Wednesday, August 10, 2011

Perut Sensitif?

Setelah tidak lagi fully breastfeed pada usia 3 bulan, Nashriq telah kami beri Dumex Dulac (langkah 1) sebagai minuman asasi di siang hari. Tidak pernah tukar sampailah usia beliau menginjak ke 6 bulan dan harus meneruskan langkah ke Dumex Dupro (langkah 2) pula.

Ketika awal peralihan susu itu, Nashriq diserang (??) cirit birit dan muntah-muntah. Kami tak tahu apa masalahnya. Sebab susukah? Atau sebab baru bermula solid food? Wallahualam.

Minta pendapat rakan-rakan (thanks Dayu, Hannah & Reen), dan mereka mencadangkan Nashriq beralih sementara kepada susu free lactosa. Maka kami pon memilih Dumex Dulac LF sebagai minuman sementara bagi Nashriq masa itu.

Sumber gambar dari Google.

Setelah yakin yang Nashriq telah pulih secara sepenuhnya, kami pon beralih semula kepada Dumex Dupro. Alhamdulillah, tiada masalah sehinggalah pada saat beberapa hari sebelum kami berangkat bercuti ke Melaka hari tu. Nashriq kembali muntah dan cirit yang sangat teruk. Tertonggeng sikit, 'creeeet' najis keluar. Merangkak sikit, 'creeeet' keluar lagi. Maaflah cerita tak senonoh pulak pagi-pagi cenggini.

Kami dah mula risau. Macam mana nak bercuti dan berjalan sakan kalau Nashriq dalam keadaan cenggini kan? Kami pon bawa Nashriq ke klinik dan Doktor suggest kami bertukar SEMENTARA kepada susu free lactosa. Masa ni, Doktor suggest Bebelac LF. Tapi semua kedai aku pergi takde jual Bebelac LF. Dumex LF pon tak ada. So cari susu free lactosa yang lain, terjumpalah Similac LF.

Sumber gambar dari Google jugak.

Kami pon kasilah Nashriq minum sepanjang malam sebelum berangkat ke Melaka, sepanjang berada kat Melaka - Kuala Lumpur dan 2-3 hari selepas itu. Memang takde muntah langsung pon lepas minum susu ni. Najis dia pon kembali normal. So kami assume Nashriq dah baik dan bolehlah beralih semula ke Dumex Dupro.

Telahan kami salah bila 1st feeding Dumex Dupro aje, beberapa minit kemudian Nashriq berak 'creeet' lagi. Gelabah ayam kejap terus pergi singseh dekat rumah beli Similac LF ni lagi setin. Kami fikir, perut dia belum baik lagi lah kot. Takpelah, tunggu habis 2-3 tin baru tukar balik ke Dumex Dupro, kata kami di dalam hati.

Selepas hampir sebulan dah ni minum Similac LF, aku pon beranikan diri bancuh Dumex Dupro kasi mamat tu minum. Cubaan pertama, okeh. Cubaan kedua, muntah sikit. Cubaan ketiga, dia dah mula 'creeet' sikit-sikit. Masuk cubaan keempat, sampai dah tak ada apa yang keluar, air semata. Kami suami isteri dah bingung.

Kenapa dulu boleh? Sekarang tak boleh? Kan?

So kami pon decide untuk stay dengan Similac LF sampailah usia Nashriq setahun lagi beberapa hari ini. Selepas itu, baru kena fikir nak go for Dumex Dugro (langkah 3) atau cari susu lain sebagai alternatif kepada kesensitifan perut Nashriq kepada lactosa.

Mengikut pembacaan aku, bayi yang tidak toleran kepada lactosa haruslah diberikan susu soya sebagai optional. Doktor kat klinik haritu pon cakap benda yang sama. Tapi as we all know, harga susu soya bukan main mencanak lagi. Boleh botak kepala Mama dan Ayah Nashriq kalau susu soya menjadi pilihan. :p

So, korang ada apa-apa pengalaman atau cadangan tak bagi bayi yang berperut sensitif macam Nashriq ni? Korang go for soya ke? Ada harga susu soya yang affordable? Atau korang stayed dengan cow based? Kalau cow based, susu apa yang lactosa rendah atau free lactosa bagi bayi 1 tahun ke atas?

Aku harap, ada yang sudi berkongsi.

Thanks. :)

P/S : Aku tak tahulah ini secara kebetulan atau apa. Tapi kan, sejak start dengan Similac LF haritu, muka dan badan Nashriq macam naik rashes kemerah-merahan. Pergi klinik, doktor kata bukan alahan ubat atau susu. Tapi apakah? Hurmmm.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

18 comments:

  1. na rase better aishah tukar susu biase yg lain?
    asek2 dumexc je,
    hehe cer try ducth lady xpun lactogen plak,
    lebey kurang je harga ngn dumex
    mika dlu amek dumex sembelit
    try DL, ok..
    tp msuk step 1year ke atas
    cirit
    amek lactogen plak
    even brand tu dia pkai lama sesuai
    tp tibe2 jd xsesuai
    tukar je susu lain
    nk tgk dia serasi ke x..
    hehe
    slamat mncuba :p

    ReplyDelete
  2. hooo ade geng aydan rupanya.aydan dah masuk setaun ni tetibe tak boleh nak minum susu bese..dah try DL,fernleaf, enfapro++.dah try isomil,asal minum je kentut bertubi2 pastu crettt.buntu kitorang.beli susu HA pun xjalan.so skang minum similac LF.najis pun ok xkeras or xcair.ade bace, certain baby lambat kene LI ni. ade yg mase baby ade yg 1 or 2 tuan br nk kene.

    so far xjumpe LF yang setaun ke atas..tlg bgtau sesape yg tau ek..

