Aishah Rahim's Diary: My Soulmate

Showing posts with label My Soulmate. Show all posts
Showing posts with label My Soulmate. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

15 RAMADAN, 4 TAHUN YANG LEPAS.

Anak bujang dah 4 tahun mengikut kalendar Islam. Tak boleh lupa saat tu punya perasaan. Masih terbayang pengalaman kedua nak pergi bersalin. Penuh dengan trauma (sebab teringatkan Nashrah) dan perasaan lain-lain - takut, tak sabar, excited dan macam-macam perasaan lagi.

Masih terbayang suasana tak boleh tidur malam waktu tu sebab mengira jarak contraction. Masih terbayang suasana kami bangun sahur, minum air milo, pastu mandi-mandi dan terus gerak ke hospital sebab contraction dah makin kerap. Masih terbayang saya duduk kat bahagian belakang kereta Kancil, suami memandu dan dengan keadaan Subuh yang gelap sejuk, tapi masa tu berpeluh sebab campuran perasaan di atas.

Banyak lagi terbayang. Semua dirakam dengan baik. Macam video recorder.

Entry 4 tahun lepas, KISAH KELAHIRAN ANAS NASHRIQ

**************************************************************************

4 tahun berlalu dengan indah. Dari seorang ibu yang stress sebab tak boleh penat, tak boleh bising, tak boleh rumah berkecah (eh ini masih sampai sekarang!), saya berubah sikit demi sikit menjadi penyabar (walau kadang-kadang tak sabar juga!). Pengalaman menjadi ibu banyak mendewasakan saya, mematangkan diri serta menjadikan saya kental. Motherhood is the best journey! Setiap hari pon kita akan belajar perkara yang baru. Anak-anak yang menjadi 'cikgu' tanpa kita sedar.

Teman Mama pergi servis kereta.
Mulut bising hanya akan diam ketika MAKAN!


Keletihan mengikut Mama pergi Shaklee dan COD barang customer.

My CHATTER BOX.

Nashriq,

Teruslah menjadi anak yang kelakar, banyak cakap, rajin, penyayang, protective, baik hati, lembut hati, romantik, rajin sembahyang dan selalu menyenangkan hati Mama dan Ayah. Mama bangga sekali ada Nashriq dalam hidup Mama. One day, if you read this, I want you to know that I LOVE YOU SO MUCH. Nashriq, kakak Nashrah dan Najah (insya-Allah ada adik-adik di masa akan datang), adalah segalanya bagi Mama. Mama sanggup buat ape sahaja untuk Nashriq dan adik-adik. I want the best for you all. That's why Mama dan Ayah nak buat yang terbaik, untuk masa depan keluarga kita yang terbaik di masa akan datang.  

Semoga terus menjadi anak soleh dunia akhirat.

Lots of LOVE,
Mama


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 7, 2014

KENAPA SAYA CUTI TANPA GAJI?

Alhamdulillah baru selesai sahur. Makan Nasi Ayam semalam yang Emak masak masa berbuka. Rasanya tahun ini, hari ni lah hari pertama saya sahur nasi. Sepanjang 7 hari yang lepas, saya cuma ambil Cinch Shake bersama ESP, quaker oat dan segala vitamin untuk bekalan sepanjang hari. Tapi harini punya Nasi Ayam tak boleh ditolak. Nanti terbayang-bayang sepanjang siang. Hihihihi.

Anyway, ramai yang tak tahu dan mungkin juga ada yang tahu, bahawa saya sedang Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014. Tempoh yang saya ambil ialah 6 bulan dan bakal berakhir pertengahan bulan Ogos nanti. Kenapa saya buat begini? Kenapa saya nekad mengambil CTG? Apa dah banyak ke duit yang Shaklee bagi? Hahaha spekulasi sangat kan soalan.

To be honest, saya buat semua ini kerana anak-anak dan Emak saya (dan diri saya juga tentunya!). Tak tahulah nak bagi jawapan spesifik. But, I really love and enjoy spending my time dengan orang-orang yang saya sayang ini. Mula-mula nak buat keputusan untuk CTG tu, memang berbelah bahagi juga. Saya masih sayang kerja saya, tapi terlalu banyak kekangan (terutama di hati saya) yang menghalang atau lebih tepat, berat hati je dengan kerja hakiki (atau mungkin pemalas?)

Bila saya tulis begini, mesti orang fikir saya tak kenang budi kerja gomen.
Tapi beginilah.

Saya agak selalu memonteng kerja, MC dan cuti dengan pelbagai alasan. Kadang-kadang anak tak sihat. Kadang-kadang Emak tak sihat. Kadang-kadang diri saya sendiri tak sihat (atau pemalas juga?). Selalu ada sahaja benda yang buat saya tak perform di tempat kerja. BUKAN SEBAB SHAKLEE. Perkara ni dah berlaku lama. Cuma sebelum ni saya tak kenali potensi diri. Apa yang saya tahu, saya kena pergi kerja dan hujung bulan dapat gaji. Itu sahaja. Nak atau tak nak, saya kena kerja juga. Suka ke tak kena hadap juga. 

Pergi kerja pagi sebelum jam 7 pagi dan pulang lewat petang. Stress dan penat di tempat kerja, balik rumah anak-anak inginkan perhatian, saya kurang layankan. Sampai Nashriq setiap hari request, "Mama harini jangan pergi kerja eh? Mama mandikan Nashriq, Mama main dengan Nashriq, kita berbual-berbual", saya jadi sedih. Kemuncak keadaan bila Najah dah tak mahu naik rumah pengasuh. Menangis melalak yang amat nak ikut saya pergi kerja. Hati saya meronta setiap kali pagi nak pergi kerja. Sebab nak kejut anak-anak bangun pagi dan hantar mereka ke rumah nenek dan pengasuh. Ditambah, Emak saya yang jaga Nashriq pon dah tak berapa sihat. Menguatkan lagi keputusan saya untuk CTG.

Shaklee sebagai MEDIUM. Shaklee bagi saya peluang untuk tekad CTG.

Bila orang tanya, "CTG sebab nak fokus bisnes ke?", saya jawab tidak jugak. Fokus utama memang anak-anak, keluarga dan Emak. Shaklee bantu realisasikan impian sahaja. Kalau saya tak buat Shaklee, mungkin sukar juga saya nak CTG sebab tak ada pendapatan sampingan. Syukur Alhamdulillah sebab pendapatan Shaklee memang boleh cover segala potongan yang ada dalam slip gaji kerja kerajaan saya, dan boleh cover semua perbelanjaan bulanan macam biasa dan siap boleh buat simpanan! Allah, saya tak suka cerita pasal ni sebab tak mahu nampak riak. Tapi syukurlah, saya bertemu Shaklee dan berani keluar dari comfort zone saya. Kalau tak, mungkin selamanya saya kerja dari pagi sampai petang, dapat gaji ratusan ringgit selepas ditolak potongan hutang dan duitnya habis dalam masa sehari sebab bayar segala macam benda pulak.

Jadi, adakah saya akan naik kerja pertengahan bulan Ogos nanti?

