Aishah Rahim's Diary: Tahi Sawan

Showing posts with label Tahi Sawan. Show all posts
Showing posts with label Tahi Sawan. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Tahi Sawan Sudah Tiada!

Entry dalam draft berhabuk-habuk tak digilap. Pemalas betul nak sambung dan publish. Banyak wooo aku hutang entry. Hutang dengan Reen lain. Hutang dengan 30 Days Quest lain. Poning kopala den. Blerghhh. T_____T

Takpelah. Selesaikan kisah Tahi Sawan ni dulu.

Kepala Nashriq yang mengalami masalah Tahi Sawan haritu dah baik. Boleh refer entry ini kalau nak tengok keadaan kepala dia masa teruk benar tu. Kesian kan? Macam nak nangis kalau diingat balik. But then, benda dah jadi and thank you so much kepada kawan-kawan yang bagi kata-kata semangat kat entry tersebut. Really appreciate it. :)

Pergi klinik untuk check-up dan amik ubat segala pada hari Selasa. Tup tup hari Jumaat kepala Nashriq dah licin tanpa sebarang bekas luka. Serius, memang tak ada sedikit pon bekas luka. Amazing kan? Dan perkataan yang paling sesuai buat masa ini ialah, LEGA. :)

Seeeee? Dah baik kan?

"Apa rahsianya Aishah? Macam mana rupa ubatnya?"


Inilah ubatnya. :)

Ubat yang berdiri belah kiri adalah shampoo. Shampoo ni memang still pakai sampai sekarang. Taktaulah nanti kalau dah habis boleh sambung pakai shampoo baby biasa atau tak. Takut je kalau sambung pakai shampoo baby biasa tu, Tahi Sawan-nya naik balik.

Berdiri belah kanan pulak adalah Antibiotik. Kena makan empat kali sehari. 5ml pulak tu. Bayangkan macam mana aku dan Wahid kena berperang dengan budak kecik tu nak kasi makan ubat. Dahlah dia punya jerit boleh sampai jiran sebelah jenguk tanya. Malu ai tau macam dera anak pulak. Kekekekekeke.

Dan yang posing baring seksi meksi tu adalah krim yang kena sapu kat Tahi Sawan berkenaan. Serius, krim ini adalah sangat bagus okeh. Sangat efektif menyembuhkan luka tanpa sebarang tanda. Cheh wah macam dapat komisen pulak kau buat iklan.

Baiklah. Kisah Tahi Sawan dah tamat. Sekarang ni nak pegi jalan-jalan blog. I jeles tau tengok splash sana sini.

"ORANG JOHOR, KITA TAK NAK SPLASH PULAK KE?"


Asyik 'bakar' je keje aku. Kahkahkah. :p



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015