dijahit kat 'bawah' nu haaa. Tapi, tidak bagi aku. Aku rasa, kesakitan dijahit hidup-hidup tanpa bius dan painkiller memang azab. Aku masih terasa lagi macam mana jarum dicucuk, lepas tu ditarik. Fuh, terbayang-bayang.

Oleh kerana aku push sebelum masanya, tahap koyak kat bawah tu memang banyak. Jahit pon banyak dan lama. Sampaikan aku asyik tanya je kat Nurse tu bila nak habis. Nurse tu bosan nak jawab soalan aku.

Paling sakit ialah bila Nurse tu jahit bahagian kulit. Memang rasa nak meraung. Aku cuba positifkan mind set aku dengan pandang Nashriq yang dah ada kat baby cot sebelah, tapi tak boleh. Nurse tu hampir-hampir nak marah aku sebab aku asyik terangkat punggung. Apa boleh buat, bukan aku sengaja kan?

Selesai sesi menjahit, Wahid pon masuk.

Senyuman. Yes, senyuman itu. Senyuman seorang Ayah. Macam sentimental pulak bila dah bertiga dalam bilik tu. Mata kami asyik pandang Nashriq. Pastu, senyum kat satu sama lain.

Dalam 10 minit situasi tenang tu, Wahid pon beredar untuk ambil Wudhu'. Dan akhirnya, buat pertama kali Wahid mendukung anaknya untuk di-Azan dan di-Qamat-kan. Ini lagi satu sentimental. Tapi buat muka cool. Heeeee.

Selesai je Wahid Qamat, aku mintak Nurse untuk bawakan Nashriq pada aku. Aku nak breastfeed. Tapi aku tak larat nak bangun pon. Dapat BF secara mengiring. Memang janggal betul masa ni. Dengan rasa penat push tadi, semuanya serba tak selesa.

Jam 4.00 petang, aku ditolak naik ke wad. Keluar je dari Dewan Bedah tu, wajah pertama yang aku cari ialah Emak. Emak ni lagilah sentimental. Dia pandang je aku yang terbaring kat atas katil tu, mata dia dah merah dah. Aku ni tak sabar nak peluk Emak. Macam-macam benda aku nak cakap dan cerita.

Sampai aje dalam wad, Emak datang peluk aku. Aku ni dahlah kememeh. Bila Emak peluk aku cam gitu, hilang semua benda nak cakap. Apa yang aku mampu bisik kat Emak, ialah;

"Terima kasih sebab lahirkan Ayang dulu."

Sebab aku dah rasa. Aku dah rasa macam mana sakitnya nak mengeluarkan Anak. Dulu, Emak selalu cakap. Tapi aku gula-gula kan aje apa yang Emak cakap. Tapi sekarang aku dah tahu dah. Bukan senang nak jadi Emak. :)

Dan penuhlah keliling katil aku dengan ahli keluarga. Semua pon sibuk menganalisis rupa wajah Nashriq ikut siapa. Aku? Sibuk hantar SMS kat semua contacts bagi mengkhabarkan berita gembira tu. Tak senonoh betul perangai. :p

Sebelum semua ahli keluarga balik, diorang nasihat suruh aku letak Nashriq kat Nursery, supaya aku boleh rehat selepas penat push-push. Tapi, aku berkeras jugak nak rooming-in dengan Nashriq. Nak BF dia senang. Dah nama pon budak degil, nasib baik tak terbongkang dalam bilik air.

Malam tu, Nurse yang round tanya kat aku, sama ada aku dah pergi bilik air ke belum? Aku cakap lah belum. Sebab, sebelum tu, aku ada try bangun dan berjalan keliling katil, tapi kepala aku tiba-tiba pitam dan rasa nak tumbang. Aku hanya mampu bangun - duduk - capai Nashriq - BF Nashriq - letak Nashriq semula. Itu aje. Kalau aku berdiri, rasa nak tumbang.