Ini masih dalam perbincangan. Seronok sangat dah saya duduk rumah. Terlalu banyak perkara manis setiap hari berlaku. Anak-anak dalam jagaan saya, buat semua perkara bersama. Mereka ikut saya bekerja - pergi Shaklee, pergi pos barang, pergi COD ke customer. Duduk rumah saya coaching anak buah bisnes, mereka masih depan mata. Saya pergi mana-mana kelas tak rasmi oleh Shaklee pon boleh bawa anak-anak (but most of the time, Wahid offer diri jaga anak kat rumah kalau saya ada kelas). Kami bersama-sama setiap masa. 

Memang penat. Ya saya tak tipu memang penat. Tapi keseronokkan dan rasa kasih sayang itu melebihi segalanya. Ditambah lagi, saya dah tak hantar Nashriq ke rumah Emak saya, jadi kurang sikit beban Emak nak menjaga. Itu yang lebih penting bagi saya. Suami pon selalu kata, dia seronok tengok saya begini. Rumah dalam keadaan terjaga, anak-anak depan mata saya, dia nak pergi kerja pon tak risau. But of course dia risau saya drive ke sana ke mari. Tapi insya-Allah saya minta dia doakan saya dan anak-anak selamat setiap hari. 

Saya mohon juga doa rakan-rakan sekalian supaya dimudahkan jalan bagi saya yang seterusnya. Kalau boleh saya memang nak selamanya duduk rumah jaga anak-anak, sambil menjana pendapatan dari rumah tentunya. Saya tak mahu lagi terikat dengan tugasan hakiki. Jangan salah anggap, saya cuma sedar yang saya tak perform sebaiknya di jawatan hakiki (selalu MC, selalu cuti, selalu ponteng, kerja bertangguh, tidak cinta pada kerja), jadi saya tak mahu jadi tamak dan pentingkan diri sendiri kerana masih mahu kedua-dua pendapatan. Lebih baiklah saya lepaskan salah satu dan pilih yang lebih baik, insya-Allah. Semua atas izin dan gerak hati dari Allah jua.

Doakan saya.

Oklah nak bersiap-siap. Anak-anak pon tengah makan. Jadi saya boleh kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan lepas ni saya ada coaching dengan anak cucu cicit dan lepastu saya nak ke Shaklee dan COD barang. Nampak pack kan jadual saya? Penat kan? Tapi bagi saya,

Do what you LOVE
LOVE what you do

Saya cintakan anak-anak
Saya cintakan keluarga saya
Saya cintakan Shaklee


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, February 27, 2013

Dia Tak Romantik, Tapi Kadang-Kadang Comel Juga.

Sebagai seorang peniaga Shaklee (echeh!), bunyi email notifications masuk menandakan ada orang transfer duit ke Maybank2u adalah normal. Selalunya memang takkan baca sangat in details sebab jarang customer menulis descriptions sewaktu men-transfer bayaran. 

Tetapi, pagi ini, aku terima satu email notifications menandakan ada orang telah men-transfer duit. Siap dengan description....


Dia ni memang tak romantik. Tapi sekali sekala buat macam ni.....

..... rasa nak gelak guling guling! HAHAHAHAHAHA.

P/S : Oh anyway. Thanks Pa untuk duitnya. Orang berjanji akan menggunakan duit ini 'sebaik yang mungkin'. Mungkin yaaa. MUNGKIN. :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, February 26, 2013

Buat Julung Kalinya.

Umum mengetahui yang suami aku, Encik Wahid tu memang tersangatlahhhh tak aktif ber-Facebook. Jarang benar dia nak komen-komen kat status ke, gambar ke, atau apa-apa sahaja yang aku update kat Facebook. Kekadang kan. aku jeles tau tengok husband and wife sok sek sok sek kat Facebook. Very the loving couple gitew! Awwww! 

Tetapi pagi tadi, Encik Wahid telah terkantoi buka Facebook setelah dia like satu status yang aku update! Ehhhhh, pakcik ni bukak Facebook yee? Sangat rare di situ!

Jadi, marilah kita 'berloving couple'!


Ya. Itulah pengakhiran perbualan 'loving couple' ini.

Sekian, terima kasih. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 3, 2013

Hari Lahir Suami Ke-28.

Hari ini 3 Januari 2013. Maksudnya, suami saya sudah berusia 28 tahun. Ini ayat dia semalam, selepas terperanjat dengan surprise asal boleh oleh si isteri. :)

"Dah tua dahh. Lagi 2 tahun nak masuk 30. Anak dah 3. Awak doakan orang sihat ajelah, panjang umur. Supaya dapat cari rezeki halal untuk awak, anak-anak".

Sobs sobs. Rasa nak menangis dengar ucapan macam gitu.

Sambutan hari lahir suami diadakan tepat jam 1.00 pagi tadi. Hanya kami berdua. Dengan 3 biji kek coklat. Kek favourite suami. Plan asalnya nak sambut siang hari macam biasa. Tapi bila fikirkan suami kerja shif petang minggu ini, balik jam 12.00 malam, aku pulak bekerja siang hari, macam mana nak celebrate? So sambutan dipercepatkan. Tanpa pengetahuan suami. Kira macam surprise lah konon. Echeh.

Balik dari kerja jam 5.30 petang tu, aku ajak Abang Long singgah kedai kek. Pilih punya pilih, ada 3 biji kek coklat comel yang masuk dalam plan. Aku memang tak mahu beli kek besar sebab hanya kami berdua kot. Emak dan anak-anak saudara semua dah tidur nanti. Tapi aku belikan lah jugak Emak dan anak-anak saudara kek lain. So sampai rumah tu, diorang makan kek yang aku beli. Kek coklat 3 biji aku simpan fridge untuk malam nanti.

Tepat jam 10.00 malam, anak-anak dah tidur. Aku pon, kalau selalunya, time-time macam tu memang dah selamat naik kapal terbang (padahal tak pernah naik!). Layankan mata sebab nak tunggu suami tengah malam nanti. Lauk pauk Emak masak aku dah siap panaskan, senang suami nak makan nanti. Tapi mata memang tak boleh handle. Tertewas jugak aku tidur. Tapi awal-awal lagi aku dah set alarm sebab nak setting kek semua.

Tepat jam 12.00 malam, alarm pon berbunyi. Aku bangun dengan terpisat-pisat bukak fridge keluarkan kek 3 biji tadi. Letak atas pinggam pastu letak kat meja depan kat ruang tamu. Aku pon sambung lepak-lepak dalam bilik sambil main tweet dan BBM bersama adik ipar. Memang berdebar habis I tell you! Apa tidaknya, sepanjang 9 tahun kawan, 3 tahun lebih kahwin, mana pernah ada surprise-surprise. Kalau nak beli kek, dia bawak. Sebab aku tak pandai bawak kereta kan. Cuma tahun ni jelah ada point sket sebab dia takde, so aku boleh senyap-senyap pergi beli. Hehehe.

Tepat jam 1.00 pagi, aku jenguk kat tempat parking kereta, nampak dah kereta suami. Terus aku berlari masuk bilik bawak pinggan berisi 3 biji kek coklat tadi. Dengar je bunyi pintu, aku terus keluar bilik sambil nyanyi lagu happy birthday dengan mode berbisik. You know, telinga-telinga anak iols kan sangat sensitif. So kalau nyanyi sambil menjerit kang terbangun plak. Lagipon dah pukul 1.00 pagi kot. Kekekeke.

