Aishah Rahim's Diary: Osteoporosis

Showing posts with label Osteoporosis. Show all posts
Showing posts with label Osteoporosis. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

NOTA KHAS UNTUK IBU MENGANDUNG.

Ibu mengandung,

Jangan lupa makan vitamin harian anda. Kalau tak tahu KENAPA KENA MAKAN dan APA NAK MAKAN, mari saya terangkan serba sedikit gabungan khas untuk anda dari SHAKLEE.


☺ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

☺ B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

☺ Vitamin C  Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

☺ Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

☺ Omega Guard - Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, April 4, 2014

OSTEMATRIX - BAIK UNTUK TULANG, GIGI & MASALAH SEMBELIT

Assalammualaikum!

Lama sangat tak bersiaran langsung dari sini ye? Haritu janji nak kembali aktif blog pon haram tak jadi apa. HAHAHAHAHA. Alahai, biasalah bila dah jadi ibu beranak dua (alasan! alasan!) pastu bisneswoman pulok (rasa nak muntah!), memang takde masa nak blog. Hehehehe. Sebenarnya itu semua hanya alasan semata. Jawapan yang tepat ialah memang MALAS! Pastu sekarang berazam nak rajin semula. Mari kita saksikan berapa lama dia punya 'rajin' itu. (icon tangan kat dada mata ke atas hihihi)

Orait, sebenarnya nak habaq promo April 2014 ini!




Sedikit fakta comel mengenai Ostematrix.
  • Ada 120 biji dalamnya untuk kegunaan sebulan / seorang.
  • Harga retails RM61 sebotol
  • Nak dapat harga murah? Marilah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda tak rugi apa-apa kerana anda layak memborong barangan Shaklee dengan harga ahli dan untung-untung anda dapat bonus setiap bulan. Kaching! :)

HAHAHAHAHA. Itu fakta mudahlah. Sebab semua orang sering tanya soalan berkait dengan fakta di atas ni. "Ada berapa biji dalamnya kak?", "Berapa lama boleh tahan kak?", "Tak boleh murah lagi ke kak?". Jadi saya jawab dah soalan-soalan di atas in advance. :D





Siapa yang perlukan KALSIUM ni?
  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, Ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baikdengan syarat prinsip utama penyusuan diamalkan. (supply vs demand).
  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis).
  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda! 
  • Jika anda mengalami masalah sembelit, ostematrix boleh membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit. Kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
  • Jika anda sukar tidur malam dan rasa lesu sewaktu bangun pagi, dengan mengambil ostematrix akan membantu anda lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan rasa cergas apabila bangun pagi.

Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ini?

  • Membantu dalam proses pembakaran lemak.
  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Memulihkan kekejangan, kebas – kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  • Meringankan stress – mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian (terutama bagi mereka yang bekerja)
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu dalam pengurusan badan
  • Membantu dalam mengatasi sembelit.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 9, 2013

Kesihatan Tulang Jangan Dipandang Remeh, Ye?

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes Osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah Osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda Osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. 

Artikel tambahan : Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.
Ostematrix, Omega dan Vivix.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015