Nurse tu pon membebel. Dia cakap, dia takkan benarkan aku balik kalau aku tak nak berjalan. Peh, dia kata aku taknak berjalan? Sabariah aje lah.

Lastly, dia akur jugak lah dengan kedegilan aku. Dia amik wheel chair dan tolak aku masuk bilik air. Masa ni, kepala aku memang senoneng tak hengat dah. Sampai kat bilik air, dia suruh aku bangun dan masuk dalam toilet. Aku pon bangun dan tiba-tiba kepala aku 'weng' dan melayang. Kelam kabut Nurse tu capai badan aku dan tarik aku duduk kat wheel chair semula. See? Aku tak tipu tahu?

Nurse tu baringkan aku semula atas katil. Dan segala proses salin baju dan bla bla berjalan kat atas katil dan dilakukan oleh Nurse berkenaan. Bukan aku sengaja okeh. Aku memang super duper lembik time ni. Sampaikan aku telefon Emak nangis-nangis mintak Emak datang teman aku. Kau bayangkan? Lembik macam lengkong tak aku?

26 Ogos 2010 (Khamis)

Malam tu memang mencabar gila lah wa cakap lu. Dengan aku lembik nak tumbang, Nashriq pulak merengek-rengek kat baby cot hujung nun, memang rasa nak nangis betul lah. Aku bangun pelan-pelan dan berjalan ke baby cot. Angkat Nashriq dan bawa gi katil. Dengan Nashriq baru nak belajar latching, kencing dan berak sampai 4 kali, menangis sakan aku malam tu.

Dalam bilik tu ada 4 katil. 3 dah bersalin termasuk aku, lagi seorang tunggu masa nak operate. Baby yang lagi 2 orang tu diam aje kasi chance emak-emak dia tidur. Nashriq pulak asyik menangis merengek. Mana taknya aku jeles?

Aku memang chengeh sikit dengan budak-budak. Lagi pulak aku tak boleh penat. Bila Nashriq asyik menangis, aku pulak penat BF dia tak kenyang-kenyang, aku jadi stress. Sampaikan aku lupa yang baby menangis bukan sebab lapar aje. Mungkin sebab pampers dia basah ke kan?

Sangkaan aku betul. Pampers Nashriq dah penuh dengan 'khazanah'. Peh, memang tension. Untuk pengetahuan korang, walaupun aku dah ada 8 orang anak sedara, boleh dikira dengan jarilah berapa kali aku rela hati nak pergi tukar pampers diorang. Sekarang dah ada anak sendiri, engkau rasalah. Memang menangis nak buat renyah dengan jahit-jahitan sikit punya banyak kat 'bawah' tu.

Aku asyik SMS Wahid dengan rungutan-rungutan penat - sakit - pening semua. Wahid pon dah tak tahu nak pujuk isteri dia macam mana lagi. Emak pulak tiap 2 jam mesti telefon tanya aku macam mana. Dia tahu sangat dah anak dia punya perangai, confirm tak tahan. Heeee.

Yes, kena sediakan fizikal dan mental sehabis baik.

Dan sejak 25 Ogos 2010 itu, kami suami isteri dah tak ada tidur lena dibuai mimpi indah ke hape. Semua pon kena tunggu anak tidur. Anak bangun, kami pon bangun. Anak menangis, Mama dia pon menangis. Ayah dia tak nangis. Ayah dia rileks saje. Heeee.

Itu sajelah pengalaman mengeluarkan Nashriq. Walau sakit, penat dan tak cukup tidur, hati tetap gembira dan bersyukur sebab dikurniakan rezeki termahal ini.

P/S : Entry ini mula di-draft pada 2 September 2010 dan HANYA MAMPU DI PUBLISH pada 25 Oktober 2010. Hebatkan penangan Nashriq?

P/S Lagi : Selamat Ulang Bulan Ke-2, Nashriq! :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 5, 2010

Braxton Hicks Contractions.

