Aishah Rahim's Diary: Personal Life

Showing posts with label Personal Life. Show all posts
Showing posts with label Personal Life. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

DARI BLOGSPOT KE DOT COM.

Siapa yang perasan blog aku dah domain dot com?

Sebenarnya dah lama sangat aku nak tukar ke dot com ni. Rasa macam best je nama blog kita pastu dot com hihihi. Tak adalah alasan spesifik sangat. Tapi bila ada rakan-rakan yang pakar blog kata better tukar domain dot com kalau berniaga, maka aku pon decide untuk tukar. Diorang kata, kalau kita berniaga guna blogspot, anytime je blogger boleh remove blog kita. Wallahualam.

Anyway, aku tukar domain ni tadi atas bantuan Kak Beeha, mak Shaklee aku. Dia haritu pergi kursus blog dan SEO kat KL so dialah yang ajar aku buat tadi. Bayaran tahunan ialah RM7. Murah kan? Sebab kebanyakkan aku survey harganya average RM30 ke atas. Tapi yang ini ada diskaun code lah. Kami daftar kat http://go.daddy.com/

So far yang aku faham, hosting aku ni still lagi blogger. Cuma domain je lah dah tukar. Sebab aku takut jugak kalau dah tukar semua kang aku lagi tak reti nak update blog. Ni pon syukurlah semua masih sama. Kalau tak mahu berkurun aku nak study balik new things hihihihi.

Semoga Istiqamah lah buat aku untuk update blog selalu. Dulu blogging dengan free kan? Bila dah berbayar ni tolong ada kesedaran sivik sikit untuk memupuk semangat kerajinan tertinggi. #notetomyself


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 19, 2014

NASHRIQ & TADIKA.

Mamat ini sudah besar. Tahun depan dah 5 tahun dan bakal masuk tadika. Bila tanya, "Nashriq nak pergi sekolah?" dan dia akan jawab pelbagai alasan, "Tak bolehlah Mama, Nashriq demam. Nashriq kena pergi jumpa Doktor!", atau "Nashriq sakit tangan nanti tak boleh tulis!" Ya ya ya, alasan seperti itu sudah biasa Mama gunakan sewaktu Mama kecil, Nashriq. Jadi jangan cuba gunakan kepada Mama semula. KAHKAHKAHKAH.




Rata-rata bila aku baca sharing dari kawan-kawan lain yang punya anak perempuan, kebanyakkannya tak punya masalah nak hantar anak ke sekolah. Perempuan lebih matang kot? Nashriq ni kadang-kadang aku nampak dia tak sedia nak ke sekolah. Atau mungkin kurang pendedahan berkawan sebab dari kecil duduk kat rumah Nenek dan kawan-kawan dia pon sepupu sepapat yang dah besar, dah sekolah rendah. Tak ada rakan sebaya? Entahlah eh.

Jadi, baru-baru ini, kami pon survey sana sini mencari Tadika untuk Nashriq mula persekolahan tahun depan. Pening jugak sebenarnya. Sebab semua mak ayah mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak kan? Macam aku sendiri, kalau boleh nak tadika yang affordable but in the same time mesti Islamic base. 

Islamic base you tell me yang famous amos kat JB ni ada ape? PASTI? Brainy Bunch? Genius Qayyum? Tak banyak pilihan sangat pon. Yang ada tu pon jauh dari rumah. So kena fikirkan realistik nak pergi hantar dan ambil jugak. Pening kepala Mama Ayah dok memikir. Akhirnya ada 1 tadika paling terhampir dengan bakal rumah sendiri tahun hadapan dan rumah nenek, iaitu TADIKA IMAN EARLY LEARNING CENTRE (ELC). 

Puas Google gambar tapi tak jumpa.
Nantilah senang-senang pergi amik gambar hihihi.

So far, itulah yang paling affordable dan realistik nak pergi hantar dan ambil. Siap ada taska lagi kat situ. Planning-nya selepas tadika 11.30 pagi, Nashriq sambung pula taska sampai pukul 2.30 petang untuk solat Zohor dan mengaji. In the meantime, Mama boleh pergi settle urusan Shaklee, COD dan pos. Balik 2.30 petang, amik Nashriq dan boleh lepak-lepak kat rumah. Lebih fleksible sikit, Insya-Allah.

