Sempat update satu entry sebelum bersiap nak pergi event Jejak Jutawan petang ini di Hotel Grand Paragon. Tak sabar rasanya nak pergi. Nak dengar sharing dari Master Haji Roslan yang sudah lebih 20 tahun bersama bisnes Shaklee. Lama kan? Lebih separuh dari umur saya sendiri. Hihihi.
Bagaimana beliau mampu bertahan? Semangat beliau yang saya nak sedut. Kalau ikut Facebook Haji Roslan ni, seronok tengok gambar macam-macam Haji post. Menikmati fleksibiliti masa bersama keluarga dan bebas masalah kewangan di usia ini, adalah sangat-sangat best! Tak ada apa nak fikir dah. Fikir nak bantu lebih ramai orang dan amal ibadah je. Kan?
Master seorang lagi yang akan share ialah Master Zahirah. Saya pernah jumpa beliau sewaktu event Leader Development Workshop. Memang seronok berbual dengan Master Ira ni. Saya tak sabar juga nak dengar sharing dari beliau, bagaimana dari seorang engineer, terjun ke dunia bisnes dan akhirnya meletakkan jawatan dan "terpaksa" menerima segala peluang yang Shaklee tawarkan.
Nanti dah balik dari event, saya cerita kat blog ya?
Untuk yang berkesempatan hadir petang ini, jemputlah datang ke Hotel Grand Paragon jam 2 petang hingga 6 petang. Peluang untuk anda kenali Bisnes Shaklee. Hadir dan dengar. Keputusan seterusnya di tangan anda. Mungkin anda sedang mencari bisnes sampingan untuk pendapatan bulanan, nak bantu ekonomi keluarga dan sebagainya. Kami buka peluang ini untuk anda rasai environment bisnes yang istimewa ini.
Umum ketahui, bila namanya bisnes MLM, mestilah kena meeting, discussing atau coaching bersama Upline dan Downlines. Ramai juga yang risau, bila Upline jauh macam mana nak belajar bisnes? Tak boleh jumpa face to face. Tapi ramai tak tahu, di group kami ada banyak medium yang digunakan untuk sentiasa in touch bersama Upline dan Downlines.
Kebiasannya, kami gunakan FB Group, Whatsapp Group dan Telegram untuk memberikan info terkini berkaitan Bisnes Shaklee. Secara khususnya, kami akan personal Whatsapp untuk coaching one to one dan paling best kita akan calling-calling nak bagi dengar suara yang merdu ewahh.
Bak kata Upline saya,
Komunikasi yang berkesan adalah melalui SUARA dan SENTUHAN.
Webinar adalah satu lagi medium yang group kami gunakan untuk online coaching bersama para Upline dan Downlines yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Dengan Webinar, kita boleh dengar suara presenter dan lihat muka mereka atau slides-slides yang mereka sediakan. Terasa seperti masuk meeting yang real tapi berlatar-belakangkan rumah sendiri hihihi.
Nak join Webinar ni boleh menggunakan PC anda atau Handphone masing-masing. Yang penting, kenalah ada internet. Tak ada internet macam mana pulak nak connect ye tak? Paling penting juga, kena ada aplikasi Webinar supaya boleh masuk meeting.
Untuk Android & iPhone = Sila download "GoToWebinar" di Apps Store
Bila dah ada aplikasi, anda perlukan ID untuk join meeting. ID akan diberikan oleh tuan rumah / host / presenter yang mengadakan meeting berkenaan. Dah dapat ID, masukkan ID dan beberapa details yang diperlukan, tunggu host approve dan akhirnya kita telah join satu meeting sambil bersantai-santai kat rumah sendiri. Best kan?
Dah tak ada alasan untuk tidak berjaya.
Hendak seribu daya, kan?
Dengan keadaan yang fleksibel, masa yang fleksibel, kita masih bersama keluarga, dan masa yang diperuntukkan pon tidak lama, kita masih boleh menerima ilmu serta tunjuk ajar dari Upline. Dalam Shaklee ni mudah je, Upline perlu bimbing Downlines sehingga berjaya, dan Downlines pon kena ICU (Ikut Cakap Upline) hihihi baik punya short form.