Sambil nyanyi lagu birthday, sambil ketawa. Hahahaha. Sebab suami pon ketawa terbahak-bahak. Terperanjat dia kata. Tak sangka yang isteri dia ni ada plan nak surprise kan dia. Pastu peluk cium sket, dia kata terima kasih. Senyum sampai telinga Encik Wahid kita tu. Terus makan sebiji kek coklat sebelum makan nasi. 

Kek coklat 3 biji.
Simboliknya? 3 anak. :)

Imam saya dunia akhirat. :)

"Selamat ulangtahun kelahiran ke-28, sayang. Semoga diberikan umur panjang yang diberkati, kesihatan yang baik-baik, dan kemurahan rezeki yang mudah. I love you so much!"

P/S : Errr, 9 Januari ni nanti nak surprise jugak boleh? :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 19, 2012

Retro Huh?

Tempat kerja suami buat dinner hari Ahad ni nanti. Tema yang dipilih adalah;

RETRO. Yes. RETRO.

Aku tak dapat imagine pon aku akan pakai baju apa. Anak-anak lagi? Takkanlah suami nak pakai track bottom ala-ala 60-an gitu kan. Hahahaha. I can't accept this. Kepala otak aku tak boleh hadam. Aku dahlah memang bangsa tak reti ber-fashion. Aku siap cakap kat Wahid, paling koman, aku sauk je pakai Baju Kurung polkadot yang aku ada. Aku dah ada anak dua kot. Hahaha. Takkan nak ber-gipsy bagai kan?

So kita tengoklah je lah aku pakai apa nanti. Aku ingat malas je nak ikut tema. Buat kepala sendiri. Hahaha. Aku kan asal boleh je orangnya. Lalalalala~ :p


Cucuk langit habis!

P/S : Taip entry sambil dengar lagu Bayangan Tarimu by Carefree. Hehehe.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 3, 2012

Nashriq & Hantu.


Tajuk saje nak kasi gempak. Hahahaha. Well, inilah rupa beg duit aku. Belah bawah tu ada lagi satu frame aku letak gambar Arwah Abah dan Emak. Sajelah nak buat tatap hilang rindu. Hehehe. Tapi empat gambar ni ada cerita. Siapa lagi kalau bukan Nashriq punya cerita.

Mama : Nashriq ni siapa? (tunjuk gambar Ayah)

Nashriq : Ayah!

Mama : Yang ni? (tunjuk gambar Mama)

Nashriq : Mama lah!

Mama : Hehehehe. Yang ni? Yang ni? (tunjuk gambar Najah pulak)

Nashriq : Ajahh!

Mama : Good boy! Yang ni siapa sayang? (tunjuk gambar dia)

Nashriq : HANTU. (pastu dok sendih-sengih)

KAHKAHKAHKAH! Berdekah-dekah aku ketawa. Tapi Nashriq ni memang kelakar pon orangnya. Dia suka entertain orang. Kalau orang datang rumah, mula-mula je dia ambil masa sikit nak berkawan. Lama-lama, dia akan layan berbual, ajak main kat playroom, bagi makan, bagi minum. Haaa memang super peramah habis!

Haritu masa pergi bercuti kat Port Dickson reunion kawan-kawan sekolah aku pon, dia tak kisah entertain orang. Bukak lagu Gangnam Style, dia boleh joget baikk punya. Hahaha. Kadang-kadang terasa macam anak aku ni badut pon iye jugak. Eh bukan maksud aku tak bagus. Baguslah kan sebab dia tahu macam mana nak gembirakan orang lain.

Kalau kat rumah tu, Najah nangis pon, dia yang akan tenangkan Najah kalau Mama dan Ayah entah ke mana-mana. "Ajah jangan nangis Ajah. Ajah diam. Diam". Pastu cium-cium dahi adik dia. Amazingly, Najah pon akan senyap dan ketawa-ketawa geli hati tengok Abang dia. Haaa, itu namanya 'The Power of Bayong'! :)

Sometimes, aku rasa Nashriq ni lahir untuk 'jahit' hati aku yang 'koyak'. Dia penghibur aku. Sangat manja. Penyayang. Mata dia yang redup tu, selalu buat aku jatuh kasih. Kalau tengah marah dia sebab buat 'kebinasaan' pon, confirm tak lama. Sebab dia akan datang minta salam (minta maaf sebenarnya). Hahahaha.

Sekejapan dah dua tahun dah umur anak bujang aku ni. Lagi 3 tahun nak masuk sekolah. Ya Allah, terasa cepatnya masa berlalu. Tak boleh lupa macam mana kecilnya dia sewaktu baru keluar dari perut dulu. Ye. Masa berlalu, berlari dan beterbangan....


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012.


Selamat Hari Raya! :)

Maaflah sebab banyak gambar yang tidak senonoh. Ini pon banyaknya gambar ehsan dari adik ipar kesayangan. Campur sikit dengan gambar yang diambil dari BB. Memang banyak yang tak lepas piawaian bergambar. Tapi apa ada hal? Upload dan tengok saja lah kan? 

Fantastic Four.
Hingar bingar bila bergambar.


Adik beradik.
Bermacam ragam.

Banyak lagi gambar kat FB adik ipar tapi tak dan nak pergi save satu-satu. Ni aku amik mana yang senonoh aje. Hahaha. Nampak sangat gambar sendiri banyak yang tak senonoh kan? :P

Lepas ni kalau rajin, aku up entry pasal birthday Nashriq plak okeh? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 16, 2012

Krim Kesihatan Apa Awak Pakai Ni?

Pagi tadi, sewaktu bersiap nak ke tempat kerja, suami menyoal dengan serius.

"Krim kesihatan apa awak pakai ni?"

"Krim kesihatan apa plak?" Aku bertanya balik.

"Niiiii. Yang ada gambar bulan ni. Macam Kementerian Kesihatan punya tuuu"

Sumber gambar dari Google.
Terima kasih tuan punya blog! :)

Ya Allah suamiku!!! T________T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 18, 2012

Ayah Beranak 3.

Catatan ini dari Najah.

Hello makcik pakcik kawan-kawan semua. Najah tak pernah bercerita kat sini kan? Selalu Bayong je yang bercerita. So today Najah amik shif Mama to story about Ayah. Ye. Ayah yang macam dalam gambar kat bawah ni. Inilah Ayah Najah. Nama dia Abdul Wahid. 



Semalam kan Father's Day. Tapi kami tak celebrate apa-apa. Kami duduk je kat rumah nenek sebab esoknya (hari ini) Mama dan Ayah kena kerja. Mama dan Ayah memang tak suka berjalan hari Ahad sebab tak mahu mood hari Isnin terbabas sebab penat. So duduklah kami empat beranak berkubang. Seronok wooo. Mama peluk Bayong. Ayah peluk Najah. Najah sepak Bayong. Bayong tampar muka Najah. 

Last night before, Mama dah hantar SMS ke Ayah wish Happy Father's Day. Tapi masa tu Ayah dah tidur kot so Ayah belum baca. Bangun pagi-pagi je, Ayah terus cium Najah dan Bayong cakap thank you sebab wish father's day. Najah pon senyum je sebab Najah mana tau apa-apa kan? Ni semua Mama lah yang hantar. Najah dan Bayong cuma receive kiss aje. Hehehe.

