Aishah Rahim's Diary: ESP Soy Protein Isolate Powder

Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts
Showing posts with label ESP Soy Protein Isolate Powder. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Promo Shaklee Januari 2019 - ESP Super Hot Produk!

Alhamdulillah, terkabul doa saya nak promosi ESP. Dari haritu asyik sebut semoga bulan ni (Januari) produk yang saya suka inilah yang promo. Bila Shaklee announce bulan ni promo ESP, terus rasa macam nak melonjak sebab happy sangat hahahaha..

ESP ni best sangat sebab PROTIN adalah nutrisi paling basic yang tubuh badan kita perlukan. Sebab apa? Sebab dengan pengambilan protin yang cukup, akan membantu penghasilan sel baru untuk badan dan menyingkirkan sel lama yang telah rosak dan mati. 


Secara umumnya, bila orang tanya, siapa yang boleh ambil ESP ni? Untuk siapa? Untuk apa? Saya akan jawab, semua orang pon boleh ambil dan kena ambil sebab protin ni penting, semua orang perlukan protin untuk makanan sel-sel dalam badan. Memang betul potin boleh diambil melalui ayam, daging, ikan, kekacang dan sebagainya. Tapi tahukah anda sumber protin dalam masakan boleh hilang sewaktu memasak kerana suhu yang tinggi. Bila sumber protin tu dah rosak, cukup ke protin yang badan kita perlukan?

Sebab tu, untuk pastikan badan kita cukup protin, lebih baik ambil makanan tambahan berasaskan protin seperti ESP ni. Ambil 3 sudu sehari sudah cukup untuk memastikan keperluan protin dalam badan kita mencukupi.

Baca lebih lanjut mengenai ESP DI SINI.

Bulan ni harga SUPER MENARIK. 

Beli 6 tong PERCUMA 1 tong 
Dapat FREE MEMBERSHIP worth RM65
Dapat FREE POSTAGE worth RM10
Dapat CASH BACK BONUS RM30+

Kalau grab promosi BELI 6 PERCUMA 1 ni, uols akan jimat lebih RM200 sebab semua yang kat atas tu dapat FREE siap dapat bonus Shaklee lagi bagi. Memang berbaloi-baloi :)

Tapi, kalau nak beli 1-1 pon takde masalah, boleh direct whatsapp saya untuk order dan ketahui lebih lanjut tentang ESP atau produk Shaklee yang lain.

Klik kat bawah tu ya :)




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 9, 2015

IBU-IBU NI MEMANG SUPERMOMMY LAH!

Hari ini dapat order dari teman pejabat lama, semasa saya masih bekerja di shipping line. Beliau komen di instagram saya dan bertanyakan tentang Set Penyusuan Shaklee. Tentu sahaja saya suka, kerana set ini merupakan set yang mula-mula buat saya jatuh cinta dengan Shaklee.

Bersembang punya sembang, beliau ni sekarang bekerja di Singapura. Umum tahu, kalau kerja Singapura tu, pasti kena keluar masuk kastam setiap hari. Pastu kena keluar seawal yang mungkin dan balik pula lewat petang atau malam. Yang buat saya bertambah kagum dengan beliau, rakan saya ni masih breastfeed anaknya tau! Cuma sekarang ni menghadapi sedikit masalah kemerunduman susu. Takpe, kita ikhtiar dengan Vitamin Penyusuan Shaklee. Moga-moga berhasil dan dapat berikan kesan yang baik buat perjalanan penyusuan beliau dan anak.

SET PENYUSUAN OPTIMUM DARI SHAKLEE
Set yang saya gunakan sekian lama sepanjang perjalanan saya 2 tahun lebih menyusukan Nur Anis Najah. Inilah vitamin yang saya consume setiap hari. Lagi pula waktu tu saya bekerja dan perlu mengepam setiap hari bagi memastikan stok mencukupi untuk dibekalkan kepada babysitter. Alhamdulillah, rezeki Najah dapat fully breastfeed bersama saya :)

Kesan sepanjang pengambilan set ini, saya boleh kongsikan kepada anda beberapa perkara yang saya sendiri rasakan. Pertama sekali, badan saya rasa bertenaga, kurang stress, tidak mudah penat, susu terhasil banyak (Allah jua pemberi rezeki), dan susu lebih pekat dan Najah minum pon cepat kenyang. Paling saya suka, sepanjang Najah menyusu badan dan saya consume vitamin ini, Najah sangat jarang demam dan kalau demam pon akan segera sembuh sebab saya akan double up pengambilan dos Vitamin C. Syukur, saya cuma ikhtiar. Selebihnya Allah yang izinkan.


Dah baca pengalaman saya sendiri? Jom saya share-kan beberapa testimoni dari mommy-mommy hebat di luar sana. Semoga ianya bermanfaat dan jadi pendorong buat kita semua, Insya-Allah :)









Untuk ibu-ibu yang ada sebarang pertanyaan, boleh whatsapp saya untuk konsultasi. Saya suka je berbual pasal breastfeeding ni, sebab memang kecintaan saya hihi. So kalau ada apa-apa pertanyaan nak tanya, nak saya kongsikan ilmu apa-apa, whatsapp je. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, December 4, 2015

IKHTIAR HAMIL DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Selepas kelahiran Nur Anis Najah, saya merancang kehamilan dengan mengambil pil perancang. Tempoh 7 bulan macam tu, kemudian berhenti dan merancang secara natural. Selepas Najah berumur 2 tahun, kami bersedia untuk bayi seterusnya tapi masih belum dikurniakan rezeki.

