Aishah Rahim's Diary: Posisi Penyusuan

Showing posts with label Posisi Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Posisi Penyusuan. Show all posts

Monday, May 18, 2015

POSISI PENYUSUAN YANG SALAH AKIBATKAN KEKERINGAN SUSU?

Betul ke posisi atau teknik penyusuan yang silap akan mengakibatkan susu ibu menjadi kering? 

Puas tadi meng-google, akhirnya terjumpa artikel ini di Facebook Kaunselor Laktasi - Malaysia. Sesuatu yang boleh kita sama-sama belajar terutamanya untuk ibu-ibu baru.

Jom jemput baca menambah ilmu. :)

Posisi Penyusuan Bayi Yang Penting Untuk Diperbetulkan Oleh Para Ibu.

Perkara paling utama tentang penyusuan ibu yang perlu diambil tahu oleh para ibu adalah POSISI penyusuan itu sendiri, ini kerana aktiviti menyusukan bayi merupakan satu perkara yang amat penting dititikberatkan oleh para ibu, jika posisi penyusuan silap, maka ia sering menyebabkan para ibu mengalami masalah tidak cukup susu, atau susu kering apabila bayi berumur 2-3 bulan ke atas!



Empat perkara utama tersebut adalah:

1. Kepala, tengkok dan tubuh bayi perlu selari dengan badan ibu, bukannya hanya kepala sahaja disengetkan menghadap ke payudara ibu! Cuba bayangkan jika anda mahu makan, dan saya minta anda makan dengan menyegetkan kepala ke bahagian kanan, dan minta anda habiskan makanan waktu tengahari anda! Apakah yang akan anda rasa? Anda akan rasa lenguh dan sakit leher kerana posisi mengambil makanan yang salah! Kerana itu, posisi menyusukan bayi ini amat penting!

2. Muka bayi perlu menghadap ke payudara ibu serta hidung bertentangan dengan puting. Bukannya muka bayi terdongak ke atas menghadap syiling rumah. serta hidung bertentangan ke bahagian lain.

3. Paling penting, bayi perlu rapat dengan ibu, atau lebih mudah, perut bayi perlu bertemu perut ibu! Jika anda menyusukan bayi anda, dan perut bayi anda tidak bertemu dengan perut anda, itu bermakna teknik penyusuan anda kurang tepat, dan boleh mengakibatkan kekeringan susu ketika bayi berumur 2-3 bulan ke atas, selain itu, teknik penyusuan yang silap ini juga akan menyebabkan bayi tidak dapat menghisap dengan betul dan menyebabkan bayi tidak mendapat susu seperti yang sepatutnya, perkara ini boleh menyebabkan bayi kerap menangis walaupun anda memerhatikan bayi anda kerap menyusu! Jika anda mengalami gejala bayi kerap menangis walaupun bayi anda kerap menyusu, pastikan teknik posisi penyusuan anda ini betul!

4. Pastikan punggung, kepala dan bahu bayi anda diampu, sama ada dengan tangan, atau jika anda duduk di kerusi atau sofa, atau berbaring atas tilam atau katil, bayi diampu dengan bantal kecil. Kegagalan ibu untuk mengampu bahagian utama bayi ini boleh mengganggu penyusuan bayi, sekaligus menyebabkan timbulnya masalah penyusuan di kemudian hari.

Kredit Info : Facebook Kaunselor Laktasi - Malaysia


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, March 12, 2013

Posisi Penyusuan.

Selamat hari Selasa semua!

Sambil kita dengar lagu Ubat Hati dari Opick, jom kita review sikit tentang Posisi Penyusuan yang aku sendiri suka sepanjang menyusukan Najah. Actually, aku terfikir nak kongsi benda ni sebab ramai yang email aku tanya pasal pengalaman aku menyusukan anak-anak. So aku ceritalah mana-mana perkara basic ye?

Here we go!




Normally, bila first time dapat baby, bila first time nak menyusukan, kita akan guna cara yang Cradle Hold tu kan? Itulah yang paling basic sekali. Itu kalau baby newborn, memang sangat best sebab ringan lagi nak bertatang macam tu. Duduk diam je baby kena bedung pastu kita peluk pon sama rap je dengan lengan kita.  Kalau kat hospital pon, nurse bagi baby kat kita nak suruh menyusukan, kita akan guna posisi ni. Paling basic, paling automatik senang cerita.

Posisi Football Hold dan Cross-Cradle Hold sangat jarang dilakukan oleh aku (tak pasti pulak orang lain). Sebab macam payah sikit untuk aku. Tapi aku pernahlah buat 4-5 kali sambil dibantu oleh Nursing Pillow. Perasaan dia best jugak, tapi macam tak puas peluk baby. 2 posisi ini sangat disyorkan jika si ibu bersalin secara Caeser. Sebab bila pangku baby macam posisi Cradle Hold tu, takut terlanggar-langgar pulak luka jahitan Caeser tu. So 2 posisi ini sangat selamat jika anda bersalin Caeser. Jangan lupa dapatkan Nursing Pillow di kedai-kedai baby berhampiran anda! Sempat iklan hahahaha.


Nursing Pillow


Akhir sekali, posisi kesukaan dan kecintaan aku dan ramai ibu-ibu lain - Lying Down. Sebab sambil menyelam, sambil minum air seteguk dua. Sambil baby menyusu, sambil aku pon tido sekali. Hahahaha. Tapi serius, skang Najah dah 10 kg lebih beratnya. Cuba korang bayangkan camne aku nak menyusukan dia sambil dia sendiri tak reti duduk diam. Kejap terpusing sana, kejap terpusing sini. Kejap korek mata aku, kejap korek lubang hidung. Istighfar panjang aku ni tau. T_____T

Memang sekarang ni, posisi yang kira kekal ialah Lying Down tu lah. Sebab tu aku anak beranak suka melepak rumah je berkubang. Hahahaha. Dengan Najah yang semakin aktif, sambil menyusu kang, kaki dia kat muka aku. Kejap kang dia tertonggeng atas badan aku lah. Memang penatlah badan nak melayan. Tapi bagi aku, perasaan macam ni memang priceless sangat. Seronok sangat bila anak dah mula besar, masih menyusu pastu dengan berbagai kerenah. Terharu rasanya. :)

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. The End. 

Hehehehe.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015