Aishah Rahim's Diary: Perkongsian Idea Dan Rasa

Showing posts with label Perkongsian Idea Dan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Idea Dan Rasa. Show all posts

Tuesday, April 2, 2019

TIPS BERLAPANG DADA BILA TENGAH RASA DOWN.


Assalammualaikum, selamat pagi 😊

Semalam, ada seorang sahabat di Facebook ni tanya tips nak redha atau berlapang dada kalau kita tengah down?

Sebab "kaedah" ini works on me, marilah saya share sedikit kot bermanfaat untuk semua.

Kita ni manusia biasa, terkadang kita ada fasa kecik hati, rasa down, sedih sangat..

Kalau tak dikawal dengan betul, kita boleh jadi manusia yang "sia-sia" sebab asyik nak marah orang, melihat kesalahan orang je..

So bila saya rasa macam ni je, saya akan buat step by step di bawah ini 👇

1. Teknik pernafasan 5-7-5
2. Sambil tu senyum...
3. Cakap kat diri sambil pegang dada, "Aku redha Ya Allah, aku ikhlas Ya Allah, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, ALLAH ADA.."
4. Senyum, senyum, senyum..
5. Pastu Istighfar banyak-banyak.


Buat banyak-banyak kali kalau rasa masih tak boleh move on, sentiasa ingat Allah ada dan kita hanya perlukan Allah.

So far, it works on me! 😉

Be happy, hidup ni singkat sangat kalau nak isi dengan energi negatif setiap hari ❤️





Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 1, 2019

Tahun Baru Dan Sesi Persekolahan 2019.

Sumber gambar : Google
Selamat tahun baru 2019 buat semua. 

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua sepanjang tahun ini. Diberikan kebahagiaan, kejayaan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Apa azam uols tahun ni? Saya ni macam-macam azam tulis hahaha.. Dah tampal, dah print letak kat SOHO. Azam utama tentulah nak jadi Hamba Allah yang lebih baik - jangan tinggal Solat, nak usaha Solat awal waktu, nak banyakkan amalan sunat, sedekah dan paling nak fight ialah nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Doakan saya tau :)

Azam lain tentulah berkaitan dengan bisnes dan paling korang tak caya tahun ni ada azam nak "kurus and stay healthy" gitchu kahkahkah.. Tak tahulah kenapa terbuka hati nak ada azam "nak kurus" sedangkan sebelum ni I don't really care about it. Maybe sebab dah berusia ni kot. Nak stay healthy with family, nak lebih cergas dan bersemangat!

Okaylah taknak cerita pasal azam lagi. Sekarang nak share gambar-gambar hari persekolahan pertama tahun 2019. Tahun ni Nashriq darjah 3, manakala Najah pulak darjah 2. Sekejap je depa ni dah besar huhuhu Mama terasa tua pulak tengok anak-anak dah besar :")


Lama gambar depa berdua tak keluar kat blog Mama kan? :p


Maaflah kat budak kecik belum mandi tengah tu *rolling eyes*

Overall pagi ni semua bangun senang je. Tak ada drama. Maybe dah lama tak pergi sekolah, so semangat nak jumpa kawan-kawan. Pastu depa excited kasut hitam tu hahahaha asyik nak cuba je dari hari beli haritu. Kasut hitam memang smart ler, kan?

Belajar la rajin-rajin, anak-anak. Banyak azam dan target Mama tahun ni berkisar pasal mereka bertiga. Ofcoz I am not a perfect mother. Selalu marah anak, garang. Tapi Mama nak usaha tahun ni nak jadi lebih sabar dan fun. Dan, kita kena fokus belajar jugak sebab tahun ni tak ada streaming, tak ada exam, nak tak nak parents kena ambil peranan bantu anak-anak belajar #notetomyself :)

Lain-lain, jangan tinggal Solat, jaga aurat, rajin mengaji, jadi anak soleh solehah yang bahagiakan Mama dan Ayah. Semoga Allah jaga dan pelihara anak-anak Mama dunia dan akhirat. Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, June 2, 2018

Hello 2018.

Well I know, it's already bulan Jun dalam tahun 2018. Pastu aku baru nak wish "Hello 2018" sebab takde langsung entry tahun 2017 dan 2018. Sungguhlah berhabuk bersawang blog ni. Rindu sangat nak menulis kat sini. Tarikh last post 1 November 2016 - Cinta Hati Naurah. Budak tu pon dah 2 tahun dah kelmarin. Punyalah mengabaikan blog ni sampai tak jenguk-jenguk.

What's going on in my life?