Pasal bayaran, bulanan kalau tadika sahaja dalam RM160 - RM170 (belum di confirmkan sebab ada kenaikkan harga sebab GST kan tahun depan). Sebab nak sambung taska sampai 2.30 petang, so total bayaran bulanan dalam RM330. Untuk yuran pendaftaran, haritu pergi survey dalam RM1200 siap baju uniform, baju sukan, beg sekolah, segala jenis buku dan beberapa benda lain. 

Lagi satu kenapa nak masuk tadika ni, sebab ingat tak aku ada share dengan korang antara impian aku kenapa aku start bisnes Shaklee dulu? Aku nak masukkan Nashriq kat Sekolah Sri Johor, sekolah rendah swasta Islamic tu kan? Nak masuk sekolah Sri Johor tu tak mudah sebab ada exam hafazan dan solat. Jadi Tadika Iman ni antara yang support kemasukan ke sekolah-sekolah rendah Islam macam ni. Diorang memang akan make sure murid-murid diorang hafaz surah lazim dan boleh Solat. Haritu masa aku pergi buat survey tu, murid-murid tengah hafaz Surah Yaasin okay. Lancar je membaca :)

Eh cakap pasal impian nak masukkan Sekolah Sri Johor tu, aku ada beberapa list sekolah rendah Islamic yang aku plan nak masukkan Nashriq nanti. Antaranya ialah Sekolah Rendah Al-Hidayah ni. Sekolah ni pon terkenal bagus jugak. Tapi ni impian seorang Mama je lah. Selebihnya kita tengok perkembangan Nashriq kat Tadika Iman ELC nanti dan fleksibiliti nak hantar dan ambil.

Semoga ini yang terbaik buat Muhammad Anas Nashriq.
Insya-Allah!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 18, 2014

CERITA BELI RUMAH.

Hola semua!

Di saat jam 3.25 pagi dan aku tak tahu nak buat apa (kan lebih baik kau segera Tahajud!), maka aku merajinkan diri meng-update blog. Rasanya sudah banyak kali aku janji nak aktif balik menulis blog. Tapi malangnya janji hanya tinggal janji. Yang tinggal hanyalah blog yang berhabuk-habuk. Uhuk uhuk uhuk (effect habuk masuk hidung). Jadi mengapakah pagi hening ini begitu rajin? Oh ini kerana kebetulan laptop sudah terbuka dan terpasang di atas meja. Kalau mahu diharap nak keluarkan dari beg, kemudian ON, kemudian tunggu start mungkin aku tidak berdaya. Al-maklumlah, penyakit M(alas) sangat berleluasa.

Amboi, panjangnya mukadimah.
Baiklah, segera ke berita utama.

Untuk pengetahuan korang rakan taulan blog (jika masih ada hihihihi), kami kini dalam proses pembelian rumah. Selepas aje keluar dari kuarters Kerajaan kerana meletakkan jawatan, kami menyewa sementara di Kempas. Bolehlah buat menumpang teduh ewahhh. Tapi dalam sibuk-sibuk nak letak jawatan, keluar kuarters dan berpindah ke rumah sewa tu, entah macam mana boleh jumpa rumah untuk dibeli pulak. Sangatlah tak disangka. Sebab keadaan sibuk sangat waktu tu.

Ceritanya bermula sebelum aku letak jawatan dan planning nak keluar kuarters lagi. Memang lah sibuk cari rumah nak beli sebab kalau boleh nak keluar kuarters dan terus pindah ke rumah sendiri. Cari punya cari, tidaklah berjumpa. Untuk pengetahuan korang, harga rumah kat JB adalah sangat-sangat mengarut hokay! Rumah baru area bandar (memang area pilihan kami suami isteri), semua mencecah 600K ke atas! Tak masuk akal! Kalau rumah 2nd hand (kawasan guarded), boleh cecah 500K jugak. Lahaiiiii telan liur dengar harga rumah kan? Kesian kat kami yang muda-muda ni nak beli rumah. Sambil menaip ini sambil berharap, semoga Menteri Besar Johor baca entry aku ini. Hahaharapannn...