Dalam group kami selalu sebut Upline sebagai "Mak" dan Downlines sebagai "Anak".
Lebih mesra dan bonding gitu.
IKLAN :
Ingin mulakan misi menambah pendapatan dan mencari side income? Peluang untuk anda mulakannya bersama Shaklee. Hubungi saya untuk mulakan misi anda dengan modal serendah RM79 (Semenanjung) dan RM89 (Sabah / Sarawak).
Mula JANA PENDAPATAN anda dengan USE, SHARE and BUILD.
Alhamdulillah, selesai majlis Shaklee Motivation & Recognition Rally untuk tahun 2014 hari Sabtu kelmarin. Bahangnya masih terasa sehingga ke hari ini. Pada hari kejadian, aura bertebaran di seluruh pelusuk hall dari semangat mereka-mereka yang hadir. Aku pulak tentulah berdebar terlebih sebab jadi speaker jemputan. Yang buat makin berdebar ialah, I am the first speaker! Boleh tak bayangkan macam mana punya rama-rama beterbangan dalam perut? Kaki gigil semua ada HAHAHAHA.
Sejak hari terima telefon dari pihak Shaklee lagi, yang diorang minta aku jadi speaker jemputan, aku dah set dalam kepala yang aku nak buat semua ini demi keluarga, team #JUSTDOIT dan tentulah untuk mak Shaklee aku Master Beeha Yunos. Aku nak buat yang terbaik. Untuk menyuntik semangat anak-anak buah dan hadirin yang hadir. Bukan senang nak dapat peluang sharing di Shaklee punya event. Aku kena gunakan sebaiknya. Mesti share dari hati, dan insya-Allah sampai terus ke hati yang mendengar.
Pada hari kejadian, aku tiba awal (jam 11.00 pagi) di Hotel Grand Paragon untuk sesi latihan. Actually bukanlah latihan sangat. Ianya lebih kepada nak test suara, mic dan sebagainya. Wahid dan anak-anak tak ikut dulu. Diorang sampai sebaik majlis bermula. Aku dah kat atas stage tengah sharing baru diorang sampai HAHAHAHA. Nasib baru bermula. Kalau aku dah habis sharing diorang baru sampai, mahu menangis berbaldi-baldi kat bilik air kehkehkeh.
Nasib baik juga, ramai anak buah #JUSTDOIT yang hadir. So takdelah rasa berdebar sangat. Paling istimewa, keluarga mertua pon sudi hadir nak tengok menantu sharing kat atas pentas. Terasa macam Master Celebration pulak hihihihi (mode berangan is ON). Oh ya, Emak aku tak dapat hadir sebab tak berapa sihat sangat. Tapi akan kupastikan masa Master Celebration nanti (masih mode berangan), Emak antara yang wajib hadir!
Ada yang menarik pasal Kak Arina ni. Dia ni dulu pernah ikut hadir masa Motivation & Recognition Rally tahun lepas. Tapi masa tu, dia baru je berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee selepas jatuh cinta dengan produk. Yang menariknya, masa dia hadir tahun lepas punya event tu, dia belum ada apa-apa rank pon! Aku ingat lagi dia whatsapp aku dan tanya, boleh ke kalau dia nak datang? Sebab dia takde apa-apa rank pon? Aku cakap, datang je lah sebab inilah peluang untuk dia sedut aura dan ambil semangat. Haaaa sekali betul pon! Tahun ni, rezeki dia pulak naik pentas recognition. Alhamdulillah, sekarang di rank Supervisor dan stabil income 4 angka.
Aisah Razak atau aku panggil dia Echah ni kawan dari kecik, membawa ke sekolah dan kemudian sempatlah kerja satu kilang hihihi. Lepastu dia join Shaklee di bawah group #JUSTDOIT dan menjadi anak Shaklee-ku. Apa yang istimewanya Motivation Rally kali ini bagi Echah ialah, dia naik sebagai seorang Coordinator! Kalau tahun lepas dia naik sebagai Supervisor, tapi tahun ni naik 2 step rank. Bangga gila aku sebagai mak Shaklee hihihihi. Yang penting, aku suka tengok semangat Echah, walau nampak dia lembut je. :)
Ehh, kata jadi speaker? Mana gambar? Okay, jom usah sikit.