Ya, aku masih Aishah Rahim yang sama. Belum bertukar jadi Fazura, Neelofa, MiraFilzah atau Uqasha Senrose you name it. Ya, masih buat bisnes Shaklee, masih beranak tiga belum tambah, masih sibuk menguruskan bisnes, rumah dan anak-anak. 

What else.. Lebih banyak membawang kat Facebook hihihi..

Honestly rindu sangat kat blog ni sebab kat sinilah tempat pertama aku mengasah (kah!) bakat menulis sejak dari tahun 2007. Hoii lama gila dah umur blog ni 11 tahun kot? Dah macam darjah 5 sekolah rendah tahun depan nak pi amik UPSR dah..

Waktu aku tengah menulis ni (well actually menaip) jam 7.30 pagi, 17 Ramadan. Kat luar hujan lebat since Subuh tadi. Tenang je rasa lagi pulak anak-anak semua masih tidur. Aku pulak since bangun 3.30 pagi tadi tak kuasa nak tidur balik sebab banyak kerja nak kena siapkan.

Apa lagi update?

Hmm, Nashriq dah masuk darjah dua. Najah pulak dah darjah satu. Naurah baru masuk 2 tahun kelmarin 31 Mei haritu. Dah makin besar dah anak-anak kalau nak throwback balik zaman diorang kecik-kecik memang bukak blog ni baca all the journey :)

I wish that I have banyak masa dan kerajinan untuk update blog ni setiap hari macam dulu. 

Okay, dah dengar lagu Ultraman dari ruang tamu atas. Maksudnya seseorang dah bangun dan dah buka TV and aku tahu siapa. Tak lain tak bukan Nashriq. Dari dia kecik membawak dah umur 8 tahun hidup aku dihantui patung Ultraman dan lagu Ultraman hahahaha my boy..

Aku stop dulu. Nanti aku update lagi okay? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 10, 2015

CABARAN SEHARI TANPA FB APPS.

Kedengarannya seperti mustahil untuk orang yang "feeling Mamarazzi" macam aku KAHKAHKAH. Apa tidaknya, hidup seharian memang suka duduk scroll FB dari pagi bawak ke malam. Baca gosip, baca sumpah seranah, baca itu baca ini yang akhirnya tak membawa ke mana-mana. Oh, banyaknya masa yang terbuang begitu sahaja. Rugi rugi rugi :(

Mampukah Aishah Rahim hidup tanpa FB apps?

Tak apa, aku cuba untuk SEHARI ini hidup tanpa FB apps dan FB messenger di handphone. Tengok menggelupur tak? Kehkehkeh. Yang penting bak kata Mentor ku, "Buang masa scroll FB atas ke bawah atas ke bawah. Lebih baik spend time untuk berzikir dan mengaji. Spend time untuk Allah. Yang pasti, kita tak akan mati pon tanpa FB apps tu.."

Terus sentap. Kahkahkah!

P/S : Latihan untuk Hari Raya juga ni. Supaya lebih bersosial dengan saudara mara dan jangan asyik dok pandang handphone. Tambahan lain, boleh latih anak-anak juga supaya tak depends sangat on gadget. Mak-mak tak tengok handphone sangat, anak-anak pon akan ikut contoh. Ye tak?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

WEBINAR - CARA BARU UNTUK ONLINE COACHING.

Umum ketahui, bila namanya bisnes MLM, mestilah kena meeting, discussing atau coaching bersama Upline dan Downlines. Ramai juga yang risau, bila Upline jauh macam mana nak belajar bisnes? Tak boleh jumpa face to face. Tapi ramai tak tahu, di group kami ada banyak medium yang digunakan untuk sentiasa in touch bersama Upline dan Downlines.

Kebiasannya, kami gunakan FB Group, Whatsapp Group dan Telegram untuk memberikan info terkini berkaitan Bisnes Shaklee. Secara khususnya, kami akan personal Whatsapp untuk coaching one to one dan paling best kita akan calling-calling nak bagi dengar suara yang merdu ewahh. 

Bak kata Upline saya,
Komunikasi yang berkesan adalah melalui SUARA dan SENTUHAN.

Webinar adalah satu lagi medium yang group kami gunakan untuk online coaching bersama para Upline dan Downlines yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Dengan Webinar, kita boleh dengar suara presenter dan lihat muka mereka atau slides-slides yang mereka sediakan. Terasa seperti masuk meeting yang real tapi berlatar-belakangkan rumah sendiri hihihi.


Nak join Webinar ni boleh menggunakan PC anda atau Handphone masing-masing. Yang penting, kenalah ada internet. Tak ada internet macam mana pulak nak connect ye tak? Paling penting juga, kena ada aplikasi Webinar supaya boleh masuk meeting.