Nak dijadikan cerita, kawan aku yang sangat prihatin telah tag aku satu rumah 2nd hand untuk dijual kat FB (Thanks Echah!). Rumah ni, rumah lama. Kalau ikut S&P dia, rumah ni siap tahun 1985. Rumah ni dekat sangat dengan rumah Emak aku dan paling penting strategik nak pergi mana-mana. Siapa orang JB tahu kot Taman Kemas. Siapa tak tahu buat-buat tahu sudahlah hihihihi.

Belek-belek gambar yang member aku tag tu, aku pon beranikan diri call nombor owner yang tertera. Tanya serba sedikit, aku pon minta alamat sebab nak riki-riki dari luar je pon. Masa ni bulan puasa kalau tak salah aku. Dengan kerajinan yang dikurniakan Allah, aku pon pergilah drive seorang diri nak tengok kawasan rumah. Sekali lalu kawasan situ dan tengok rumah, aku terus jalan je. Sebab aku ni sangat fussy bab parking. Bukan parking dalam rumah tau, tapi parking luar sebab aku selalu dok fikir macam mana kalau sedara mara datang beramai-ramai nak parking mana sekian-sekian. Macamlah selalu buat kerja kahwin seminggu sekali khenn.

Pastu aku diam je tak bagi feedback pape kat owner. Sebab aku dah cakap awal kalau aku berminat, aku akan contact dia balik. So bila aku diam, aku rasa dia fahamlah yang aku tak berminat. Lagipon, masa aku call dia first time tu, dia ada kata yang rumah tu ada 2-3 orang juga yang tanya. Jadi aku fikir takpelah kasi jelah kat orang lain. 

Selang 2 minggu macam tu, owner tu SMS aku dan tanya aku nak dokumen tak (S&P dan geran sementara) untuk aku gunakan kalau nak cuba masuk loan. Tapi masa ni pon aku tak balas jugak sebab kesibukan nak Hari Raya. Jadi aku abaikan ajelah sebab aku rasa dia faham kot aku taknak. Hahahaha apa punya perangai aku masa ni. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku "Jangan benci sangat nanti jadi sayang..."

Ceritanya jadi klimaks bila seminggu selepas Raya tu, owner tu call aku dan kebetulan aku kat dalam kereta dengan Wahid. Berbual punya berbual, aku pon letak telefon dan Wahid tanya "Siapa tu?". Aku pon jawablah owner rumah Taman Kemas tanya nak dokumen tak bla bla bla. Pastu Wahid tanya rumah dia macam mana? Aku cakap okaylah bla bla bla tapi parking tak ada kalau sedara mara nak datang bla bla bla. Biasalah pelbagai alasan berbaris-baris. 

Kebetulan nak balik rumah Emak aku, so Wahid pon suruh aku tunjukkan rumah tu. Kami lalu se-round dua. Pastu terus Wahid suruh aku call balik owner dan minta izin nak tengok dalam rumah. Ehhh suami aku nii. Selalunya dia pon fussy bab parking jugak macam aku. Tapi kini kenapa tidak lagi?

Hujung minggu itu, kami berdua pergi ke rumah Taman Kemas tu untuk melihat bahagian dalam rumah, Dalaman memang tip top okay! Dah buat fully renovation dari depan ke dapur. Dari atas ke bawah. Rumah ni 1 1/2 tingkat punya rumah. So ada 3 bahagian. Atas ada 3 bilik + 1 bilik air, bahagian tengah ada 2 ruang tamu, kat bahagian bawah ada dapur, bilik dan 1 lagi tandas. Kawasan belakang dapur tu memang tak ada rumah, dan pintu depan pulak tak bertentang rumah orang depan. Just perfect untuk kami yang sangat sukakan privacy!

Jap, aku share gambar dari FB tuan owner rumah.






Ya, itulah rumah yang telah buat kami suami isteri jatuh hati. 

Balik je dari review rumah ni, Wahid terus suruh prepare dokumen sebab nak pergi bank apply loan. Sebab macam aku cakap kat perenggan atas tu, owner kata ada 2-3 orang yang dah bertanya. So kami kenalah bersegera hihihihi.