Kredit to Kak Marlina OTG untuk gambar ini.
Macam menyanyi pulak kan? Kehkehkeh.
Apa yang aku sharing-kan pada hari kejadian?
Macam biasalah, awal-awal tu pengenalan diri. Macam mana aku kenal Shaklee dan memulakan bisnes Shaklee. Macam mana aku boleh tekad untuk berhenti kerja sebagai penjawat awam dan buat sepenuhnya bisnes Shaklee. Apa #ShakleeEffect yang aku dan keluarga alami? Ehhh banyak sangatlah. Kalau nak lebih feel, boleh tonton video sharing aku tu di bawah ini.
Dah tengok video di atas? Haaa sekarang jom sambung tengok gambar team #JUSTDOIT yang naik pentas terima pengiktirafan. Meriah sangat uols! Bangga tau aku kat bawah tunggu depan pentas nak amik gambar anak-anak buah. Mak yang terlebih excited! KAHKAHKAHKAH.
Ini gambar kami sekeluarga terima recognition as KEY COORDINATOR.
Semua #JUSTDOIT yang hadir. Ada adik beradik OTG juga, Kak Marlina.
Sikitlah je lah aku upload gambar dalam blog kesayangan ni. Kalau upload semua nanti pening aku nak menyusun hihihi. Kalau korang nak tengok gambar sepanjang majlis, bolehlah buka Facebook aku dan browse album JB MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014. Ada banyakkk sangat gambar dalam album tu. Seperti biasa aku memang bersemangat ambil gambar anak-anak buah #JUSTDOIT terima recognition. Lepastu tengok balik galeri, gambar aku sikit hihihihi. Tak apa lah, bisnes Shaklee ni bukan sepenuhnya untuk aku. Aku dah cukup happy dan bangga bila tengok anak-anak buah happy dan berjaya :)
Seronoknya bisnes Shaklee bukan sebab kegembiraan kita.
Tapi kita gembira bila orang di bawah kita gembira.
Pelik. Tapi benar.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Hahahaha tolonglah ampunkan diriku. Entry yang aku baru nak cerita ini bertarikh 7 Disember 2013 okay! Setahun yang lepas punya cerita. Tapi sebab aku tengah kemas-kemas gallery handphone dan baru jumpa gambar dan baru teringat tak pernah cerita kat dalam blog kesayangan ini, maka aku pon selamba ajelah up entry walau cerita dah basi. Mohon anda membaca dengan sabar sebab cerita ini sudah lama hihihihi.
Jadi, seperti yang aku sebut kat atas tu tadi, cerita kejadian ini ialah setahun yang lepas punya cerita. Masa ni, aku baru kat rank Coordinator. Motivation Rally Johor Bahru yang ini merupakan kali pertama aku diiktiraf di atas pentas. Selepas event yang ini, baru aku naik pentas National Conference. Again, aku janji akan cerita di entry yang lain pasal National Conference ini.
Insya-Allah, hujung minggu ini, aku akan naik pentas Motivation & Recognition sekali lagi sebagai Key Coordinator. Dan paling bermakna, aku dijemput pula menjadi speaker jemputan. Alhamdulillah, perjalanan dua tahun setengah yang mengujakan bersama Shaklee.
Doakan aku dapat buat yang terbaik.
Okay. Berbalik kepada cerita Motivation & Recognition Rally tahun lepas.
Semasa event ini, aku datang bertiga dengan Wahid dan Nashriq. Najah memang sengaja aku tak bawak sebab takut cranky nak tidur dan nak susu. Insya-Allah tahun ni akan bawa dua-dua anak sekali sebab mereka lah kekuatan dan sumber semangat aku. Aku buat bisnes Shaklee ni sebab mereka dan segala rezeki yang aku dapat hari ini pon sebab rezeki mereka juga. Tapi takut juga kalau aku tengah berucap kat atas pentas ada penari latar dua orang tumpang sekaki KAHKAHKAH!!
Jom layan gambar aku dan team #JUSTDOIT yang hadir.
