Thursday, August 11, 2011

Kongsi Cerita.

Saya terima satu email dan satu personal message Facebook yang penuh makna semalam. Email dan PM dari orang yang berbeza. Tapi punya kisah yang sama. Kisah yang sama seperti saya dan Nashrah dulu. Saya rasa, saya patut kongsikan email dan PM berkenaan kepada rakan pembaca sekalian. Tapi terlebih dulu, saya harus rahsiakan identiti mereka agar tiada kesalahfahaman yang timbul di masa akan datang. Insya-Allah.

Email diterima pada : 10 Ogos 2011
Jam : 10.29 Pagi
Salam,

Ini baru pertama kali saya emel aishah. Selama ni jadik silent reader jek, start follow blog aishah since masa buat wedding preparation sebab masa tu sya duk la google "hantaran best", "wedding gift", ape2 la lagik masa tuh, tu yang jumpe blog2 yg banyak cakap pasal tu pastu link ke blog aishah. tapi sebab sy sendiri pun xpernah ada blog, so memang malas la nak comment or ape kan...

saya suka jek baca blog orang yang melalui fasa kehidupan yang sama, mcm tadi la, mula2 cerita pasal kahwin, once dah kawen, start tampal gambar memasak plak, pastu pregnant, ada baby, breastfeeding, baby demam, first tooth semua lah, sebab apa yang kita lalui adalah perkara yang sama, secara umumnya lah kan, tentunya realiti dan yang terperincinya berbeza.

Terlupa plak nak kenalkan diri, saya 'E' duk kat kl & aishah muda 3 tahun dari saya. Kerja makan gaji dan ada kadang-kadang termakan gaji buta bila duk sibuk baca blog orang. Sendiri? Malas tulis hehe...

Sebenarnya start tahun 2011 saya mcm dah xfollow blog Aishah sebab? tuntutan kerja weh, melampau banyak sampai terlupa plak, last masa tau Aishah selamat dapat Anas, alhamdulillah...and congratz!! Saya pun ada sorang toddler, 'D' birthday '______ 2010', kira sama tahun la dgn Anas.

Pastu semalam baru teringat eh, dah lama xjenguk blog sorang ni then baru lah terhegeh2 nak khatamkan pembacaan utk setengah tahun ni...itupun ada yang missed sana sini hehe...so baru tau Aishah tengah pregnant, so congratz again!!

Terpanggil nak share dengan Aishah pasal ada terbaca yang entri emosi pasal terasa yang jarak kelahiran yang dekat ni...Actually saya pun conceive again semasa 'D' umur 12 bulan, so bila dapat adik belum pun cukup 2 tahun...Masa tu memang rasa serba salah-> xtau nak cakap apa, xtau nak rasa apa, xtau nak reaksi apa, mcm xplan tapi kalau tau xnak plan kenapa xguna family planning kan..haaa terkena kat diri sendiri..so end up saya memang at denial stage, kalau2 tersilap ke, yelah masa tuh saya masih fully bf 'D', so sy harap period cycle sy masih belum konsisten..saya cuma buat pregnancy test jek, dekat 8 minggu baru pergi check kat doctor and dapatkan GL, itupun nak buat appointment kat hospital bukan main malas sangat, sampaii minggu ke 15 baru check..Minggu ke 16 baru berani bagi tau family and colleague kat ofis. Selama ni orang asek duk usek2 tanya2 boleh menimbulkan amarah tau haha...Tapi lepas tu dah start hepi2, yelah, kalau org tau kita pregnant, layanan dia ada lebih kan, hari2 husband tanya nak makan ape, masa tu mmg abis duit kat makan jek, nak makan plak yang mahal2 hehe alasan baby teringin, kat ofis pun, semua orang treat speacial punye, saya engineer kena pegi site semua, tapi sebab pregnant so boleh duduk, boleh makan, bagi payung, etc lah...