Najah nak cerita yang Najah sayang sangat kat Ayah. Sebab apa? Sebab Ayah selalu enjut Najah dalam buai lama-lama. Kalau Mama yang enjut, jawabnya 5 minit je Mama dah berlayar. Ayah enjut buai lama wooo. Seronok Najah kalau Ayah yang enjut buai. Terasa bahagia gitu.

Malam-malam pon, kalau Ayah ada dengan kami, Ayah yang bangun malam tukarkan pampers-pampers kami. Mama terbongkang dengan alasan penat BF Najah. Heh. Ayah senyum je dengar alasan Mama. Takpe, kasi chance kata Ayah. Ayah tak pernah merungut pon bila kena bangun buat susu Bayong. Laju je Ayah ke dapur kalau Bayong dah start ekk ekk ekk. 

Dalam handphone Ayah kan, penuh dengan video-video kesukaan Bayong. Sebelum Bayong tidur tu, Ayah akan bukakan semua video kasi Bayong tengok sampailah Bayong tertidur. Bayong memang manja sket dengan Ayah. Sikit-sikit panggil Ayah. Menyampah Najah tengok.

Apa lagi Najah nak cerita ek? Najah pon tak tahu nak cerita apa sebab skill menulis Najah belum mantap lagi. Tunggu amik masa 2-3 tahun baru boleh jadi taiko macam Mama kot. Oklah. Najah undur diri dulu. Nanti bil-bila Najah sambung lagi. Bye!

"Happy Father's Day, Ayah beranak tiga - dari Nashrah, Nashriq dan Najah."



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 8, 2011

Soalan Cepu Emas.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, suami main cuit-cuit sebab tengok isteri dia diam memanjang malas bercakap. Aku memang macam gini selalunya. Pagi-pagi memang lambat sikit nak download tenaga dalam diri. Jadi aku akan mengambil masa yang lama untuk charge baterry otak dan minda.

Nak sedapkan hati suami, aku pon senyum dan cakap;

"Orang sayang awak sangat..."

Tiba-tiba, suami menyoal;

"Antara orang dengan Nashriq, mana awak sayang lebih?"

TETTTT! (Tekan butang nak jawab soalan)

"Nashriq kotttttt", sambil menyengih. :)

Hahahaha. Kondifen gila jawab cenggitu depan suami sendiri. Tengok muka Wahid cam takde reaksi aje. Dia senyum lagi ada. Tapi dalam hati, siapalah tahu kan?

"Tapi awak dengan Nashriq tak jauh beza lah tangga dia. Nashriq atas sikit. Awak bawah sikit ajeeeeee", sambil buat isyarat tangan macam tangga atas bawah. Jawapan cover line.

But to be true, kedua-duanya ada liga tersendiri dalam hati aku. Bukan ikut tangga ketinggian kasih sayang mana yang lebih atau apa. Wahid dalam liga kasih sayang seorang isteri kepada suaminya. Yang mana hanya dialah dalam hati di liga asing itu. Tak ada pesaing. Dia pemenang dan akan sentiasa jadi pemenang di situ.

Manakala Nashriq pula, berada dalam liganya tersendiri. Kasih sayang seorang ibu yang tiada batas waktu dan tiada batas akal. Hingga sanggup berganti nyawa. Segala kasih dan cinta dicurahkan sepenuh hati.

Bagaimana kalau ada anak ketiga? Keempat? Dan kelima nanti?

Aku akan cuba wujudkan liga seterusnya. Tak mahu membezakan kasih sayang anak. Aku akan cuba sehabis baik untuk memberikan kasih sayang yang melimpah ruah kepada kesemua anak dengan kadar yang sama rata.

Insya-Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 19, 2011

Kisah Cinta Kami.

7 years plus of friendship, love and marriage.
I'm so bless. :)


Mungkin ada ramai yang dah baca. Sebab aku pernah blog pasal ni dulu sebelum nak kahwin kot. Aku malas betul nak kasi link pasal malu nak kasi korang baca penulisan aku version yang lama. Jadi, oleh kerana kemaluan (???) itu, maka aku merajinkan diri untuk draft satu entry khas sempena Minggu Cinta (rekaan semata). Mana taknya, kehulu ke hilir semua orang blog pasal kisah cinta, aku pon nak jugak wehhhh.

Aku dan Wahid mula berkenalan melalui medium 'SMS Cari Rakan'. Aku taktau korang pernah dengar atau tak. Atau kalau korang kurang pasti, pergi bukak surat khabar pastu tengok iklan kat belah bawah-bawah tu. Haaa, nampak tak iklan 'Cari Rakan' ke, 'Cari Cinta' ke? Ada?? Haaa, dari situlah aku kenal pakcik sorang tu. Amacam? Gamble tak aku? (Bukan gamble doh, tapi desperate!).

Well, as you all know, aku memang tak pernah ada steady boyfriend pon sebelum Wahid. Kalau ada pon, pacaran dalam MiRC. Dah bersayang-sayang, ber-I-love-you semua pastu hantar gambar kena reject. Biasalah kan. Manusia memang kerap memandang paras dan rupa. Lagilah pulak masa tu zaman aku sangat tak cun (kau ingat kau cun ke sekarang?). Memang tak pernah ada steady boyfriend lah. Sedih wooo tengok kawan-kawan ada boyfriend tapi kau sorang macam melukut di tepi gantang. Sangat tak cool okeh!

Nak dipendekkan cerita, aku pon menceburkan diri dalam bidang 'SMS Cari Rakan' tadi. Guna nick name nak power - ayang85. Haa amik kau siap reveal. Pasni confirm kena sembunyi muka bawah meja pasal kena gelak. Tapi apadahal? Kata pengakuan kisah benar kan? Hehehehe. Ayat mem-back-up diri. :p

SMS punya SMS, ter-chat lah dengan seorang mamat ni guna nick name eddy_jb. Orang Johor which is syarat pertama adalah LULUS. Aku kalau nak cari pasangan memang kena cari orang dekat pasal Emak aku dah warning. Tapi dulu aku berangan nak kahwin dengan orang Kedah pasal nak tengok sawah padi. Tapi dapat orang Ulu Tiram pon okeh. Dapat tengok Tiram hari-hari. Muahahaha lawak bodoh tolong abaikan.

Sembang punya sembang, kami pon bertukar nombor telefon. Nak SMS dalam medium berkenaan mahal wooooo. Maka kami pon sambung sembang kat SMS henpon. Dulu aku ingat lagi zaman TM Touch. Nombor start dengan 013. Aku pakai henpon Siemens baling anjing. Siemens okeh. Siemens. Itu dah kira hebat benar dah masa tu. Pastu dapat tukar Nokia 3310 macam dapat pakai Blackberry. Pasang lagu polifonik sebab malu henpon bunyi TRET TRET TRET TRET.

Woi apa merepek ni? Nak cerita pasal cinta ke henpon??

Hahahaha. Baiklah. Kita menuju destinasi sekarang! :)

SMS punya SMS sambil bertanya soalan-soalan wajib seperti tarikh lahir, makanan kegemaran dan sebagainya. Tarikan kedua yang membuatkan aku nak terus kawan dengan mamat ni sebab tarikh lahir kami berdekatan. 6 hari je perbezaan hari. Dia punya birthday pada 3 Januari. Manakala aku pulak 9 Januari. Macam over kan semua benda nak kena masuk syarat piawaian. Nak bulan sama lah. Nak makanan kegemaran sama lah. Tumbuk kang baru tahu.