Malam semalam memang mencemaskan. Bermula jam 8.30 malam, bahagian pinggang membawa ke punggung terasa lenguh-lenguh. Perut rasa memulas tapi tiada hasil buangan. Duduk lama dalam toilet tercanguk-canguk.

Cakap dengan Emak, Emak kata pergi minum air suam banyak-banyak. Buat air milo satu cawan supaya ada tenaga nak teran. Cakap dengan suami minta standby. Boleh bersalin anytime je ni. Siap remind macam-macam benda. Baju baby kat mana. GL kat mana. Nanti nak kena telefon siapa. Buat macam mana. Dan bla bla bla.

Tup tup, lenguh dan kesakitan tadi hilang. Grrrrrr.

Takpelah. Kita tunggu dia datang balik.

Dan seperti yang dijangkakan, 2 jam selepas tu lenguh dan sakit pada abdomen bahagian bawah datang kembali. Siap buat catatan pukul berapa sakit datang. Berapa lama punya sakit. Sakit yang macam mana. Bahagian apa yang menyucuk-nyucuk.

Dengan niat, bila doktor tanya kang senang nak jawab.

Over aku ni. Over. :p

Bila kepala tengah concentrate analisis rasa sakit, Wahid tanya benda simple pon kena marah. Heeeee. Kesian suami aku. Padahal dia nak tolong redakan rasa cemas. Kena marah-marah pon, capai jugak minyak angin nak sapu kat kaki isteri. Berlinanglah airmata isteri sebab rasa berdosa. Terus minta ampun minta maaf sebab takut rasa lagi sakit nak bersalin kejap lagi. Suami pon terasa sayu.

Touching-touching waktu sakit memang tak best. :(

Berbual-bual kejap dengan Wahid. Cerita-cerita pasal baby. Tapi dah pasang niat dalam hati, kalau sakit makin kerap, terus ketuk bilik Emak. Berdesup pergi hospital. Memang dah tak sabar sangat dah. Tak sabar nak jumpa baby satu hal. Tak sabar nak tamatkan rasa sakit tu pon satu hal.

Cepatlah sakit. Cepatlah sakit.

Macam tadi jugak, entah macam mana, kesakitan hilang serta merta. Frust sangat-sangat. Takpelah. Sabar lagi. Kita tunggulah dia datang makin kerap. Baru boleh cabut pergi hospital. Kalau pergi buta-buta macam gini, kena seluk kena hape pastu kena tahan wad. Tak nak lah aku. Lebih baik pergi time kow-kow punya sakit. Terus bersalin.

Cheh. Macam kuat je mental kau kan?

Tidur punya tidur, 12.30 tengah malam sakit datang lagi. Siap bangun duduk bersila minta Wahid urut pinggang. Lenguhnya satu macam. Tulang temulang macam lembik. Macam takde tulang pon ye jugak. Rasa macam nak nangis. Tapi tak jadi nangis. Cover macho tak payah sentimental-sentimental. Kata nak dapat baby. Heeeee. :)

Sakit hilang macam biskut. Datang balik macam angin pukul 2.30 pagi. Kali ni siap pakej perut memulas macam awal-awal tadi. Pergi toilet, tak ada benda yang dibuang. Duduklah aku termenung memikir nasib.

"Confirmlah aku bersalin malam ni. Confirmlah. Confirmlah."

Baring kejap atas katil. Amik feel nak pergi hospital.

Sekali lagi, rasa sakit pergi dibawa angin.

Aku cakap dalam hati;

"Biarlah keluar tanda. Pecah air ketuban ke. Keluar darah ke. Senang sikit nak pergi hospital. Kalau sakit hilang-hilang macam gini, aku tak pandai nak agak. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda......"

Sampai aku tertidur.

Sudahnya, aku lena sampai pagi. Takde sakit-sakit lagi dah. Lenguh pinggang tu masih ada. Tapi masih boleh bertahan dan bergagah pergi kerja. Seram jugak kalau tiba-tiba doa aku termakbul keluar tanda pecah air ketuban kat office ni kang. Mahunya satu sekolah kecoh ambulans datang neno-neno-neno angkat mak buyung pergi hospital.