Untuk Android & iPhone = Sila download "GoToWebinar" di Apps Store


Logo GoToWebinar

Bila dah ada aplikasi, anda perlukan ID untuk join meeting. ID akan diberikan oleh tuan rumah / host / presenter yang mengadakan meeting berkenaan. Dah dapat ID, masukkan ID dan beberapa details yang diperlukan, tunggu host approve dan akhirnya kita telah join satu meeting sambil bersantai-santai kat rumah sendiri. Best kan?

Dah tak ada alasan untuk tidak berjaya.
Hendak seribu daya, kan?

Dengan keadaan yang fleksibel, masa yang fleksibel, kita masih bersama keluarga, dan masa yang diperuntukkan pon tidak lama, kita masih boleh menerima ilmu serta tunjuk ajar dari Upline. Dalam Shaklee ni mudah je, Upline perlu bimbing Downlines sehingga berjaya, dan Downlines pon kena ICU (Ikut Cakap Upline) hihihi baik punya short form.

Dalam group kami selalu sebut Upline sebagai "Mak" dan Downlines sebagai "Anak". 
Lebih mesra dan bonding gitu.

IKLAN :

Ingin mulakan misi menambah pendapatan dan mencari side income? Peluang untuk anda mulakannya bersama Shaklee.  Hubungi saya untuk mulakan misi anda dengan modal serendah RM79 (Semenanjung) dan RM89 (Sabah / Sarawak). 

Mula JANA PENDAPATAN anda dengan USE, SHARE and BUILD.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, December 17, 2014

CARA MUDAH DELETE GAMBAR LAMA DALAM BLOG ANDA!

Lama dah sebenarnya aku cari penyelesaian untuk buang gambar-gambar lama yang ada dalam blog aku ni, terutama sekali gambar-gambar sebelum bertudung. Bukan apa, aku takut kalau 'tak sempat' buang semua gambar lama tu nanti, apalah nasib aku 'di sana' sebab gambar-gambar lama tu masih ada. Eh, aku bukanlah baik sangat. Masih cuba improve diri hari demi hari. Cuma untuk ini, memang aku kena start sekarang. :) 

Di sini, aku share bagaimana nak buang gambar lama dalam blog kita secara pukal. Semoga bermanfaat untuk anda yang lain. Jom ikuti step by step di bawah,

  1. Mula-mula, buka akaun blog anda (akaun Google selalunya).
  2. Kemudian, anda buka web https://plus.google.com/photos/ (Picasa Web)
  3. Akan keluar semua gambar yang ada dalam blog anda. Anda boleh select satu persatu dari sini dan DELETE. Atau anda boleh juga,
  4. Klik MORE dan pilih ALBUMS - anda boleh view gambar dalam setiap album.
  5. Select gambar yang anda nak buang dan tekan DELETE.

Contoh album dalam Picasa Web.

Yeah senang je kan? Aku pon banyak gambar nak delete ni ha. Bayangkan dari 2008 punya entry siap entry kahwin semua huhuhuhu. Takpelah, pengorbanan... Kan kan kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 28, 2014

MAMA, NAK "MET-TAP"!

Harini ada kenduri kecil-kecilan sempena 4 orang anak saudara aku nak bersunat esok. Adalah buat doa selamat dan kenduri arwah sikit. Maaf kepada yang tak dijemput sebab aku pon sampai terlupa nak menjemput dek kerana busy sangat sepanjang minggu ini. Ampun ya, bukan tak sudi. Tapi itulah, kesuntukan masa sangat-sangat..

Jadi tadi, masa nak bersiap, Najah boleh landing baik punya sambil cakap, "Mama, nak met-tap!" Serius sebelum ni aku tak pernah make-up kan dia pon. Sebab aku cakap kat dia nanti rosak kulit muka. So dia pon ala-ala takut gitu. Tapi tadi, boleh plak merengek nak "met-tap". 

Saja nak happy-kan dia, aku pon calit lah sikit eye shadow, eye liner, blusher dan lipstik hihihi. Padahal aku pon dah lama tak pakai semua tu. Sekarang ni muka aku selesa pakai foundation dan bedak sahaja. Kalau rajin sikit, calit eye liner. Kalau tak memang naked gitu lah. 

Nah setepek muka Najah bermake-up.
KAHKAHKAH! Macam retisssss sangat! :D




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 26, 2014

STATUS NUFFNANG BERTUKAR NON-GLITTERATI.

Setelah sekian lama tak buka web Nuffnang, maka tadi aku pon bukaklah saja-saja nak tengok apa khabar earning aku di sana (kaching kaching!!). Tapi alangkah sedihnya hati sebab aku baru perasan yang status GLITTERATI yang dipegang selama ini telah bertukar kepada NON-GLITTERATI! Sobs sobs sobs menangis di bucu katil!