Pastu, boleh pulak dia cakap makanan kegemaran dia Lauk Sardin, memang sekapal lah dengan aku. Aku ni pulak memang peminat tegar Sardin. Sampai ke kahwin ni ha satu hari dalam seminggu mesti masak Lauk Sardin. Muka kami pon dah macam Sardin dah tengoknya.

Oh, lupa nak mention. Tarikh pertama kali SMS tu ialah 29 November 2003. Over tak? Over tak? Semua benda nak ingat. :p

Dan kami pon berkawanlah melalui SMS dan dipanjangkan membawa ke panggilan telefon. Sampailah ke suatu hari, rumah aku buat open house (masa ni musim raya). So, aku pon mengajak-ajak ayam (read : tak ikhlas) mamat ni datang rumah. Aku ingat, dia tak berani datang pasal kami baru kenal. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia call cakap dah ada kat bawah blok. Kau bayangkan macam mana aku punya gelabah? Ketakutan kena reject buat kali ke sepuluh tu sangat kuat. Cecececece.

Aku pon turun ke bawah blok sebelah pasal dia tunggu situ. Aku suruh lah Wahid tunggu kat mesin ATM BSN. Tapi aku jahat. Aku pusing ikut jauh pasal nak tengok muka dia dulu. Agak-agak kalau tak boleh blah, aku blah lah. Kahkahkah. Macam muka aku cantik sangat kan? Tapi Tuhan tu Maha Besar. Aku pusing ikut jauh, jalan pelan-pelan dari belakang. Wahid pusing aje, terus aku terdiam. Dan dia pon bertanya;

"Awak Aishah?"

Cececececece. Kau nak sembunyi mana? Nak tak nak kenalah jugak mengaku kan? Pastu blur taktau nak sembang apa. Main-main jam lah. Korek-korek kuku lah. Sampai Wahid yang tanya;

"Awak tak nak ajak saya naik rumah?"

Halamak boleh lupa pulak kan?? Teruslah kami naik ke rumah aku. Makan dan makan. Emak masak Nasi Ayam masa ni. Favourite kami berdua jugak. Tapi nampak dia makan malu-malu. Yelah, datang seorang diri. Jumpa pulak keluarga budak perempuan yang dia baru kenal. Memanglah sopan santun sikit kan? Cuba sekarang kau tengok? Muka dia yang hadap pinggan dulu. Muahahahahaha.

Dah sudah makan tu, aku pon meneman Wahid turun blok dan menuju ke keretanya. Eh, bukan kereta dia. Tapi kereta ibu bapanya. Dalam perjalanan ke kereta tu, Wahid pon berkata;

"Saya sayang awak".

Aku ni blur. Dalam SMS berani jawab. Depan-depan macam nak pengsan.

Aku diam. Dia tanya;

"Kenapa tak jawab?"

Aku cakap "Nanti". Dan dia ingat aku reject dia.

Sebenarnya aku bukan reject dia. Tapi aku taktau nak react apa. Aku ni kan pemalu. Muahahahaha pemalu habis! Tapi sampai kat kereta tu, aku balas lah jugak. Aku cakap yang aku sayang kat dia. We both ni macam desperate sangat nak couple taktau pasal apa. Rasa cam bengong pon iye jugak. Tapi macam aku cakap, pengalaman itu mematangkan. Isn't it? :)

Tarikh hari kejadian ialah 7 Disember 2003.

To cut the story, keesokkan harinya tu kami dah couple. 8 Disember 2003. Itu pon melalui SMS aje. Cinta kanak-kanak remaja belasan tahun. Baru 18 tahun pon je masa tu. Muda belia lagi. Manalah nak tau how to melamar nak couple camne kan? Yang penting masa tu aku dah ada boyfriend yang REALITI. Bukan lagi dalam MiRC atau sekadar dalam SMS dan telefon. Kejayaan besar tu wehhh. :p

Kami tidak kerap berjumpa okeh. I still remember selepas couple 8 Disember itu, kami hanya keluar bersama untuk tengok wayang cerita The End pada harijadi Wahid iaitu 3 Januari 2004. Emak aku garanglah okeh. Nak keluar dengan lelaki berdua? No way!! Kau ngadap dulu abang-abang dan kakak aku bagi penjelasan. Itu pon diorang bagi pasal Wahid berani naik rumah ngadap keluarga aku nak bawak aku keluar. Amacam? Gentleman tak? Hakhakhaktuih! :p

But yes. Ini tips aku untuk remaja-remaja muda belia sekarang. Kalau korang nak tau lelaki idaman korang tu serius atau tidak dengan korang, pergi ajak dia datang rumah. Ngadap Mak Ayah korang. Suruh dia minta izin nak bawak korang keluar. Kalau benda mudah camtu pon dia tak boleh buat, TOLONG ANGKAT KAKI KORANG SEKARANG. Dia bukan lelaki yang sesuai. Ini tips ni. Sila masuk dalam buku nota masing-masing.

Dan kami pon berkawanlah sehingga ke tahun 2007. Lebih kurang 3 tahun lebih kot? Pastu, kami membuat keputusan untuk bertunang. Kami pilih tarikh 21 Julai 2007. Actually, perbincangan pertunangan ini lebih diuruskan oleh kedua belah keluarga kami. Kami berdua hanya menurut perintah. Mungkin sebab diorang tengok muka kami dah nak berubah jadi belangkas, maka lebih baik dipercepatkan kahwin.

Kami pon bertunang selama 1 tahun 6 bulan. Total tahun perkenalan setakat ini ialah 4-5 tahun gitu kan? And it was really enjoyable friendship. Berkawan dan bertunang dengan lelaki yang kita sayang, siapa tak mahu kan? Kat sinilah segala perkara harus diterapkan. Kepercayaan, kejujuran, saling mempercayai dan inilah masa untuk kita bina hubungan yang baik dengan ahli keluarga pihak masing-masing. Aku bet ramai yang cakap susah. Tapi aku kena akui yang kita berkahwin bukan sahaja dengan lelaki idaman kita berkenaan, tapi kita akan berkahwin dengan keseluruhan keluarga dia. So, kalau dari masa sekarang kau tak praktik, lepas kahwin nanti lagi susah. Ini ingatan untuk diri aku jugak ni. :)

Dan akhirnya percintaan kami ke jinjang pelamin pada tanggal 14 Mac 2009. Happy? Yes, I am! Berkahwin adalah sangat menyeronokkan. Bukan sebab kami dah halal atau ape. Tapi sebab aku akan hidup dalam satu kapal dengan seorang nakhoda aku pilih sendiri. Aku jadi co-pilot. Sekarang hidup aku adalah - KAMI. Bukan lagi hidup kau, hidup kau. Hidup aku, hidup aku. Takkk. Everything now is KAMI. Berdua. Bertiga atau berempat.

Macam mana aku nak rumuskan hidup sepanjang 7 tahun ini?

Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita yang suami mereka tak sama masa zaman bercinta dan berkahwin. For me? Yes, I agreed! Wahid adalah tidak sama dan jauh berbeza dari zaman kami bercinta. Kadang-kadang aku rindu jugak zaman-zaman bercinta-cinta dulu. Sungguh romantik dan perhatian. Tapi sekarang pon perhatian jugak. Perhatian kat anak dia. Muahahahahaha.