The next week, dokumen ready, kami pon pergi bank dan terus masuk loan. Tak sampai seminggu pihak bank dah call cakap loan lulus. Selang 2 minggu pulak pihak lawyer call untuk sign S&P. Memang agak cepat jugak proses pembelian rumah kami ni. Alhamdulillah, syukur sangat Allah permudahkan urusan. Memang tak sangka dah sampai rezeki nak ada rumah sendiri. Insya-Allah kalau tak ada aral, dalam tahun depan dah boleh pindah. Sebab owner masih duduk rumah ni dan rumah beliau kat kampung sedang dalam proses pembinaan. So takpelah, kami pon tak rush. :)

So apa lagi eh nak cerita..

Oh ya! Kepada yang sedang planning nak beli rumah, tak kisahlah rumah baru atau 2nd hand, aku nasihatkan supaya tanya betul-betul kat pihak bank sama ada lawyer fee cover tak dalam loan. Sebab ada bank boleh cover 90% + 5% loan. Tapi aku rasa rumah baru takde masalah lawyer fee kot sebab normally pemaju ada buat promosi zero lawyer fee kan? 

Macam kes kami ni, memula pegawai bank yang kami berurusan tu terangkan kami punya loan dapat 90% + 5% (dapat cover MRTA dan lawyer fee), tapi selepas offer letter siap, tak ada tulis dalam surat. Kami pon silap tak nampak dan terus sign. Bila lawyer dah panggil nak sign S&P, baru pihak lawyer bentang siap-siap invois kena sampai 11K haaa tu diaa. Nak pergi revise balik kat bank pon dah malas sebab nanti nak kena tunggu offer letter baru, lagi nak kena sign balik, pastu nak kena patah balik ke lawyer balik. So nak tak nak, kami setujulah bayar 11K pakai duit simpanan kami..

So tamatlah cerita pasal beli rumah kami. Macam panjang pulak cerita aku kali ni eh. Ni kira balas dendam punya entry lah ni kan hihihi. Nanti kalau dah nak pindah ke atau dah pindah, aku share la lagi kat sini okay. Banyak sebenarnya cerita nak diabadikan kat blog kesayangan ni. Mohon dikurniakan kerajinan tahap tertinggi hahahaha.

Jam pon dah pukul 4 lebih. Jadi mari kita buat apa yang patut dan tidur.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, September 9, 2014

BERAKHIRNYA CUTI TANPA GAJI & HARI TERAKHIR.

Assalammualaikum semua.

Aku ada cerita kat entry aku yang ini, tentang kenapa aku ambil Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014 yang lepas. Aku amik tempoh 6 bulan sebab itu je yang aku layak berdasarkan tempoh perkhidmatan aku 6 tahun di sektor perkhidmatan awam. So should be, aku naik on 22.08.2014. Tapi dek kerana 22.08 tu jatuh hari Jumaat (Johor cuti), maka aku tangguh naik pada 24.08.2014 hari Ahad.

24.08.2014 tiba.
Ianya hari yang mendebarkan. Sangat.

Aku dah plan untuk letak jawatan 24 jam pada hari aku naik kerja dari CTG tu. Dah minta restu suami, restu mak dan adik beradik, keluarga mertua dan paling penting aku istikharah 2 minggu straight. Hati aku memang berat sangat ke arah nak berhenti kerja. Sebab fikirkan anak-anak, fikirkan Emak, fikirkan dah penat nak kerja, mahukan fleksibiliti masa dan banyak lagi impian yang aku nak kejar. AKU TEKAD je. Dalam kepala aku, datang kerja - hantar surat resign - salam kawan-kawan dan blah. 

Tapi ianya tak semudah itu. 

Kebetulan hari yang aku naik kerja tu, office aku buat jamuan hari raya dan jemput banyak unit lain. Aku yang datang pagi dengan semangat tekad terus bertukar menjadi campur baur. Disambut dengan gembira oleh rakan officemate dan ketua Jabatan - hoyy taktau nak katalah hati dah bercabang-cabang. Rasa macam tak jadi nak letak jawatan pon ada masa tu!

Paling gamble, aku langsung belum buat surat perletakan jawatan tu! Aku punya plan tumpang PC sesiapa kat office tu, taip surat dan-dan situ je, print dan masuk bilik CC pergi mengadap. Tapi biasalah orang baru naik kerja, tentu banyak 'interview' kena lalu. Orang ajak berbual sebab dah lama tak jumpa. Padahal hati aku dah resah gelisah selagi surat tak dihantar. Lagi lama aku tangguh, lagi besar kemungkinan aku akan cancel letak jawatan!