Sehinggalah Najah berusia 3 tahun lebih, saya mula risau memikirkan kenapa kali ini sukar pula nak lekat hamil? Adakah apa-apa masalah atau kesan dari pengambilan pil perancang? Wallahualam.

Setelah buat beberapa bacaan, saya mula konsisten vitamin Shaklee (saya listkan di bawah) bagi ikhtiar dikurniakan bayi keempat. Berikut adalah beberapa vitamin yang saya betul-betul konsisten dan tak miss langsung sepanjang trying to conceive.


VITA-LEA IRON FORMULA

Kebaikkan Vita-Lea Iron Formula

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap dan diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea Iron Formula
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak 
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat 
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi 
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi 
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot 
  • Boron – Membantu dalam metabolisma 
  • Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang 
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung

Baca info mengenai Vita-Lea Iron Formula KLIK SINI.


B-COMPLEX

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% Biotin dan asid folik. Kesemua 8 ini mesti ada dalam B Complex untuk mengawal keseimbangan dan kesan yang optimum. Vitamin B adalah larut air dan lebihannya akan dibuang melalui sistem perkumuhan. Jadi, memang pentinglah untuk anda ambil B Complex setiap hari.

B Complex Folik Asid

B Complex adalah salah satu produk dalam Set Hamil Shaklee. Folik asid yang dimiliki oleh B Complex ialah untuk membantu membina DNA dan sel-sel serta mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. Ini penting supaya bayi membesar dengan sihat dan normal.

B Complex Shaklee Untuk Hamil

B Complex Shaklee membantu tumbesaran bayi ketika hamil. Fungsi asid folik yang saya sebutkan diatas adalah asasnya.

Baca info mengenai B Complex DI SINI


VITAMIN C PLUS 

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Antara manfaat Vitamin C Plus 
  • Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
  • Mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
  • Mengatasi masalah gusi berdarah.

Lebih info menegnai Vitamin C Plus KLIK SINI


ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Khasiat ESP Shaklee Untuk Kesuburan

Sekiranya anda kurang menjaga kesihatan, kurang bersenam, tak jaga makan dan selalu stress, maka kita sebenarnya secara tak sedar menyebabkan diri kurang subur.

Khasiat ESP 
  • Akan meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut.
  • ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%.
  • 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan sehingga 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung.
  • 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung.
  • ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki.
  • ESP mengelakkan kerosakan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang.
  • ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser.
  • Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser.
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bakteria/virus.
  • Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%.
  • ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda.
  • Khasiat ESP Shaklee untuk kesuburan menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna.
  • ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam lamanya.
  • ESP membina sel otot, kulit dan hormone yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki).
  • ESP mengawal ‘mood swing’ pada wanita ketika PMS dan wanita menopause.

Kenali lagi ESP Soy Protein Isolate Powder DI SINI


GLA COMPLEX

GLA mengandungi Omega-6 yang amat diperlukan oleh ovari dan sistem reproduksi wanita. Sebab tu juga orang masalah haid, sukar hamil dan menopouse memang digalakkan ambil EPO atau lebih tepat lagi Omega-6.

Fungsi GLA Complex
  • Seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid.
  • Membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan.
  • Melegakan simptom PMS.
  • Membantu mengatasi masalah menopouse.
  • Menguatkan kuku dan rambut.
  • Menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit akan kelihatan glowing).
  • Membantu menangani ekzema.
  • Membantu melegakan simptom artritis reumatoid.
  • Menguatkan sistem imun badan.
  • Bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
  • Mengawal kolesterol dan membakar lemak.
  • Membantu fungsi saraf
  • Melambatkan proses osteoporosis.
  • Mencegah pembentukan sel-sel kanser.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.
  • Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari Shaklee GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.
Baca info lain berkaitan GLA Complex DI SINI


VITAMIN E COMPLEX

Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 

Manfaat lain Vitamin E Complex KLIK SINI

--------------

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan konsisten dengan pengambilan vitamin-vitamin di atas serta mengamalkan beberapa tips, saya dikurniakan Allah peluang untuk mengandung buat kali keempat. Tapi saya nak tekankan juga, pengambilan vitamin dan tips adalah sebagai satu langkah usaha dan ikhtiar, selebihnya kita haruslah berdoa mohon diberikan rezeki. 

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba Set Kesuburan ini dan ingin mendapatkan tips-tips lain bolehlah hubungi saya. Insya-Allah saya akan bantu semampu yang boleh :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, September 1, 2015

32 KELEBIHAN & KHASIAT ESP SHAKLEE UNTUK SEMUA

APA ITU ESP SHAKLEE?

Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi. Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP ditambah 2 sudu yogurt. Kacau dan tepek pada muka. 



SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP SHAKLEE? 
  1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yang terbaik, membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik 
  2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan ESP yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
  3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 
  4. Pelajar / pekerja / individu dewasa / warga emas - penambah tenaga / energy booster 
  5. Penghidap kencing manis 
  6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit 
  7. Orang yang alergik atau alahan
  8. Wanita ingin menguruskan badan 

32 KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE. 
  1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan. 
  2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam 
  3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan 
  4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit / awet muda kerana protein penting untuk kulit. 
  5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
  6. Memberi ton warna kulit yang sekata 
  7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus dan gebu 
  8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan) 
  9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral 
  10. Rendah lemak, tanpa kolestrol 
  11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 
  12. 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya 
  13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 
  14. Protein soya (tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan 
  15. Membantu mengurangkan risiko kanser.
  16. Bertindak sebagai antioksidan 
  17. Menguatkan sistem imun tubuh 
  18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik 
  19. Memelihara kesihatan jantung 
  20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua 
  21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan 
  22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan 
  23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones. 
  24. Membantu merendahkan paras kolestrol 
  25. Mencegah osteoporosis 
  26. Membantu pembentukan sel-sel baru 
  27. Membantu menyembuhkan gastrik
  28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan
  29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan
  30. Memudarkan parut 
  31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak 
  32. Kecantikan kulit dan rambut 


PERBEZAAN ESP DENGAN SOYA LAIN 
  1. Dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat dari risiko toksin) 
  2. Mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan 
  3. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral 
  4. 1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya 
  5. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone 
  6. Rendah lemak, tanpa kolestrol 
  7. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi 



Harga bagi setong ESP Shaklee ialah RM150 bagi kegunaan 1-2 bulan. 

Untuk harga yang jauh lebih murah, jadi ahli Shaklee dengan bayaran RM69 seumur hidup dan anda layak untuk nikmati harga ahli bagi kesemua produk Shaklee.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 4, 2014

VITAMIN PALING HOT MENJELANG RAYA!

Assalammualaikum semua! :)

Pejam celik pejam celik, dah 6 hari kita berpuasa. Sekejap je dah seminggu kan? Pastu nanti pejam celik lagi, dah 2 minggu. Pastu 3 minggu, pastu tetiba dah raya! Bila makin dewasa ni (malu nak sebut TUA), terasa cepat pulak masa berlalu. Kalau dulu masa kanak-kanak, puasa ni terasa lamaaa. Tapi skang tak lagi kan? Sekejap je kita akan berpisah dengan Ramadan. Semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu Ramadan yang akan datang.

Korang tau tak vitamin ape yang HOT sepanjang Ramadan ni?

Selain daripada ESP + Mealshakes + Performance Drink (yang ini memang hot okay!), ada beberapa lagi gabungan vitamin yang customer memang non stop cari. Katanya untuk persiapan kelihatan gojes di hari raya. Awww!

KULIT CANTIK DAN SIHAT DI HARI RAYA



  • ESP (membina sel baru & membaikpulih sel rosak)
  • B Complex (fungsi selular, menjaga kulit sihat
  • Vitamin C (membina kolagen)
  • Vitamin E (anti-oksidan yang kuat)

4 vitamin ni memang HOT! Non stop order dari sebelum Ramadan lagi. Sebab ape? Sebab semua orang nak kelihatan cantik dan gojes masa hari raya nanti. Makan vitamin untuk kecantikan dari dalam. Vitamin repair segala sel yang rosak, yang mati. Pastu barulah muka glowing glowing cantik berseri seindah suria. Amboiii ayat bukan main lagi ye? Tapi memang betul pon. 4 vitamin ini memang BAIK UNTUK KULIT. Tak caya boleh cuba. Harga sangat affordable dan jimat pulak tu! :)

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI
UNTUK SET KULIT CANTIK SAHAJA.


SELIM MELIM DI PAGI SYAWAL



  •  Lecithin (mengemulsi & bakar lemak)
  • Alfalfa (retensi air, detoks toksin dan lemak)
  • Herblax (pembersihan usus)
  • Cinch Tea Mix (meningkatkan metabolisme)
  • Cinch Shake (mengimbangi nutrien dengan leucine, rendah kalori)

So far yang 5 atas ni memang aku konsisten amik. Inci banyak kurang, baju dah banyak longgar, makanan dah kurang amik, badan rasa ringan dan bertenaga. Eh banyak gila la kesan positif yang aku dah rasa. Paling penting aku rasa sihat! Yes, itu yang penting bagi aku. Kurus sebab nak badan kita sihat, mudah menguruskan keluarga dan beribadah.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI
UNTUK SET INCH LOSS PROGRAMME SAHAJA.
(BOLEH PILIH PERISA CINCH - COKLAT / CAFFE LATTE / VANILLA)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 20, 2013

Bermula Dengan Vitamin Penyusuan - Dapat Bonus Kulit Cantik Dan Gebu!

Alhamdulillah. Permulaan Isnin yang tenang. Maaflah sebab dah lama sangat menyepikan diri dari dunia blog. Kalau ada entry pon banyak yang pendek-pendek very short and sweet kata omputih. Hehehehe.
Sekarang ni aku dalam proses menstabilkan diri kat tempat baru. Almaklumlah baru pindah jabatan, banyak benda nak kena belajar. Masih terkial-kial lagi nak buat kerja hakiki sambil bisnes Shaklee. Insya-Allah dah mula nampak rentak. I'll be back for good. :)
Walaupun agak mendiamkan diri, testimoni hot tetap diterima tau. Tengah-tengah kerja pon ada je customer yang setia kasi feedback positif. Tersenyum kambing aku keseorangan sambil buat kerja. Hehehehe. Alhamdulillah, niat untuk membantu ramai orang sihat dipermudahkan. I love Shaklee sebab selalu menjadikan aku positif!
Terbaru ni tadi, dapat whatsapp dari customer setia, Puan Uni. Beliau ni dulu consume vitamin set 3M (Vitalea + B Complex + Alfalfa + ESP + Ostematrix). Kemudian perlahan-lahan add on Lecithin (untuk kawal berat badan) dan Vitamin E (untuk kecantikan kulit). Sangat berbaloi baloi sebab hasilnya memang memuaskan hati Puan Uni ni.
Sekarang ni, Puan Uni kasi suami beliau consume vitamin asas + Omega Guard untuk kesihatan suami tercintanya. Nak sihat sama-sama katanya. Betullah kan? Takkan isteri sorang nak sihat cergas dan cantik. Suami pin kena sama-sama mantap. Eh? Kehkehkehkeh.
Oklah. Oklah. Korang semua pon mestilah nak sihat nak cantik nak cergas nak bertenaga macam Puan Uni ni kan? Jangan malu jangan segan. PM aku untuk ketahui lebih lanjut. Nak contact kat page boleh, kat FB boleh, kat whatsapp boleh, nak SMS pon boleh! Sekarang kan dunia tanpa sempadan. Cececececee :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, April 10, 2013