Klik gambar untuk paparan lebih besar.
Tak. Anda tidak akan nampak berapa earning saya HAHAHAHA.

Entah sejak bila status bertukar. Aku pon tak tahu. Heh sangat kan? Mungkinkan sebab aku tukar domain? Atau tak update survey setelah sekian lama? Aku tak pasang iklan syarikat lain kat blog ini. ATAU, mungkin sebab aku "rajin" sangat update blog? Ya. Sebab "rajin" sangat update blog agaknya. Nuffnang pon jadi tak sayang sobs sobs sobs.

Tak apalah. Nasi sudah menjadi bubur ayam. Bubur ayam pon sedap jugak kalau dimakan panas-panas. Hihihi. Tak tak jangan melalut sampai ke situ. Apa yang aku maksudkan ialah perkara dah jadi pon. Nak merayu pon sudah tidak berguna ewahhhh. Jadi apa lagi Aishah? Cabaran mengembalikan status GLITERRATI! Sila update entry 1 hari 1 entry pastu rajin-rajin melawat web nuffnang untuk tengok status dah bertukar ke tidak. Kalau tidak cenggitu je lah earning ko sampai ke sudah.

Baik. Ada banyak entry dalam draft untuk dikeluarkan. Sila bertabah!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, November 20, 2014

DARI BLOGSPOT KE DOT COM.

Siapa yang perasan blog aku dah domain dot com?

Sebenarnya dah lama sangat aku nak tukar ke dot com ni. Rasa macam best je nama blog kita pastu dot com hihihi. Tak adalah alasan spesifik sangat. Tapi bila ada rakan-rakan yang pakar blog kata better tukar domain dot com kalau berniaga, maka aku pon decide untuk tukar. Diorang kata, kalau kita berniaga guna blogspot, anytime je blogger boleh remove blog kita. Wallahualam.

Anyway, aku tukar domain ni tadi atas bantuan Kak Beeha, mak Shaklee aku. Dia haritu pergi kursus blog dan SEO kat KL so dialah yang ajar aku buat tadi. Bayaran tahunan ialah RM7. Murah kan? Sebab kebanyakkan aku survey harganya average RM30 ke atas. Tapi yang ini ada diskaun code lah. Kami daftar kat http://go.daddy.com/

So far yang aku faham, hosting aku ni still lagi blogger. Cuma domain je lah dah tukar. Sebab aku takut jugak kalau dah tukar semua kang aku lagi tak reti nak update blog. Ni pon syukurlah semua masih sama. Kalau tak mahu berkurun aku nak study balik new things hihihihi.

Semoga Istiqamah lah buat aku untuk update blog selalu. Dulu blogging dengan free kan? Bila dah berbayar ni tolong ada kesedaran sivik sikit untuk memupuk semangat kerajinan tertinggi. #notetomyself


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 18, 2014

CERITA BELI RUMAH.

Hola semua!

Di saat jam 3.25 pagi dan aku tak tahu nak buat apa (kan lebih baik kau segera Tahajud!), maka aku merajinkan diri meng-update blog. Rasanya sudah banyak kali aku janji nak aktif balik menulis blog. Tapi malangnya janji hanya tinggal janji. Yang tinggal hanyalah blog yang berhabuk-habuk. Uhuk uhuk uhuk (effect habuk masuk hidung). Jadi mengapakah pagi hening ini begitu rajin? Oh ini kerana kebetulan laptop sudah terbuka dan terpasang di atas meja. Kalau mahu diharap nak keluarkan dari beg, kemudian ON, kemudian tunggu start mungkin aku tidak berdaya. Al-maklumlah, penyakit M(alas) sangat berleluasa.

Amboi, panjangnya mukadimah.
Baiklah, segera ke berita utama.

Untuk pengetahuan korang rakan taulan blog (jika masih ada hihihihi), kami kini dalam proses pembelian rumah. Selepas aje keluar dari kuarters Kerajaan kerana meletakkan jawatan, kami menyewa sementara di Kempas. Bolehlah buat menumpang teduh ewahhh. Tapi dalam sibuk-sibuk nak letak jawatan, keluar kuarters dan berpindah ke rumah sewa tu, entah macam mana boleh jumpa rumah untuk dibeli pulak. Sangatlah tak disangka. Sebab keadaan sibuk sangat waktu tu.

