Assalammualaikum semua.
Aku ada cerita kat entry aku yang ini, tentang kenapa aku ambil Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014 yang lepas. Aku amik tempoh 6 bulan sebab itu je yang aku layak berdasarkan tempoh perkhidmatan aku 6 tahun di sektor perkhidmatan awam. So should be, aku naik on 22.08.2014. Tapi dek kerana 22.08 tu jatuh hari Jumaat (Johor cuti), maka aku tangguh naik pada 24.08.2014 hari Ahad.
24.08.2014 tiba.
Ianya hari yang mendebarkan. Sangat.
Aku dah plan untuk letak jawatan 24 jam pada hari aku naik kerja dari CTG tu. Dah minta restu suami, restu mak dan adik beradik, keluarga mertua dan paling penting aku istikharah 2 minggu straight. Hati aku memang berat sangat ke arah nak berhenti kerja. Sebab fikirkan anak-anak, fikirkan Emak, fikirkan dah penat nak kerja, mahukan fleksibiliti masa dan banyak lagi impian yang aku nak kejar. AKU TEKAD je. Dalam kepala aku, datang kerja - hantar surat resign - salam kawan-kawan dan blah.
Tapi ianya tak semudah itu.
Kebetulan hari yang aku naik kerja tu, office aku buat jamuan hari raya dan jemput banyak unit lain. Aku yang datang pagi dengan semangat tekad terus bertukar menjadi campur baur. Disambut dengan gembira oleh rakan officemate dan ketua Jabatan - hoyy taktau nak katalah hati dah bercabang-cabang. Rasa macam tak jadi nak letak jawatan pon ada masa tu!
Paling gamble, aku langsung belum buat surat perletakan jawatan tu! Aku punya plan tumpang PC sesiapa kat office tu, taip surat dan-dan situ je, print dan masuk bilik CC pergi mengadap. Tapi biasalah orang baru naik kerja, tentu banyak 'interview' kena lalu. Orang ajak berbual sebab dah lama tak jumpa. Padahal hati aku dah resah gelisah selagi surat tak dihantar. Lagi lama aku tangguh, lagi besar kemungkinan aku akan cancel letak jawatan!
Nak tak nak aku cabut gak pergi pinjam PC member nak karang surat. Itu pon macam janggal gila sebab CC aku dok lalu lalang pastu dia pelik kenapa aku pi duduk kat meja member aku tu siap menaip laju bagai. Mesti dalam kepala dia dok syak macam-macam sebab aku baru sejam naik kerja tetiba menaip apa entah sambil senyum-senyum nak cover. Aihhh silap gila tak print surat awal-awal dari rumah!
Lepas je print surat dan tandatangan, aku laju-laju pi masuk bilik CC nak mengadap. Ya Allah jantung berdegup laju gila! Masa mula-mula memang tak boleh nak cakap. Tergagap-gagap aku kat situ. Dalam 30 saat aku buang masa, last-last aku tolak je surat tu pi depan CC aku. Dia amik surat tu pastu pandang muka aku dan tanya "Kenapa? Awak ada masalah ke?".
Pastu laju je mulut aku explain kata kat dia yang aku sebenarnya ada sikit bisnes (masa ni dia senyum dah, aku rasa dia dah syak dari sejak aku CTG). Pastu dia tanya income semua macam mana? Aku kata "Oklah, Alhamdulillah.." Aku terang lagi. Aku cakap aku sayang kerja kerajaan ni, tapi aku tahu kalau aku teruskan aku tak boleh perform dengan baik. Aku takut kerja hakiki aku terabai (telah terbukti sebelum aku CTG lagi). Masa kerja pon aku banyak main hp. Pastu selalu keluar masuk office sesuka hati (TOLONGLAH JANGAN BUAT PERANGAI MACAM AKU). Last sekali ayat aku, aku cakap yang aku takut gaji aku tak berkat sebab kerja main-main. Pastu aku tambah juga pasal anak-anak aku dan Emak aku yang dah umur 70 tahun. Lama baru dia angguk. Fahamlah tu kot. Hihihihi.
Pastu CC aku terangkan lah sikit-sikit pasal kakitangan sokongan ni kalau dah resign tak boleh masuk kerajaan balik. Aku angguk la faham. Sedihlah jugak kan. Tapi dalam hidup memang kena memilih dan kita tak boleh tamak. Jadi aku pilih gini jalannya. Right after CC aku cakap, "Oklah kalau itu keputusan awak, saya tak boleh kata apalah...", terus aku rasa lega gila!
Lepas je keluar dari bilik CC aku tu, aku terus pergi bahagian Pentadbiran untuk uruskan proses keluar kuarters pulak. Actually aku dah keluar kuarters seminggu sebelum tu. Rumah memang dah kosong dan bersih. So aku tinggal serah kunci je lah dan pergi TNB untuk potong elektrik. Syukur jugak banyak benda mudah dan lancar.
Oh ya, sementara ni aku duduk menyewa kat Kempas. Apa yang best lagi ialah AKU DAH BELI RUMAH dan pakai fully statement from Shaklee. Ya Allah, serius tak sangka dan bersyukur sangat! Rumah ni dah sign offer letter kat bank dan sekarang tunggu proses lawyer. Kalau takde apa aral, lagi 3-4 bulan kena berpindah lagi la. Tapi kali ni masuk rumah sendiri :)
Lain entry, aku cerita pasal pencarian rumah untuk dibeli. Okay?
Sebelum menutup entry, aku share gambar dan status FB aku di hari 24.08.2014
Hari yang...
Penuh dengan makanan
Penuh dengan gelak ketawa
Penuh dengan semangat
Penuh dengan kenangan tentunya
Sebak, sedih, sayang, semua ada
Tapi kehidupan harus memilih
Dan ini jalan yang ku pilih..
Okay korang. Jumpa next entry! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Sebaknya tgk gambar tuh... huhu... ex-colleagues mesti sedih aisyah xde... betul kehidupan ini kita perlu memilih...memilih setelah kita berdoa dan minta petunjuk dariNYA... DIA adalah sebaik2 tempat bergantung... all the best aisyah! semoga allah swt mempermudahkan perjalanan awk selepas ini...ameen
ReplyDeletegud luck aishah.. semoga kita sama2 berjaya dan terus berjaya.. love u!!
ReplyDeletetabik!!!
ReplyDeleteku belum kuat lg nk buat mcm aisyah
salam perkenalan... harap dapat datang sini lagi... seronok dapat berkongsi pengalaman hidup...
ReplyDeletesalam kenal :)
ReplyDeleteKENAPA BARU BACA INIIIIII?????
DeleteSalam Sis
ReplyDeletesemoga saat ini akan saya rasai juga suatu hari nanti. InsyaAllah.
http://ummisfavorites.blogspot.com/2014/10/4-tanda-tanda-hampir-bersalin.html