Dah lama sebenarnya tanggungjawab ini bertangguh. Dari Nashriq lahir sampailah dah nak masuk setahun ni ha. Semua duit hadiah masa lahir, duit raya tahun lepas dan duit hadiah masa cukur jambul terperap dalam robok baju aku. Sorok jauh-jauh dalam beg buruk. Sebab takut TERnampak dan TERpakai. Nanti bila dah TERpakai, susah nak MENGganti. Hehehe.
Jadi, sebelum mencecah 1 tahun ini, aku dan Wahid dah bincang untuk buatkan satu akaun simpanan untuk masukkan semua duit rezeki Nashriq itu. Pening jugak woooo nak memilih akaun apa yang bagus. Pada mulanya, kami plan untuk masuk dalam Amanah Saham Didik (ASD). Nasib baik jugaklah aku call dulu Pejabat Pos dan diorang kata, kuota untuk ASD belum dibuka lagi. Kena tunggu ada orang buat withdraw baru aku boleh bukak akaun dan masukkan duit. Tak ke payah cenggitu?
Jadi, setelah beberapa survey dibuat, maka ramailah yang kata lebih baik dimasukkan ke dalam Tabung Haji sebab duit simpanan kat situ akan di-Zakat-kan (Thanks to Fad!). Ialah, kita sebagai manusia ni kang hanya tahu buat simpanan. Tapi status zakat duit simpanan kita tu, kita tak fikirkan. Ini aku cakap pasal aku ni tau. Sebab aku pon asyik fikir dividen, dividen dan dividen pada mulanya. My bad. :(
Sebelum lebih tekad nak bukak akaun Tabung Haji ni tadi, aku adalah berbual dengan satu Cikgu kat sekolah ni ha. Aku tanyalah pendapat dia pasal akaun simpanan mana yang bagus untuk anak-anak kan. Dia jawab Tabung Haji ditambah dengan beberapa potong ayat yang buat bulu roma aku naik seram mendengarnya;
"Kau nak macam mana? Kau nak profit dunia semata? Atau kau nak profit dunia dan profit akhirat bersama yang lebih berkat?"
Termenung aku dengar.
Tanpa membuang masa, aku pon berdesup ke Tabung Haji dan tekad ajelah bukak akaun Nashriq di sana. Dengan harapan, duit simpanan yang akan digunakan oleh Nashriq di masa akan datang ini nanti akan lebih berkat untuk perbelanjaan kesihatan atau pembelajaran beliau di masa akan datang. Insya-Allah.
Nanti nak bukak akaun SSPN pulak. Tolak gaji Mama dan Ayah bulan-bulan. Moga-moga Nashriq tak payahlah meminjam banyak sangat kat PTPTN tu nanti. Kesian anak Mama nak mengganti puluh-puluh ribu semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah.
Peh, dah fikir Ijazah. Tadika pon belum daftar. Blerghhh!
Edit : Terlupa pulak aku nak cerita pasal dokumen yang harus dibawa. Masa memula tadi ingat, tapi bila dah taip terus lupa. Bila Reen tanya kat comment, baru aku teringat nak kongsi.
Okeh, dokumen yang harus dibawa ialah MYKID ANAK dan MYKAD IBU / AYAH (salah seorang) sahaja. No need to fotostat salinan ke hape. Just bring the original one. Aku pon tadi semangat fotostat Surat Beranak, MyKid dan MyKad semua. Tapi haram dia tak pandang.
Mudah kan? Jimat kertas kata nyewww. :p
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Fifi pon hanya ada tabung haji...lain2 x buka pon lagi. T__T dah nak kene fikir duit belaja pulak kannn. Masa depan kita taktau scholarship senang ke susah nak dapat.
ReplyDeletetahniah dh buka tabung haji.ainul pun baru buka TH dgn insurance je utk arreessa.insurance tu ada medical dgn education sekali.SSPN wajib ke??
ReplyDelete@LinGhazale : Itulah Kak Lin. Dah kena fikir dari sekarang nampaknya. Sekarang pon kita dah nampak betapa mahalnya perbelanjaan anak-anak. Jadi demi takmau susah di masa akan datang, kenalah bersiap dari sekarang.
ReplyDelete@Ainul : Wah, bagusnya. Insurance ape tu Ainul? Err, pasal SSPN tu kan, Aishah ada terbaca yang syarat layak masuk U adalah dengan memiliki akaun SSPN sekurang-kurangnya RM3000.
Aishah
ReplyDeleteSeriously kalau nak masuk U kena ada SSPN?. Alia Kaiyisah tak ada pun. Cuma ann daftarkan TH, buka akaun Yippie Maybank and insurance yg cover medical & savings sekali.
em..mcm tu nanti nak bukak jugaklah akaun tabung haji tuk 2 hero tu
ReplyDeletesspn kita dah bukak sbb kita nak tax relief...tapi part kelakar bile citer kat husband masa isi borang sspn kena tulis gak details suami *hehe dia takut sbb hutang ptptn dia dh lama x bayo*
Hahahaha ayat last da gelak2 da. Takpe mesti nachik bole punye. Hehehe
ReplyDeleteOrang pon ingat nak bukak kat tabung haji. Banyak tak prosedur dia?
kite bg suggestion tp imaan takde any saving acc lagi kecuali saving insuran takaful ikhlas. insyaAllah nanti dpt duit raya tahun ni bakal bukak acc TH juga utk imaan. =)
ReplyDeleteisk baru jer bukak ASD shifa
ReplyDeletecam ner tu?
@Ann : Tak pastilah Ann. Tapi dengar cerita memang macam gitu. Antara kelayakan kemasukkan ke U ialah, kena ada akaun SSPN sekurang-kurangnya 3K. Wallahualam. Nanti kalau Aishah dapat info lebih, Aishah kasitau ye?
ReplyDelete@Ryy.Han : Hahaha. Sangkut PTPTN tu yang seram kan? Seriau je rasanya.
@Reen : Tak banyak. Just bawak MyKad Ibu atau Bapa dan MyKid kanak-kanak aje. That's all. Mudah kan?
@Fad : Ha'ah. Bukaklah Fad. Rasa macam bagus jugak. :)
@Mimie : Entahlah. Payah kan? Dia kata, kalau Aishah nak bukak akaun dan menyimpan, kena tunggu ada orang keluarkan duit dulu. Kuota dia ada sekian-sekian jumlah aje. Dah penuh.
alhamdulillah alynn pun dah buka kan buku bnk simpanan sspn utk danish..selain insurans..
ReplyDelete@Alynz : Baguslah Alynz. Insurance apa ek Alynz masuk?
ReplyDelete