Ceritanya bermula sebelum aku letak jawatan dan planning nak keluar kuarters lagi. Memang lah sibuk cari rumah nak beli sebab kalau boleh nak keluar kuarters dan terus pindah ke rumah sendiri. Cari punya cari, tidaklah berjumpa. Untuk pengetahuan korang, harga rumah kat JB adalah sangat-sangat mengarut hokay! Rumah baru area bandar (memang area pilihan kami suami isteri), semua mencecah 600K ke atas! Tak masuk akal! Kalau rumah 2nd hand (kawasan guarded), boleh cecah 500K jugak. Lahaiiiii telan liur dengar harga rumah kan? Kesian kat kami yang muda-muda ni nak beli rumah. Sambil menaip ini sambil berharap, semoga Menteri Besar Johor baca entry aku ini. Hahaharapannn...

Nak dijadikan cerita, kawan aku yang sangat prihatin telah tag aku satu rumah 2nd hand untuk dijual kat FB (Thanks Echah!). Rumah ni, rumah lama. Kalau ikut S&P dia, rumah ni siap tahun 1985. Rumah ni dekat sangat dengan rumah Emak aku dan paling penting strategik nak pergi mana-mana. Siapa orang JB tahu kot Taman Kemas. Siapa tak tahu buat-buat tahu sudahlah hihihihi.

Belek-belek gambar yang member aku tag tu, aku pon beranikan diri call nombor owner yang tertera. Tanya serba sedikit, aku pon minta alamat sebab nak riki-riki dari luar je pon. Masa ni bulan puasa kalau tak salah aku. Dengan kerajinan yang dikurniakan Allah, aku pon pergilah drive seorang diri nak tengok kawasan rumah. Sekali lalu kawasan situ dan tengok rumah, aku terus jalan je. Sebab aku ni sangat fussy bab parking. Bukan parking dalam rumah tau, tapi parking luar sebab aku selalu dok fikir macam mana kalau sedara mara datang beramai-ramai nak parking mana sekian-sekian. Macamlah selalu buat kerja kahwin seminggu sekali khenn.

Pastu aku diam je tak bagi feedback pape kat owner. Sebab aku dah cakap awal kalau aku berminat, aku akan contact dia balik. So bila aku diam, aku rasa dia fahamlah yang aku tak berminat. Lagipon, masa aku call dia first time tu, dia ada kata yang rumah tu ada 2-3 orang juga yang tanya. Jadi aku fikir takpelah kasi jelah kat orang lain. 

Selang 2 minggu macam tu, owner tu SMS aku dan tanya aku nak dokumen tak (S&P dan geran sementara) untuk aku gunakan kalau nak cuba masuk loan. Tapi masa ni pon aku tak balas jugak sebab kesibukan nak Hari Raya. Jadi aku abaikan ajelah sebab aku rasa dia faham kot aku taknak. Hahahaha apa punya perangai aku masa ni. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku "Jangan benci sangat nanti jadi sayang..."

Ceritanya jadi klimaks bila seminggu selepas Raya tu, owner tu call aku dan kebetulan aku kat dalam kereta dengan Wahid. Berbual punya berbual, aku pon letak telefon dan Wahid tanya "Siapa tu?". Aku pon jawablah owner rumah Taman Kemas tanya nak dokumen tak bla bla bla. Pastu Wahid tanya rumah dia macam mana? Aku cakap okaylah bla bla bla tapi parking tak ada kalau sedara mara nak datang bla bla bla. Biasalah pelbagai alasan berbaris-baris. 

Kebetulan nak balik rumah Emak aku, so Wahid pon suruh aku tunjukkan rumah tu. Kami lalu se-round dua. Pastu terus Wahid suruh aku call balik owner dan minta izin nak tengok dalam rumah. Ehhh suami aku nii. Selalunya dia pon fussy bab parking jugak macam aku. Tapi kini kenapa tidak lagi?

Hujung minggu itu, kami berdua pergi ke rumah Taman Kemas tu untuk melihat bahagian dalam rumah, Dalaman memang tip top okay! Dah buat fully renovation dari depan ke dapur. Dari atas ke bawah. Rumah ni 1 1/2 tingkat punya rumah. So ada 3 bahagian. Atas ada 3 bilik + 1 bilik air, bahagian tengah ada 2 ruang tamu, kat bahagian bawah ada dapur, bilik dan 1 lagi tandas. Kawasan belakang dapur tu memang tak ada rumah, dan pintu depan pulak tak bertentang rumah orang depan. Just perfect untuk kami yang sangat sukakan privacy!

Jap, aku share gambar dari FB tuan owner rumah.






Ya, itulah rumah yang telah buat kami suami isteri jatuh hati. 

Balik je dari review rumah ni, Wahid terus suruh prepare dokumen sebab nak pergi bank apply loan. Sebab macam aku cakap kat perenggan atas tu, owner kata ada 2-3 orang yang dah bertanya. So kami kenalah bersegera hihihihi.