Rahsia Kulit Cantik & Sihat Bersama Cik Ain.

Dah lama tak keluarkan testimoni kan? Sebenarnya banyak sangat testimoni customer yang mahu dikongsi, tapi kesuntukan masa dan busy sangat kat tempat kerja. Nantilah, kalau ada kelapangan masa, akan dikongsi lain-lain testimoni yang hot! Tapi hari ini, aku kongsikan pengalaman Cik Ain, customer aku dari Mersing. 

Actually, Ain ni dah 3-4 bulan berurusan dengan aku. Bermula dengan beli ESP, kemudian jatuh cinta. Pastu tambah pulak Vitamin E. Paling terbaru, beliau add on GLA dan Alfalfa. Memang complete set untuk beliau yang bakal menempuh hari bahagia tak lama lagi. :)

So mari kita tengok perubahan wajah Cik Ain kita...

Gambar ketiga sangat natural tanpa apa-apa krim atau bedak.

Semalam masa Whatsapp dengan Ain ni, happy gila dia cerita pengalaman beliau. Sampai dia kata, kawan lelaki dia yang tak pernah-pernah puji, sampai tengok dekat-dekat dan tanya dia pakai produk apa sekarang. Paling best, kulitnya yang dulu gelap, ada bintik-bintik hitam dan jerawat pasir - sekarang dah tegang, gebu dan cerah. Kalah Kak Ton katanya! Hahahahaha.

"Sampai ada yang tegur sekarang sejak-sejak ain dah putih ni, kening lagi nampak jelas tebal. Hahahaha. Tapi ain suka sebab dia shine-shine gitu!"


"Kulit badan lak ain dah tak pakai losyen dah.. Licin dan gebu jee"

"Sebelum ni kalau keluar rumah pakai moisturizer safi + krim kecantikan + bedak. Pakai krim kecantikan sebab nak tutup hitam-hitam tu. Skang ni dah tak payah pakai dah, pakai krim uv je dah okay"


Ayat yang ketiga tu paling best! Tak payah pakai bermacam-macam benda taruk kat muka dah sekarang. Just pakai krim uv (sebab sekarang musim panas kan?), pastu taruk bedak sket dah boleh keluar. Bayangkan betapa banyak penjimatan hebat telah berlaku? 

"Hebatlah penangan Shaklee ni kak..."

Haaa. Bila Ain sendiri dah cakap macam tu, memang aku bangga habis lah! Sebab dah makin ramai suka dan jatuh cinta dengan Shaklee. Dah makin ramai mengakui kehebatan vitamin Shaklee. Kalau dulu vitamin Shaklee terkenal sebab BF (breastfeeding) set, tapi skang bermacam-macam vitamin orang dah suka :))

So kepada anda di luar sana yang berminat nak consume vitamin Shaklee, boleh hubungi aku seperti maklumat di bawah atau hubungi mana-mana pengedar sah Shaklee berdekatan anda yang ada kat sidebar belah kanan ni (-->)

Aishah Rahim | Shaklee Independent Distributor [ID : 882365]
014-3580109 | shara85_jb@yahoo.com | http://myaishah.blogspot.com/
Facebook : Aishah Rahim | Page : MyAishah Little Shoppe


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, March 18, 2013

Supplement Shaklee Yang Saya Sendiri Ambil - Setiap Hari.

Ada orang, dia jual produk, tapi tak guna. Jadi macam tak best lah kan? Contoh paling mudah, dia kurus sebab produk Shaklee, tapi dia jual produk pelangsingan badan ABC (contoh). Jadi, ketulusan dalam jual beli tu tak nampak, tak rasa, tak jatuh cinta. Tak gitu Mak Jemah? Hahahaha.

But for me, saya jual produk yang saya sendiri guna. Yang saya sendiri rasa impaknya. Yang saya sudah jatuh cinta! Apa lagi kalau bukan supplement Shaklee kan? Setiap hari, tanpa jemu, mesti makan supplement untuk bekalan nutrien badan. Untuk lebih sihat, lebih bertenaga, lebih segar, lebih cantik, lebih cergas dan lain-lain lebih lagi...

So harini, sajelah nak menyenaraikan supplement yang saya sendiri consume.

♥ ESP - untuk bekalan protin badan, bekal tenaga, kulit cantik.
♥ Vitalea - untuk multivitamin, bekal tenaga jugak.
♥ B Complex - untuk anti-stress dan bekalan kumpulan vitamin B.
♥ Alfalfa - untuk boost susu, kesihatan dalaman wanita & detoks toksin.
♥ Lecithin - untuk bakar lemak dan pengemulsi kolesterol.
♥ Vitamin E - untuk kulit cantik dan vitamin CINTA! 
♥ Ostematrix - untuk bekalan kalsium badan. (thanks Maria sebab ingatkan!)
♥ Herb-lax - untuk cuci usus dan detoks lelemak.