Nak tak nak aku cabut gak pergi pinjam PC member nak karang surat. Itu pon macam janggal gila sebab CC aku dok lalu lalang pastu dia pelik kenapa aku pi duduk kat meja member aku tu siap menaip laju bagai. Mesti dalam kepala dia dok syak macam-macam sebab aku baru sejam naik kerja tetiba menaip apa entah sambil senyum-senyum nak cover. Aihhh silap gila tak print surat awal-awal dari rumah!

Lepas je print surat dan tandatangan, aku laju-laju pi masuk bilik CC nak mengadap. Ya Allah jantung berdegup laju gila! Masa mula-mula memang tak boleh nak cakap. Tergagap-gagap aku kat situ. Dalam 30 saat aku buang masa, last-last aku tolak je surat tu pi depan CC aku. Dia amik surat tu pastu pandang muka aku dan tanya "Kenapa? Awak ada masalah ke?".

Pastu laju je mulut aku explain kata kat dia yang aku sebenarnya ada sikit bisnes (masa ni dia senyum dah, aku rasa dia dah syak dari sejak aku CTG). Pastu dia tanya income semua macam mana? Aku kata "Oklah, Alhamdulillah.." Aku terang lagi. Aku cakap aku sayang kerja kerajaan ni, tapi aku tahu kalau aku teruskan aku tak boleh perform dengan baik. Aku takut kerja hakiki aku terabai (telah terbukti sebelum aku CTG lagi). Masa kerja pon aku banyak main hp. Pastu selalu keluar masuk office sesuka hati (TOLONGLAH JANGAN BUAT PERANGAI MACAM AKU). Last sekali ayat aku, aku cakap yang aku takut gaji aku tak berkat sebab kerja main-main. Pastu aku tambah juga pasal anak-anak aku dan Emak aku yang dah umur 70 tahun. Lama baru dia angguk. Fahamlah tu kot. Hihihihi.

Pastu CC aku terangkan lah sikit-sikit pasal kakitangan sokongan ni kalau dah resign tak boleh masuk kerajaan balik. Aku angguk la faham. Sedihlah jugak kan. Tapi dalam hidup memang kena memilih dan kita tak boleh tamak. Jadi aku pilih gini jalannya. Right after CC aku cakap, "Oklah kalau itu keputusan awak, saya tak boleh kata apalah...", terus aku rasa lega gila! 

Lepas je keluar dari bilik CC aku tu, aku terus pergi bahagian Pentadbiran untuk uruskan proses keluar kuarters pulak. Actually aku dah keluar kuarters seminggu sebelum tu. Rumah memang dah kosong dan bersih. So aku tinggal serah kunci je lah dan pergi TNB untuk potong elektrik. Syukur jugak banyak benda mudah dan lancar.

Oh ya, sementara ni aku duduk menyewa kat Kempas. Apa yang best lagi ialah AKU DAH BELI RUMAH dan pakai fully statement from Shaklee. Ya Allah, serius tak sangka dan bersyukur sangat! Rumah ni dah sign offer letter kat bank dan sekarang tunggu proses lawyer. Kalau takde apa aral, lagi 3-4 bulan kena berpindah lagi la. Tapi kali ni masuk rumah sendiri :)

Lain entry, aku cerita pasal pencarian rumah untuk dibeli. Okay?

Sebelum menutup entry, aku share gambar dan status FB aku di hari 24.08.2014


Hari yang...
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak ketawa
Penuh dengan semangat
Penuh dengan kenangan tentunya

Sebak, sedih, sayang, semua ada
Tapi kehidupan harus memilih

Dan ini jalan yang ku pilih.. 


Okay korang. Jumpa next entry! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 2, 2014

SELAMAT DATANG 2014!

Wau weeeee. Lama gila tak update blog kot? Kerinduan tahap maksima! Tapi apakan daya, sekarang ni memang kekurangan idea terus nak update. Tak tau nak cerita apa. Banyak benda berlaku, tapi nak cerita satu-satu tu, macam taktau mana nak mula. Hihihihi. 