Peh. Imaginasi tak boleh blah! :p

P/S : Ya Allah, hari ni sudah 9 bulan 8 hari. Permudahkanlah semuanya. Amin!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 11, 2010

Kelas Antenatal & Tungku Moden.

Masa buat monthly check up sewaktu mengandungkan Nashrah dulu, nurse kat Klinik Kesihatan Abdul Samad tu ada offer aku masuk Kelas Antenatal ni. Tapi masa tu, aku mengelak-ngelak. Diorang panggil, Kelas Keibubapaan. So, sebagai seorang bakal ibu yang berjiwa remaja (??), tentulah aku tak teringin nak join. Terbayang kat kepala aku ni ceramah-ceramah bosan yang bakal membuatkan aku tertidur tak hengat dunia.

Masuk pregnancy kedua, nurse kat Klinik Kesihatan Kempas ni sudah paksa aku masuk Kelas Keibubapaan ni. Siap mendaftarkan nama suami lagi. Nak tak nak, terpaksalah jugak aku menggangguk. Lagipon masa ni dah matang sikit. Tak fikir bukan-bukan dah. Dalam kepala nak concentrate jadi ibu bapa terbaik aje. So, layankaaaan.

Daaaaaaan, hari ini adalah harinya. Dengan semangat waja, bangun seawal pagi demi membuktikan bahawa aku dah sedia nak jadi emak. Wah, macam sebelum ni tak bersedia ke hape ntah. Kihkihkih. Tapi, itulah hakikatnya. Memang sangat-sangat bersemangat. Nak pergi kerja pon tak semangat macam ini. Suami yang kerja syif malam pun terlalok-lalok kena kejut pagi-pagi buta. :p

Kami sampai tepat pukul 8 pagi. Masih sesi pendaftaran.


Dapat satu fail berisi bermacam booklet.
Ada kisah penyusuan susu ibu.
Ada kisah perkembangan janin.
Sangat syok lah okeh.




Dapat pulak free gift.
Ubat gigi maternity dari Pureen dan sample Drypers Newborn pampers.



Aku tak sempat pon nak snap gambar sepanjang kelas ini berlangsung. Sebab utama, malu nak bangun dan amik gambar. Sebab kedua, terlalu syok dengar penerangan demi penerangan. Overall, memang tak rugi pergi kelas ni. Macam-macam input yang kami dapat.

Antara tajuk yang dikupas ialah tentang Proses Perkembangan Janin, Penjagaan Ibu Hamil, Pemakanan, Senaman, Demonstrasi Mandi Bayi, Peringkat-Peringkat Kelahiran Bayi, Penjagaan Ibu & Bayi Dalam Pantang dan Perancang Keluarga.

Memang sangat sesuai dihadiri oleh suami-suami yang malas membaca info tentang wanita hamil. Dalam kelas ni, diorang boleh mendengar dan cepat faham. No need to membaca dan memeningkan kepala mencari fakta.
(Ditujukan khas untuk suami sendiri. :p)

Aku sangat-sangat surprise bila Wahid sangat enjoy. Lagi-lagi bila part memandikan bayi. Diorang menggunakan bayi yang real okeh!! Menangis-nangis baby tu kena mandi. Dan aku sangat teruja bila tengok Wahid senyum sepanjang sesi itu. Semangat gila. Tak sabar nak tunggu anak dia keluar agaknya. Insya-Allah, lagi 11 minggu. :)

Bila masuk tajuk Peringkat-Peringkat Kelahiran, muka masing-masing cuak. Suami isteri muka gelabah. Dahlah nurse yang beri penerangan tu semangat gila cara bercakapnya. Siap tunjuk cara breathing dengan real. Keep remind us untuk buka kaki luas-luas dan jangan angkat punggung. Push sekuat hati tanpa keluar suara. Oh man, tak boleh lupa cara nurse tu beri penerangan. Memang melekat betul dalam hati ni. Sampai terbayang-bayang nasib masing-masing dalam labor room nanti. Gegegegegege.

