Aishah Rahim's Diary: Nutriferon

Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

NAJAH & DEMAM CAMPAK.

Actually tak pasti apa nama sebenarnya biji-biji ini. Ada orang panggil demam campak, ada orang panggil chicken pox, ada pulak orang panggil cengkering. Aku yang dah hidup 29 tahun pon tak tahu macam mana rupa yang sebetulnya. Tapi bila bawa jumpa doktor, katanya demam campak. Jadi aku pon angguk-angguk-kan kepala aje lah hihihihi.

Najah kena demam campak ni pon dah lama. Masa 17.10.2014 bulan lepas. Tapi aku tak share gambar kat mana-mana media social sebab ada kakak kat group pesan yang penyakit gini jangan suka-suka share gambar. Nanti budak lambat baik. Aku pon tak pasti kebenarannya tapi dek kerana nak anak cepat sihat, aku pon ikut aje la pantang larang yang aku sendiri tak pasti betul ke tidak itu. 

So berbalik kepada cerita Najah dan demam campak ni.

Badan Najah dah mula dedo masa malam 16hb. Najah ni tidur memang berbantalkan lengan aku. So aku dapat rasalah badan dia dah mula panas. Tapi mula ingat nak demam biasa je. So aku just tuam dahi dia dengan tuala basah. Tapi bila bangun pagi, nak mandikan dia, dah mula nampak biji-biji merah kat belakang badan.  

Oh sebelum itu. 

Sebelum Najah kena demam campak ni, seisi anak saudara semua dah kena dah dua minggu sebelum itu. Bayangkan Emak aku ada 10 orang cucu, semua memang transit kat rumah Emak. Aku pon memang kena duduk sini seminggu sekali sebab Wahid shif malam. Tujuh orang memang bergilir ganti dua minggu sebelum tu. Kecuali Haiqal (anak Kak Ngah aku), Nashriq dan Najah. Sekali bila Najah kena kali ni, si Haiqal pon kena sekali! Paling juara bertahan ialah Nashriq sebab yang sesi pertama tak kena, yang sesi kedua ni pon dia tak kena. Rileks je muka Nashriq tengok muka orang lain bersapu Calamine Lotion. Heh.


Pagi 16hb. The day aku mula nampak bintik-bintik merah.


Tak. Dia bukan merengek sebab demam.
Tapi dia bengang Mama amik gambar tanpa baju :D

Najah memang langsung tak merengek sepanjang kena demam campak tu. Dia boleh main, melompat, menari dan menjerit macam biasa. Cuma dia tak suka disapu calamine lotion tu sebab dia kata muka dia tak cantik! HAHAHAHAHAHA. Memang bergaduh okay tiap kali nak sapu calamine lotion.

Ada tips sikit nak bagi kepada mak ayah yang anak dia kena demam campak ni.

Bila korang dah nampak je biji pertama yang meragukan, terus cepat-cepat bawak pergi klinik sebab doktor akan bagi 1 antibiotik untuk "hambat" virus ni keluar. Tapi, kalau korang bawa lambat, lebih dari 48 jam, antibiotik tu dah tak berguna dah. Tips ni aku dapat kat doktor yang rawat Najah tu. Tapi masa aku bawa Najah tu pon dah lebih 48 jam. So tak dapatlah antibiotik tu.

So, kata taukey Shaklee, produk apa yang aku guna untuk rawat Najah? 

Macam biasalah kalau anak-anak demam, aku akan mandikan dengan Basic H. Bubuh beberapa titis dalam air mandian, dan jiruslah badan anak dengan air mandian tu. Apa yang aku perasan, tiap kali anak demam dan aku mandikan dengan air titisan Basic H ni, suhu badan mereka akan segera turun. Masa Najah kena demam campak tu, dia punya bintik-bintik merah pon cepat kering.

Pastu, antara produk Shaklee lain yang aku bagi ialah Nutriferon dan Mealshakes. Dua produk ni aku masukkan dalam susu Najah dan dia akan minum sampai habis. Nutriferon ni penting untuk turunkan suhu badan dan imun sistem. Manakala Mealshakes pulak untuk multivitamin dan bagi bintik-bintik demam campak segera kering dan tak hilangkan bekas. Memang syukur sangat Najah tak ada bekas demam campak kat muka atau badan. 