Bila checkup bulan ke -5 masa tu minggu ke-21, tengah hepi nak teka gender, tp nak tau apa? Scan punye scan, bunyi jantung xkedengaran, aliran darah xkelihatan & baby pun xde pergerakan...???Baby dah meninggal dunia tanpa tahu bila tarikhnya...Adalah proses kelahiran tapi panjang pulak nak share kat sini. & Aishah pun pernah melalui nya kan...Sy mmg xbersedia & xbuat apa2 persediaan pun, even nama pun mmg xtau nak bagi apa. Husband uruskan jenazah & namakan Siti Aisyah, innalillah...Siti Aisyah hadir di dunia xsampai sehari dalam 3 jam jek, hadir dalam hidup saya 21 minggu dan 3 hari, tapi kehadiran dia yang sekejap itu cukup menginsafkan dan memberi pengajaran yang terlalu berharga buat saya.

Sebelum ni saya rasa sy jenis yang xkisah pun kalau dapat anak rapat, saya dan kakak beza 20 bulan, kira saya darjah satu, kakak darjah dua, so memang dari kecik pun dah biasa jek, tapi bila anak sendiri, terasa macam kalau tiba2 ada adik, kesian kat 'D', xsempat manja lah, sy terasa banyak sangat lagik benda yang xdapat buat dengan 'D' yang membuatkan saya rasa xsedia lagik, walau di sudut hati lain saya rasa dengan adanya adik, 'D' akan lebih cepat belajar, & berdikari.

Itulah, Allah menguji kita dengan ujian yang tidak kita jangkakan dan kita kerap kali pun kita xpernah bersedia. Allah bagi saya kata xsedia, Allah tarik pun saya kata xsedia. Sampai saya rasa apa yang sebenarnya saya nak?? Kalau saya sendiri pun xtau apa yang saya nak, kenapa saya xterima apa saja yang Allah bagi, bukankah Allah yang paling tahu apa yang terbaik untuk hambanya...

Ok tu jek lah saya nak share dgn Aishah, semoga semuanya dipermudahkan. Memang rasa mcm xcukup tangan, ada anak kecik, belum lagik kalau hari dia meragam, semua xnak nak ibu dia jek dukung, nak kemas rumah, mana nak masak, suami lagik, kerja kat ofis lagik, tanggungjawab dengan parents, etc..itulah kehidupan kita kan..Tapi mesti boleh punya, hidup mesti lebih ceria dengan bertambahnya sorang lagik. Penat akan hilang bila kita fikir bahagia, insyaallah..

Allah dah janji dia xkan bebankan seseorang itu, sesuai dengan apa yang boleh ditanggung- Al Baqarah, Aishah mesti lebih arif kan..saya tahu orang Johor bab agama ni terror, hehe sebab tu sy pilih suami orang batu pahat haha..kononnya lah lebih alim kan, tapi?? realitinya cuma saya, suami & Allah jek yang tau huhu..xpe kami sama2 belajar dalam mencari jalan menuju keredhaannya..insyaAllah..

Ok la have to go now, dah sejam, ada report nak siapkan hehe..Sorry panjang sangat muak kot Aishah baca..

p.s: Hikmahnya, 'D' yang start on FM waktu siang masa 13 bulan-17 bulan, dah boleh full bF semula sb selepas delivery Sti Aisyah, sy ada hormon yang menyebabkan susu saya bertambah, sy xbuat research pun pasal ni, tapi sebab 'D' dia punya demand kan tinggi so memang susu jadik banyak pulak. Itulah keajaiban Allah. Subhanallah..Cumanya 'D' refuse plak minum susu during day time. So kat rumah banyak sangat stock EBM. Siang kat ofis mmg saya pump sbb kalau xpump, engorged saya plak yang sakit huhu..Malam mmg direct. Siang FM ke EBM ke memang xnak, xnak botol letak dlm cup pun xnak, minum plain water & juice jek. Even Milo ke Vitagen ke sume xnak hoho xtau ape ini budak, so untuk memastikan mendapat sumber calcium, favourite dia adalah cheese, minimum sehari sekeping.

Ok Sekian Terima Kasih & Have a nice day..

Saya ambil masa lebih kurang 4 jam untuk saya balas semula. Saya taktahu nak mulakan ayat bagaimana. Email dari 'E' ni buat saya terpaku. The feeling is exactly sama macam apa yang saya rasa. Saya tak sedia, tapi kenapa tak pakai family planning? Apa yang sebenarnya saya nak? Bila difikir balik, banyak sangat kebenaran dalam email berkenaan. Allah bagi, saya kata saya tak sedia. Kalau Allah tarik nanti (Nauzubillah), macam mana?

