Thursday, December 18, 2014

JB MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014

Alhamdulillah, selesai majlis Shaklee Motivation & Recognition Rally untuk tahun 2014 hari Sabtu kelmarin. Bahangnya masih terasa sehingga ke hari ini. Pada hari kejadian, aura bertebaran di seluruh pelusuk hall dari semangat mereka-mereka yang hadir. Aku pulak tentulah berdebar terlebih sebab jadi speaker jemputan. Yang buat makin berdebar ialah, I am the first speaker! Boleh tak bayangkan macam mana punya rama-rama beterbangan dalam perut? Kaki gigil semua ada HAHAHAHA.

Sejak hari terima telefon dari pihak Shaklee lagi, yang diorang minta aku jadi speaker jemputan, aku dah set dalam kepala yang aku nak buat semua ini demi keluarga, team #JUSTDOIT dan tentulah untuk mak Shaklee aku Master Beeha Yunos. Aku nak buat yang terbaik. Untuk menyuntik semangat anak-anak buah dan hadirin yang hadir. Bukan senang nak dapat peluang sharing di Shaklee punya event. Aku kena gunakan sebaiknya. Mesti share dari hati, dan insya-Allah sampai terus ke hati yang mendengar. 

Pada hari kejadian, aku tiba awal (jam 11.00 pagi) di Hotel Grand Paragon untuk sesi latihan. Actually bukanlah latihan sangat. Ianya lebih kepada nak test suara, mic dan sebagainya. Wahid dan anak-anak tak ikut dulu. Diorang sampai sebaik majlis bermula. Aku dah kat atas stage tengah sharing baru diorang sampai HAHAHAHA. Nasib baru bermula. Kalau aku dah habis sharing diorang baru sampai, mahu menangis berbaldi-baldi kat bilik air kehkehkeh.

Nasib baik juga, ramai anak buah #JUSTDOIT yang hadir. So takdelah rasa berdebar sangat. Paling istimewa, keluarga mertua pon sudi hadir nak tengok menantu sharing kat atas pentas. Terasa macam Master Celebration pulak hihihihi (mode berangan is ON). Oh ya, Emak aku tak dapat hadir sebab tak berapa sihat sangat. Tapi akan kupastikan masa Master Celebration nanti (masih mode berangan), Emak antara yang wajib hadir!

Aku, Wahidah (adik ipar) dan ibu mertua ku. :)

Bersama Kak Arina, cucu Shaklee ku hihihihi.

Ada yang menarik pasal Kak Arina ni. Dia ni dulu pernah ikut hadir masa Motivation & Recognition Rally tahun lepas. Tapi masa tu, dia baru je berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee selepas jatuh cinta dengan produk. Yang menariknya, masa dia hadir tahun lepas punya event tu, dia belum ada apa-apa rank pon! Aku ingat lagi dia whatsapp aku dan tanya, boleh ke kalau dia nak datang? Sebab dia takde apa-apa rank pon? Aku cakap, datang je lah sebab inilah peluang untuk dia sedut aura dan ambil semangat. Haaaa sekali betul pon! Tahun ni, rezeki dia pulak naik pentas recognition. Alhamdulillah, sekarang di rank Supervisor dan stabil income 4 angka.


Bersama Aisah Razak

Aisah Razak atau aku panggil dia Echah ni kawan dari kecik, membawa ke sekolah dan kemudian sempatlah kerja satu kilang hihihi. Lepastu dia join Shaklee di bawah group #JUSTDOIT dan menjadi anak Shaklee-ku. Apa yang istimewanya Motivation Rally kali ini bagi Echah ialah, dia naik sebagai seorang Coordinator! Kalau tahun lepas dia naik sebagai Supervisor, tapi tahun ni naik 2 step rank. Bangga gila aku sebagai mak Shaklee hihihihi. Yang penting, aku suka tengok semangat Echah, walau nampak dia lembut je. :)

Ehh, kata jadi speaker? Mana gambar? Okay, jom usah sikit.

Kredit to Kak Marlina OTG untuk gambar ini.


Macam menyanyi pulak kan? Kehkehkeh.


Apa yang aku sharing-kan pada hari kejadian?

Macam biasalah, awal-awal tu pengenalan diri. Macam mana aku kenal Shaklee dan memulakan bisnes Shaklee. Macam mana aku boleh tekad untuk berhenti kerja sebagai penjawat awam dan buat sepenuhnya bisnes Shaklee. Apa #ShakleeEffect yang aku dan keluarga alami? Ehhh banyak sangatlah. Kalau nak lebih feel, boleh tonton video sharing aku tu di bawah ini.




Dah tengok video di atas? Haaa sekarang jom sambung tengok gambar team #JUSTDOIT yang naik pentas terima pengiktirafan. Meriah sangat uols! Bangga tau aku kat bawah tunggu depan pentas nak amik gambar anak-anak buah. Mak yang terlebih excited! KAHKAHKAHKAH.


Kak Suhaila Ismadi (baju merah) datang all the way from Batu Pahat!

Kak Lailee naik bersama PUSH FACTOR beliau!

Kak Zarina semangat tunjuk GOOD hihihihihi.

Kak Emma yang semangat tinggi!

Ini gambar kami sekeluarga terima recognition as KEY COORDINATOR.

Semua #JUSTDOIT yang hadir.
Ada adik beradik OTG juga, Kak Marlina.

Sikitlah je lah aku upload gambar dalam blog kesayangan ni. Kalau upload semua nanti pening aku nak menyusun hihihi. Kalau korang nak tengok gambar sepanjang majlis, bolehlah buka Facebook aku dan browse album JB MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014. Ada banyakkk sangat gambar dalam album tu. Seperti biasa aku memang bersemangat ambil gambar anak-anak buah #JUSTDOIT terima recognition. Lepastu tengok balik galeri, gambar aku sikit hihihihi. Tak apa lah, bisnes Shaklee ni bukan sepenuhnya untuk aku. Aku dah cukup happy dan bangga bila tengok anak-anak buah happy dan berjaya :)

Seronoknya bisnes Shaklee bukan sebab kegembiraan kita. 
Tapi kita gembira bila orang di bawah kita gembira.

Pelik. Tapi benar.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

8 comments:

  1. Oh, gambarku tiada....tapi tetap bersemangat....ayuh team MIS kita gegarkan pentas recognition akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ampunnnn hahahaha. Gambar di ambil secara random dan terus buh watermark. Tak sempat nak belek satu-satu. Ehhhh tapi gambar ramai-ramai ada laaaaa.

      Delete
  2. tahniah sha..u derserve this..even more..setiap kali dengar sharing u ni..akak rasa sebak..u will be master..sooner..hebat..dulu kini dan selamanya..proud of u..lebiu dikkk..muahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Bee atas tiap dorongan, nasihat, tips dan tak pernah jemu bagi semangat kat Aishah. Terima kasih sebab jadi bukan sahaja upline, malah kakak terbaik! I love you Kak Bee!

      Delete
  3. tahniah mak! mak lah mak shaklee paling HEBAT! wowwwweeee! Semoga mak murah rezeki sentiasa.. lebiuuuu! Muah muah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gataiiii HAHAHAHAHA. Lebiuuuuu yutuuuuuuu muah muah muahhhh

      Delete
  4. nangis setiap kali tgk video tuh...meremang bulu roma..i follow u ..:)

    ReplyDelete
  5. Bila tengok semua semangat, jadi semangat jugak. Salu2 wat gathering ye..hihi

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015