I'm so bless. :)
Mungkin ada ramai yang dah baca. Sebab aku pernah blog pasal ni dulu sebelum nak kahwin kot. Aku malas betul nak kasi link pasal malu nak kasi korang baca penulisan aku version yang lama. Jadi, oleh kerana kemaluan (???) itu, maka aku merajinkan diri untuk draft satu entry khas sempena Minggu Cinta (rekaan semata). Mana taknya, kehulu ke hilir semua orang blog pasal kisah cinta, aku pon nak jugak wehhhh.
Aku dan Wahid mula berkenalan melalui medium 'SMS Cari Rakan'. Aku taktau korang pernah dengar atau tak. Atau kalau korang kurang pasti, pergi bukak surat khabar pastu tengok iklan kat belah bawah-bawah tu. Haaa, nampak tak iklan 'Cari Rakan' ke, 'Cari Cinta' ke? Ada?? Haaa, dari situlah aku kenal pakcik sorang tu. Amacam? Gamble tak aku? (Bukan gamble doh, tapi desperate!).
Well, as you all know, aku memang tak pernah ada steady boyfriend pon sebelum Wahid. Kalau ada pon, pacaran dalam MiRC. Dah bersayang-sayang, ber-I-love-you semua pastu hantar gambar kena reject. Biasalah kan. Manusia memang kerap memandang paras dan rupa. Lagilah pulak masa tu zaman aku sangat tak cun (kau ingat kau cun ke sekarang?). Memang tak pernah ada steady boyfriend lah. Sedih wooo tengok kawan-kawan ada boyfriend tapi kau sorang macam melukut di tepi gantang. Sangat tak cool okeh!
Nak dipendekkan cerita, aku pon menceburkan diri dalam bidang 'SMS Cari Rakan' tadi. Guna nick name nak power - ayang85. Haa amik kau siap reveal. Pasni confirm kena sembunyi muka bawah meja pasal kena gelak. Tapi apadahal? Kata pengakuan kisah benar kan? Hehehehe. Ayat mem-back-up diri. :p
SMS punya SMS, ter-chat lah dengan seorang mamat ni guna nick name eddy_jb. Orang Johor which is syarat pertama adalah LULUS. Aku kalau nak cari pasangan memang kena cari orang dekat pasal Emak aku dah warning. Tapi dulu aku berangan nak kahwin dengan orang Kedah pasal nak tengok sawah padi. Tapi dapat orang Ulu Tiram pon okeh. Dapat tengok Tiram hari-hari. Muahahaha lawak bodoh tolong abaikan.
Sembang punya sembang, kami pon bertukar nombor telefon. Nak SMS dalam medium berkenaan mahal wooooo. Maka kami pon sambung sembang kat SMS henpon. Dulu aku ingat lagi zaman TM Touch. Nombor start dengan 013. Aku pakai henpon Siemens baling anjing. Siemens okeh. Siemens. Itu dah kira hebat benar dah masa tu. Pastu dapat tukar Nokia 3310 macam dapat pakai Blackberry. Pasang lagu polifonik sebab malu henpon bunyi TRET TRET TRET TRET.
Woi apa merepek ni? Nak cerita pasal cinta ke henpon??
Hahahaha. Baiklah. Kita menuju destinasi sekarang! :)
SMS punya SMS sambil bertanya soalan-soalan wajib seperti tarikh lahir, makanan kegemaran dan sebagainya. Tarikan kedua yang membuatkan aku nak terus kawan dengan mamat ni sebab tarikh lahir kami berdekatan. 6 hari je perbezaan hari. Dia punya birthday pada 3 Januari. Manakala aku pulak 9 Januari. Macam over kan semua benda nak kena masuk syarat piawaian. Nak bulan sama lah. Nak makanan kegemaran sama lah. Tumbuk kang baru tahu.
Pastu, boleh pulak dia cakap makanan kegemaran dia Lauk Sardin, memang sekapal lah dengan aku. Aku ni pulak memang peminat tegar Sardin. Sampai ke kahwin ni ha satu hari dalam seminggu mesti masak Lauk Sardin. Muka kami pon dah macam Sardin dah tengoknya.
Oh, lupa nak mention. Tarikh pertama kali SMS tu ialah 29 November 2003. Over tak? Over tak? Semua benda nak ingat. :p
Dan kami pon berkawanlah melalui SMS dan dipanjangkan membawa ke panggilan telefon. Sampailah ke suatu hari, rumah aku buat open house (masa ni musim raya). So, aku pon mengajak-ajak ayam (read : tak ikhlas) mamat ni datang rumah. Aku ingat, dia tak berani datang pasal kami baru kenal. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia call cakap dah ada kat bawah blok. Kau bayangkan macam mana aku punya gelabah? Ketakutan kena reject buat kali ke sepuluh tu sangat kuat. Cecececece.
