Aishah Rahim's Diary: MealShakes

Showing posts with label MealShakes. Show all posts
Showing posts with label MealShakes. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

NAJAH & DEMAM CAMPAK.

Actually tak pasti apa nama sebenarnya biji-biji ini. Ada orang panggil demam campak, ada orang panggil chicken pox, ada pulak orang panggil cengkering. Aku yang dah hidup 29 tahun pon tak tahu macam mana rupa yang sebetulnya. Tapi bila bawa jumpa doktor, katanya demam campak. Jadi aku pon angguk-angguk-kan kepala aje lah hihihihi.

Najah kena demam campak ni pon dah lama. Masa 17.10.2014 bulan lepas. Tapi aku tak share gambar kat mana-mana media social sebab ada kakak kat group pesan yang penyakit gini jangan suka-suka share gambar. Nanti budak lambat baik. Aku pon tak pasti kebenarannya tapi dek kerana nak anak cepat sihat, aku pon ikut aje la pantang larang yang aku sendiri tak pasti betul ke tidak itu. 

So berbalik kepada cerita Najah dan demam campak ni.

Badan Najah dah mula dedo masa malam 16hb. Najah ni tidur memang berbantalkan lengan aku. So aku dapat rasalah badan dia dah mula panas. Tapi mula ingat nak demam biasa je. So aku just tuam dahi dia dengan tuala basah. Tapi bila bangun pagi, nak mandikan dia, dah mula nampak biji-biji merah kat belakang badan.  

Oh sebelum itu. 

Sebelum Najah kena demam campak ni, seisi anak saudara semua dah kena dah dua minggu sebelum itu. Bayangkan Emak aku ada 10 orang cucu, semua memang transit kat rumah Emak. Aku pon memang kena duduk sini seminggu sekali sebab Wahid shif malam. Tujuh orang memang bergilir ganti dua minggu sebelum tu. Kecuali Haiqal (anak Kak Ngah aku), Nashriq dan Najah. Sekali bila Najah kena kali ni, si Haiqal pon kena sekali! Paling juara bertahan ialah Nashriq sebab yang sesi pertama tak kena, yang sesi kedua ni pon dia tak kena. Rileks je muka Nashriq tengok muka orang lain bersapu Calamine Lotion. Heh.


Pagi 16hb. The day aku mula nampak bintik-bintik merah.


Tak. Dia bukan merengek sebab demam.
Tapi dia bengang Mama amik gambar tanpa baju :D

Najah memang langsung tak merengek sepanjang kena demam campak tu. Dia boleh main, melompat, menari dan menjerit macam biasa. Cuma dia tak suka disapu calamine lotion tu sebab dia kata muka dia tak cantik! HAHAHAHAHAHA. Memang bergaduh okay tiap kali nak sapu calamine lotion.

Ada tips sikit nak bagi kepada mak ayah yang anak dia kena demam campak ni.

Bila korang dah nampak je biji pertama yang meragukan, terus cepat-cepat bawak pergi klinik sebab doktor akan bagi 1 antibiotik untuk "hambat" virus ni keluar. Tapi, kalau korang bawa lambat, lebih dari 48 jam, antibiotik tu dah tak berguna dah. Tips ni aku dapat kat doktor yang rawat Najah tu. Tapi masa aku bawa Najah tu pon dah lebih 48 jam. So tak dapatlah antibiotik tu.

So, kata taukey Shaklee, produk apa yang aku guna untuk rawat Najah? 

Macam biasalah kalau anak-anak demam, aku akan mandikan dengan Basic H. Bubuh beberapa titis dalam air mandian, dan jiruslah badan anak dengan air mandian tu. Apa yang aku perasan, tiap kali anak demam dan aku mandikan dengan air titisan Basic H ni, suhu badan mereka akan segera turun. Masa Najah kena demam campak tu, dia punya bintik-bintik merah pon cepat kering.

Pastu, antara produk Shaklee lain yang aku bagi ialah Nutriferon dan Mealshakes. Dua produk ni aku masukkan dalam susu Najah dan dia akan minum sampai habis. Nutriferon ni penting untuk turunkan suhu badan dan imun sistem. Manakala Mealshakes pulak untuk multivitamin dan bagi bintik-bintik demam campak segera kering dan tak hilangkan bekas. Memang syukur sangat Najah tak ada bekas demam campak kat muka atau badan. 