Tapi bila dah ada anak ni, memang tak ada apa lagi yang penting selain anak. Kalau dulu, suami SMS tanya keadaan kita. Tapi sekarang dia tanya anak dia dulu. Normal kan? Tapi korang kisah tak? Aku masa mula-mula kisah jugak. Tapi sekarang dah immune. Budak yang dia tanya tu anak kita jugak. Anak bersama-sama. Kan? Kan?

Apa pasal aku macam dah lari tajuk ni? Macam kursus rumahtangga pulak.

Overall, aku boleh katakan bahawa Kisah Cinta aku ni bukanlah menarik mana. Tapi ianya akan tetap lekat dalam hati. Dan janganlah gadis-gadis bujang di luar sana jadi takut nak kahwin bila aku cakap lelaki berbeza selepas kahwin. Takkk. Berbeza tu yes, tapi bahagia tetap ada. Lelaki yang kita kenal masa zaman bercinta takkan nak sama bila dah kahwin dan dah ada tanggungjawab kan? Mestilah dia akan jadi lebih serius dan lebih memikirkan perkara-perkara yang penting.

Nampak? Dah masuk isu rumahtangga lagi. Dahlah, sebelum aku merepek lagi entah apa-apa, baik tamatkan entry ni sekarang. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 18, 2011

Baby & Daddy Moment Contest.

Umi Payin ajak masuk contest. Contest anjuran Mommy Kysha. Aku pulak memang ketandusan idea meng-update. Tak tau dah nak cerita pasal apa. Heeeeee. Maka, inilah hasilnya - entry pasang siap dan copy paste. :))

Syarat-syarat Peraduan :

1. MESTI follow blog D'La Maya.
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. Tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik. ;)
3. Buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. Baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. Pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.

Senang bukan?

Syarat nombor 1 dah 'Follow'. Syarat nombor 2, dah 'LIKE'. Sekarang, mari pergi syarat nombor 3 pulak. Teheeeee. :))


Daddy & Baby. :))

Gambar ini diambil masa Anas Nashriq berumur 7 bulan 13 hari. Baru aje lagi gambar ni. Al-kisah gambar ni, kami tiga beranak melepak kat tangga sementara aku bertelefon. Sibuk aku pot pet pot pet kat telefon, sibuk jugak mereka dua beranak mengekeh ketawa. Aku pon apa lagi? Capai henpon dan terus snap sebiji dua gambar.

Sorry lah sebab gambar tak berapa nak clear. Henpon Cap Bunga. :))

Link Baby & Daddy Moment Contest;

Dan mangsa tag aku ialah;


Seperti biasa, entry akan habis serta merta. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, February 17, 2011

List Lagu Kegemaran Saya.

*Mode : Clearkan DRAFT*

30 Days Quest pon macam tinggal dalam kenangan, Umi Payin dah paksa aku buat listing lagu kegemaran sepanjang zaman idaman hati. Apolah aok. Penat koi nak memikir ni tau? Hahahaha suka hati aje guna aok dengan koi padahal taktau maksud sebenar. Heeee.

Baik. Baik. Nak sangat tau lagu kegemaran aku kan? Nah amik kau.

JANJI MANISMU - AISHAH
Lagu ini mula menjadi kegemaran ketika aku berusia 6 tahun kot. Masa tu, aku ingat lagi kakak aku si Kak Ngah tu belum kahwin. Masih anak dara. Pattern kakak aku ni, garangnya tak bertempat. Biasalah budak-budak kecik baya 6-7 tahun gitu kan 'baik' sikit perangai. Aku pulak memang suka berangan menyanyi atas meja sambil pegang sikat. Feeling tengah buat konsert pastu siap pakai baju seksi-seksi. Nyanyilah aku sekuat hati terjerit terpekik terlolong "OH DUNIA INI, PENUH KEPALSUANNNN. OH MUNGKINKAH TIADA KEINDAHANNNNN". Tiba-tiba, "ZAPPPPPPP!!!!" dan disambung raungan kuat budak 6 tahun ni tadi. FINE. TALI PINGGANG 2 INCI SUDAH HINGGAP PEHA. :)

TERINGIN - SHIMA
Lagu ni mula menjadi siulan masa umur aku 8 ke 9 tahun gitu. Masa tu Shima top wooooo. Suara dia serak-serak basah. Yang membuatkan aku jadi TERminat kat lagu ni, Abang De aku telah masukkan nama aku dalam satu pertandingan karaoke. Kau bayangkan dapat full support woo dari abang. Baju sponsor. Berlatih siang malam. Siap dia belikan MIC lagi pasang kat rumah suruh aku nyanyi. Dia jugaklah yang hantar amik aku sepanjang pertandingan tu berlangsung. Lastly dapat saguhati. Bolehlah dari tak dapat apa. Wakakakakaka.

JERAT PERCINTAAN - SITI NURHALIZA
Lagu ni pon termasuk dalam kenangan indah jugaklah kot. Masa aku umur 10 tahun, tempat kerja Kak Ngah aku buat Family Day. Dia pon bawaklah aku sebab dia bukan ada adik yang comel lain pon. Aku je yang comel. Sebab tu kena bawak aku. Hahahahahahampehlahkau. Pastu, dia takmau inform awal yang dia telah memasukkan nama aku dalam pertandingan karaoke. Tiba-tiba je nama kena panggil pastu abang PA System tanya nak nyanyi lagu apa. Masa ni, Siti Nurhaliza baru lepas menang Juara Lagu kot. So aku pon main petik aje lah lagu ni. Hasilnya? Aku menang tempat pertama okeh. PERTAMA. Sebab lawan-lawan aku semua budak 4-5 tahun. T______T

AKU CINTA PADAMU - SITI NURHALIZA.
Wah tiba-tiba terbongkar aku Kipas Susah Mati Siti Nurhaliza. Hahahahaha. Fine. Lagu ini masa Darjah 6. Umur 12 tahun lah kan? Ada jamuan akhir tahun kat sekolah. Cikgu nak pilih seorang sahaja pelajar untuk buat persembahan dalam Majlis Penyampaian Hadiah. Wakil dari kelas aku, ialah AKU. Pilih punya pilih lagu, akhirnya aku pilih lagu Aku Cinta Padamu neh. Nyanyi penuh perasaan okeh atas pentas. Satu sekolah nyanyi sama. Silap tak nyala lighter aje atas langit. Feeling artist kau tau? Confident boleh menang ah nak buat persembahan dalam Majlis berkenaan. Sudahnya siapa yang dapat buat persembahan? Budak kelas sebelah nyanyi lagu, BONDAAA SENYUM RIANGGGG. MENERIMAAA BAHTERA MERDEKAAA. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. PUTERA PUTERI SAYANGGGG. Fine, mereka nak lagu Patriotik rupanya. T_____T

.
.
.

Banyak lagi sebenarnya list-list lagu kegemaran. Tapi, inilah lagu-lagu yang hard to forget dalam kepala. Lagu yang menyimpan seribu kenangan. Echeh.

"Aishah, lagu tema cinta kau takde?"

