Aishah Rahim's Diary: Bulan Ramadhan

Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bulan Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Bukan Cerita Shaklee.

Hahahaha tajuk tak menahan kan?

Disebabkan blog ini telah lama tiada cerita peribadi, maka aku terasa blog ini seperti blog rasmi Shaklee pulak. Sampai ramai yang meng-PM (???) bertanya dimanakah gambar Nashriq dan Najah sudah lama tidak disiarkan. Alaaa korang memang comel sangat tau siap PM segala. Feeling retis sangat! Hakhakhaktui!

Oleh kerana hari ini sangat murah hati nak bersiaran bukan cerita Shaklee, maka aku pon gigih nak upload gambar anak-anak yang semakin 'banyak akal'. Setiap hari ada sahaja pe'el yang buatkan aku dan suami tepuk dahi! Bayangkan kuasa power rangers bergabung dengan power ultraman. Tak ke hebat?


Anas Nashriq - Bakal menginjak ke usia 3 tahun bulan Ogos ini. Badan makin kurus dan meninggi. Mulut sangat kepoh dan petah bercakap. Pemalu, penyayang dan lembut hati. Manja kedehek to the max! Currently sangat gilakan Thomas and  Friends. Setiap hari masuk kereta benda pertama dia akan cakap, "Ayah, bukak MIUS". So, apakah MIUS? Mius adalah RADIO. We have no idea kenapa dia panggil radio itu mius. Masa mula-mula memang tak faham. Tapi bila dia sendiri ON-kan radio sambil berkata, "Ini mius Mama", kami pon angguk kepala. Dah betulkan banyak kali tapi dia tetap panggil radio itu mius. Maka lekatlah nama radio itu mius. Hehehehehe.




Anis Najah - Kini berusia setahun 6 bulan. Masih menyusu badan sepenuhnya. Sangat hyper, licik, banyak akal, kapten kepada acara-acara kebinasaan kat rumah, suka memanjat dan berjoget atas meja! Yes. banyak benda lagi kalau nak describe Anis Najah sekarang ini. Dia ni macam ada super power berkuasa kuda. Hanya akan diam bila tidur. Selain dari tidur memang tak akan duduk diam. Macam bulu sehelai kena tiup. Minit pertama kau akan nampak dia kat depan TV. Tak sampai seminit dia dah punggah baju kat bilik! Can you imagine?!

**************

Ini cerita semalam. Semalam kan hari cuti sebab 1 Ramadan. Jadi kami suami isteri melepak sahaja kat rumah untuk mentarah gunung ganang baju yang meninggi. Hehehehe. Sebenarnya, bila budak berdua ni sedang berjaga, memang tak boleh buat kerja rumah. Kena entertain diorang join buat kebinasaan rumah jugak. Tapi semalam sudah tak tahan tengok gunung ganang baju-bajuan itu. Maka kena usaha jugak melipat suami isteri.

Suami lipat, isteri cari pair baju dan terus simpan. Tak sempat si isteri simpan, si anak yang perempuan sudah buat chicken dance atas baju-bajuan yang sudah dilipat!! Siap boleh gelak-gelak dan buat slide jatuh-jatuh lagi!! Memang kesabaran dicabar tahap maksimum semalam. Si Nashriq tak buat okayyyy. Nashriq cuma duduk tepi memandang adiknya dengan renungan "Habislah kau Najah lepas ni. Confirm kau kena kejap lagi!".

Sebab puasa punya pasal, amik nafas dalam-dalam dan hembus. Istighfar banyak-banyak supaya tangan tidak berjalan menjadi ketam. Kalau tidak memang dah selamat punya si Najah kena semalam. Dia memang suka sedut darah Ayah dan Mamanya. macam sangat puas hati kalau buat kami marah. Orang kata dia banyak akal - sangat bagus. Tapi kalau setiap hari macam ni? Hahahahaha.

Cerita lain?

Selain daripada aktif dengan Shaklee, aku sibuk bekerja je setiap hari. Eh, korang dah tahu kan aku dapat pindah ke Jabatan Pelajaran Johor tu? Dah hampir 3 bulan di sini, Alhamdulillah semuanya okay. Seronok jugak sebab dapat kawan-kawan yang sekepala. Skop kerja agak berbeza dengan skop kerja di sekolah dulu. Jauh beza sangat. So aku kena belajar banyak. Tapi tak apa. Aku suka je pon sebenarnya. Belajar benda baru pon dikira ibadah kan? :)

Pasal lesen kereta? Hahahaha. Aku dah lulus dah sebenarnya. Hanya dengan sekali test! Amboi statement berlagak gila kan? Tapi bila fikirkan dugaan-dugaan yang aku harungi sebelum nak dapat lesen tu, terasa beratnya alahai. Aku happy gila bila dah lulus ujian memandu tu. Kononnya nak terus bawak kereta lah kan. Tapi sampai ke hari ni memang tak pernah bawak langsung! Ini semua sebab sifat penakut dan gugup punya pasal. Haih...

Oh iya! Aku rasa belum terlambat kot kan untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga ibadah puasa kita dan ibadah-ibadah lain diterima-Nya. Insya-Allah semoga dipermudahkan urusan kita semua bulan ini. Amin Ya Rabb!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 7, 2012

Hari Ini, Saya Nak Masak....