Anyway, selamat tinggal 2013 yang serba indah. Pahit dan tawarnya ada, tapi tak perlulah kita kenang balik kan? Lebih baik kita kenang benda yang manis-manis dan membahagiakan. Contohnya seperti;

1. Berjaya jugak dapatkan lesen memandu setelah pelbagai perkara berlaku. Paling manis, dapat beli kereta sendiri dan memandu sendiri ke sana ke mari. Mungkin benda ni nampak mudah je pada orang lain. Tapi untuk aku yang manja kedekek asyik nak harap keluarga dan suami, pastu trauma lagi lepas eksiden dulu tu, memang payah jugak nak bangun. It takes a month jugak untuk aku build up semangat dan lawan fobia.

2. Berlari dengan Shaklee dan mencapai income 5 angka. Tak sangka azam 2013 yang aku tulis dalam buku impian pada awal tahun 2013, aku ingat lagi aku tulis dalam buku tu yang aku nak income 5 angka by end of 2013. Alhamdulillah tercapai. Memang tak sangka. Syukur sangat-sangat.

Banyak lagi sebenarnya perkara indah-indah 2013. Terlalu banyak. Nak list out pon sampai dah lupa. Hihihihi. But then, bersyukur pada Allah sebab semua rasa bahagia ni Allah yang pinjamkan. Kalau Allah kata tak bahagia, dan kita pon tak usaha nak bahagia, maka tak bahagia lah jugak kan? 

Semoga 2014 membawa lebih banyak kebahagian.
Untuk aku, untuk keluarga, untuk anda semua.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 4, 2013

CINTA SI UNGU.

Alaaa ni cerita dah basi sebenarnya. Tapi oleh kerana aku nak abadikan perkara ni kat blog, so aku rajinkan jugaklah diri menaip ni ha. Kalau sesiapa yang dah friend dengan aku kat FB tentulah dah tahu yang aku dah keluar sebuah kereta hasil bersama Shaklee. YES, guna statement Shaklee sahaja okay. Percaya, sila percaya! :)

Wahid yang tengah dengar penerangan dari our sales advisor. 


"Amboi Aishah, bertahun hang kerja, takdak keluar kereta. Join Shaklee setahun setengah terus keluar kereta naa?"

Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan aku dan keluarga. Rasanya, kalau fikirkan memang macam tak percaya. Diri aku seorang yang sangat pen-takut (hihihihi), boleh berani main redah je amik kereta ni. Tapi bila fikirkan masa depan keluarga, masa depan bisnes dan masa depan diri jugak, tawakal sahaja lah.

Masa mula-mula kereta ni keluar, memang aku tak bawak langsung! Takut okay! Jantung ni berdebar punyalah dup dap dup dap! Bila fikir nak kena bawak kereta je, mulalah lutut aku ni longgar menggigil-gigil. Hahahaha. Kelakar gila kalau fikir balik. Tak tahulah apa yang aku takut. Rasa trauma dengan eksiden yang dulu tu meruap-ruap. Amik masa yang lama jugak Wahid kena duduk sebelah teman aku dalam kereta, pastu dia bawak kereta balik, pastu petang amik aku, baru aku bawak semula. Macam tu lah dalam seminggu.

Pastu tak boleh jadi dah. Sampai bila nak macam tu kan? Aku pon berani je bawak seorang dengan Wahid follow belakang. Lama-lama dah okay dah. Paling best sekarang ni, kalau ada customer nak COD barang ke, insya-Allah aku dah boleh hantar seorang. Nak gi amik stok kat Shaklee pon dah boleh dah. Tak perlu susahkan Wahid lagi. Memang banyak kemudahan bila dah boleh bawak kereta ni. Aku je terlambat nak nampak semua ni. :)

Kesimpulannya, apa sahaja ketakutan yang ada kat depan kita, HADAPI SAHAJA. Selagi kita tak hadapi dan lalui ketakutan tu, kita memang akan sentiasa dirundung ketakutan. Conquer your fear, JUST DO IT! Betul kan? 

Oh ye, ada sesiapa nak order supplement Shaklee area Johor Bahru, kalau nak COD bolehlah call saya. insya-Allah servis tip top. Ewahhhh sempat lagi nak promo. HAHAHAHAHAHA.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015