Hari Raya tahun ni, memang agak sibuk sikit memandangkan tahun lepas aku telah bersenang lenang duduk berpantang kelek anak 24 jam. Jadi tahun ini, banyak perkara yang harus ditebus sebab nak rasa lebih raya. Iyelah, sudah 2 tahun aku beraya macam tak raya. Bermula dengan tahun 2009 (tragedi Nashrah) dan membawa tahun 2010 (kelahiran Nashriq). Jadi tahun ni kena over excited sikit. Echeh.
21.08.2011 (Ahad) - Pagi
Berpeluang tidur semula selepas bersahur dan tunaikan kewajipan. Penat sangat agaknya semalam bertungkus lumus mengerjakan rumah. Nashriq pon tidur tak menyadar, memang pucuk dicita ulam mendatanglah buat si Mama dan Ayah. :D
Bangun pada jam 8.00 pagi terus keluar bilik. Tengok Emak tengah buat adunan doh Kuih Tart Nenas. Yeah, kuih wajib rumah kami zaman berzaman. Inilah baru raya kan? Rumah berbau kuih dibakar bersama lagu raya yang berkumandang sana sini. Sangat feel raya okeh. :D
Aku terus mandi dan bersiap. Ada satu tanggungjawab penting yang harus disudahkan pagi ini. Perkara yang terlalu lama sangat bertangguh dan aku menanti saat ini sekian lama. Erm, aku akan ke pusara Arwah Abah dan Nashrah pagi ini. Ye, pagi ini. Tak sabar rasanya. Tapi dalam masa yang sama, jantung aku berdegup kencang. Semua perasaan bercampur baur. Rindu, sayu, sedih, gembira. Entah.
Selesai aku mandi, Wahid dan Emak pon turut bersiap. Aku pon capai Nashriq yang kebetulan dah bangun tu dan terus mandikan dia. Nashriq tak boleh ikut ke kubur sebab Emak tak kasi. Jadi, kami akan tinggalkan budak kecik tu dengan Kak Ngah yang kebetulan memang ada kat rumah Emak untuk projek Tart Nenas tu tadi. Lagipon kami pergi tak lama. Kejap aje. So takdelah Nashriq mengganggu sangat projek Tart Nenas diorang tu.
Tepat 9.30 pagi, kami bergerak dua kereta ke Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Aku dan Wahid satu kereta. Abang De dan Emak satu kereta. Kami terus menuju ke kedai pembikinan kepuk pusara di hadapan tanah perkuburan berkenaan. Dah lama sangat dah kami berniat nak buat kepuk untuk Nashrah, tapi asyik bertangguh. Jadi memandangkan 1 Syawal ini genap 2 tahun pemergian beliau, kami rasakan inilah waktu yang sesuai.
Sesi perbincangan pemasangan kepuk dijalankan oleh Wahid dan Abang De bersama pakcik pembuat kepuk itu. Aku dan Emak tak turun sebab nampak tak manislah kan orang perempuan sibuk-sibuk kat situ. Pakcik tu kata, kalau nak buat kepuk kena ambil masa dan tak boleh siap sebelum Hari Raya ni. Iyelah, kubur bayi tidak cukup bulan kecik sahaja. Kepuk yang sudah ready made semua saiz orang dewasa. Jadi kena tempah khas untuk Nashrah. Kata pakcik tu lagi, kalau nak sebelum raya, dia boleh buatkan tile. Lagi cepat katanya. So Abang De dan Wahid buat keputusan untuk bincang dulu. Kami pon bergerak masuk ke kawasan tanah perkuburan.
"Assalammualaikum, Ya Ahli Kubur".
Perasaan waktu ini memang tak tahu nak gambar macam mana. Rasa tak sabar sangat-sangat. Tak sabar nak tengok pusara kecil yang aku tak pernah bayangkan sekecil mana tempatnya. Bila Abang De dan Wahid dah parking nak turun, aku selawat banyak-banyak supaya dikuatkan semangat aku yang nipis itu. Berdoa juga dalam hati agar segala yang baik dan terpelihara untuk bayi dalam kandungan ini. Amin.