Daaaan lagi, ada tontotan video kelahiran yang real punya. Kitorang yang tengok ni macam WHAT??? Mula-mula dah niat dalam hati tak mahu tengok. Tapi Wahid kata, tengok aje. So, kita boleh tahu. And yes, video kelahiran yang dipamerkan adalah sangat-sangat smooth delivery. Rasa macam teruja sangat. Tapi macam yang kita semua tahu, bersalin ni nasib orang lain-lain. Ada yang senang. Ada yang susah. Wallahualam.

Okeh, tamat kisah Kelas Antenatal.

Sekarang ni, ada satu benda yang bermain dalam fikiran. Tak tahu nak beli ke tidak. Kalau ikut hati, memang nak beli. Tapi bila difikirkan balik, macam tak perlu.

Kredit to MyPermataHati


Aku dah lama terfikir-fikir nak beli Tungku Moden ni. Masa pantang yang dulu, aku guna batu bata yang dipanaskan atas dapur gas. Lepas tu, balut pakai surat khabar dan kain tebal-tebal. Syok jugak sebab rasa dia panas-panas kan. Tapi nak memanaskan batu tu amik masa sikit. Plus, batu bata adalah sangat berat. Nak buat sendiri waktu lapang memang malas.

Cheh, macam-macam alasan kau bagi ye. :p

So, ada tak antara kalian yang pernah beli atau guna Tungku Moden ni? Apa pendapat kalian? Okeh ke tidak? Hasilnya sama tak macam kita guna batu-bata?

Kalau sudi, share-share lah info ye?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 24, 2010

Jantina.

26 Minggu 5 Hari.
Alhamdulillah.


Masa 1st pregnancy dulu, kami (aku dan Wahid) memang sangat-sangat mengharapkan anak lelaki. Aku ni kolot sikit. Pemikiran aku terikat dengan benda-benda bodoh. Aku selalu fikir dapat anak lelaki untuk 1st child adalah bagus. Nanti anak lelaki boleh jaga mak bapak bila dah tua. Anak lelaki boleh lindungi keluarga. Anak lelaki bagus dan bla bla bla.

Bodoh betul aku ni, kan?

Bila saatnya Nashrah keluar dan jururawat yang menyambut menunjukkan 'anu'nya pada aku yang separuh lalok, serius aku tergamam. Tak dapat describe macam mana punya perasaan time tu. Rasa bersalah. Rasa sedih. Rasa berdosa. Semuanya ada.

Wahid :
"Anak pertama kita perempuan Ma. PEREMPUAN."

T_____T

Wahid pon rasa perasaan yang sama macam aku. Rasa bersalah yang amat sangat terhadap Nashrah. Agaknya, Nashrah merajuk dengan kami. Mama dan Ayah-nya sibuk sangat nak anak lelaki. Nashrah rasa dipinggirkan. Nashrah rasa tidak diperlukan. Mungkin.

Inilah satu perkara yang buat aku tak boleh kering airmata. Tiap kali flashback saat-saat dalam labor room masa jururawat tunjukkan jantina Nashrah, aku mesti menangis. Jahatnya aku sebagai seorang Mak yang memilih-milih anak.

Hinggalah pregnancy yang sekarang ni, aku dan Wahid tak berani buka cerita pasal jantina. Bila orang sekeliling cuba nak main teka-teka, aku pekakkan telinga. Aku takut pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali.