Errrr. LAGU NI BOLEH? :p

P/S : I know you reading this sayang. Itu lagu kita kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 29, 2010

7 Tahun Dan 7 KG.

Hari ini ialah 29 November 2010.

7 tahun yang lepas, seorang gadis dan seorang pemuda sedang bergedik-gedik SMS nak berkenalan. Tanya macam-macam soalan sampaikan makanan kegemaran pon nak tahu.

"Awak suka makan apa?"

"Saya suka makan sardin."

"Eh, samalah. Kita pon suka makan sardin!"

Hahahaha. Malu aku kalau ingat balik. :p

Hari ini jugak, Nashriq punya check up 3 bulan. Berat terkini Nashriq ialah 7 kg. Pinggang Mama dah separuh patah kalau pangku Nashriq dari rumah kita ke rumah Nenek. Nampak gayanya, memang kena on jugaklah pembelian car seat. Nanti kita beli okeh sayang?

Ayah dan Nashriq.
Masa umur Nashriq 17 hari.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau kurniakan aku sahabat, kekasih dan suami terbaik (buat aku). Dan terima kasih juga kerana diberikan kesihatan terbaik untuk anakku untuk 3 bulan penuh cinta ini. Moga segalanya kekal atas Redha-Mu. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 22, 2010

Nashriq Sayang Semuanya.

Satu-satu Nashriq sayang Mama.
Dua-dua Nashriq sayang Ayah.
Tiga-tiga Nashriq sayang Kakak Nashrah.
Satu dua tiga, Nashriq sayang semuanya!


P/S : Bersiaran dari rumah baru. Terima kasih Maxis Broadband!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, October 10, 2010

Anak Ayah.







Sekarang Mama dia menangis. T____T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, July 25, 2010

Hadiah Buat Suami.

2-3 bulan yang lepas, ada terbaca entry Aneen pasal Smoker Haven. Masa tu, memang dah berminat sangat-sangat. Tapi, hati ni macam berat sangat nak bawak bincang dengan suami. Makanya, niat yang suci murni terpaksa dibatalkan buat sementara waktu.

Entah macam mana, baru-baru ni Encik Suami ada menyuarakan niat untuk berhenti merokok. Eh, bukanlah berhenti secara tiba-tiba atau mendadak. Tapi secara perlahan-lahan. Dia dok fikir pasal kesihatan diri sendiri, kesihatan aku dan kesihatan bakal baby kami nanti. Plus, masalah kewangan yang menyumbangkan migrain setiap bulan. Ngeh. :p

Bayangkanlah, sebagai seorang perokok tegar macam Encik Suami, 1 kotak rokok diperuntukkan untuk 1 hari sahaja. Kotak yang 20 batang tu okeh. Satu kotak berharga RM7.80. Kali dengan seminggu sudah RM54.60. Kalau sebulan, lebih kurang RM234. Kiraan setahun pulak mencecah RM2847.

Banyak tu weehhhh!!! :(

Aku pon terus semangat tunjuk blog Aneen kat Encik Suami. Dia pon membaca dengan kusyuk. Aku ingat habis kat situ aje. Aku pon blah lah pergi buat kerja lain. Sat lagi, aku jengok skrin laptop, dia tengah baca forum pasal E-Cigarette ni. Kusyuk dan tawaduk betul. Memang nampak sangat-sangat berminat. So, aku pon happy lah. :)

Sebagai menyokong kempen 'Selamat Tinggal Rokok Secara Perlahan-Lahan', maka aku pon tekad lah menghadiahkan Encik Suami starter kit Smoker Haven ini.

Smoker Haven Starter Kit = RM290.

Encik Suami memang nampak happy sangat-sangat. 120 kali dia belek-belek Starter Kit berkenaan. Hahahaha. Menipu betul aku ni. Tapi, memang nampak sangat-sangat excited lah. Kejap-kejap dok belek manual. Kejap-kejap dok belek kotak. Kejap-kejap dok isap E-cigg berkenaan. Pastu senyum-senyum. Heeeee. :)

Sebagai langkah pertama, tugas aku ialah memantau penghisapan rokok biasa oleh beliau. Cheh. Dah macam proses apa pulak kan? Hehehehe.

Kitorang pergi beli E-cigg ni pada Jumaat malam Sabtu kelmarin. Masa ni, rokok biasa ada lagi 16 batang. Dan sehingga ke hari ini (petang Ahad), rokok biasa cuma luak 4 batang sahaja. Ada baki lagi 12 batang dalam kotak.

Huh. Kenapa hisap rokok biasa tu jugak??

Macam aku katakan awal-awal tadi, proses ini berjalan secara perlahan-lahan. Tiada paksaan dan tidaklah secara mendadak. Tapi bagi aku, ianya sudah cukup menggembirakan hati. Kurang rokok biasa maksudnya kesihatan Encik Suami ditahap yang lebih baik. Dia pon kata, dada dia rasa smooth dan dia macam tak tahan pulak dengan bau rokok biasa. Busuk sikit katanya. Bilik kami pon takde bau asap rokok dah. Udara pon clean & clear.

Harap-harapnya, dengan pemberian aku yang tidak seberapa ni dapat mengubah cara hidup kami ke arah hidup yang lebih sihat. Ini untuk suami, aku dan baby. :)

Baby masa 31 weeks.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, March 14, 2010

Setahun Sudah Berlalu.

pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, masih terasa bagaimana debarannya dalam hati. bangun seawal pagi dengan ribuan rasa dalam jiwa. semuanya nampak serba tidak kena. mata ini melilau mencari kelibat emak. sepantas emak melintas, pantas lagi tangan ini menggapai lalu dipeluk tubuh tua itu. buat kali terakhir, sebagai anak manja emak. :)

air mata aku dan emak bersatu. masih terngiang suara emak;

"ayang jangan macam ni. ayang kan nak kahwin. kalau ayang macam ni, mak lagi sedih."

ianya perasaan yang sukar ditafsirkan. 24 tahun hidup membesar bersama emak tersayang, dengan tibanya 14 Mac 2009, hak milik diri berubah. dengan genggaman erat tangan tok kadi. dengan simboliknya akad nikah.


Abdul Wahid...

Engkau telah menikahi seorang wanita yang penuh dengan emosi. Wanita itu juga penuh dengan rasa yang bergelora. Pasang surut perasaannya sukar difahami. Jatuh cinta dengan wanita yang bercampur baur jiwanya begini memang payah, kan?

Aku wanita itu. :)

Engkau bersama aku bila rasa bercampur emosi. Engkau disisi aku bila tiap tangisan melunsur pipi. Engkau tetap ada, bila aku sendiri hilang dalam diri. Engkau masih lagi ada, bila kaki langsung tak mampu berlari.

Engkau tukarkan tiap kesedihan kepada gelak tawa. Engkau padamkan kepanasan api kemarahan dengan sejuk ekor mata. Engkau berikan sejuta harapan bila aku sendiri tidak tahu, apakah harapan itu masih ada.

Engkau peluk erat tubuh ini tatkata dugaan datang melanda. Engkau gagah berdiri di sisi bila aku sendiri tak mampu berdiri. Engkau tiupkan semangat cinta dan kasih bila aku sendiri telah jauh dari kecintaan. Tidak sekali engkau jauh. Tidak sekali engkau mengeluh.

Papa.....