Kak Nani dan Echah naik sebagai Supervisor (tahun lepas). Sekarang ni dua-dua dah COORDINATOR!
Aku, Wahid dan Nashriq tengah que nak naik pentas.
Antara anak buah #JUSTDOIT yang hadir. Yang dua lelaki tu gigih terbang dari KL.
Selepas majlis Motivation & Recognition Rally tu, gigih lah kami berbual kat tepi hall tu buat sedikit mini coaching. Dah kata kan, bisnes Shaklee ni mudah sangat. Nak coaching online boleh, nak coaching jumpa face to face pon boleh. Yang penting tuan punya badan tu NAK belajar, NAK diajar dan NAK usaha. Bantuan ilmu dan tips cuma 5% dari upline (mentor), selebihnya 95% adalah effort orang yang nak BERJAYA itu sendiri.
PZ (duduk tengah) ni terer marketing tau. Sampai Syuqri dan Kak Arina pon kusyuk mendengar.
Jadi itu je lah cerita sepanjang Motivation & Recognition Rally tahun lepas. Memang seronok sekali sekala diraikan oleh company. Dapat sijil, dapat makan (hihihi) dan dapat jumpa anak-anak buah untuk sama-sama trasfer aura. That is how we create our bonding. Kita bukan sekadar upline - downline, tapi yang penting kita bina nilai kekeluargaan dan saling bantu antara satu sama lain.
Insya-Allah yang tahun ni punya Motivation & Recognition Rally (Sabtu depan), aku akan update secepat mungkin supaya tidaklah sampai setahun terperap gambar dalam gallery baru nak update KAHKAHKAH.
Belum habis entry dalam draft nak keluar, aku dah nak cerita benda lain pulak. Takpelah, a very short entry sebab nanti dah selesai hari majlis baru aku cerita sepenuhnya siap bergambar-gambar.
Gambar kat bawah ni ialah surat jemputan dari Shaklee untuk aku dan suami hadir ke Hotel Grand Paragon bagi menerima pengiktirafan sebagai KEY COORDINATOR - rank aku sekarang di dalam Shaklee. Seronoknya lahaiiiii sebab asyik turun naik pentas je amik sijil, hadiah dan bunga. Rasa teruja dan dihargai sangat-sangat. Hahaha ayat begitu poyo kedengaran. Tapi betullah. Bersama Shaklee selama 2 tahun setengah ini, aku kira dah lebih 3 kali turun naik pentas.
Feeling retis sangat! :P
Ada kejutan. Tapi aku belum boleh cerita sekarang. Dah confirm aku cerita okay? :)
Kepada yang sedang mencari bisnes nak buat tambah pendapatan sehingga boleh jadi pendapatan utama, marilah roger-roger aku. Dengan Shaklee bukan sekadar tambah pendapatan, malah lebih dari itu. Dengan group support yang ukhwah-nya seperti keluarga, dan bermacam tawaran company yang kita rasa seronok dan jatuh sayang. Yang penting NAK dan BUANG ALASAN.
Cerita ini dah basi sangat dah. Tapi oleh kerana aku nak clearkan draft, gigihlah aku keluarkan entry ini di malam hari begini. Actually, Recognition & Motivation Rally ni berlangsung pada 28 September 2014 di Shah Alam Convention Centre. Tajuk entry di Kuala Lumpur? Tapi majlis buat kat Shah Alam? Entahlah. Suka hati aku je buat tajuk entry letak Kuala Lumpur. Geografi failed. Hihihihi.
So, kenapa gigih pergi Recognition & Motivation Rally kat KL nun jauh?
Sebab, aku nak meraikan kejayaan anak cucu cicit team #JUSTDOIT yang diiktiraf oleh pihak Shaklee atas pencapaian mereka. Alhamdulillah, seronok sangat bertukar aura kat sana. Aku ni sebenarnya jarang dapat beri komitmen hadir ke majlis-majlis Shaklee macam ni ketika masih bekerja. Tapi sejak meletak jawatan, Wahid izinkan aku untuk turut serta sebab katanya aku kenalah turun padang dan sentiasa berjumpa anak cucu cicit untuk bagi semangat. Syukur juga sebab dapat suami yang memahami. Aku kuat dan teguh kini pon atas restu dan doa suami jugak. "Thanks sayang!" Eh.
