Tuesday, August 2, 2011

3rd Pregnancy - Update #001.

Kerja aku banyak sebenarnya. Tapi aku kurang rajin (read : malas) nak buat. Mood bercampur baur. Mengantuk, malas, mengantuk, malas, MENGANTUK dan MALAS. Itu je dua mood yang sedang bermaharajalela dalam kepala otak aku sekarang.

Jadi, demi mengisi masa seenggang ini, marilah aku update perkembangan terkini yang semakin berkembang-kembang nampaknya. Blerghhh. T___T

1. Sedang berada dalam minggu ke-21 mengandung. Nampaknya, ada lebih kurang 19 minggu lagi untuk menanti kekasih hati yang baru. Tak sabar rasanya. Harap-harap dipermudahkan awal dan akhirnya. Amin. :)

2. Selera makan adalah plain. Tak pasti apa jenis makanan yang menarik buat masa ini. Kadang-kadang macam tak boleh makan pedas. Kadang-kadang macam boleh. Kadang teringin makanan bersup. Kadang-kadang langsung tak boleh pandang. Pelik.

3. Telah pergi ke Klinik Perdana untuk buat 3D scan. Tapi tak boleh nampak langsung atas faktor ketebalan perut (read : lemak). Sangat frust di situ sebab masa Nashrah dan Nashriq pun langsung tak ada kesempatan untuk buat 3D. Tapi tak apalah, doa semoga semuanya okeh sahaja.

4. Telah bertanya doktor tentang jantina si dia di dalam ini. Doktor senyum dan cakap _______ (sila isi tempat kosong). Kami senyum dan terima apa sahaja yang diberikan Tuhan. Bulan ini Doktor akan re-confirm balik. :)

5. Baju raya telah dibeli secara berjemaah anak beranak. Perempuan mengandung ini masih ada hati nak pakai Baju Kurung. Harap-harap masih muat dan boleh dipakai dengan selesa untuk hari raya nanti.

6. Puasa hari pertama semalam telah berjaya dihadapi dengan sabar. Alhamdulillah mampu bertahan hingga hujung masa walaupun pada saat-saat akhir seperti mahu keluar isi perut. Anak di dalam perut pon behave aje seperti memahami.

7. Sekarang dah taktau nak update apa.

8. Bolehlah tamatkan entry sekarang.

9. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

9 comments:

  1. yeay...lg 19w..slmt berpuasa aishah..

    ReplyDelete
  2. kita teka boy! eh apesal sume org main teka-teka. heheehe.

    btw selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  3. I guess macam boy! Eh ke girl? Hehehe takpe lah janji selamat semuanye! Amin!

    ReplyDelete
  4. laki ehhh.. ke gegirl???

    takpe..takpe. tggu je nanti mam dia reveal jantina
    tak pun tggu je lg skit
    19wks je pun

    ReplyDelete
  5. hahaha lawak la aishah ni..hurm org mengandung kire orait lg malas dan mengantuk, tp yg xmengandung ni pun rase gtu jugak guane..

    moga2 aishah dapat puasa penuh, insyaAllah

    ReplyDelete
  6. e..eh bole teka ker aisha..
    alynn teka bebird..hihi..apa2 pun semoga semua nyer selamat..itu yg lebih penting..

    ReplyDelete
  7. Maria :
    Kejap aje kan? Pejam celik dah 21 minggu dah. :)

    Misha :
    Hahahaha. Keep guessing eh? :p

    Yaya :
    Hahaha. Thanks Yaya. Selamat berpuasa untuk awak jugak!

    Reen :
    Kekekeke. Itulah, doakan semuanya selamat ye?

    Nieyxzha :
    Jeng jeng jeng. :p

    Dayu :
    Ala Achik Dayu niii. Tak teka betul-betul lah. :p

    Aziyana :
    Insya-Allah. Memang harap boleh puasa penuh. Pening dah nak qada' puasa. Kekekeke.

    Alynnz :
    Hahaha. Teka Alynz. Itulah. Harap2 Semuanya akan ok. Amin.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015