INI!

Sumber gambar dari Pakcik Google ye?

Hari ini BS Najah minta cuti sebab tak sihat. Aku tak boleh cuti pasal ada meeting Aset jam 3.00 petang sat lagi. Jadi, suami berbesar hati amik alih tugas dan minta emergency leave dari pejabat beliau. Sekarang mereka tiga beranak sedang berkubang dalam bilik dan berseronok-seronok. I is so jealous. Sobs. T____T

Jadi, oleh kerana tak singgah rumah Emak seperti biasa, maka tak ada makanan untuk ditapau dan berbuka. What to cook? Kat rumah tak ada spare lauk sebab aku memang TAK PERNAH masak weekdays during Ramadan. Semua pon angkut dari rumah Emak. Jadi hari ini dari pagi sangat pening memikir apakah juadah untuk berbuka nanti. Sungguh pening tahu?

Tekak aku ni pulak tetiba nak makan menu western. Tak mahu nasi. Jadi, pergi meng-google nampak gambar Lasagna yang sungguh menyelerakan ini. Google google google, terjumpa satu blog yang sungguh baik hati ajar cara nak buat Lasagna siap bergambar. Memang best. Semoga ilmu yang dikongsi oleh tuan punya blog berpanjangan pahalanya. :)

Untuk resepi, korang boleh try bukak blog ini

Tak sabar nya ponnnn! (gaya Johan Ah Chai) :P


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H.


Ramadhan keempat bergelar isteri.

Ramadhan ketiga bergelar ibu anak seorang.

Ramadhan pertama bergelar ibu beranak dua.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Selamat berpuasa sahabat semua. :)

P/S : Insya-Allah, mahu jadi yang lebih baik.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, June 14, 2012

Testimonial #4 : Wahid Dan Performance Drink.

Wahid adalah orang yang payah nak suruh makan ubat. Pernah sekali aku consult amik Vitamin E (ehem ehem!), Ostematrix untuk pembekalan kalsium dan Alfalfa untuk Detoks segala kotoran yang ada dalam badan dia. Makan sehari dua, pastu dia bohlayan bila aku suruh makan lagi. Sungguhlah tidak membina langsung.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini office Wahid buat shif 12 jam. Masuk 9 pagi, balik 9 malam. Masuk 9 malam, balik 9 pagi. Sungguhlah tak best kan sebab penat gilos nak melayan badan dan mata yang mengantuk. What to do? Perintah harus dituruti. Echeh. 

Lalu aku pon sebagai isteri yang mithali (PANGGGG!), telah berbaik hati membelikan Performance Drink untuk beliau. Apa fungsi Performance Drink meh tengok dulu sebelum aku habiskan cerita kat perenggan hujung nanti. Jeng jeng jeng jeng.

Apa itu Performance Drink
1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia bukan saja untuk ibu menyusu / mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak-budak demam pun elok ambil ni sebab biasa la budak-budak bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh tolong cegah dehydration tu.

Namun, ia tidak terhad kepada ibu menyusu dan mengandung aje tau. Seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya


Sumber dari Kak Cery lagi dan lagi.

So, malam tadi, aku pon membancuhkan secawan Performance Drink dengan penuh kasih sayang untuk suami. Echeh. Suami pon minum bagi menjaga hati isteri. Kang kalau tak minum kang kecik hati pulak kan? Daripada aku paksa makan ubat pil-pil tu semua, baiklah dia minum je Performance Drink tu. Rasa pon sedap. Macam Oren Tangg tu. Bubuh ais PEH!!!! Segar biji mata!!

Lalu suami pon pergi kerja seperti biasa.

Pagi tadi masa ambil aku nak pergi kerja, tiba-tiba Wahid sendiri yang minta aku bancuhkan lagi Performance Drink sebelum dia nak pergi kerja malam ni. Dia kata, badan dia rasa segar, kurang mengantuk tak macam selalu dan bersemangat je bekerja. It really works uolsss!

"Seee! I told you kan, sayang?" :)

Itu kisah Wahid. Kisah aku pulak?

Aku berniat nak berpuasa penuh (Insya-Allah) sepanjang bulan Ramadhan ini nanti. Cukup-cukuplah aku mengganti 26 hari masa bersalinkan Nashriq dan 15 hari masa mengandungkan Najah. Can you imagine?? Harap-harapnya, aku mampu untuk menjalankan ibadah puasa sebaik mungkin tahun ini.

Tapi aku breastfeed Najah. Apa yang perlu aku sediakan?

Khas untuk bulan puasa. This three products are really recommended! 

Performance Drink + ESP + Mealshakes.

Kenapa aku rekemen 3 products kat atas tu?

Mudah je kalau ikut logik akal. Performance Drink untuk elakkan dehydration, ESP dan MealShakes akan menjadikan perut kita rasa kenyang sepanjang berpuasa. You know lah BF mother especially akan cepat rasa haus dan lapar. Bukan BF mom je pon. Tu yang pregnant, yang kerja tengah-tengah panas, kerja ke sana ke mari. Senang cerita, memang sesuai untuk hadapi bulan puasa ah!

Apa tunggu lagi? Lai lai lai!

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015