Aku ke Kuala Lumpur naik flight dengan mak Shaklee aku, Master Beeha Yunos. Flight okay. Flight. Kenderaan yang aku tak pernah naik seumur hidup aku. Takut dan gementar. Tak sangka yang aku akan naik jugak. Sangatlah jakun hokay! Muka cover tenang supaya tak nampak gabra sangat. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. HAHAHAHAHA.
Sampai sahaja kami di KLIA2 yang besar gila penat kaki kami berjalan, anak buah bisnes Shaklee aku Cik Puan Nana dah menunggu. Terima kasih kepada Nana yang sudi jemput dan hantar kitorang balik. Dari pagi sampai ke malam jadi driver (hihihihihi) kami. Hanya Allah yang mampu membalasnya dan semoga dimurahkan rezeki Nana dan keluarga dunia akhirat. :)
Upload kat FB semua kata muka sama. Hihihihi. Thanks Nana! :)
Majlis kat SACC tu jam 2 petang, jadi pagi selepas Nana jemput, kami ke Seksyen 7 dulu untuk ber-sarapan. Sempatlah juga sesi coaching dari hati ke hati dengan Nana. Nana ni antara leader aku yang sangatlah jarang jumpa. Banyak sesi belajar dan mengajar guna 100% online. Tapi itu bukan alasan nak berjaya kan? Kalau nak berjaya, apa jua halangan pon sanggup hadapi. So same goes to Shaklee business. Jauh dari upline bukan alasan untuk berjaya. Antara NAK dengan TAKNAK je. Khenn?
Jarang dapat coaching offline gini. Sesekali berjumpa, gunakan sebaiknya.
Lepas sarapan, kami lepak pulak kat Burger King Extreme Park Shah Alam sebab lambat lagi nak tunggu pukul 2 petang ke Shah Alam Convention Centre. Dok melepak kat situ sambil coaching santai dengan group I'm Possible (group Nana). Seronok bila sesekali dapat spend time dengan anak cucu cicit macam ni. Sebab selalu jumpa kat Whatsapp je.
Team Im Possible by Cik Puan Nana.
Dan tengok, siapa join kami selepas itu! Itu Hannah Johary yow!
Dalam jam 1.30 petang gitu, kami bergerak ke Shah Alam Convention Centre beramai-ramai. Hannah tak dapat join sebab ada komitmen lain. Sangat tak sabar nak hadiri majlis macam ni tau. Sebab selalu bagi aku inspirasi untuk terus berjaya. Ada sharing dari Master-Master yang dah berjaya. Tengok orang turun naik amik penghargaan. Sangat best! :)
So sesampai aje kat SACC tu, kami mendaftar dan pergi Solat dulu. Ramainyaaaa orang macam National Conference pulak rasanya. Eh, sebut pasal National Conference, aku belum pernah cerita lagi kan kat dalam blog ni pasal Shaklee NC? Nanti ada masa aku cerita okay. Best tau Shaklee NC tu. Aku dapat stay 3 hari 2 malam kat Hotel Sunway & Resortspercuma je Shaklee bagi. Eh itu nanti lain entry aku cerita lah eh. Sekarang habiskan entry Recognition & Motivation Rally ni dulu. Wahhh banyak betul aku hutang cerita kat blog ni.
Okay lagi gambar sepanjang majlis.
Dari kiri: Nasuha, aku dan Cik Puan Nana.
Bersama Kak Anum. My 2nd level leader. First time jumpa ni :)
Selfie pakai monopod khas dari JB KAHKAHKAHKAH
Ramai kan orang? Ni masa majlis belum start. Bila majlis dah start, pandang belakang tengok penuh orang berdiri!
Ini dengan #OTG Group under Master Beeha.
Sebahagian #JUSTDOIT yang datang. Sebab yang lain dah pergi makan hihihihi.