Nampak banyak? Hahahaha. Bagi saya sendiri, tak pon. Nak sihat, nak cukup nutrien, apa ada hal? Lagipon, once kita dah jatuh cinta dengan setiap khasiat produk dan rasai impak positifnya, takkan nak fikir 'banyaknya', 'malas nak telan' atau lain-lain alasan cliche? Diri kita sendiri nak sihat ni kan? Takkan nak suruh orang lain telankan supplement? Hahahaha.

Lain-lain isu berbangkit? 

Supplement Shaklee MAHAL?

Subhanallah. Kalau anda nak tahu, supplement Shaklee ni, adalah supplement paling MAMPU MILIK oleh semua rakyat Malaysia tau. Serius. Sumpah tak tipu. Cuba bayangkan sebotol Vitalea yang super multivitamin itu, cuma berharga RM88.75 (retail price), ada 120 biji sebotol - maksudnya boleh guna sampai 4 bulan! Can you imagine? Echeh cakap omputih pulak. Tapi memang serius pon. Mana nak dapat supplement yang KUALITI BEST, SENTIASA BERKESAN, HALAL dan TERJAMIN dengan harga super hebat begitu?

Dah. Dah. Tak payah cerita banyak. Yang penting, ramai orang di luar sana dah makin jatuh cinta dengan Shaklee. Ramai orang dah rasa kesan positifnya. Hidup makin sihat, makin segar, makin cergas, makin cantik dan makin bertenaga. Makan supplement bukan waktu dah sakit dan dah tua. Waktu sakit dan tua tu makan ubat - nak bagi sembuh. Tak gitu jugak Mak Jemah?

Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 2, 2013

Masalah Jerawat Kronik? Dah Tak Ada!


Sharing dari seorang pengguna vitamin Shaklee. Memang beza sangat kulit muka dia pada September 2012 (sebelum consume vitamin) dengan gambar terkini Disember 2012, selepas consume vitamin Shaklee. Beza memang berbeza. Haaa dah macam iklan Seng Heng dah kan?

Kakak ni konsisten makan Set D ( B Complex + Vitamin C + Vitamin E) pastu dia add on GLA dan ESP. Memang nampak sangat pemulihan kulit dia kan? Dari kulit yang kusam, berjerawat dan berminyak - kepada kulit wajah yang bersih, cerah, halus dan gebu. Memang berbaloi sangat dia consume vitamin kesihatan Shaklee yang dalam masa sama menjaga kecantikan luaran dari dalaman.

Gabungan produk yang UMPH!

So, kesimpulannya, nak cantik bukan hanya dari produk-produk penjagaan muka, make up etc. Tapi vitamin untuk dalaman macam ni pon penting. Sebab apa? Sebab vitamin-vitamin ini akan memelihara kesihatan sel-sel dalam badan dan menjadikannya sihat sempurna. Bila sel sihat, dah tak ada lagi kulit-kulit kusam, kulit berminyak, berjerawat dan berjeragat. 

P/S : Vitamin C sekarang tengah out of stock. Akan available on April 2013. Tapi takpe jangan risau. Vitamin E kita tu dah di-upgrade dengan Grape Seed Extract. Lebih Vitamin C uolss! :)

Berminat nak tahu lebih lanjut? Contact me! :)

FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com
Blog : http://myaishah.blogspot.com/


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 15, 2012

Khas Buat Emak.

Aku sebenarnya tak berniat nak update blog harini. Tapi tadi, bila baca sharing dari seorang kakak kat group exclusive Shaklee kami, aku terpanggil nak berikan luahan hati. 




Aku sebenarnya memang anak Emak yang manja. Apa sahaja yang melibatkan Emak, aku akan cepat sayu hati. Perangai aku memang banyak sangat ikut Emak. Hati tisu jenis banjir punya. Bukanlah aku tak pernah bergaduh atau berkecil hati sesama sendiri. Tapi akan secepat mungkin aku pergi minta maaf dan menangis-nangislah kami di situ dua beranak. Suami masa mula-mula kahwin, memang bingung habis tengok drama swasta kami. Tapi sekarang dah biasa. Hehehe.

Aku sayangkan Emak macam nyawa aku sendiri. Seluruh jiwa aku untuk Emak. Kalau boleh, apa yang aku ada, semua nak kasi Emak. Emak pon macam tu, aku tahu. Emak tak kisah pon menjaga cucu-cucu (walau ada orang kata usia macam Emak tu sepatutnya kami adik beradik tak boleh nak susahkan lagi), memasak untuk kami balik kerja (nampak macam menyusahkan Emak tapi memang Emak suka masak untuk kami adik beradik) dan memanjakan kami walau kami dah besar panjang beranak pinak.

Bila sesekali Emak di duga Allah dengan sakit, kami adik beradik memang panik habis. Bergilir-gilir amik cuti jaga Emak kat rumah. 2 hari orang ini, 2 hari orang itu, kang lagi 2 hari orang ni pulak. Sampailah Emak sihat betul. Contohnya macam baru-baru ni Emak tak sihat badan sebab tersilap makan, sampai seminggu jugak kami adik beradik take turn jaga Emak. Sampai Emak sihat dan kata dia ok, baru kami naik kerja masing-masing.