Kami menapak turun bukit ke arah pusara Arwah Abah dan Nashrah. Ahh, rindu sangat suasana hening begitu. Suasana tenang. Sunyi dan damai. Kelihatan banyak keluarga juga yang datang membersihkan pusara ahli keluarga mereka. Hampir nak raya kan. Tentulah ziarah menziarah pusara menjadi satu kewajipan.
Sampai pusara Arwah Abah.... Rindu.
Aku jenguk kepala ke sebelah pusara Abah. Ya Allah, kecik sungguh. Aku kira, tak sampai panjang lengan aku kot. Aku duduk di sebelah pusara kecil itu. Aku cabut rumput-rumput kecil yang mula tumbuh. Kata Emak, sebelum longkang besar menuju ke Pusara Abah dan Nashrah tu dibina, kerap kali kubur Nashrah terkambus. Bila hujan, air akan turun dari atas bukit dan kubur Nashrah akan tenggelam. Pusara Arwah Abah yang ada kepuk pon pernah terkambus sampai Abang De dan Abang Long kena cungkil semula kepuk bawa ke atas. Menangis bila kenangkan pusara Nashrah. "Mama senang lenang duduk atas dunia. Nashrah yang tinggal, Mama tak ingat".
Ahhhh.
Nasib baik jugaklah telah dibina satu longkang besar sebagai saluran air. Kalau hujan lebat turun pon, takkan membawa turun ke bawah bukit sini. Aku pandang Wahid. Nampak gaya, memang kena teruskan juga niat memasang tile untuk pusara Nashrah. Nak tunggu buat kepuk, kena bertangguh lagi. Kesian Nashrah. Kesian anak Mama. Kesian anak Ayah. Airmata menitis laju.
Aku cabut juga rumput di pusara Arwah Abah. Terlalu rindu aku pada insan tercinta ini. Airmata ini bagai tak boleh berhenti. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Aku duduk pada satu batu dan termenung merenung dua pusara insan tercinta ini. Aku tekup mulut sambil berdoa. Airmata masih lagi laju. Haih, terlalu murah airmata aku pagi ini.
Kami bergerak untuk pulang. Emak kata, Isnin depan, sehari sebelum raya akan datang lagi. Aku pon rasa nak datang lagi. Nak jumpa Arwah Abah dan Nashrah sebelum berhari raya. Tentu mereka tunggu aku datang. "Mesti Nashrah tunggu Mama datang kan sayang?".
T_____T
Sampai ke kereta, aku katakan pada Emak yang aku nak go for tile sahaja. Aku tak mahu bertangguh lagi nak tunggu kepuk. Lama sangat dah aku bertangguh selama ni. Aku rasa, inilah waktu yang sesuai. Untuk Nashrah. Untuk kesayangan mama yang 'Melapangkan Dada'.
Kami patah balik semula ke tempat pembikinan kepuk tadi. Wahid turun dan confirm memasang tile berwarna fully putih. Tak nak warna lain. Tak nak warna warni. Tak nak. Untuk anak Mama, biar warna putih. Wahid panggil aku turun untuk berikan maklumat-maklumat yang pakcik tu mahukan.
"Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid - 9 Oktober 2009"
Aku nampak pekerja pakcik tu sedang mengecat kepuk. Aku tanyakan pada dia, ada amik upah cat kepuk ke? Dia kata ada. Aku tanya lagi, bila anggaran boleh siap? Dia jawab, kalau confirm cepat, sebelum raya dah boleh siap. Terus aku teringat kepuk pusara Arwah Abah. Dah lama sangat kepuk tu. Hampir 9 tahun. Kami yang hidup boleh tukar baju bajan cantik-cantik dan mahal-mahal untuk raya. Takkan nak upah cat kepuk Arwah Abah tak boleh?
Aku naik ke kereta dan jumpa Emak. Tanya nak cat kepuk Arwah Abah tak? Emak termenung. Aku nampak airmata Emak dah bergenang. Aku faham perasaan Emak. Aku turun semula ke tempat pakcik tadi dan confirmkan upah cat kepuk Arwah Abah. Aku pilih warna putih jugak. Warna yang suci bagi aku. Lebih tenang mata memandang.
Rindu kami pada kamu, Nur Anis Nashrah.
