Hahahaha tajuk tak menahan kan?
Disebabkan blog ini telah lama tiada cerita peribadi, maka aku terasa blog ini seperti blog rasmi Shaklee pulak. Sampai ramai yang meng-PM (???) bertanya dimanakah gambar Nashriq dan Najah sudah lama tidak disiarkan. Alaaa korang memang comel sangat tau siap PM segala. Feeling retis sangat! Hakhakhaktui!
Oleh kerana hari ini sangat murah hati nak bersiaran bukan cerita Shaklee, maka aku pon gigih nak upload gambar anak-anak yang semakin 'banyak akal'. Setiap hari ada sahaja pe'el yang buatkan aku dan suami tepuk dahi! Bayangkan kuasa power rangers bergabung dengan power ultraman. Tak ke hebat?
Anas Nashriq - Bakal menginjak ke usia 3 tahun bulan Ogos ini. Badan makin kurus dan meninggi. Mulut sangat kepoh dan petah bercakap. Pemalu, penyayang dan lembut hati. Manja kedehek to the max! Currently sangat gilakan Thomas and Friends. Setiap hari masuk kereta benda pertama dia akan cakap, "Ayah, bukak MIUS". So, apakah MIUS? Mius adalah RADIO. We have no idea kenapa dia panggil radio itu mius. Masa mula-mula memang tak faham. Tapi bila dia sendiri ON-kan radio sambil berkata, "Ini mius Mama", kami pon angguk kepala. Dah betulkan banyak kali tapi dia tetap panggil radio itu mius. Maka lekatlah nama radio itu mius. Hehehehehe.
Anis Najah - Kini berusia setahun 6 bulan. Masih menyusu badan sepenuhnya. Sangat hyper, licik, banyak akal, kapten kepada acara-acara kebinasaan kat rumah, suka memanjat dan berjoget atas meja! Yes. banyak benda lagi kalau nak describe Anis Najah sekarang ini. Dia ni macam ada super power berkuasa kuda. Hanya akan diam bila tidur. Selain dari tidur memang tak akan duduk diam. Macam bulu sehelai kena tiup. Minit pertama kau akan nampak dia kat depan TV. Tak sampai seminit dia dah punggah baju kat bilik! Can you imagine?!
**************
Ini cerita semalam. Semalam kan hari cuti sebab 1 Ramadan. Jadi kami suami isteri melepak sahaja kat rumah untuk mentarah gunung ganang baju yang meninggi. Hehehehe. Sebenarnya, bila budak berdua ni sedang berjaga, memang tak boleh buat kerja rumah. Kena entertain diorang join buat kebinasaan rumah jugak. Tapi semalam sudah tak tahan tengok gunung ganang baju-bajuan itu. Maka kena usaha jugak melipat suami isteri.
Suami lipat, isteri cari pair baju dan terus simpan. Tak sempat si isteri simpan, si anak yang perempuan sudah buat chicken dance atas baju-bajuan yang sudah dilipat!! Siap boleh gelak-gelak dan buat slide jatuh-jatuh lagi!! Memang kesabaran dicabar tahap maksimum semalam. Si Nashriq tak buat okayyyy. Nashriq cuma duduk tepi memandang adiknya dengan renungan "Habislah kau Najah lepas ni. Confirm kau kena kejap lagi!".
Sebab puasa punya pasal, amik nafas dalam-dalam dan hembus. Istighfar banyak-banyak supaya tangan tidak berjalan menjadi ketam. Kalau tidak memang dah selamat punya si Najah kena semalam. Dia memang suka sedut darah Ayah dan Mamanya. macam sangat puas hati kalau buat kami marah. Orang kata dia banyak akal - sangat bagus. Tapi kalau setiap hari macam ni? Hahahahaha.
Cerita lain?
Selain daripada aktif dengan Shaklee, aku sibuk bekerja je setiap hari. Eh, korang dah tahu kan aku dapat pindah ke Jabatan Pelajaran Johor tu? Dah hampir 3 bulan di sini, Alhamdulillah semuanya okay. Seronok jugak sebab dapat kawan-kawan yang sekepala. Skop kerja agak berbeza dengan skop kerja di sekolah dulu. Jauh beza sangat. So aku kena belajar banyak. Tapi tak apa. Aku suka je pon sebenarnya. Belajar benda baru pon dikira ibadah kan? :)
Pasal lesen kereta? Hahahaha. Aku dah lulus dah sebenarnya. Hanya dengan sekali test! Amboi statement berlagak gila kan? Tapi bila fikirkan dugaan-dugaan yang aku harungi sebelum nak dapat lesen tu, terasa beratnya alahai. Aku happy gila bila dah lulus ujian memandu tu. Kononnya nak terus bawak kereta lah kan. Tapi sampai ke hari ni memang tak pernah bawak langsung! Ini semua sebab sifat penakut dan gugup punya pasal. Haih...
Oh iya! Aku rasa belum terlambat kot kan untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga ibadah puasa kita dan ibadah-ibadah lain diterima-Nya. Insya-Allah semoga dipermudahkan urusan kita semua bulan ini. Amin Ya Rabb!
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
like entry mcm ni :-D
ReplyDeletesemoga berjaya dlm bisnes shaklee jugak
Rindu hoiii!!!
ReplyDeletetahniah dah dpt lesen keta..silala drive ke kedah..dptla kita berjumpa..;)
ReplyDeletemarissa dgn aqil sama mcm najjah n nashriq..peel yg tak reti dok diam..bayangkan tgk tak larat skrg ni..diorg blh sepah 1 umah..sembur air habis 1 bilik basah tilam semua..dugaan betul..
Debabnya Najah. Geram!
ReplyDeleteCongrats babe dh dpt licence kereta. Selagi tak terpaksa, konfem takkan drive punya kan?. Haha
hehe...sila la bwk kete untuk pegi ke sek akk yg dulu...
ReplyDeleteya allah..debab sungguh Najah. achik geram
ReplyDeleteaishah, jangan perap lesen tu, nanti jadik mcm aku dulu. kena try je, kalau tak sampai sudah tak berani beb. minta wahid teman dulu
suka bab yang merah - habislah kau najah..akak baca macam gaya upin kekdahnya
ReplyDeletecomeynya
ReplyDeleteHabislah kau jiha.. Lepas ni kau akan jadi pembaca tetap blog ni. Hahaha..
ReplyDelete