The next week, dokumen ready, kami pon pergi bank dan terus masuk loan. Tak sampai seminggu pihak bank dah call cakap loan lulus. Selang 2 minggu pulak pihak lawyer call untuk sign S&P. Memang agak cepat jugak proses pembelian rumah kami ni. Alhamdulillah, syukur sangat Allah permudahkan urusan. Memang tak sangka dah sampai rezeki nak ada rumah sendiri. Insya-Allah kalau tak ada aral, dalam tahun depan dah boleh pindah. Sebab owner masih duduk rumah ni dan rumah beliau kat kampung sedang dalam proses pembinaan. So takpelah, kami pon tak rush. :)

So apa lagi eh nak cerita..

Oh ya! Kepada yang sedang planning nak beli rumah, tak kisahlah rumah baru atau 2nd hand, aku nasihatkan supaya tanya betul-betul kat pihak bank sama ada lawyer fee cover tak dalam loan. Sebab ada bank boleh cover 90% + 5% loan. Tapi aku rasa rumah baru takde masalah lawyer fee kot sebab normally pemaju ada buat promosi zero lawyer fee kan? 

Macam kes kami ni, memula pegawai bank yang kami berurusan tu terangkan kami punya loan dapat 90% + 5% (dapat cover MRTA dan lawyer fee), tapi selepas offer letter siap, tak ada tulis dalam surat. Kami pon silap tak nampak dan terus sign. Bila lawyer dah panggil nak sign S&P, baru pihak lawyer bentang siap-siap invois kena sampai 11K haaa tu diaa. Nak pergi revise balik kat bank pon dah malas sebab nanti nak kena tunggu offer letter baru, lagi nak kena sign balik, pastu nak kena patah balik ke lawyer balik. So nak tak nak, kami setujulah bayar 11K pakai duit simpanan kami..

So tamatlah cerita pasal beli rumah kami. Macam panjang pulak cerita aku kali ni eh. Ni kira balas dendam punya entry lah ni kan hihihi. Nanti kalau dah nak pindah ke atau dah pindah, aku share la lagi kat sini okay. Banyak sebenarnya cerita nak diabadikan kat blog kesayangan ni. Mohon dikurniakan kerajinan tahap tertinggi hahahaha.

Jam pon dah pukul 4 lebih. Jadi mari kita buat apa yang patut dan tidur.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 15, 2014

15 RAMADAN, 4 TAHUN YANG LEPAS.

Anak bujang dah 4 tahun mengikut kalendar Islam. Tak boleh lupa saat tu punya perasaan. Masih terbayang pengalaman kedua nak pergi bersalin. Penuh dengan trauma (sebab teringatkan Nashrah) dan perasaan lain-lain - takut, tak sabar, excited dan macam-macam perasaan lagi.

Masih terbayang suasana tak boleh tidur malam waktu tu sebab mengira jarak contraction. Masih terbayang suasana kami bangun sahur, minum air milo, pastu mandi-mandi dan terus gerak ke hospital sebab contraction dah makin kerap. Masih terbayang saya duduk kat bahagian belakang kereta Kancil, suami memandu dan dengan keadaan Subuh yang gelap sejuk, tapi masa tu berpeluh sebab campuran perasaan di atas.

Banyak lagi terbayang. Semua dirakam dengan baik. Macam video recorder.

Entry 4 tahun lepas, KISAH KELAHIRAN ANAS NASHRIQ

**************************************************************************

4 tahun berlalu dengan indah. Dari seorang ibu yang stress sebab tak boleh penat, tak boleh bising, tak boleh rumah berkecah (eh ini masih sampai sekarang!), saya berubah sikit demi sikit menjadi penyabar (walau kadang-kadang tak sabar juga!). Pengalaman menjadi ibu banyak mendewasakan saya, mematangkan diri serta menjadikan saya kental. Motherhood is the best journey! Setiap hari pon kita akan belajar perkara yang baru. Anak-anak yang menjadi 'cikgu' tanpa kita sedar.

Teman Mama pergi servis kereta.
Mulut bising hanya akan diam ketika MAKAN!


Keletihan mengikut Mama pergi Shaklee dan COD barang customer.

My CHATTER BOX.

Nashriq,

Teruslah menjadi anak yang kelakar, banyak cakap, rajin, penyayang, protective, baik hati, lembut hati, romantik, rajin sembahyang dan selalu menyenangkan hati Mama dan Ayah. Mama bangga sekali ada Nashriq dalam hidup Mama. One day, if you read this, I want you to know that I LOVE YOU SO MUCH. Nashriq, kakak Nashrah dan Najah (insya-Allah ada adik-adik di masa akan datang), adalah segalanya bagi Mama. Mama sanggup buat ape sahaja untuk Nashriq dan adik-adik. I want the best for you all. That's why Mama dan Ayah nak buat yang terbaik, untuk masa depan keluarga kita yang terbaik di masa akan datang.  