Ini email balasan saya;

Assalammualaikum 'E',

Saya terima email awak pagi ni. Tapi saya ambil masa lebih kurang 4 jam untuk menjawab balik. Saya tak tahu nak kata apa dulu. Mungkin saya patut ucapkan terima kasih dulu sebab dah lama gila awak baca blog saya sampai boleh ingat nak cari balik. I think, we should be friend and that's why saya dah add awak kat facebook. Saya harap awak accept saya. :)

Secondly, takziah atas pemergian Siti Aisyah. Sedap nama dia (bukan sebab nama saya). Tapi namanya kedengaran sejuk dan indah sebagai seorang bidadari Syurga. Saya memahami situasi awak cuma mungkin keadaan kita berbeza. Saya anak pertama dan memang mengharap. Dan awak pula anak kedua which is pada mulanya awak seperti tak sedia, macam saya kini.

Thanks again sebab sudi mengarang panjang lebar. Saya tak tau nak kata macam mana. Saya terharu, gembira dan dalam masa yang sama, awak mengingatkan saya. Bila awak cerita tentang Siti Aisyah, saya rasa yang saya juga takut perkara Nashrah dulu terjadi lagi untuk bayi ini (Nauzubillah). Harap-harapnya, Allah SWT tidak tarik nikmatNya kali ini. Saya dah mula boleh terima dan mula bergembira. Saya harap, biarlah sampai ke akhirnya dan sempurna selamat everything.

Dari email awak, saya yakin yang awak seorang yang kuat. Ada hikmah atas tiap apa juga dugaan Tuhan kan? Saya bangga bila awak kata yang hasil susu awak bertambah selepas deliver Siti Aisyah. Which is very-very good for 'D' kan? Saya doakan yang awak akan terus berjaya untuk fully bf walau hanya pada waktu malam aje. Takpelah, lebih baik ada dari tiada macam saya ni kan? :(

Trillion thanks again sebab sudi menghantar email pada saya. Your email just make my day. Awak berikan saya semangat untuk meneruskan kandungan ini dengan lebih gembira. Saya doakan rezeki awak melimpah ruah selepas ini. Dan saya doakan juga semoga keluarga awak sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin.

Thanks, and thanks again. :)

Lega.

Selesai berbuka dan selesai segala benda wajib malam semalam, saya tertidur ketika sedang menidurkan Nashriq. Saya terbangun pada jam 12.15 pagi dan seperti biasa, Blackberry yang akan dicapai dulu. Check BBM yang masuk, baca-baca dan balas apa yang patut. Check pulak FB notification, mata terpaku pada satu personal message ini;

PM diterima pada : 10 Ogos 2011
Jam : 11.45 malam.
salam...sory la kacau awk even xknl..tp sy ade terbaca blog awk..sy tumpang happy tgk awk dh ade ank lpas ape yg jd..sy jgk lalui ape yg awk lalui dulu..sy pun kehilangan ank sulung sy ms 31 minggu..skrg sy still dlm pantang hari ke 40..ape yg awk ceritakn dlm blog awk sama dgn sy..sy jg lalui detik2 tu..masih terbyg2 lg time sy rs baby dh xgerak tp sy tkut nk g check sbb tkut dpt berita negatif wpun hakikatnya jauh di sudut hati mmg sy dpt rskn ade smthg yg buruk jd kat baby sy..ape yg awk cite n lalui mmg btol2 sm dgn sy..sy menangis ms bc blog awk sbb sy turut lalui saat2 yg sama mcm awk...cuma bezanya skrg awk dh ade pengganti n bakal dpt lg sorg...jeles sy tgk...sy berharap sgt sy jgk mcm awk di beri rezeki secepat mungkin utk sy ubt kedukaan sy..sy just nk tny mcm mn awk dpt lalui semua ni?sy ari2 dgn airmata sbb sy n hsbn mmg mnghrp sgt cz ni ank sulung tb2 tuhan amik dulu..bygknlah betapa xcitednye kitorg beli brg baby ms dh 7 bulan n siap buatkan bilik khas lg utk baby sy tp rupenye tuhan dh janjikan tempat khas yg lg baik utk arwah ank lelaki sy..bila tgk bilik die sy xdpt nk tahan betapa sedihnye sbb xsempat nk bg die tgl kat bilik tu,n xsempat nk bg die pakai bj yg kitorg dh beli..sy mmg happy tgk family awk dan selepas ape yg awk lalui tuhan beri rezeki yg x terhingga wat family awk..sy berharap sy jgk dapat lalui sama mcm awk...insyallah...