Dalam susu ni ada Nutriferon dan Mealshakes :)

Berselang seli dengan calamine lotion, aku sapu juga Herbal Blend sambil boleh urut-urut badan Cik Najah kita itu. Herbal Blend tu kan multi-purpose. Bagus untuk kulit kering, tumit yang crack, stretch-mark dan macam-macam kegunaan lagi. Yang penting, bau dia wangi dan berangin (mentholated). Tu yang buat aku dan Najah suka sangat-sangat :)

Sumber gambar dari GOOGLE

Honestly, sebagai mak, lagi pulak aku yang hadap dia 24 jam dari bangun pagi membawa ke teman tidur, memang sedih sangat tengok badan anak kita jadi macam tu. Bintik-bintik merah tu macam menyakitkan walau aku tengok Najah takdelah pulak menggaru atau mengadu sakit. Tapi serius memang sedih. Hati memang kena kuat. Lagi masa sapu calamine lotion atau Herbal Blend tu. Sayu je hati ni. Alhamdulillah kurang seminggu, demam Najah dah tak ada. Bintik-bintik demam campak pon beransur hilang. Bersyukur sangat-sangat sebab aku tak lalui fasa tu terlalu lama. 

Oklah. Jam dah pukul 1.30 pagi dah. Banyak lagi entry dalam draft yang akan aku keluarkan. Nampak tak begitu gigih aku nak catch up cerita balik semua? Iyalah, semua dah ada dalam draft siap bertajuk. Tapi lepas tulis tajuk tak jadi apa. Haih, kalau tak keluarkan nanti tak ada kenangan untuk dibaca di masa akan datang. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, September 7, 2014

SET KANAK-KANAK UNTUK NASHRIQ & NAJAH

Assalammualaikum semua.

Lama noo tak bersiaran kat sini kan? Well, banyak benda nak share. BANYAK SANGAT! Pasal, berakhirnya Cuti Tanpa Gaji, pasal AKU DAH LETAK JAWATAN, pasal kehidupan terkini aku as WORKING AT HOME MOM katanya. Hihihihi. Nanti aku cuba curi masa blog balik okay. Serius dah lama tak asah bakat mengetuk keyboard (kesian keyboard pon dah lama tak jumpa sobs!)

Okay okay okay.
Aku nak share ini sebenarnya. 

SET KANAK-KANAK
Khas untuk anak aku dan anak korang.

Set ni aku introduce kat Nashriq dan Najah lama dah. Aku pon tak ingat since bila. Tapi apa yang syoknya, I can see lots of difference sebelum dan selepas mereka consume set ini. Paling utama ialah NASHRIQ.

Siapa tau Nashriq ada tonsil? Taktau kan? Sebab aku dah lama tak share kat sini (dush dush dush!). Nashriq punya tonsil ni tahap kalau dia menangis, pastu batuk, pastu mulalah dia muntahkan segala benda yang ada dalam perut. Kalau dia tengah tidur pon, dia terbatuk, confirmlah muntah punya! Selalu kesian tengok dia sebab lepas muntah dia akan nangis sebab maybe sakitlah kot tekak dia.

Pastu pastu pastu. Kalau tonsil dia bengkak, confirm punya demam! Serius. Pergi klinik, doktor bagi antibiotik la macam biasa sebab itu je yang boleh kurangkan tonsil dia. Dah la maha payah nak makan ubat. Aku yang terseksa men-tengoknya.

Lalu (wahh macam cerita novel!), aku pon mulalah meng-Shaklee kan Nashriq dan Najah. Mula-mula aku start dengan Mealshakes je dulu sebab Mealshakes ni kan multivitamin. Dia bantu tampal sel-sel badan yang rongak tak cukup vitamin. Apa yang aku boleh nampak selepas dia consume Mealshakes ni, selera makan dia bagus, tak ada sembelit dah, dan imun sistem TIP TOP. Jaranglah dia kena tonsil sejak itu. Which is aku happy gila kot!

Pastu aku belikan pulak Chewable Vita-C untuk diorang berdua. Dari dok makan gula-gula tak berkhasiat, baiklah korang makan Vitamin C tu kan. Ada gak pekdahnya. Haaa sejak amik Vitamin C ni lagi best. Selsema dah takde dah. Kalau tak si Najah tu memang pantang kena habuk atau terlalu sejuk, mulalah berair hidungnya.

Omega Guard aku kasi sekali sekala. Mula-mula nak bagi dulu aku potong dan picit masuk dalam susu. Tapi skang ni selamba je diorang kunyah kapsul Omega tu tak hirau bau dan rasa hanyir ikan. Sedap gaknya kunyah begitu sahaja. Tapi bagus sangat sebab dah lama sangat mereka tak kena batuk berkahak plus dada berbunyi macam dulu-dulu. Kalau tak confirm sebulan sekali aku buat stimming ke diorang.