Semoga terus menjadi anak soleh dunia akhirat.

Lots of LOVE,
Mama


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 8, 2013

Al-Kisah Lesen Memandu.

Ramai pembaca tegar blog ini tahu yang salah satu impian aku ialah nak dapatkan lesen kereta. Ada antara kalian juga tahu yang aku dah start masuk kelas KPP dari hujung tahun lepas. Tapi apa cerita sampai sekarang tak settle-settle? Apa ke 'slow' sangat si Aishah ni? - kata anda di dalam hati. Kan kan kan?

Sebenarnya malu nak cerita kat korang. Tapi oleh kerana ada sesuatu pengajaran yang aku nak share di hujung cerita nanti, maka korang rajinkanlah diri membaca coretan aku ini. Hahahahaha tak pasal-pasal paksa orang baca entry sendiri. 

**********************************************

Mula-mula, aku mendaftar di Institut Memandu "I" di bawah seorang agen. Bayaran pertama kali ialah RM300 untuk masuk kelas KPP dan ujian komputer. Alhamdulillah, ujian komputer tu aku amik sekali je. Walau keputusannya paras-paras hidung. Kekekekeke.

Kemudian, aku masuk pulak kelas teori 3 jam dan kelas praktikal 3 jam. Bayaran untuk ini ialah RM300 jugak. Sepatutnya, masa kelas praktikal 3 jam tu, aku dah boleh start bawak kereta berkenal-kenalan. Tapi dek kerana agen aku tu sibuk sangat, maka dia suruh aku thumb print, duduk melepak pastu tamat 3 jam, thumb print balik. Dia kata jangan risauuuuu, kelas praktikal tak penting. Yang penting aku thumb print tu menandakan aku hadiri kelas 3 jam. Aku yang bodoh-bodoh alang masa tu pon mengangguk saja....

Dari tamat kelas praktikal hingga nak belajar selanjutnya kena tunggu about 2 weeks kot. Sebab lesen L belum siap. Aku pon okay aje lah kan. Memang tak sabar nak belajar. Tapi sebab lesen belum siap, takkan aku nak over belajar jugak. Bila lesen L aku dah siap, agen aku pon call suruh datang dengan membawa duit RM200 boleh start belajar kereta katanya. Hati sungguh melonjak gembira I tell you. Bersemangat pagi-pagi bangun tunggu agen amik. Total bayaran, RM800. *kaching!*

Sampai aje kat Institut Memandu "I", aku kena tunggu lagi. Takpe, aku sabar je. Tak lari kereta dikejar. Melainkan kereta tu dihidupkan enjin kan? Hahahaha sempat lagi nak peribahasa. Bila tiba turn aku belajar, agen pon menyuruh aku duduk di bahagian pemandu dan buat 5 perkara - betulkan tempat duduk, tengok side mirror, pakai tali pinggang, hidupkan enjin dan lampu isyarat siap wiper semua.

Dia ajar lah serba sedikit mana klaj, mana brek, mana minyak, gear dan hand break. Aku angguk-angguk je sebab benda basic tu aku dah sempat menuntut dengan Wahid dah. So bila dia suruh start enjin, lepas klaj dan jalan, maka kerianganlah aku sebab kereta sudah berjalan! Hahahaha. You can't imagine macam mana punya gembiranya aku pagi itu. Serius wehhhh. Jakun gila! Hahahahaha.

Setelah 2-3 kali pusing jalan rata, maka agen aku pon menyuruh aku bawa kereta ke tempat que nak naik bukit. I is cuak! Tapi tak kisahlah kan sebab agen aku ada kat sebelah. Kalau tak buat, mana nak pandai kan? Maka naik turun bukit, buat parking dan 3 pointer pada hari pertama adalah super exhausted! Kau bayangkan yang aku ni langsung tak tahu apa-apa, tetiba kena adapt banyak benda in less than 2 hours? Peh! Muka memang tegang habis. Tengkuk aku ni cramp okayyy. Rasa nak nangis, keluar kereta dan balik!

Tiba pusingan terakhir, agen aku telah keluar dari kereta. Dia kata, dia percaya kat aku. Dia nak aku buang rasa takut. So fineeee. Aku bawak kereta naik bukit dan turun. Pastu parking pon okay. 3 pointer pon berjaya. Nak keluar dari 3 pointer, aku dah pusing stereng ke kanan, tekan minyak dan "DUMMMM!!!" aku langgar kereta yang tengah que nak buat parking. Kereta yang aku bawak terangkat bonet! Aku punya menggigil, tangan basah, stress, rasa nak nangis, trauma, fobia - all in one package.