P/S : Entry ini untuk mengingatkan diri aku sendiri.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 12, 2010

Sakit Bersalin.

masa aku tengah sibuk buat persiapan perkahwinan, kalangan blog list aku pon dari golongan yang sama. masing-masing akan update segala cerita kahwin. mak andam, make-up, pelamin, hantaran dan segala macam hal kahwin lagi. seronok masa tu. :)

bila aku mengandung, mereka pon sama. dan tiap-tiap hari lawat blog diorang, akan berkongsi bermacam cerita. pantang larang mengandung lah. kisah mengidam pelik-pelik dan alahan muntah segala. itu pon seronok. :))

bila aku bersalin awal, dan mereka belum bersalin, rasa macam janggal juga. ditambah dengan apa yang telah terjadi, emosi sangat masa tu. bukak blog yang ini, rasa nak menangis. bukak blog yang itu, menitik airmata. haha. kau tahu lah, perempuan cengeng macam aku.

dan sekarang, bila mereka dah bersalin, aku happy baca semua pengalaman bersalin. rasa sakit diorang macam mana. saat pecah air ketuban dan keluar darah. sesuatu yang berbeza-beza antara semua orang.

kes aku, tentulah lain. kan? :)

kalau suruh aku describe balik macam mana rasanya sakit masa nak bersalin, SUMPAH AKU TAK INGAT. tapi sakitnya memang SAAAAAAKIIIIT. tapi sekarang aku dah lupa macam mana sakitnya. pelik kan?

apa yang aku ingat, lepas aje nurse induce aku dengan Pitosin, aku boleh guling-guling atas labour bed tu ke kiri dan ke kanan. mulut aku tak henti istighfar dan selawat. selang seli dengan tu, aku asyik cakap sendiri;

"Ya Allah, kurangkanlah sakit ni Ya Allah...."

"tak tahan sangat ni Ya Allah. ampunkanlah dosa aku Ya Allah....."

"permudahkanlah semuanya Ya Allah...."

memaaaaang sakit, aku tak tipu. :)

lagi satu yang pelik, sakitnya nak bersalin tu, tidak sampai menitiskan airmata. sakit memang sakit. Tuhan aje yang tahu. tapi aku tak menangis pon. kalau kat rumah, tangan tersepit pintu dah boleh meleleh airmata macam kena pukul. tapi sakit ini TIDAK.

itu yang aku pelik sampai sekarang.

bila nurse inject aku dengan ubat tahan sakit Pentadine pon, sakitnya tak kurang. cuma aku rasa mengantuk dan mamai. dalam sakit-sakit tu pon boleh tertidur. tapi tidur yang terjaga-jaga lah. bila terjaga, sambung balik guling-guling atas labour bed. hehe.

doktor pelatih pada mulanya nak offer aku Epidural. kononnya nak menjadikan aku bahan uji kaji lah - kes bersalin bayi meninggal then pakai epidural. tapi dihalang oleh doktor pakar. i'm not sure why. tapi lepas kena lecture dengan doktor pakar baik hati berkenaan, terus aku tak nampak muka doktor pelatih yang comel itu. padan muka hang. kau ingat aku ni hape??

eh, back to story.

saat aku paling tak boleh lupa pulak, bila dah keluarnya bayi. peh, perut rasa lega gila. rasa sakit yang maha hebat tadi hilang dengan tiba-tiba. kepala rasa ringan macam kena urut. masa ni aku rasa nak tidur aje. dah tak peduli apa dah. aku macam dah lupa yang aku sakit guling-guling baru kejap tadi. hehe. pelik kan?

dan masa tu, aku terdetik;

"macam ni punya lega, bolehlah mengandung lagi."

kau bayangkan macam mana leganya tu. memang lega habis-habisan. macam baru lepas berlari keliling taman dan kau dapat berendam dalam air sejuk nan nyaman dan tenang. hebat kan?

tapi sakit bersalin ni lumrah alam kan? tak sakit banyak, Tuhan kasi kau sikit. sakitnya tetap sakit. TAPI YANG PELIK TU, AKU LUPA MACAM MANA RASA SAKITNYA BERSALIN!!

tension betul aku bila cuba nak ingat balik macam ni.

oklah, baik blah. penat nak ingat. ;p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, December 29, 2009

Bila 30 Disember Menjelma.