Ada banyakkk sangat gambar tapi aku tak laratlah nak upload semua. Kalau berminat nak tengok bolehlah add aku kat FB dan skodenglah album gambar aku kat sana hihihi. Semua pon gambar anak cucu cicit #JUSTDOIT naik pentas amik sijil pengiktirafan. One word can describe my feeling bila tengok balik gambar-gambar ni ialah, BANGGA. Bangga tengok mereka yang awal-awalnya tak pandai bisnes, takut, malu, permulaan income cuma RM23 sahaja tapi sekarang dah stabil 4 angka, dah naik pentas menerima pengiktirafan Shaklee. Itulah macam aku cakap, yang penting NAK CUBA dan NAK BELAJAR. Kalau dua benda ni pon taknak, tak ada sesiapa dalam dunia ni boleh bantu.
Siapa kita setahun akan datang?
Permulaannya bermula HARI INI.
Betul ke BETUL? *angguk-angguk kepala*
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Nasib baiklah ada teknologi canggih boleh update blog dari handphone kan? Takdelah rasa ketinggalan sangat nak share pape cite. Tapi taktau macam mana rupanya entry aku ni keluar ikut phone. Dengan tak allign paragraph lagi. Tapi takpelah, asal dapat blogging. Kan dah cakap yang aku memang rindu gila nak blogging tegar macam dulu. Cuma masa dan keadaan (malas) yang tak mengizinkan. Hihihihihi.
Diam tak diam dah 2 tahun dah aku dengan Shaklee kan? Punyalah turun naik ombak badai ranjau berduri dah aku lalui, cheh wah! Takdelah menipu benar kan. Yes, memang ada dugaan cabaran semua tu. Tapi Alhamdulillah, setakat 2 tahun ni masih mampu bertahan dan sekali lagi syukur Allah kuatkan semangat aku sehingga ke hari ini.
Ape je yang aku tak rasa dengan Shaklee? Backout buyers? Takde sales? Rasa down? Eh tak payah ceritalah semua tu. Sebab aku pon tak suka nak sebarkan aura negatif. What I can say, syukur sebab aku berada dalam group besar Jutawan Shaklee under Presidential Master Shareeza, group OTG under Master Beeha dan group aku sendiri JUST DO IT! yang penuh dengan orang-orang hebat yang sentiasa positif. Pernah dengar kan, kalau nak berjaya dan sentiasa berfikiran positif, kita kena surround ourself dengan orang yang macam tu jugak. Barulah aura tu sampai dan menusuk. Ewahhh pandai dah bermotivasi skang. Hahahahaha!
Insya-Allah minggu depan akan naik KL untuk National Conference Shaklee kat Hotel Sunway Resort & Spa. Aku dan keluarga dapat penginapan percuma 3 hari 2 malam sesambil ambik award 8 biji atas pentas. Taktaulah aku ada cite kat blog ke tak yang last year aku dapat award jugak tapi sebiji aje lah. Masa last year tu aku tak dapat pegi sebab ape eh tak ingat. Tapi memang frust ah sebab tak pegi. Alhamdulillah tahun ni meningkat jumlah awardnya. Tak sangka kan? Dalam masa setahun je. :)
Sebab tu aku selalu pesan kat anak buah cucu cicit bisnes aku, beri masa kat diri memasing at least 12 bulan pertama. Bagi masa kat diri untuk dapat rentak, fahami sistem, jatuh cinta dengan produk, selebihnya insya-Allah akan mudah. Ini ramai je yang takut nak mula. Sebab pelbagai alasan dalam kepala. Takutlah, malulah, tak pandailah. Hahahaha aku dulu pon tak pandai gak. Semua orang pon mula dengan tak pandai gak. Itu sebab kena belajar, kena mula. Kalau tak mana nak tahu kan?
Ish oklah dah malam dah ni. Bateri handphone pon dah minta nyawa. Insya-Allah ada rezeki nanti aku share cerita lagi yek? Sebelum mengundur diri, aku belanja gambar sekeping kat bawah ni. Taktaulah macam mana rupa appear kat pc korang. Hihihihihi. Asal boleh lah eh? Halalan toyyiban.
P/S : Gambar tag dan booklet untuk majlis NC minggu depan. Tak sabar nak pergi! :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com