    ReplyDelete
  3. mungkin..mungkin..
    dumex mungkin kurang bersesuaian dgn nashriq kini
    setuju dgn na
    mungkin kena tukar brand lain pulak

    try lah DL ke fernleaf ke
    try yg affordable dulu
    kalau macam tak jalan.. pejam mata je beli susu mahal skit

    ReplyDelete
  4. Kakal masa 4 bulan pun mcm gitu. Fie try FL Dumex ni tapi tak serasi. Then doc suggest Novalac AD rumusan khas untuk bayi cirit. Fie pakai a few times then tukar ke Mamil Gold.

    ReplyDelete
  5. kak aisyah, sy ade bace laporan pasal susu lembu dr persatuan pengguna islam pulau pinang.diorang cakap susu lembu sebenarnye x elok tuk bdn sbb susah dihadam..besides, byk lg sisi gelap pasal susu lembu yg dirahsiakan..sy pon baru tau..

    susu soya pon sebenarnye x elok jugak..dah lame dengar pasal ni..menurut researchers, susu soya ni ade 1 bhn yg boley menyebabkan ank lelaki jd lembut..ade bace artikel die tp x igt plak..

    biasa la kan klu org kafir punye produk, diorg canang abes2an semate2 nak untung..soya pon salah 1 crop terbesar diorg.

    anak sy yg kecik umur 1thn 3bln ade masalh ngan paru2 die. asek berkahak jee. sy bg die susu dutch lady. bile jumpe DR, die ckp susu lembu terutama dutch lady mmg buatkan kahak..

    so sekarang sy bg ank sy mnum susu kambing Hi-goat.ok, x de masalh pape cumenye die panas sket, sush nak berak.so sy kurangkan dos nye, cth, 1/2 paket utk 5 aun.asalnye 1 paket tuk 7 aun.

    so far lps wat camtu alhamdulillah senang berak, x sembelit, x cirit..plus, sy bg die kecap2 kurma sbb kurma kn fiber.. so far susu kambing yg ade kat pasarn skang jenama karihome..tu pon mahai giloss..pastu berbau..pnah bg ank sy mnum tp die x suke..hi-goat ni die kurang lemak, x de bau, x de gula..just the original goat milk..

    mahal jugak, sekotak ade 15 schet, harge biase nk kat rm 40..klu jd ahli harge dia nak kat rm30..so sy pon jd ahli semata2 nk beli susu tu ngan harge murah..sebulan beli 7 kotak.

    dlm family, suami sy je keje sbb sy study lg..ank plak da 3..hehe..tp nak wat camane kak, tuk kesihatan ank..

    panjang plak kan komen ni mcm wat entri sendiri plak..tp akk cube laa dulu hi-goat tu..insyaallah berhasil..anak pon cepat bijak..

    wallahualam

    ReplyDelete
  6. Aishah, ni pengalaman baru fashya. since susu badan fashya dah tak boleh nak menampung keperluan husna siang hari, fashya dah mula campur susu formula kat Husna. Mula2 bagi Anmum, die oka. Tapi anmum kan mahal. tukar DL, tapi die punya muntah n cirit seminggu baru hilang. now, stick to Anmum je

    Susah jugak nak cari susu yang sesuai dengan perut anak kan? kalau yang nak susu murah tu okay lagi, buatnya yang mahal2. pengsan sebulan beli susu dah berapa ratus.

    ReplyDelete
  7. @Nano : Hahaha. Skang dia macam anti Dumex pulok eh? Takpe. Takpe. Nanti nak try Lactogen plak lepas ni.

    @Nadya : Kan? Kalau ada LF yang setahun ke atas, memang teruskan aje dengan LF. Sennag cite. Tapi memang tak jumpa lagi lah setakat sekarang ni. :(

    #Dayu : Itulah. Kalau boleh memang nak cari yang affordable dulu. Bilangan ahli keluarga dah nak bertambah kan? So kena fikir-fikir jugak. Harap-harap boleh jalan dengan Lactogen nanti.

    @Fie : So skang dengan Mamil Gold okeh kan? Aishah pernah gak baca Mamil Gold bagus. Tapi harga dia boleh tahan gak. Kekekeke.