30 Disember 2009.
due date Nashrah, kalau rezeki itu masih ada.

sempena tarikh istimewa ini, aku bermurah hati untuk berkongsi pengalaman 'manis' sepanjang proses mengeluarkan puteri tercinta itu. bukan niat untuk mengungkit atau mengguris hati sendiri. tapi aku ingin mencoretkan suatu kenangan.

kenangan aku dan dia. :)

Kronologi Itu :

20 September 2009 (Ahad)
mula merasakan tiada gerakan atau tendangan dari dalam perut sewaktu di Singapura. menyangkakan ianya perkara normal, aku berlagak biasa.

21 September 2009 (Isnin)
masih di Singapura. hati mula tidak tenang memikirkan keadaan 'si dia' di dalam yang kaku. pulang ke Johor Bahru pada sebelah malamnya.

22 September 2009 (Selasa)
sangat-sangat risau. separuh daripada hati ingin segera ke klinik untuk memastikan keadaan sebenar. namun, separuh dari hati berasa sangat berat dan takut. takut untuk mendengar sesuatu yang tidak diingini.

23 September 2009 (Rabu)
setelah meminta pendapat dari seorang sahabat yang juga seorang doktor, aku kuatkan semangat untuk pergi ke Klinik. ditemani oleh suami tercinta, aku gagahkan diri.

kami ke Klinik Murni di Bandar Baru Uda untuk proses imbasan. doktor mengesahkan keadaan 'si dia' yang sudah 'tiada'. perkara ini boleh dilihat apabila bahagian kepala 'si kecil' tidak lagi bulat seperti biasa. doktor berkenaan minta kami merujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses seterusnya. waktu ini, hanya airmata peneman setia.

disambungkan kekuatan untuk terus ke Bilik Saringan, Hospital Sultanah Aminah. jururawat yang bertugas cuba mendengar degup jantung bayi menggunakan alat khas. namun tiada respon didapati. untuk kepastian lanjut, proses imbasan dijalankan sekali lagi. ye, terbukti 'si kecil' itu sudah tiada.

doktor tadi mengarahkan supaya aku dimasukkan ke wad. diberi pilihan untuk daftar masuk pada hari berkenaan, atau pulang ke rumah terlebih dahulu. aku memilih untuk pulang ke rumah. hati dan jiwa terlalu rungsing. sungguh runsing.

setibanya di rumah, tiada apa yang mampu aku lakukan. kekuatan demi kekuatan dibekalkan, sebelum aku dihantar semula ke Hospital Sultanah Aminah untuk daftar masuk. waktu ini, hati aku begitu takut. segalanya mengganggu fikiran.

ditempatkan di wad kelas kedua. tiada apa yang diusahakan. sabar menunggu esok untuk proses seterusnya.

24 September 2009 (Khamis)
dimasukkan Prostin yang pertama pada pukul 5.45 pagi. mild contraction hanya dirasai pada sebelah petang. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. hanya 1 cm waktu ini.

*Prostin ialah sejenis pil yang dimasukkan ke dalam vagina untuk membuka jalan bagi mengeluarkan bayi. istilah yang selalu digunakan ialah induce*

25 September 2009 (Jumaat)
Prostin kedua dimasukkan pada pukul 4.30 pagi. contraction agak tegang pada waktu tengahari. doktor bertugas datang untuk memastikan bukaan jalan. sedikit kesilapan berlaku apabila doktor pelatih yang bertugas memberitahu bahawa bukaan jalan sudah 4 cm. aku ditolak segera ke Bilik Bersalin.

sesampai sahaja di Bilik Bersalin, bukaan jalan dipastikan sekali lagi oleh doktor pakar. hampanya hati apabila aku diberitahu, bukaan jalan cuma 1 cm, dan aku harus ditolak masuk semula ke wad. :(

seisi keluarga memindahkan aku ke wad kelas pertama. ini bagi mengawal emosi aku yang terganggu dek kerana bercampur dengan pesakit kiri kanan yang baru melahirkan.

26 September 2009 (Sabtu)
Prostin ketiga dimasukkan. masih mild contraction. sengal-sengal biasa di bahagian pinggang dan punggung. dan peha terasa sedikit bisa.