Start dari Emak tak sihat badan tu, aku terfikir untuk beri Emak 'sesuatu'. Aku tahu yang aku tak boleh 'beli' kesihatan. Itu semua kerja Allah. Tapi aku boleh usaha. Aku mahukan yang terbaik untuk Emak. Aku mahu dia sihat dan punya tenaga. Kesian bila tengok orang tua tak sihat kan? Cuaca tak menentu, badan tak tentu arah. Imun sistem dah tak kuat. Bila kena demam sikit pon, boleh jatuh sakit teruk.

Sebelum ni aku pernah cerita pasal Emak, Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet (AJHT) kan? Aku fikir, ketiga vitamin tadi ni spesifik untuk masalah sendi-sendi dan tulang temulang. So apa yang patut aku tambah dalam diet harian Emak supaya boleh cover masalah imun sistem dia? Supaya masalah letih-letih dan cepat penat tu kurang sikit?

Yes, Emak perlukan multivitamin dan Vitamin C.

So sepanjang Emak demam tu, aku cuba kasi Emak makan aku punya Vitalea dan Vitamin C. Memang bagus. Nampak Emak bertenaga hari yang kedua makan tu. Barulah dia boleh bangun dari katil dan nak jugaklah duduk depan tengok TV. Kalau tak memang kesian tengok Emak demam tak bangun. Kita orang muda yang demam pon dah melepek, apa lagi orang yang dah berusia. Kan?

Bila Emak dah sihat sikit dan mula nak start hobi memasak dia, dia mengadu badan macam penat jeee. Aku terfikir, kan dah makan multivitamin dan vitamin C, sepatutnya dah cukup sangat untuk bekalan badan Emak. Tapi aku terlupa sel badan Emak tak sihat ni. Sel badan tak cukup makan. Sebab tu bila sel tak sihat, Emak pon jadi lemah badan jee. Puas aku fikir, sampailah aku tepuk dahi teringat; "ESP!"

Ya Allah! Macam mana boleh lupa pon tak tahu! Padahal bulan ni ada promosi ESP, aku boleh lupa nak kasi Emak try. Macam nak menangis bila fikir kebodohan aku sebagai seorang anak ni. Patutnya dari awal lagi aku dah boleh fikir. Baiki sel badan dulu dengan Protin. Lepas tu barulah vitamin-vitamin lain yang kita makan menyerap dengan optimum. Huhuhu, consult customer bukan main beria. Bilal bab Emak sendiri macam apa je memikir.

Aku terus bancuhkan Emak ESP dengan Milo. Buat segelas suam-suam. Kasi Emak minum dan aku pon sambung kerja aku balik. Dalam 1 jam gitu aku tengok Emak tengah siang ikan bilis kat dapur, aku pon tanya; "Ok sikit Mak badan?"

"Ok! Rasa segar sikit!", lega rasanya hati. 

"Nanti Ayang tinggalkan Ayang punya ESP tu kat sini. Mak minumlah. Nanti kalau dah habis, Ayang amik yang baru. Ubat yang coklat (Advanced Joint Health Tablet) ngan kalsium (Ostematrix) tu teruskan makan tau. Minum ESP tu lagi cepat vitamin menyerap".

Hahaha. Rasa kelakar kadang-kadang bila difikir balik. Dah macam Doktor dah aku. :)

Since Emak minum ESP, bila telefon Emak kat rumah waktu kerja, suara ceria je angkat telefon. Rasa lega sangat hati. Yes, feeling-nya bila dengar suara orang yang kita sayang sihat dan ceria. Bahagia sangat rasa. Aku berjanji yang aku akan buat terbaik demi kesihatan Emak, selagi mampu 

Aku perlukan lagi doa-doa dari Emak setiap hari untuk perjalanan hidup aku. 

Insya-Allah. :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

Testimonial #11 : Aku Sendiri Bersama Vitamin E & ESP.

Aku tak tahu kalau ini masalah aku seorang. Tapi aku memang ada masalah dengan ber-make-up. Masa awal je muka aku nampak cantik (eh, cantik kewww?). Lepas 2-3 jam, muka aku akan jadi berminyak sampai boleh kaut kumpul buat goreng ikan (ini kawan-kawan aku lah yang kata). Haaa. Can you imagine betapa &^%#&-nya rupa aku?

Selain daripada itu, aku juga menghadapi masalah pori-pori besar kat muka. Bila aku make-up, memang akan nampak berlubang-lubang. Lebih hampeh bila saat berpeluh, pastu mulalah kerengsaan kulit berlaku. Gatal sana, gatal sini. Tangan pon menggatal nak garu. Hasilnya, bedak bercapuk-capuk. Memang 'cantik' sangat wa cakap lu! Hahahahaha.

Lagi satu masalah besar aku ialah black head kat hidung. Dah puaslah aku picit keluar pakai besi setiap minggu pastu semangat pakai Pore Pack. Makin banyak lagi ada. Memang tension tahap kelangit aku ni. *Buat muka Redha*


Ogos 2011 - belum consume Shaklee.
Masuk 2012 - Start supplement BF set + ESP + Ostematrix

Contoh muka tak semenggah, korang boleh tengok kat gambar atas ini. Gambar yang September 2011 paling ketara kan? Itu jumpa Kak Farah Farhan kat Mom & Baby Expo tahun lepas. Sempatlah menyembang tanya pasal BF banyak-banyak. Err, dan nampak kan muka aku berminyak? Itu sebab penat menawaf satu Expo lah tu. 