P/S : Projek Hari Raya #3 di lain entry.

Nashrah,
Mama tak sempat jumpa Nashrah. Mama tak sempat buat apa-apa untuk Nashrah. Mama dan Ayah buatkan kepuk tile ini supaya pusara Nashrah tak hilang lagi. Kami tak nak kenangan Nashrah hilang.
Raya ni, genap 2 tahun Nashrah pergi. Tapi bagi kami, ianya bagaikan semalam. Segalanya masih segar dalam ingatan Mama dan Ayah. Mama tak dapat tahan airmata bila kenangkan saat kita bersama. Mama tahu, Ayah pon sedih sangat. Ayah diam je sepanjang kat kubur Nashrah. Nashrah tau kami datang kan sayang? Nashrah tau kan kami ni Ibu Ayah Nashrah?
Rindu kami pada kamu, Nur Anis Nashrah.
Abah,
Ayang tak tahu macam mana nak kata. Abah dan Emak adalah kekuatan Ayang dunia akhirat. Ayang rindukan Abah sangat-sangat. Ayang sentiasa doakan keadaan Abah yang baik-baik sahaja di sana. Ayang doakan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. Ayang rindu Abah sangat. Terlalu rindu....
P/S : Projek Hari Raya #3 di lain entry.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
sedih rasa..kuat k aishah =)
ReplyDeletehurm..sebak..tiba2 teringat kan...anak yg dahulu yg hanya sempat dlm rahim ni 2 bln je..:(
ReplyDeleteaishah
ReplyDeletekamu buat mata ni berair
alfatihah buat kedua-duanya.. semoga tenang di sana
ReplyDelete@Afni : Thanks Afni. :)
ReplyDelete@Evyn : Sedih bila ingat kan?
@Dayu : Sorry Dayu. Tak berniat.
@Izi : Terima kasih. :)
sedih baca.
ReplyDeletebila dah jadi emak2 ni bila org cerita pasal baby, mudah je air mata bertakung T_T
berlinangan air mata mun.....sedih baca
ReplyDeleteal Fatihah.. setiap kali aishah bercerita tentang arwah Nashrah.. automatik elly akan teringat kat arwah anak anak kembar elly.. ermm dah 2 tahun lebih mereka tinggalkan kami.. tapi rindunya macam baru semalam berlalu..ermm Al Fatihah buat mereka
ReplyDeletecuma mampu seka airmata
ReplyDeletesemoga Aishah kuat
dan arwah ayah & nasrah ditempatkan dikalangan org2 yg soleh dan solehah
ameen
alfatihah buat arwah abah aishah dan nashrah
ReplyDeleteentry aishah mmg buat akak sebak....
ReplyDeleteSalam aishah..dh lama follow tp br hari ni dpt baca kisah2 dlm blog ni..2 jam sy hbskan masa bacanya mula dr kisah tahun sept 2009.penulisan aishah bagus..menarik..
ReplyDeleteAl-fatihah buat kedua2 insan kesayangan aishah..
al-fatihah buat kedua arwah..
ReplyDeletesebak rasa.bergenang air mata.
..
@Fasha : That the best feeling of mother kan? Hahaha. Emosional kata suami saya. :)
ReplyDelete@Mun : Perkongsian rasa Mun. :)
@Elly : Al-Fatihah. Sabar ye Elly?
@Ann : Amin. Thanks Ann.
@Fashya : Terima kasih Fashya.
@Hanani : Hee. Sorry Kak Nani. Tak berniat. :D
@Mizfantagiro : Thanks awak! Terima kasih atas doa tu. :)
@CikGaban : Thanks. :)
ReplyDeleteAishah,
ReplyDeletesaya x mampu nk baca sampai habis, but i know u r a really strong mom!
al-fathihah..
Alfatihah buat insan kesayangan Aishah. Insya'Allah syurga tempatnya.
ReplyDelete*nangis laju²*
*sebak*
ReplyDeleterindu juga arwah bapak..
Al-Fatihah kpd mereka yg telah tiada..
@Laili : Thanks Laili. :)
ReplyDelete@Fie : Thanks Fie.
@Ayue : Al-Fatihah jugak buat Ayah awak. Thanks ye. :)