Kebiasaanya, selepas Solat, aku akan sedekahkan Al-Fatihah kepada 3 orang penting yang telah pergi dalam hidup aku. Arwah Abah, Arwah Kakak dan Arwah Nashrah. Selalunya, perasaan biasa saja. Plain. Kosong. Rindu yang biasa.
Tapi semalam, aku heret Nashriq bersama atas sejadah.
"Kita sedekah Fatihah kat Atok, Mak Long dan Kak Nashrah ye?"
Airmata jatuh mengalir laju tanpa mampu dibendung. Aku cium kepala Nashriq agar dapat ubat rindu hati. Terubat sikit. Tapi tak banyak.
Aku rindu Abah. Aku rindu Nashrah.
Ya Ramadan, semoga engkau sampaikan rindu aku pada mereka.

Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
al fatihah..moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin
ReplyDeleteAl-Fatihah buat mereka. Bersabarlah kak aishah. Insyaallah mereka akan menunggu di sane. Insyaallah..
ReplyDeletePn Susu :
ReplyDeleteTerima kasih. Amin. Insya-Allah.
Reen :
Thanks Reen. Insya-Allah. :)