So 3 produk ni antara pelaburan terbaik dari aku untuk anak-anak. Sebab sayang gila kan kat anak-anak. Kita mestilah nak yang terbaik untuk diorang. Dah tentulah kita risau kalau diorang sakit. So sebelum kena sakit atau anak memang kerap sakit, baiklah kita prevent with supplement. Sebab kena ingat, SUPPLEMENT BUKAN UBAT. Supplement bantu kita hidup sihat. Kalau dah sakit, baru pergi doktor cari ubat kan?

Kalau korang nak tanya-tanya, nak konsultasi PERCUMA, nak sembang-sembang, meh PM aku. Kita berbual dari hati ke hati, ibu ke ibu. Cheh wah!

BACA LAGI UNTUK SET KANAK-KANAK SHAKLEE DI SINI.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 2, 2014

GABUNGAN VITAMIN HEBAT RAMADAN.

Bulan ini sedang berlangsung promosi Vitamin E. Tapi sebab nak masuk Ramadan, sambutan untuk ketiga-ketiga vitamin di bawah ini semakin hangat. Semua orang nak buat persediaan menyambut puasa. Tiap kali bulan puasa, memang tiga adik beradik ni jadi SUPER HOT! 



Aku paling suka bersahur dengan tiga ini. Campurkan sesudu ESP, sesudu Mealshakes dan dua sudu Performance Drink, bancuh pulak dengan air sejuk PEHHHH memang TERBAIK! Minum waktu sahur, Insya-Allah kuranglah rasa lapar dan yang bestnya kita akan rasa bertenaga je sepanjang hari. Paling penting, walau kita berpuasa, keperluan nutrisi kita terisi dan serba lengkap :)


ESP UNTUK BERPUASA :
  • Mempunyai indeks Glisemic yang rendah yang bukan sahaja bagus untuk pesakit kencing manis, namun menyebabkannya dihadam secara perlahan-lahan oleh perut yang menyebabkan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk rasa kenyang yang lama. 
  • Untuk ibu menyusu pula, ia membantu di dalam penghasilan susu ibu yang berkualiti kerana protien merupakan komposisi penting di dalam susu ibu. Yang paling best, susu ibu kelihatan pekat dan berkrim!
  • Untuk pesakit gastrik pula tak perlu susah hati. Sebab ESP yang bersifat alkali mampu menyeimbangkan asid di dalam perut disamping membaiki sel-sel perut yang tercedera disebabkan asid tersebut.


PERFORMANCE DRINK UNTUK BERPUASA :
  • Performance Drink bantu mengawal bendalir dalam badan supaya ia bertindak secara normal. Kawalan bendalir yang terganggu akan menyebabkan sistem peredaran darah juga terganggu dan boleh menyebabkan seseorang mudah rasa pitam.
  • Performance Drink mengandungi formula untuk imbangan elektrolit yang sempurna seperti minuman isotonik. Minuman isotonik biasanya diambil oleh ahli sukan atau yang gemarkan aktiviti lasak untuk menggantikan cairan yang telah hilang dari tubuh mereka. Sama juga seperti Performance Drink, ianya digunakan untuk menampung kekurangan pengambilan air apabila sedang berpuasa. 

MEALSHAKES UNTUK BERPUASA:
  • Nutrisi Lengkap - Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Turut mengandungi lecitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu membina sel-SEL kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • membantu Tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.


TESTIMONI SET MIGHTY 3 GEMS KETIKA BERPUASA






PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, June 20, 2013

Persiapan Menyambut Bulan Ramadan.

Ya Allah, diam tak diam ada lebih kurang 4 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan. Rasa tak sabar pon ye. Seronok kerana bulan yang dicintai akan tiba. Doa kuat-kuat dalam hati semoga kali ni dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah lain dengan lebih bertenaga.

Ehhhhh, jangan risau jangan risau. Tahun lepas kan dah ada pengalaman berpuasa + menyusukan anak secara exclusive bersama Shaklee. Jadi tahun ni pon insya-Allah mestilah boleh kan? Nak tahu apa yang saya consume tahun lepas untuk maintain tenaga di tahap maksima?

Selain daripada Set Penyusuan Shaklee (Vitalea + B Complex + Vitamin C + Alfalfa + ESP + Ostematrix), saya juga consume Mealshakes dan Performance Drink sewaktu sahur untuk boost tenaga. Alhamdulillah memang berhasil! Even di masa bukan bulan puasa pon, saya suka amalkan gabungan 3 minuman ni. Terus celik mata kalau ngantuk lemah longlai macam nak pengsan! Hahahaha.