27 September 2009 (Ahad)
proses memasukkan Prostin dihentikan. aku diminta berehat.

28 September 2009 (Isnin) - 4 Oktober 2009 (Ahad)
dibenarkan pulang selama seminggu. ini bagi memastikan kandungan berusia 6 bulan itu turun sedikit ke bawah dan sedikit kecut. ini bagi memudahkan proses pengeluaran nanti.

5 Oktober 2009 (Isnin)
daftar masuk semula ke wad. tiada ubat dimasukkan pada hari pertama.

6 Oktober 2009 (Selasa)
Prostin keempat dimasukkan pada pukul 10.45 pagi. tiada contraction langsung.

7 Oktober 2009 (Rabu)
Prostin kelima dimasukkan pada pukul 11.53 pagi. contraction panjang mula dirasai sehingga pukul 4 pagi, 8 Oktober 2009.

8 Oktober 2009 (Khamis)
lendir bercampur darah mulai keluar. tetapi, bukaan jalan masih 1 cm. doktor membuat keputusan untuk memasukkan D8 (sejenis ubat kayu) sebanyak 2 unit.

sebaik sahaja dimasukkan ubat ini, seluruh abdomen di bahagian bawah mula terasa sakit. bisa. tidak boleh disentuh. aku langsung tidak boleh berjalan. sakitnya?? Tuhan sahaja yang tahu.

*lendir dan darah semakin banyak*

9 Oktober 2009 (Jumaat)
doktor pakar memastikan bukaan jalan pada pukul 9.30 pagi. bukaan jalan telah buka 3-4 cm. aku terus ditolak ke Bilik Bersalin pada pukul 10.00 pagi. sesampai sahaja di Bilik Bersalin, aku di grip dua botol air. tepat pukul 11.45 pagi, aku dimasukkan sejenis ubat bernama Pitosin. serentak dengan itu, aku disuntik ubat tahan sakit bernama Pentadine.

selepas sahaja disuntik Pentadine, aku mula terasa pening dan mengantuk. oleh kerana rasa ini, aku tertidur dengan sangat nyenyak walau rasa tersaaaaangaaaaat sakit pada abdomen di bahagian bawah.

tepat pukul 1.57 petang, aku rasa seperti hendak membuang air kecil. tapi terasa sukar untuk keluar. aku teran sekuat hati dan tiba-tiba air ketuban bercampur darah pecah. sepantas itu juga, aku terasa suatu yang panas keluar dan kelegaan pada perut yang maha sakit tadi.

benda yang panas tadi, 'si kecil' itu. :)

jururawat yang menyambut 'kelahiran' menyuakan tubuh 'si kecil'. sungguh, waktu itu tidak tergambar perasaan. dan sehingga kini masih terngiang-ngiang;

tengok anak awak buat kali terakhir ye. perempuan kan?

aku angguk dan merelakan jururawat tadi membawa 'si kecil' pergi.

kehadiran suami sedikit mengubat. oleh kerana aku tahu yang kami bertiga tidak akan bersua lagi, aku minta izin jururawat untuk membawa 'si kecil' itu sekali lagi kepada aku dan suami. mungkin memahami perasaan aku, sebuah troli berisi bungkusan kecil dibawa masuk ke bilik bersalin.

aku tatap 'bungkusan' itu. dibuka ikatannya oleh jururawat tadi. genggaman suami kuat dibahu. pasrahnya hati ini, melihat tubuh kecil nan kaku. cukup sifatnya, Ya Allah.....

aku diminta berehat di bilik bersalin. jenazah 'si kecil' diuruskan seterusnya oleh suami dan ahli keluarga yang lain. saki baki suntikan Pentadine dalam badan menyebabkan aku lemah dan tertidur sehingga ke petang.

Alhamdulillah, segalanya selesai dalam satu hari. walau penantiannya begitu lama.

*********************************************************

aku mengambil terlalu banyak masa untuk mengarang entri ini.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015