Pause.

Saya termenung lama sebelum ambil keputusan untuk menjawab PM itu dengan segera. Untuk pengetahuan kalian, saya juga ada email, PM dan comment kebanyakkan blog yang mengalami nasib yang sama sepanjang saya tidak boleh terima kehilangan Nashrah dulu. Segalanya saya luahkan pada mereka. Kerana saya tahu, saya tiada siapa untuk berkongsi sedih. Jadi bila mereka-mereka yang senasib saya dulu membalas email, PM dan comment saya dengan segera, hati saya rasa tenang dan lapang. Jadi, saya mahu penghantar PM di atas pon rasa lega macam mana saya rasa dulu.

Ini balasan saya;

Assalammualaikum 'A',

Salam takziah dari saya sekeluarga untuk awak sekeluarga. Setiap perit yang awak lalui sekarang, saya juga lalui peritnya lebih kurang 2 tahun yang lepas. Saya dapat rasakan hingga kini apa yang awk rasakan. Kalau kita ada berdekatan, saya nak sangat peluk awak dan berikan kekuatan saya yang tidak seberapa ini pada awak.

Secara jujurnya, saya juga tidak kuat sewaktu menghadapi berita kehilangan Nashrah. Saya hampir hilang diri menangis meraung tiap kali menatap album scan yang ada beberapa keping gamba beliau. Mungkin dugaan awak lebih berat sebab awak dah mula membeli barangan baby dan menyediakan sebuah bilik khas yang akan dipandang selalu. Nasihat saya, pack dahulu barang2 baby itu dan kemaskan semula bilik baby tadi kepada keadaan biasa. Kerana semakin awak pandang, semakin itulah diri kita akan menangis.

Tapi kalau awak kuatkan semangat awak, ianya takkan mengambil masa yang lama pun untuk bertenang dan menerima kenyataan. Tarik nafas awak, lap airmata awak, hembus nafas dan tersenyum. Berfikiran positif yang seorang bidadara syurga sedang menanti awak di sana untuk meringankan beban awak dan suami. Insya-Allah, anak lelaki awak inilah yang akan memimpin tangan awak di sana 'nanti'. Tak sabar kan? :):)

Banyak2 bersabar dan redha. Ingat juga bahawa Allah takkan menduga hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Kita insan terpilih yang dipilih untuk melalui dugaan ini. Terima dan hadapinya dengan tenang. Mungkin awak rasa saya bercakap mudah sekarang, tapi percayalah, kebahagiaan akan jadi milik awak di masa akan datang. Pada masa itu, awak akan lebih hargai dan bersyukur tidak terperi.

Saya doakan awak sekeluarga akan kuat. Saya tahu bukan mudah. Tapi, bertabahlah dan terimalah dengan redha. Ambil nafas, hembus dan senyum. Kosongkan fikiran dan rancanglah anak seterusnya secepat mungkin jika itu yang awak dan suami mahu. Rileks dan saya doakan juga segala yang lain akan dipermudahkan.

Jaga diri awak baik-baik. Cubalah berfikiran positif. Mana yang perlu, saya akan cuba bantu lagi. Okeh? :):)

Saya tahu awak kuat dan tabah. Awak boleh. Percayalah. :))

Lega lagi sekali.

Email dari 'E' dan PM dari 'A' benar-benar membuatkan saya sedar atas nikmat Tuhan. Dalam masa yang sama, ianya mengingatkan saya juga kepada tragedi Nashrah yang saya harap tidak akan berulang lagi. Saya berdoa kuat dalam hati. Saya panjatkan syukur atas nikmat Tuhan yang ketiga ini. Saya tahu, saya kufur nikmat seketika. Dan kini saya sedar.

Semoga perkongsian saya ini, menjadi ikhtibar buat kita semua.