Masuk je tahun 2012, aku dah start dengan Shaklee. Consume BF Set pastu add on sikit-sikit mana yang mampu. Untuk permulaan, aku add on ESP dan Ostematrix je pon. Tapi kesannya memang ketara. Kulit muka mula jadi sekata. Warna kulit berubah sikit demi sikit. Dari hitam tak berapa nak manis (ehem!) menjadi hitam yang manis. Ewah ewah! :P


Semua gambar Oktober 2012

Gambar kedua ni, semua gambar terbaru. Memang sengaja nak camwhore macam budak sekolah. KAHKAHKAHKAH! Taklah, aku nak kongsi penemuan terbaru aku ni. Aku kan makan Vitamin E Shaklee jugak kan? Memang best. Tapi start Oktober haritu, aku try buat masker. Memang hasilnya marvelous wa cakap lu!

Aku tak perasan sendiri tau. Statement ini, adik-adik ipar pon cakap. Disokong sepenuhnya oleh Encik Suami. Dia kata mula licin nampak lain. Liang roma dan pori-pori yang sebelum ni terbuka luas dah tak nampak. Black head pon semakin hilang. Nak pergi kerja, tak payah pakai krim apa pon. Sapu bedak je boleh terus pakai tudung dan siap. Best sangat sangat!

Start Oktober ni, memang aku konsisten gila lah makan Vitamin asas + Vitamin E pastu minum ESP pagi malam. Memang aku nak tengok sendiri hasilnya macam mana. Sebab aku dah penat kot pakai krim (pemalas sebenarnya). Sebelum ni pakai Aura Maya, aku rajin basuh muka then pakai krim siang je (kalau sempat). Krim malam memang selalu skip. Lagi satu masalah ni berkait dengan cerita aku masa awal-awal tadi. Muka aku senang berminyak. Memang teruk rasanya berjalan dengan muka berminyak-minyak ni.

Dan sekarang, aku dah temui rahsia kulitku. Hahaha ayat tak menahan. But yes. Inilah rahsia kulitku. Tak pakai krim, tak pakai make-up. Just makan vitamin secara konsisten, makan vitamin E, buat masker jugak, then ESP paling penting sumber protin untuk baik pulih sel badan. Aku sangat percaya bila dalaman kita sihat, luaran kita pon automatik akan sihat. 

So kesimpulannya apa? Jaga kesihatan dalaman dulu! :)

I'm in love with Vitamin E Complex Shaklee. :)



Ini pon jatuh cinta jugak!
Love! Love! Love!

Eh, bercakap pasal ESP, korang tahu kan bulan Oktober ni harga ESP runtuh jatuh menjunam-junam. Kalau harga retail RM150, harga istimewa runtuh menjunam-junam tu memang rugi kalau tak grab! Serius ni weh aku cakap. Setahun tak sekali nak dapat harga ni. Terbeliak biji mata kalau tau harga runtuh! :))

PM aku untuk tahu lebih lanjut. Sumpah tak rugi! 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 25, 2012

Testimonial #5 : Kak M Bersama GLA & ESP

Hari Sabtu yang lepas telah terima repeat order dari salah seorang customer last month. Sorry, nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan customer itu sendiri. Tapi takpelah, kita namakan beliau Kak M. Conversation adalah seperti di bawah.








Kak M ni dulu masa mula-mula beli dengan aku, dia nak baiki kulit muka dia. Kulit muka ada jeragat, jerawat dan kasar. Umur baru 30an kalau tak salah aku. Dia tanya aku, apa yang bagus untuk atasi masalah kulit dia? Kebetulan last month ada promo GLA dengan harga terbaik, so aku pon suggest GLA add on sekali ESP for the best result.

Alhamdulillah, dah nampak kesan positif hasil dari penggunaan dan pemakaian yang konsisten. Tak payahlah aku terangkan lagi kan. Korang pon boleh baca dari conversation kat atas tu.

Memang TERBAIK!

Nak baca tentang gabungan GLA & ESP? Boleh klik sini

So kepada korang yang sedang mencari persiapan nak cantik di Hari Raya. Echeh wah. Bolehlah PM aku untuk dapatkan konsultasi mengenai produk yang bersesuian. YANG PALING BEST, ada 5 HARI LAGI untuk mendapatkan PROMO VITAMIN E dengan HARGA MENARIK. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 22, 2012

Siapa Tak Mahu Kulit Cantik Dan Berseri?



Can you spot the different?
Klik gambar untuk nak tengok lebih BESAU!

Kedua-dua gambar tak ada edit ye. Sebab aku tak pandai nak edit-edit contrast entah apa benda tu semua. Yang aku tahu, snap gambar, combine pakai Photoscape, letak ayat-ayat sikit dan save. Itu sahaja. Dasar buta IT memang macam ini. Heh.

Gambar pertama diambil pada 15 Mac 2012. Waktu ni masih terumbang ambing tak tahu hala tuju menjaga kecantikan muka dan diri. Hanya tahu, basuh muka pakai sabun Papaya dan keluar rumah sapu bedak Johnson. Dalam gambar nampak sangat comel (refer gambar A), tapi kalau tengok live memang hancur. I can say this sebab aku yang lalui. Aku yang hadapi. 

Lama kelamaan, terasa rendah diri. Sebab orang lain sudah beranak pinak tapi masih maintain hot. Aku ni sudahlah berbadan besar (malu nak taip gemuk!), selekeh, comot dan tak cantik pulak. Cukup baik suami tak pernah komplen (atau belum komplen!), maka aku haruslah bertindak segera sebab kecantikan hak milik setiap insan. Eh, macam pernah dengar tagline tu?