Hari ini genap setahun kita bersama dalam ikatan pernikahan. Terlalu banyak rasa yang telah hadir. Bermula dengan rasa indah bahawa kita akan menjadi ibu ayah, hinggalah kepada rasa duka bila kita sama-sama mendengar berita perit itu.

Awak kuat papa. Awak kekuatan orang. Dari saat orang hilang diri bila Nashrah tiada lagi degup jantungnya. Awak berikan seluruh kekuatan awak pada orang. Hinggakan awak lesu dan penat. Tapi awak sembunyikan semua rasa itu. Orang kagum dengan awak.

Awak akan hadiahkan senyuman paling manis tiap kali datang melawat orang di hospital. Awak genggam tangan orang bila orang tidak henti menangis dan mengeluh. Awak tutup hiba awak. Awak kalis kesedihan awak. Awak pamerkan sejuta ketenangan.

Hati awak? Tuhan saja yang tahu.

Kesabaran awak tercabar bila Maghrib itu orang menangis bagai orang gila. Orang mengongoi bersama bengkung dan pilis masih lekat di dahi. Orang meraung sekuat hati. Orang terbaring sambil menumbuk katil. Orang baling semua bantal yang ada. Orang tak mampu berdiri. Dipapah untuk bangun pon orang lemah.

Emak dan Abang De yang ada di rumah turut hilang usaha. Emak menangis melihat keadaan orang. Abang De memeluk sambil membisikkan kalimah Allah. Air zam-zam yang disapu pada muka dan kepala masih tidak mampu buat orang diam. Ianya masih tidak mampu buat orang berhenti mengenang nasib.

Awak tampar muka orang. Awak goncang badan orang sekuat hati. Awak peluk tubuh orang sambil merayu, jangan buat awak begitu. Masih terasa ketat suara yang awak bisikkan;

"Biar hilang anak mama. Orang tak nak hilang awak."

Orang cinta awak sepenuh hati papa. Terima kasih kerana masih bersama orang untuk 1 tahun penuh rasa ini. Maaf atas tiap kenakalan, kedegilan, kekasaran dan sifat yang tidak menyenangkan. Terima kasih atas segalanya. Awak cinta orang. Cinta milik orang selamanya.

Ya Allah, kekalkan lelaki ini sebagai jodoh aku.
Hingga akhir hayat. Amin.




Nur Anis Nashrah bukti kekuatan cinta kita. Manakala yang masih di dalam rahim ini, penyambung bahagia. Insya-Allah.

(",)

Yes people, I am 16 weeks pregnant. Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 2, 2009

Suntikan Kancing Gigi & 'Uniform' Ibu Mengandung...

macam biasa.... bulan puasa gini, mata memang mintak bantal...... kan best kalo sekarang berada di umah..... atas katil..... bawah selimut.... bukak kipas secara romantik.... haih, pulak dengan cuaca yang menggoda-goda...... sumpah tak tahan!! =p

oh ye, pagi tadi telah buat lawatan seperti biasa kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak..... dan seperti biasa la kan, routine check yang sampai boleh terbosan-bosan duduk kat kerusi..... dengar ceramah free pulak dari jururawat..... eh, kenapalah tak tahu bersyukur orang tu nak kasi nasihat ni??

dan paling memeranjatkan, berat aku turun lagi 1.5kg!!! serius aku pelik..... padahal makan punyalah semangat skang ni.... dah tak ada muntah dan loya..... semua benda tengok pon nak makan..... semua benda dengar pon nak beli..... contoh;

anak sedara bernama iman:
ucu, rupa kuih pau ni macam burger kan??

mata terus terbayang burger special bersalut telur yang dijual kat gerai bawah blok..... mata dengan penuh harap bercakap secara perlahan;

aku :
sedap eh dapat makan burger.......

padahal masa tu baru lepas berbuka puasa..... baru je 10 minit tolak pinggan lepas telan nasi bersama lauk sambal tumis kerang..... Ya Allah, ape punya perut la ni.......

wahid punya concern terus nak turun gi beli burger..... nasib baik iman kat dada masih tebal..... konon tunjuk baik..... cakap tak payah beli..... perut dah penuh, kononnya..... :)

eh, berbalik kepada kisah check up tadi.....

dan selepas routine check semua..... jururawat pon telah memberitahu supaya pergi ke bilik suntikan dengan segera..... sebab dah time untuk amik suntikan ATT....

what?? kena suntik?? kenapa tak beritahu awal-awal ni??? macam nak perangkap ke hape ni??? :(

bagi melengahkan masa, patient yang kepoh ni bertanya kepada jururawat;

aku :
suntikan ATT tu apa puan??

jururawat :
suntikan untuk elakkan baby kena penyakit kancing gigi....

aku :
oh, ni sekali aje eh??

jururawat :
eh, kena 2 kali... bulan depan ada lagi sekali....


what????? ada lagi sekali???? kenapa macam rasa kena seksa sangat ni?? dengan muka penuh kesian, bangun dari kerusi.... terus menuju ke bilik suntikan.......

sampai aje bilik suntikan, tadah lengan..... dengan sekelip mata, jururawat dah siapkan keja menyuntik..... aik?? tak sakit la pulak...... pelik......

jangan pelik kalau tak rasa sakit masa disuntik.... sebab kebas tangan tak boleh angkat dirasa selepas 1 jam tangan kau kena cucuk..... peh!! sampai skang ni ha, dah pukul 4.00 petang pon..... aku masih tak mampu nak angkat tangan tinggi-tinggi..... nak pegang barang macam goyang...... serius punya kebas!!!

tapi tak ape la.... untuk anak..... :))

eh, dan hari ni adalah hari pertama memakai 'uniform' ibu mengandung...... punyalah payah nak pakai..... aku ni punya pemalu, sampai tahap jalan nak tutup muka pakai plastik beg.... padahal benda normal aje kan??

sampai aje kat sekolah, cikgu-cikgu yang bertembung buat muka terkejut;

cikgu N :
aik?? sejak bila ni?? tak tahu pon......

hello cikgu....... takkan la saya 'berisi' nak kena kompang satu sekolah...... ape punya soalan la kan??? tapi kebanyakkan cikgu-cikgu dan staf yang bertembung semua bagi ekspresi yang sama...... kata diorang, masa aku pakai baju kurung, langsung tak nampak perut...... nampak makin kurus lagi ada...... bila dah pakai 'uniform' ni, barulah nampak.......

hehehehehe..... okeh, aku harus admit baju kurung aku kebanyakkannya besar-besar...... dan bercorak pulak tu.... so, no wonder la kalo orang lain tak perasan perut aku...... kalo dipikirkan balik, nak pakai baju kurung sampai 9 bulan pon boleh...... tapi bila dah dinasihat oleh jururawat bagi mengelakkan bayi lemas atau kurang bergerak dek kerana getah kain, maka pakailah jugak......

syok jugak pakai 'uniform' ni.... :))

dan paling syok, bila suami sendiri pandang senyum-senyum.... pastu puji comel macam penguin.... eh, itu macam mengutuk!! tapi tak ape.... perkataan comel lebih bermakna..... kah kah kah..... dan paling-paling best, bila suami jalan sebelah pegang tangan macam aku dah sarat sangat........

hello encik wahid, semalam tak risau pon??

oh, perasaan ni buat aku gila!!

(",)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015