Dalam susu ni ada Nutriferon dan Mealshakes :)

Berselang seli dengan calamine lotion, aku sapu juga Herbal Blend sambil boleh urut-urut badan Cik Najah kita itu. Herbal Blend tu kan multi-purpose. Bagus untuk kulit kering, tumit yang crack, stretch-mark dan macam-macam kegunaan lagi. Yang penting, bau dia wangi dan berangin (mentholated). Tu yang buat aku dan Najah suka sangat-sangat :)

Sumber gambar dari GOOGLE

Honestly, sebagai mak, lagi pulak aku yang hadap dia 24 jam dari bangun pagi membawa ke teman tidur, memang sedih sangat tengok badan anak kita jadi macam tu. Bintik-bintik merah tu macam menyakitkan walau aku tengok Najah takdelah pulak menggaru atau mengadu sakit. Tapi serius memang sedih. Hati memang kena kuat. Lagi masa sapu calamine lotion atau Herbal Blend tu. Sayu je hati ni. Alhamdulillah kurang seminggu, demam Najah dah tak ada. Bintik-bintik demam campak pon beransur hilang. Bersyukur sangat-sangat sebab aku tak lalui fasa tu terlalu lama. 

Oklah. Jam dah pukul 1.30 pagi dah. Banyak lagi entry dalam draft yang akan aku keluarkan. Nampak tak begitu gigih aku nak catch up cerita balik semua? Iyalah, semua dah ada dalam draft siap bertajuk. Tapi lepas tulis tajuk tak jadi apa. Haih, kalau tak keluarkan nanti tak ada kenangan untuk dibaca di masa akan datang. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, April 2, 2013

Bukan Sekadar Imun Booster, Masalah Eczema Dan Asthma Pon Boleh Hilang Dengan Nutriferon!

Kepada yang tidak tahu, bulan ini Shaklee punya promosi ialah Nutriferon. :)

Sangatlah gembira pecinta-pecinta Nutriferon semua kan? Mana tidaknya, Nutriferon ni sangat bagus dijadikan pengganti Panadol kat rumah. Buat standby siap-siap. Sebab apa? Sebab Panadol kan bertoksik. Bahaya untuk organ hati. Paling menakutkan, Panadol disimpan di dalam badan selama 5 tahun sebelum dihadam. Sebab tu orang yang bijak pandai lagi rela makan ubat-ubatan herba beli kat sinseh Cina. Lebih natural dan selamat.

Tapi jangan risau, dengan Nutriferon, makan sepeket sehari dah boleh bina imun sistem untuk badan. Siapa yang kerap demam, selsema, batuk, mudah sakit semua tu, memang bagus amalkan Nutriferon ni. Itu kalau kerap demam sakit semua tu... Kalau dah sihat dan nak maintain imun sistem, makan sepeket seminggu pon dah okay. Memang best sangat Nutriferon ni.

Jom baca sikit, kenapa Nutriferon Shaklee sangat TERBAIK?

1. Terbukti daripada empat kajian klinikal pada manusia - Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam Nutriferon.
 2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi - Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. Nutriferon merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.
 3. Dicipta oleh individu yang menemui Interferon - Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.   
4. Rumusan berpaten yang eksklusif - Nutriferon tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten Nutriferon yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. 

5. 40 tahun kajian - Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini. 

6. Sejak Nutriferon telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan Nutriferon.

Best kan? Sebab tu jangan risau bila ambil supplement Shaklee. Sangat terjamin mutu, keselamatan, khasiat dan kebagusannya. Shaklee ni dah lebih 50 tahun dalam pasaran uolss. Bukan cikai-cikai punya syarikat tauuuu. Hehehehe. :)

Oh haa! Gambar kat bawah ni, saya share kan pengalaman Kak Beeha yang jatuh cinta dengan Shaklee mula-mula dulu dengan Nutriferon ni haaa. Masalah Eczema dia terus hilang! Magic gila kan? Sebelum tu, memang banyak krim dah dia cuba dan pakai beli kat farmasi. Tapi takde improvement pon. Kesian ooo siapa yang ada Eczema ni. Gatal-gatalnya lagi. Kulit kasarnya lagi. Kan kan kan?



So apa tunggu lagi? Beli Nutriferon untuk standby kat rumah di kala demam dan tak sihat. Beli 6 kotak terus, dapat percuma 1 kotak lagi. Paling best, dapat free membership dan cash back bonus. Amacam? Tak seronok ke nak jadi ahli Shaklee secara percuma siap dapat bonus? Jangan lepaskan peluang ni tauuu.

Selingan : Dah 11 bulan dengan Shaklee. Diam tak diam, pendapatan bersama Shaklee dah jejak 5K. Tak percaya? Dulu pon saya tak percaya. Tapi saya redah je, JUST DO IT! Sekarang ni, misi saya membantu lebih ramai orang lagi yang nak ubah hidup - terutama sekali anak-anak buah bisnes saya. Berminat nak jana pendapatan jugak? KLIK SINI.

Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015