So I decide untuk mencuba produk Aura Maya yang dijual oleh rakan gosip, Mishawads. Uolss yang berminat boleh dapatkan dari beliau dengan segere sementara stok masih ada. Eh, stok sentiasa ada dari beliau. Jangan takut. Just email beliau kat shazleenz@gmail.com dan order. Ikut pantang larang yang diterangkan. Insya-Allah, hasilnya memberangsangkan. Ewah bercakap macam model.

Tidak cukup itu, aku percaya yang kecantikan selalu hadir dari dalam. Bila kita sihat, badan kita bertenaga, fikiran kita positif, hati kita happy. Semua itu memainkan peranan yang besar. Maka langkah yang aku ambil ialah dengan meng-konsistenkan dan memaksimumkan pengambilan Energizing Soy Protein (ESP). Kalau sebelum ini aku minum sekali sehari, sekarang aku minum 3 kali sehari. Pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. 

Dahlah rasa sedap. Berkhasiat pulak.

Aku memang dah jatuh cinta betul dengan ESP ni. Siapa dah minum dengan konsisten mesti perasan perubahannya. Kulit jadi cantik, lembut, gebu, anjal, sedap dipegang. Eh? Ye, sedap dipegang oleh tangan sendiri lah maksud aku. Kalau suami nak pegang pon apa salahnya khennn? :p

For the best result, amalkan jugak pengambilan Vitamin E dari Shaklee. Hamboiiii, memanglah terbaik! Kulit boleh jadi licin. Kulit yang kasar jadi hilang. Jerawat dan bekas jerawat membawa diri balik kampung. Parut semakin pudar. Wallah! Siapa yang tak mahu kan? Lagi pulak dah nak puasa, pastu nak raya ayoyoyoyo. Ceria di Hari Raya lah jawabnya! Hehehe.

Bukan setakat makan, buat masker pon boleh tau!

Hasil konsisten dengan 3 produk tadi (Aura Maya + ESP + Vitamin E), aku dapat hasil seperti gambar B (rujuk gambar pertama). Blackheads dah hilang, kulit kusam dah tak ada, liang roma yang dulu besau besau kini dah tak nampak. Hati siapalah yang tak happy kan? Of course lah mak happy nokss! Suami mak apatah lagi. Cuma dia tak cakap je. Tapi mak tahu dia happy. Ecececece. :p

So, korang berminat nak cuba ESP dan Vitamin E Shaklee ni? PM aku!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 22, 2012

Apa Bezanya?


This two picture below diambil pada awal pagi 21/05/2012 hari Isnin. Punyalah kental pagi-pagi buta sediakan susu nak hantar ke rumah BS pastu ternampak panorama ini dan berlari-lari anak ke dalam bilik untuk ambil handphone semata-mata kerana nak ambil gambar? Yeah rite! Aku memang paparazzi sangat kan. Very the kepoh gitu! Gegegegege.

Oh yeah. Jom main teka teki nak?

Apa perbezaan antara botol kiri dan botol kanan? Anyone?



"Beza apa Aishah? Kiri lebih sikit kot? Kanan kurang?"

Tak nampak? Serius tak nampak? Takpe, ini gambar dengan flash.


"Eh, kenapa belah kiri macam cair putih? Belah kanan macam pekat kuning?"

Yeah! 10 markah untuk yang menjawab dan bertanya balik!

Actually, pada hujung minggu yang lepas, aku telah buat satu eksperimen ke atas diri sendiri. I DON'T TAKE MY SUPPLEMENT AT ALL. Semua pon tak makan. Aku stop ESP, Vitalea, Vitamin B, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin E. Tak. Aku tak makan langsung. 

"Kenapa Aishah? Kenapa? Supplement awak dah habis ke?"

HAHAHAHA. Taklah. Aku saje tak makan sebab nak buat eksperimen nak bagi korang tengok. Sebab kalau aku pung pang pung pang sorang sorang dalam blog cerita 'Shaklee ni bagus kena beli kalau tak bla bla bla', pon tak guna jugak kan? So, the picture above sudah menerangkan segalanya. :)

Botol belah kiri adalah hasil mengepam hari Ahad (tak makan supplement). Manakala botol belah kanan adalah hasil hari Jumaat (kat office dan makan supplement). Dapat tengok kan bezanya? Tanpa supplement agak sedikit putih dan cair. Manakala yang makan supplement menjadi pekat dan kekuningan. 

"Apa yang kau makan, Aishah?"

Nak kena ulang ke ni? Takpe. Takpe. Aku suka buat siaran ulangan.

Set Breastfeeding + ESP + Ostematrix

Set Breastfeeding
1) Vitalea : Multivitamin dengan formula zat besi. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting. Perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
2) B Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseru. Inilah rahsianya, B for Beauty!
3) Vitamin C : Sebagai antioksidan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kulit lebih cantik.
4) Alfalfa : Raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu menyusu, ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
OSTEMATRIX (KALSIUM)
Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. 

ENERGIZING SOY PROTIEN (ESP)
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protin. Protin adalah makanan sel. Sel tidak kenal Nasi Lemak, Air Soya atau Tempe tetapi sel hanya perlukan protin iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protin berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protin. Selain itu protin dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protin seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Kredit to http://www.mamafaiz.com/


Sebenarnya aku makan lagi satu vitamin iaitu Vitamin E. Hehehe. Tapi itu untuk kesan lainlah. Sambil menyelam minum air orang tua-tua kata. Heh. Nanti dalam entry lain, aku cerita pasal Vitamin E pulak ek? :)

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015