Tuesday, August 16, 2011

Masakan Pertama Di Ramadan Ke-15.

To be honest, sepanjang bulan Ramadan yang berbelas hari ini, aku memang belum pernah masak sendiri. Kebanyakkan hari di rumah Emak. Kalau tak buka rumah Emak, tapau bawak balik rumah. Sekali berbuka di rumah Ibu Mertua dan adalah 2-3 kali mem'bazir'kan duit kat Baazar Ramadan. Err, anak sedara aku panggil Baazar Bazir. Boleh?

Selalu jugaklah aku merasa jeles bila kengkawan lain gebang pasal juadah berbuka puasa yang mereka masak sendiri. Mau tak jeles wehhh. Semua gambar nampak sangat menyelerakan. Aku ni bukannya pandai masak sangat. Nanti kalau masak tak sedap, potong stim mood nak berbuka. Itu yang aku selalu dok fikir. Kesian kat Wahid pulak kan? Puasa nak makan sedap-sedap. Tapi isteri masak tak seberapa.

Tapi demi melepaskan niat dalam hati yang meronta-ronta sangat nak masak sendiri, aku pon bincang dengan suami pasal menu pertama di Ramadan ke-15. Hasil perbincangan ringkas, kami pon memilih menu berbuka puasa - Ikan Bawal Masak Sweet Sour dan Sup Fishball.

Balik kerja seawal 4.30 petang bukan jaminan untuk sampai ke rumah awal dan boleh lenggang kangkung buat kerja. Travel dari Bandaraya JB dan sampai ke Tiram sudah ambil masa 1 jam. Ambil Nashriq di rumah Ibu Mertua, sembang kejap, kemudian singgah kedai beli bahan-bahan masakan sudah ambil masa setengah jam. Sharp sampai rumah pukul 6.00 petang.

Terus capai cerek masak air sebab Wahid dah janji nak take over mandikan Nashriq. 1st time okeh. 1st time. Wahid memang membantu banyak benda sebelum ni. Basuh baju, sidai baju, kemas bilik, kemas rumah dan jaga Nashriq. Tapi dia memang tak pernah mandikan Nashriq before. So, bila aku cakap yang aku nak masak sangat-sangat, dia pon volunteer nak mandikan Nashriq. Lega sikit sebab nampak gaya everything is going smoothly. Nashriq pon happy aje mandi dengan Ayah dia. Aku pon boleh concentrate memasak tung tang tung tang kat dapur.

Sambung kisah aku memasak.

Aku pon meneruskan tugas menyiang ikan, goreng ikan, start masak Sup Fishball dan kemudian buat sambal sweet sour untuk ikan. 6.45 petang setel memasak dan siap dihidang atas meja. Terus pulak buat Air Oren dan masukkan dalam fridge nak kasi lebih sejuk. Kesilapan kat sini, aku rasa, aku patut buat air dulu sebelum mula memasak. Barulah air tu akan lebih sejuk dan nyaman di waktu berbuka. Haih. My mistake.

Ada kisah lain pulak. Wahid telah mengeluarkan Karipap Frozen dari dalam peti sejuk. Ye tak ye jugak, takkan nak makan nasi dengan lauk alat-alat kan? Nak singgah Baazar Bazir beli kuih tadi memang tak sempat. Nasib baik ada Karipap Frozen tu ha. So, tinggal nak goreng aje.

Nashriq dah mula cranky, aku capai botol buat susu. Wahid dah mula masukkan Karipap dalam kuali. Dia pesan kat aku yang tengah buat susu ni ha tengok-tengokkan Karipap dia. Aku mana boleh multitasking sangat. Kalau tengah buat susu, aku kena concentrate. Kekekeke. Sementara Wahid pon entertain Nashriq angkat naik high chair nak join berbuka. By the time dia sampai kat kuali dia semula, Karipap tu dah hangus. Aku buat muka tak bersalah ajelah. Terus angkat Nashriq dari high chair duduk depan TV minum susu. Terus dua-dua diam. Aku bersalah sebab tak tengok-tengokkan Karipap atas kuali. Wahid pon bersalah jugak sebab tak menyabar nak goreng. Tunggulah aku kan? Lepas aku buat susu, aku gorengkan lah kan? (Ayat cover line).

Bila dah start baca Doa, barulah aku bersuara ajak buka. Terus mood kembali baik. Angkat Nashriq sekali join berbuka. Suka dia makan Sup Fishball yang aku letak Bunga Kobis dan Baby Corn tu. Bukan main laju lagi dia mamah Baby Corn. Adalah dalam 4 batang kot. Bagus kecik-kecik dah suka sayur. Jangan jadi macam Mama dia, sampai ke besar tak makan sayur.

Lepas berbuka, sementara Nashriq di take over oleh Wahid depan TV, aku pon kemas meja, basuh pinggan, simpan lauk untuk sahur, sterilize botol-botol Nashriq dan sempatlah basuh ayam + sotong + baki seekor ikan bawal yang aku beli lebih tadi. Ingatkan esok (harini) nak masak Sup Kaki Ayam + Sotong Sambal. Macam dah semangat pulak nak memasak dan berbuka hasil air tangan sendiri. Syok! :)

Ahhh, maaflah sebab tak ada gambar yang sempat di capture. Ada niat nak amik, tapi macam malu pulak masakan tak seberapa nak amik gambar. Nanti lain kali, kalau finishing umph sikit, aku capture okeh? Mana tau, boleh buat kenang-kenangan. Echeh.

Oklah, nak sambung Berkhidmat Untuk Negara. Bye!

P/S : Nanti nak update Resepi ni kat Blog Masak-Masak.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. Ala, mana gambar? Hehe takpe nnt buh gambar ok.

    ReplyDelete
  2. @Fie : Nak snap tapi macam berkira-kira sebab malu finishing tak cantik. Main lebur aje. Nanti kalau kita masak lagi sekali, kita his cantik-cantik, kita post gambar eh?

    ReplyDelete
  3. Salam kenal. Saya pun tak seberapa masak gak. Tapi dipaksa belajar dari husband, hahaha.Actually best tau masak sendiri. Sedap ke tak sedap ke simple sgt ke itu belakang kire yang penting kite, suami dan anak duduk semeja Enjoy :)

    ReplyDelete
  4. @Momoe : Kan? Tapi saya sekarang tengah simptom malas memasak. Kekekeke. Tapi akan cuba dipertingkatkan kerajinan mulai hari semalam. Echeh.

    ReplyDelete
  5. @Nurul : Nanti lain kali, kalau Aishah masak lagi, Aishah snap ye? :)

    @Nads : Sedap kan? Kita pon suka!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015