    @ZulWana : Wah, bestnya baca komen panjang cenggini. Saya pon pernah dengar yang susu soya tu tak bagus berbanding cow based. Tapi tentang susu lembu tu tak tahu pulak. Mahal jugak ek harga susu kambing. Boleh pengsan Mamam dengan Ayah dia nanti. :p

    @Fashya : Memang susah susu tin ni Fashya. Susu badan jugak takde masalah kan? Itulah, kalau Nashriq boleh stick dengan Dumex, alangkah bagusnya. Murah pon murah. Ni nak kena tengok susu affordable yang lain. Kalau takleh jugak, pejam mata jelah.

    ReplyDelete
  8. Salam kak aishah. Sian nashriq kan. Mesti saket gile kot asek cirit jek. Fahrin mase dari dumex ke dutch lady dia okay so far. Cuma sekaran bile dia taknak makan farid nak tukar susu. Terpengaruh dengan susu sustagen, tapi lepas dia minum sustagen nampaklah dia nak makan sket, berat pon naik sket, kalau tidak memang halus jek kan dia tu. tapi dutch lady so far okay jek. fernleaf tak penah try lagi. cuba test2 dulu. beli pek kecek.

    ReplyDelete
  9. Salam...hi dear, terbaca entry u yang ade kena mengena cam hazim dulu...hazim pun dulu mcm tuh...nad terpaksa bawak pegi klinik pakar kanak2 kat taman pelangi, JB...macam2 susu cuba tp still bermasalah...then, decide jumpa doc tuh...then doc tgk najis hazim, dia bagi satu ubat untuk penghadaman...so, better u pegi jumpa doc, untuk tahu ape sebenarnyer yang berlaku...after that, hazim ok dan dah bleh minum susu pape jer...terpulang pada dia nak dengan x jer...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  10. aishah, dulu afni pun bagi dani dumex. mmg ok. bila nak masuk stage 2, dani tetiba asik cirit je. consult doc, mmg dia suro bg bebelac. tp bebelac mmg susah nak jumpa. so kitorg tuka s-26. so far ok. then bila nak tuka stage 3, dia cirit balik. afni rasa sbb bila setiap kali tuka stage lain, formula pun berubah. itu yg asik cirit. apa kata aishah tuka susu cow based lain dulu. kalo nmpak tak menjadi, baru tuka soya milk.

    ReplyDelete
  11. @Reen : Memang kesian Reen. Lembik melepek aje badan dia. Akak sampai tak pakaikan dia pampers sebab takut bontot dia merah-merah kan? Dah air tu keluar all the time. Takkan nak pakai pampers kan? Ohh, Sustagen macam nampak bagus untuk Fahrin. Kena teruskan lah camtu Reen. Akak ni nak try Lactogen plak lepas Nashriq masuk setahun ni nanti.

    @Nads : Oh, thanks Nad. Jadi ubat yang doktor bagi tu makan sekali itu aje ke, atau selalu makan? Memang dia takde masalah dengan mana-mana susu pon lepas tu?

    @Afni : Itulah. Rasanya bukan setiap baby yang sesuai dengan formula yang berubah-ubah tu kan? Nashriq nak kena try Lactogen lepas ni. Tengok dia macam mana. Thanks Afni. :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, hazim mkn ubt tu sekali jer,..then dia dah ok...skrg nak tukar susu xde masalah..cuma bergantung pd dia..sedap or x jer...

    ReplyDelete
  13. @Nads : Oh, makan sekali aje ek? Oklah, nanti nak cuba tengok tukar susu dulu. Thanks Nads. :)

    ReplyDelete
  14. aishah, caner nashriq dah ok ke minum susu baru?aritu bawak aydan gi paeds die ckp pediasure lactose free n mmg ade utk setaun ke atas.tapi mahal la setin.

    ReplyDelete
  15. @Nadya : Sekarang ni masih minum Similac Nad. Tunggu 1 tahun ingat nak turn to Lactogen. Try susu murah-murah dulu. Kalau takleh jugak, baru cari susu alternatif lain. Ha'ah kan? Pediasure tu agak mahal. Tapi demi anak sihat, redha aje lah nampaknya.

    ReplyDelete
  16. As Salam...sy dh bye Keisha nashriq...sama mcm and sy..Harith Bby premature sy n dia sensitif pd susu lembu biase ni..sy dh trykan dia susu makes gold free lactose dia ok tp tumbuh ruAm..sy dh tuka semulA similac rumusan 1 dia cirit balik...pening sy sbb harith x suke sgt mnum susu soy based...ade ape2 suggestion susu x utk ank sy?

    ReplyDelete
  17. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete
  18. Kami pun bereksperimen bagi FM kat baby kami since 1 bulan lagi. Wife bukannya taknak BF tapi BM semakin merundum. 1st time bagi FM S26, then wife bagi Karihome. Baby kami kdg2 minum tak abis membazir FM, baby prefer BM mama dia lagi. Kat umah pengasuh, baby kami pun kurang nak minum FM. Kami pun tukar ke Dutch Baby, senang nak maintain harga pun lebih murah dan jimat. Baby pun boleh terima Dutch Baby. Beli kat Speedmart bawah RM 30 untuk 1 kg. Survey kat 11street dengan kupon RM 50.90 untuk 2 pack x 1 kg dengan guna kupon diskaun dan kupon shipping. Lebih jimat dan berbaloi.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015