Untuk yang sedang mencari vitamin khas untuk persediaan bulan Ramadan ni, inilah gabungan paling mantap sekali! Kami namakan set ini sebagai set Mighty 3 Gems :)

Siapa lagi yang sesuai consume set ini?

* Orang yang ingin kekal sihat.
* Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
* Kanak-kanak bersekolah.
* Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak.
* Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
* Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain.
* Ahli sukan dan bina badan.
* Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan berseri.

Jom dapatkan set ini dari saya dengan harga super menariks! Lai lai lai! ;)

Kredit gambar dari Google.

Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, June 17, 2013

Meal Shake Oh Meal Shake!

Ya Allah lama gila kot tak bersiaran dari blog ini. Almaklumlah sejak berpindah tempat kerja baru, banyak sangat kekangan sana sini. Mana nak belajar sesuaikan diri dengan tempat kerja baru dan belajar selok belok kerja yang baru. Pastu internet memang takde. So tinggal harapan lah nak meng-update blog serajin dulu. Bak kata Mieyza - kawan blog aku, blog aku ni dah jadi macam rumah hantu! Hahahaha hampeh betul!

Oleh kerana tidak mahu ketinggalan lagi, awal minggu ni baru install Streamyx kat rumah - untuk kesenangan bisnes masa akan datang. Cheh wah! Pastu baru tadi beli USB Broadband Celcom untuk kegunaan di tempat kerja. Tapi jangan fikir yang aku ada internet kat opis nanti kerja opis tak terbuat. I manage doing all my work ikut jadual yang sudah disediakan. Bila masa nak buat kerja hakiki, bila masa pulak nak tumpu pada Shaklee. Aku kan super mom yang multitasking (muntah hijau sekarang!).

Hoyyy panjang gila pulak mukadimah. Sila straight to the point sekarang!

Hye! Nama saya Meal Shake.
Bulan ni ada promosi saya tau! :)

Sebenarnya entry ni nak habaq mai tentang promo Shaklee bulan Jun 2013 ni. Walaupun macam dah lambat sangat, tetap jugaklah aku nak cerita. Omputih kata, better late than never. Ewahh speaking tau!

Iye kengkawan. Seperti yang aku tempel gambar kat atas tu, memang Meal Shake lah promosi bulan ini. Harga memang affordable habis! Siapa yang suka Meal Shake ni, memang harus buat stok 4-5 bulan sekali. Lagi pulak Shaklee punya promosi buy 6 free 1 kan? Lebih setahun tau boleh pakai! Jimat sungguh berdouble double!

Dibawah ini aku kongsikan sharing dari Kak Cery yang berikan Meal Shake untuk anak lelaki beliau, Faiz. Aku yang baca ni pon teruja tau! Sebab Nashriq dan Najah pon memang consume Meal Shake + Omega. Alhamdulillah memang nampak perkembangan yang positif. :)

Memang rugi lah kalau tak beli time tgh promosi ni.... hihihi.. setin ni kalau sorang anak je yg consume, boleh bertahan dlm 2-3bulan.. Shelf life Mealshakes juga tak lama (tempoh hayat expired) Ini utk menjamin kesegarannya, tapi tak rugi beli sekurang2nya ambil 1set (buy 6 free 1).. Kenapa? sebab kalau satu keluarga consume (ibu,ayah, anak 2-3org) setin tu utk sbulan sahaja... So kalau amik 1set blih simpan stok setengah tahun.. or share2 dgn kwn2... Dan yg best lagi Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc.. 


Memang sesuai lah utk anak kesayangan saya si Faiz yg cerewet tak makan sayur buah, so far saya bagi dia sejak usia 2tahun.. Alhamdulillah.. kulit nya cantik (hilang dah parut campak teruk yg dia kena tahun lepas), jarang demam, takde masalah sembelit... bijak, tak overweight, pendek kata.. mmg best la.. pelaburan yg berbaloi... lagipun saya rasa harganya mampumilik.. semua org pun mampu memilikinya.. Kalau mampu bli mainan baju puluh2 ringit. takkan mealshakes tak boleh.. ye tak.purata sbulan dlm rm20-rm30 sahaja..so no more excuses okay..... hihi
Kredit : http://www.mamafaiz.com/search/label/MealShake

So, I love to say yang siapa tak grab promotion ni memang rugi rugi rugi sangat. Bukan nak menakutkan korang ke apa. Tapi memang Meal Shake ni best sangat dah serupa multivitamin - seisi keluarga boleh minum. Lagi pulak tak lama lagi nak masuk bulan Ramadan kan? Badan nak kena cergas dan sihat bertenaga. Takkan nak melepek je? 