Al-Fatihah buat Nashrah, Siti Aisyah dan putera kepada 'E'.

Al-Fatihah jugak buat semua baby yang still birth out there.

P/S : Takziah buat Xeea and family. Al-Fatihah buat baby beliau.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

12 comments:

  1. Terharu dan speechless.

    Aishah antara yang beruntung keranan diberi nikmat ini oleh Allah. Trust me. Ade anak yang menunggu di Syurga, ada zuriat yang menceriakan hari-hari, walaupuun kadang-kadang buat kite macam nak heart attack.

    U r so lucky my dear.:)

    ReplyDelete
  2. @Fashya : Insya-Allah, Amin. Rasanya lepas ni nak lebih rileks lah kan Fashya. Nak enjoy moment dengan Nashriq. Nak enjoy moment dengan baby dalam perut. Tapi kadang-kadang tu rindu jugak kat Nashrah. Haih.

    @Akish : Speechless ke wordless? Hehehe.

    ReplyDelete
  3. aishah....

    kita takut sebenarnya, kita pun rasa tak sedia bila tahu yang saya conceive again..saya rasa macam ada ke takde sebenarnya ni...sampai sekarang perasaan saya macam tu. Saya rasa pregnent kali ni menyusahkan sebab saya mabuk teruk. Astagfirullahala'zim...teruk kan saya aishah...

    bila dah baca entry ni, saya terus terkedu...takut, risau semuanya ada...takut sebab Allah akan tarik rezekinya bila saya kata saya tak sedia...

    saya menangis baca ni..terus terasa ianya sangat mengisafkan...

    Moga-moga Allah ampunkan saya..T_T

    ReplyDelete
  4. *hugsssssss*

    Its not easy when it comes of losing something. Especially 'something' we love & close to heart.

    Terima kasih, Aisyah, E & A for your inspiring words :)

    ReplyDelete
  5. sdehnya...T__T walaupun xlalui tp dpt rasa naluri seorg ibu itu... aishah, sama2 la kita bersyukur dgn apa yg kita ada. seperti firmanNYA dlm surah Ibrahim ayat 7: Jika kamu bersyukur akan KAMI tambah nikmat kepadaMU... mg ada sinar bahagia menanti di sana...ameen

    ReplyDelete
  6. insan2 sekeliling kita walau xkenal tp masih mengmabil berat..syukur kan? ada sebb kenapa semua itu Allah takdirkan untuk kita

    ReplyDelete
  7. @Ana : Sama je dengan saya Ana. Saya pon mula-mula dulu tiap-taip malam menangis sebab tak sedia. Tapi lama-lama dah ok dan makin sayang pada kandungan kali ni. Semoga Allah kekalkan rezeki ini buat kita kan? Amin.

    @Xeea : No problem Xeea. What friends for kan? :)

    @Faizah : Terima kasih atas perkongsian ayat tu Faizah. Ianya mengingatkan saya juga. Thanks again. :)

    @Aziyana : Ye, ada sebab kenapa Allah takdirkan sesuatu untuk kita. Segalanya ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. *dah bergenang*

    baca email dr E buat aku macam tersedar, insaf pun iye
    aku selalu kata aku tak sedia, tak ready, tak nak lagi..nanti dulu. tapi bila mengenangkan nasib orang yang pelbagai.. aku jadik insaf, terasa betapa angkuhnya aku selama ni. siapa aku nak kata tidak kat ketentuan Allah kan..

    insaf.. sungguh

    dan berusaha menyiapkan diri menghadapi segala kemungkinan

    ReplyDelete
  9. @Dayu : Samalah macam kita dulu Dayu. Cakap tak sedia. Cakap tak nak. Bila dah lekat, menangis meraung. Rasa berdosa sangat. Sekarang ni dah mula redha. Harap2 rezeki ini berkekalan hingga akhirnya. Amin.

    ReplyDelete
  10. tak tau nak taip ape.. hilang kata2... rindu arwah anak2 pun ada... tak mo dah la cakap Tak Nak Tak Nak tu...ermmm

    ReplyDelete
  11. Elly : Kan? Kita pon dah takmo cakap dah. Sekarang terima aje rezeki Allah nak bagi.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015