Aku pon turun ke bawah blok sebelah pasal dia tunggu situ. Aku suruh lah Wahid tunggu kat mesin ATM BSN. Tapi aku jahat. Aku pusing ikut jauh pasal nak tengok muka dia dulu. Agak-agak kalau tak boleh blah, aku blah lah. Kahkahkah. Macam muka aku cantik sangat kan? Tapi Tuhan tu Maha Besar. Aku pusing ikut jauh, jalan pelan-pelan dari belakang. Wahid pusing aje, terus aku terdiam. Dan dia pon bertanya;
"Awak Aishah?"
Cececececece. Kau nak sembunyi mana? Nak tak nak kenalah jugak mengaku kan? Pastu blur taktau nak sembang apa. Main-main jam lah. Korek-korek kuku lah. Sampai Wahid yang tanya;
"Awak tak nak ajak saya naik rumah?"
Halamak boleh lupa pulak kan?? Teruslah kami naik ke rumah aku. Makan dan makan. Emak masak Nasi Ayam masa ni. Favourite kami berdua jugak. Tapi nampak dia makan malu-malu. Yelah, datang seorang diri. Jumpa pulak keluarga budak perempuan yang dia baru kenal. Memanglah sopan santun sikit kan? Cuba sekarang kau tengok? Muka dia yang hadap pinggan dulu. Muahahahahaha.
Dah sudah makan tu, aku pon meneman Wahid turun blok dan menuju ke keretanya. Eh, bukan kereta dia. Tapi kereta ibu bapanya. Dalam perjalanan ke kereta tu, Wahid pon berkata;
"Saya sayang awak".
Aku ni blur. Dalam SMS berani jawab. Depan-depan macam nak pengsan.
Aku diam. Dia tanya;
"Kenapa tak jawab?"
Aku cakap "Nanti". Dan dia ingat aku reject dia.
Sebenarnya aku bukan reject dia. Tapi aku taktau nak react apa. Aku ni kan pemalu. Muahahahaha pemalu habis! Tapi sampai kat kereta tu, aku balas lah jugak. Aku cakap yang aku sayang kat dia. We both ni macam desperate sangat nak couple taktau pasal apa. Rasa cam bengong pon iye jugak. Tapi macam aku cakap, pengalaman itu mematangkan. Isn't it? :)
Tarikh hari kejadian ialah 7 Disember 2003.
To cut the story, keesokkan harinya tu kami dah couple. 8 Disember 2003. Itu pon melalui SMS aje. Cinta kanak-kanak remaja belasan tahun. Baru 18 tahun pon je masa tu. Muda belia lagi. Manalah nak tau how to melamar nak couple camne kan? Yang penting masa tu aku dah ada boyfriend yang REALITI. Bukan lagi dalam MiRC atau sekadar dalam SMS dan telefon. Kejayaan besar tu wehhh. :p
Kami tidak kerap berjumpa okeh. I still remember selepas couple 8 Disember itu, kami hanya keluar bersama untuk tengok wayang cerita The End pada harijadi Wahid iaitu 3 Januari 2004. Emak aku garanglah okeh. Nak keluar dengan lelaki berdua? No way!! Kau ngadap dulu abang-abang dan kakak aku bagi penjelasan. Itu pon diorang bagi pasal Wahid berani naik rumah ngadap keluarga aku nak bawak aku keluar. Amacam? Gentleman tak? Hakhakhaktuih! :p
But yes. Ini tips aku untuk remaja-remaja muda belia sekarang. Kalau korang nak tau lelaki idaman korang tu serius atau tidak dengan korang, pergi ajak dia datang rumah. Ngadap Mak Ayah korang. Suruh dia minta izin nak bawak korang keluar. Kalau benda mudah camtu pon dia tak boleh buat, TOLONG ANGKAT KAKI KORANG SEKARANG. Dia bukan lelaki yang sesuai. Ini tips ni. Sila masuk dalam buku nota masing-masing.
Dan kami pon berkawanlah sehingga ke tahun 2007. Lebih kurang 3 tahun lebih kot? Pastu, kami membuat keputusan untuk bertunang. Kami pilih tarikh 21 Julai 2007. Actually, perbincangan pertunangan ini lebih diuruskan oleh kedua belah keluarga kami. Kami berdua hanya menurut perintah. Mungkin sebab diorang tengok muka kami dah nak berubah jadi belangkas, maka lebih baik dipercepatkan kahwin.