Seperti biasa, hubungi aku dengan cara di bawah ini untuk pembelian dan konsultasi percuma!


Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, June 14, 2012

Testimonial #4 : Wahid Dan Performance Drink.

Wahid adalah orang yang payah nak suruh makan ubat. Pernah sekali aku consult amik Vitamin E (ehem ehem!), Ostematrix untuk pembekalan kalsium dan Alfalfa untuk Detoks segala kotoran yang ada dalam badan dia. Makan sehari dua, pastu dia bohlayan bila aku suruh makan lagi. Sungguhlah tidak membina langsung.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini office Wahid buat shif 12 jam. Masuk 9 pagi, balik 9 malam. Masuk 9 malam, balik 9 pagi. Sungguhlah tak best kan sebab penat gilos nak melayan badan dan mata yang mengantuk. What to do? Perintah harus dituruti. Echeh. 

Lalu aku pon sebagai isteri yang mithali (PANGGGG!), telah berbaik hati membelikan Performance Drink untuk beliau. Apa fungsi Performance Drink meh tengok dulu sebelum aku habiskan cerita kat perenggan hujung nanti. Jeng jeng jeng jeng.

Apa itu Performance Drink
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil ni sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau. Seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya


Sumber dari Kak Cery lagi dan lagi.

So, malam tadi, aku pon membancuhkan secawan Performance Drink dengan penuh kasih sayang untuk suami. Echeh. Suami pon minum bagi menjaga hati isteri. Kang kalau tak minum kang kecik hati pulak kan? Daripada aku paksa makan ubat pil-pil tu semua, baiklah dia minum je Performance Drink tu. Rasa pon sedap. Macam Oren Tangg tu. Bubuh ais PEH!!!! Segar biji mata!!

Lalu suami pon pergi kerja seperti biasa.

Pagi tadi masa ambil aku nak pergi kerja, tiba-tiba Wahid sendiri yang minta aku bancuhkan lagi Performance Drink sebelum dia nak pergi kerja malam ni. Dia kata, badan dia rasa segar, kurang mengantuk tak macam selalu dan bersemangat je bekerja. It really works uolsss!

"Seee! I told you kan, sayang?" :)

Itu kisah Wahid. Kisah aku pulak?

Aku berniat nak berpuasa penuh (Insya-Allah) sepanjang bulan Ramadhan ini nanti. Cukup-cukuplah aku mengganti 26 hari masa bersalinkan Nashriq dan 15 hari masa mengandungkan Najah. Can you imagine?? Harap-harapnya, aku mampu untuk menjalankan ibadah puasa sebaik mungkin tahun ini.

Tapi aku breastfeed Najah. Apa yang perlu aku sediakan?

Khas untuk bulan puasa. This three products are really recommended! 

Performance Drink + ESP + Mealshakes.

Kenapa aku rekemen 3 products kat atas tu?

Mudah je kalau ikut logik akal. Performance Drink untuk elakkan dehydration, ESP dan MealShakes akan menjadikan perut kita rasa kenyang sepanjang berpuasa. You know lah BF mother especially akan cepat rasa haus dan lapar. Bukan BF mom je pon. Tu yang pregnant, yang kerja tengah-tengah panas, kerja ke sana ke mari. Senang cerita, memang sesuai untuk hadapi bulan puasa ah!

Apa tunggu lagi? Lai lai lai!

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 13, 2012

Testimonial #3 : Zuhaira & MealShakes.

Klik gambar untuk XXL punya saiz!

Semalam dapat Whatsapp dari Zuhaira. Dia kata dah post testimonial kat group Ekslusif Shaklee kami kat FB. Sesiapa yang beli barangan Shaklee dari group kami, tahulah group khas ni. Memang banyak tips uolss. Tips menyusu, kesihatan badan, kecantikan dan pelbagai lagi tips tips panas. Sangat banyak documents kat sana. Rajin tak rajin je nak membaca. Ihiks.

I am so excited bila Zuhaira, antara customer pertama aku, bagitau yang anak dia Amani dah mula nak makan! Huuuuu lega ok bila apa yang kita suggest kepada customer, berhasil dan menjadi. Alhamdulillah sangat-sangat!

Anak saudara aku pon, aku suggest bagi MealShakes ni sebab masalah berat badan dan masalah pembelajaran. Alhamdulillah, semakin nampak peningkatan. Berat badan dah mula naik, belajar pon sudah mahu fokus. Lepas ni, nak suruh Mama dia (Kakak aku), add on Omega pulak. Bagus untuk otak dan penglihatan. 

Oh oklah. Tidak berniat nak update panjang. Daaaa! :))

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015