Saturday, December 27, 2014

KEGILAAN DRAMA KOREA BERMULA!

Honestly aku bukanlah peminat drama Korea okay. Drama Melayu pon aku susah nak tengok melainkan kawan-kawan review bagus, baru aku download dan tonton. Nak tonton kat TV dan follow episod demi episod memang aku tak sanggup sebab aku jenis tak sabar. Jadi selalunya aku akan ketinggalan keretapi sikit. Orang lain dah habis tahu ending, aku baru nak download, tonton dan fall in love dengan cerita hihihi.

Yang terjebak tonton drama Korea ni sebab pada mulanya aku dok tengok anak-anak buah Shaklee (cc Awien dan Bazilah) post lagu-lagu Korea kat FB. Pastu aku sajalah klik dan bukak sampai terjumpa satu cerita lama yang aku tonton around 2001, zaman sekolah lagi masa tu. Memang mengimbau memory habis. Itulah drama Korea pertama dan terakhir yang aku tonton sebab lepas tu tak tengok lagi dah. Orang lain dok sibuk dengan Winter Sonata dan Autumn In My Heart pon aku tak heran. Sebab macam alasan di atas, aku jenis tak sabar dan malas nak tunggu episod demi episod.

Berbalik kepada jumpa balik cerita Beautiful Days ni, gigihlah aku usha kat internet kot mana-mana jual CD cerita ni. Untuk pengetahuan korang, ada suatu ketika dulu aku pernah ternampak cerita ni kat kedai CD kat Plaza Angsana. Tapi masa tu ada kekangan duit. So tak dapatlah beli. Memang sedih sangat bila kita suka dan inginkan sesuatu, tapi kita tak mampu. Sebab tu bila sekarang ada kemampuan sikit (bukanlah mampu banyak), aku cuba nak dapatkan balik apa yang pernah aku suka dulu. Salah satunya nak beli cerita Korea Beautiful Days ni lah :)

Suka sangat cerita ni! :)

Google punya Google, aku jumpa seller kat eBay. Aku takdelah pandai sangat nak beli barang kat eBay ni. Jadi aku message je seller tu dan bagi no telefon aku untuk dia Whatsapp. Nasib seller dari Malaysia je tau. Walaupun Chinese, dia sangat pandai cakap Bahasa Melayu. So tak adalah aku susah payah nak keluarkan broken English aku kehkehkeh.

Eh berbalik kepada seller tu tadi. Dia pon dengan fast action me-Whatsapp aku. Pastu deal harga semua, dia offer bagi free postage kalau aku amik 2 cerita. Adalah beberapa senarai cerita yang dia bagi tapi semuanya aku tak familiar pon. Sampai gigih aku Google tau nak baca sinopsis cerita satu persatu mana yang best sebab taknak lah main beli je, nanti tersadai tak tengok. Akhirnya, aku ambil 4 cerita terus so bolehlah tengok bila-bila free (amboi free sangat kau khen!). Thanks to Awien dan Syuq juga yang bagi idea nak ambik cerita mana.

Cerita apa yang aku beli dengan seller tu?
  • Beautiful Days (tentunya!)
  • Playful Kiss
  • Foxy Lady
  • Yuhee, The Witch


Bakal sampai hari ini atau esok :)

Disamping tak sabar nak tunggu CD yang dibeli nak sampai, aku pon sajalah tonton satu cerita ni kat internet. Tajuk cerita ni Boys Over Flower (ya aku tahu cerita dah lama. Aku yang tertinggal heh). Episod pertama dah jatuh cinta, tapi internet macam siput. Sebab tak sabar punya pasal, aku pergi Plaza Angsana nak beli CD cerita BOF tu. Tapi tak ada lah pulak. Lain yang dicari, lain yang dibeli. Ni gambar kat bawah ni CD yang TERbeli kat Plaza Angsana. Entah bila nak tengok pon tak tahu. Haih.


Aku beli All In, A Love To Kill, Full House dan First Love of a Royal Prince

4 CD yang aku beli kat Plaza Angsana ni hasil google dan review blogger lain. Diorang kata best, so aku beli jelah. Tapi confirm tersadai sebab tak tau nak tengok bila. Cerita Korea ni tak boleh start la bagi aku. Sebab ketagihan dia sama macam baca novel. Sekali dah baca dan tonton memang tak boleh tidur malam jadinya. Bahaya sangat bagi aku.

Berbalik kepada cerita Boys Over Flowers tu tadi, akhirnya habis juga 25 episod aku tonton kat internet. Bermula malam 24 Disember sampai tak tidur malam sehinggalah membawa ke petang semalam 26 Disember baru habis. Melampau kan? Dan demamnya masih terasa sehingga ke hari ini sampai pergi Youtube dengar soundtrack pulak. Macam jiwa remaja sangat! Betul kan orang kata, benda yang kita tak suka mungkin akan jadi benda yang paling kita cinta. Nampaknya bertambah satu lagi kegilaan Aishah Rahim selain dari membeli dan membaca novel. Sekarang dah jadi peminat drama Korea pulak. Heh.

Nanti kalau free, aku review cerita Boys Over Flower tu ya? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. Full House dgn First Love mmg akk minat giler....dah lama tak layan citer2 korea ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Full house dah beli tapi lom tengok kak. Yang first love tu best ke kak?

      Delete
  2. patut lah kuat bunyi cengkerik seminggu tu hahaaa
    akak nak pinjammm tp nanti lahhh..tggu luqman besar sket kot ea..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha!! Takleh tengok lagi. Eh tapi beli dah banyakkk. Tunggu master la kot kehkehkeh

      Delete
  3. akak!!!ada cite korea baru yang akk wajib tgk hero dia yang berlakon beautiful days ni la.tajuk dia 'i saw the devil'
    serius, sila tgk tapi jangan muntah or bagi anak-anak tgk ya!

    ReplyDelete
  4. Nak baca review drama2 korea yang best dan terbaru boleh la baca kat blog saya -> http://mulan-sahbanu.blogspot.com/p/review-korean-drama.html

    ReplyDelete
  5. sulu rajin nengok citer korea.. sekarang dah bz.. dah lama giler tinggal

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015