Kami pon bertunang selama 1 tahun 6 bulan. Total tahun perkenalan setakat ini ialah 4-5 tahun gitu kan? And it was really enjoyable friendship. Berkawan dan bertunang dengan lelaki yang kita sayang, siapa tak mahu kan? Kat sinilah segala perkara harus diterapkan. Kepercayaan, kejujuran, saling mempercayai dan inilah masa untuk kita bina hubungan yang baik dengan ahli keluarga pihak masing-masing. Aku bet ramai yang cakap susah. Tapi aku kena akui yang kita berkahwin bukan sahaja dengan lelaki idaman kita berkenaan, tapi kita akan berkahwin dengan keseluruhan keluarga dia. So, kalau dari masa sekarang kau tak praktik, lepas kahwin nanti lagi susah. Ini ingatan untuk diri aku jugak ni. :)
Dan akhirnya percintaan kami ke jinjang pelamin pada tanggal 14 Mac 2009. Happy? Yes, I am! Berkahwin adalah sangat menyeronokkan. Bukan sebab kami dah halal atau ape. Tapi sebab aku akan hidup dalam satu kapal dengan seorang nakhoda aku pilih sendiri. Aku jadi co-pilot. Sekarang hidup aku adalah - KAMI. Bukan lagi hidup kau, hidup kau. Hidup aku, hidup aku. Takkk. Everything now is KAMI. Berdua. Bertiga atau berempat.
Macam mana aku nak rumuskan hidup sepanjang 7 tahun ini?
Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita yang suami mereka tak sama masa zaman bercinta dan berkahwin. For me? Yes, I agreed! Wahid adalah tidak sama dan jauh berbeza dari zaman kami bercinta. Kadang-kadang aku rindu jugak zaman-zaman bercinta-cinta dulu. Sungguh romantik dan perhatian. Tapi sekarang pon perhatian jugak. Perhatian kat anak dia. Muahahahahaha.
Tapi bila dah ada anak ni, memang tak ada apa lagi yang penting selain anak. Kalau dulu, suami SMS tanya keadaan kita. Tapi sekarang dia tanya anak dia dulu. Normal kan? Tapi korang kisah tak? Aku masa mula-mula kisah jugak. Tapi sekarang dah immune. Budak yang dia tanya tu anak kita jugak. Anak bersama-sama. Kan? Kan?
Apa pasal aku macam dah lari tajuk ni? Macam kursus rumahtangga pulak.
Overall, aku boleh katakan bahawa Kisah Cinta aku ni bukanlah menarik mana. Tapi ianya akan tetap lekat dalam hati. Dan janganlah gadis-gadis bujang di luar sana jadi takut nak kahwin bila aku cakap lelaki berbeza selepas kahwin. Takkk. Berbeza tu yes, tapi bahagia tetap ada. Lelaki yang kita kenal masa zaman bercinta takkan nak sama bila dah kahwin dan dah ada tanggungjawab kan? Mestilah dia akan jadi lebih serius dan lebih memikirkan perkara-perkara yang penting.
Nampak? Dah masuk isu rumahtangga lagi. Dahlah, sebelum aku merepek lagi entah apa-apa, baik tamatkan entry ni sekarang. Bye!

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
mimie commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteWah rajinnyer aishah taip cerita cinta dia
semoga kasih sayang aishah suami isteri berkekalan
psst: masa bujang dulu mimie duk cempaka gak
blok baper ek yg sebelah sekolah agama tu? lupa lol
Email: sumimieputeh@gmail.com
Site/Blog URL: http://sumimie-miau-miau.blogspot.com/2011/05/shifa-8-bulan-hari-nie.html
IP address: 58.26.107.2
Go to comment
ciare commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletecomelnya entry ni. Eh HAI aishah :)
My recent post wordless thursday
Email: norhamsiah.baharuddin@gmail.com
Site/Blog URL: http://ciare.blogspot.com
IP address: 203.106.216.132
Go to comment
jiha commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteehem ehem ehem..i lak yg tersipu hehehe
Email: sitinajihah83@yahoo.com
Site/Blog URL: http://jihapimpom.blogspot.com
IP address: 113.210.101.10
Go to comment
mas commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletecomelll.....
betul aishah,lelaki yg betul nk buat seorg perempuan sbg isteri akan mengadap mak ayah dulu mintak restu..ahh...down to memory lane...
Email: maswadi77@gmail.com
Site/Blog URL: http://perjalananitu.blogspot.com
IP address: 60.50.176.115
Go to comment
yana commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletehahahah menyahut cabaran nampkanya..terrer ar menulis panjang berjela..
tp i sokong 1 perkara..suami xsame lansung masa bercinta dan lepas kawen...
Email: ummi_anayiza@yahoo.com
Site/Blog URL: http://nurulaziyana.blogspot.com
IP address: 218.111.209.186
Go to comment
nur ez commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletealhamdulillah.. dari satu fasa ke fasa..kasih y berpanjangan ;)
My recent post Golden Week- 2011 Trip- Day 2
Email: nureize@yahoo.com
Site/Blog URL: http://easyni.blogspot.com
IP address: 133.9.49.250
Go to comment
mieyza commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletesweeeeettt love story..penah baca ni masa godek2 blog aisyah dolu2..huhuhu. Dan semoga sy akan lalui hari2 yg indah spt kamu..:)
Email: hockmieyza@yahoo.com
Site/Blog URL: http://www.hockmieyza85.blogspot.com
IP address: 203.82.92.58
Go to comment
fahreen_fredo commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletesekarang budak perempuan lagi tak? heeeeeeeeeeeeeeee
kisah cinta paling sweet! reen suke sangat!
Email: fahreen_bc@yahoo.com
IP address: 175.144.128.94
Go to comment
yantie commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletebest la Aishah kisah cinta awak dan Wahid..suka baca..
tak boleh blah..tapi mcm cool kawen orang ulu tiram boleh tengok tiram ari2..lol
nasib baik kawen dgn orang pontian tak nampak pontianak ari2..huhu takoot..
My recent post Rest N Go Station
Email: yantieazan@yahoo.com
Site/Blog URL: http://yantieazan.blogspot.com
IP address: 203.82.82.123
Go to comment
ummu auni commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletewah...detail tu cerita kisah cinta hehe..
semoga kekal hingga ke syurga hendaknya :)
My recent post - Moist Orange Chocolate Cake -
Email: semanisk2011@gmail.com
Site/Blog URL: http://www.mawaddahrahmat.blogspot.com
IP address: 115.134.42.141
Go to comment
ain commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteada button like tak????hehe nak like seribu kali...penah baca dulu...re-read la kira ni...swittt... =)
My recent post Bertaubat la sebelum
Email: orenz_juice@yahoo.com
Site/Blog URL: http://parichantek.blogspot.com/
IP address: 115.85.128.57
Go to comment
wardah commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteberbeza selepas kahwin itu betul ye. hahaha~ good one la Aishah!
My recent post Ariff Haikals 1st Birthday Bash!
Email: fieda.shah@gmail.com
Site/Blog URL: http://mypreggieland.blogspot.com
IP address: 1.9.14.130
Go to comment
Hannah Johary commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteAhh lambatnya comment. Best baca cerita ni! Rasa macam nak baca berkali-kali. :)
Dah lambat sangat comment sampai terlupa apa nak comment. Hahaha.
My recent post Raja Suefinas Baby Shower Party! - Part II
Email: hannahjohary@yahoo.com
Site/Blog URL: http://hannahjohary.blogspot.com
IP address: 210.118.108.254
Go to comment
dayu commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletei'm smiling
suka baca.. kisah korang jumpa 1st itme tu
kat bsn
siap membayangkan camne wahid diri kat atm tu tunggu aishah
cmne aishah terkejut main2 kuku
heheheheh
Site/Blog URL: http://dayuyuna.blogspot.com
IP address: 115.164.129.53
Go to comment
Fadilah_R commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeleteterhibur hati kite baca kisah aishah ni. sweet comel2 je. semoga berbahagia smpi bila2. =)
Email: faltnation@yahoo.com
Site/Blog URL: A Wife, A Mommy
IP address: 203.121.122.66
Go to comment
nurul commented on Kisah Cinta Kami. - http://myaishah.blogspot.com/:
ReplyDeletenurul suka baca penulisan aishah mcm maca sebuah novel :) hilang segala duka lara. ada satu malam tu sanggup membaca entri aishah yang lama2 tau. masa tu tengah tension terus hilang tension nurul
Email: ainiee_overmars@yahoo.com
Site/Blog URL: http://itsmenurul.blogspot.com
IP address: 175.136.222.131
Go to comment
nice story.. :) kena jumpa parent dy?akan dipraktikkan .btw.nice blog.
ReplyDeletehayy salam kenal mampir ya phugaword.blogspot.com
ReplyDelete