Agen aku dah salahkan aku habis-habisan. Orang sekeliling dah pandang aku semacam. Aku tak ingat lain dah. Apa aku ingat, kena call suami dan abang aku suruh datang nak kasi settle benda ni. Orang first aku call ialah Wahid. Tapi Wahid tak angkat sebab kat ruang tamu, handphone dalam bilik. Call pulak Abang De aku pastu bila dia angkat terus aku menangis cakap aku langgar kereta orang. Aku suruh dia datang sekarang jugak. Masa ni memang tak tahu lah nak kata macam mana punya degupan jantung. Kalau jantung boleh keluar dari badan aku ni, dah melompat-lompat agaknya.

10 minit selepas itu, Abang De aku pon datang bersama Wahid. Muka masing-masing dah keras dah. Aku duduk kat tepi tembok sementara mereka berdua deal dengan agen aku dan pengajar yang keretanya aku langgar tadi. Abang De berkeras tak mahu bayar sebab katanya ada insurans. Buat apa nak bayar? Tapi agen berkeras mintak ganti rugi RM850 untuk baiki kedua-dua kereta. Aku pandang Wahid, Wahid pandang aku. Last-last, kami deal untuk bayar separuh je sebab kesalahan agen aku pon ada - dia tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta. Betul tak?

Dan pergilah kami ke bengkel untuk settle urusan baiki kedua-dua kenderaan. 

Tak cukup sampai di situ, aku yang masih dalam trauma dan fobia ambil masa yang lama untuk start balik belajar memandu. Takdelah lama mana sangat. Dalam 2 minggu gitu kot. Bila aku dah ready, aku pon call agen aku tadi untuk sambung belajar semula. Yang buat aku hangin ialah, agen ni tadi buat macam-macam alasan nak menangguhkan pembelajaran aku. Dia demam lah, tak sihat lah, ada kenduri lah dan bermacam-macam lagi alasan tak masuk dek akal. Sampai satu tahap tu, aku call bos si agen aku ni untuk bertanya urusan belajar aku. Bos si agen aku ni pulak boleh tercakap yang si agen ADA dan sedang mengajar memandu. Phehhhhhh aku punya mengamuk jangan cerita! Aku dah bayar RM800 bayaran belajar, pastu bayar pulak ganti rugi eksiden - tapi pembelajaran aku ditangguh-tangguh. Menyirap darah aku masa tu.

Wahid nasihatkan aku untuk stop je belajar dengan agen ni tadi. Kata Wahid, duit boleh di cari. Tak kisahlah dah bayar RM800 ke apa. Tapi sebabkan agen aku ni tadi tak jujur dan menangguhkan pembelajaran aku, baik aku blah je belajar dengan orang lain. Maka, aku pon mencari agen yang lain....

**********************************************

Cari punya cari, seorang rakan sekerja mencadangkan Encik Sabri dari Institut Memandu "R". Oleh kerana aku dah ada lesen L, maka Encik Sabri cuma amik RM750 sahaja sebagai bayaran belajar. Bayaran pertama kali, RM250. First time Encik Sabri amik aku, terus on the road okayyy! Bawak kereta sampai ke bandar JB pastu u-turn kat Senai! Memang best gila! Encik Sabri dah berusia orangnya. Tapi sangat sporting dan baik hati. Ajar aku pon takde nak marah-marah. Sangat-sangat penyabar. Hari kedua belajar, aku round sampai Nusajaya sana. Pastu masuk track institut memandu dan belajar buat bukit 5-6 kali. Memang puas belajar dengan Encik Sabri ni. Tak lokek masa mengajar. :)

Kali ketiga belajar pulak, aku belajar naik turun bukit lagi dan dia tunjuk jalan untuk ujian JPJ nanti. Tak susah pon bagi aku. Jalan pon akan lengang sebab lalu dengan Danga Bay tu aje. Masa belajar yang ini, nampak Encik Sabri tak sihat sikit. Banyak kalut. Nak sebut break, tersebut hand break. Sampai aku pon jadi keliru. Masa dia hantar aku balik tu, aku cakap ke dia, "Kalau Encik Sabri tak sihat, esok tak payahlah amik saya belajar. Rehat dulu. Nanti dah sihat baru sambung belajar balik." dan aku ingat lagi dia balas, "Tak apa, saya okay. Awak dah tahu bawak kereta senang je... Esok kita belajar macam biasa. Pagi saya amik awak..." Dan aku pon balik...

Esok paginya, aku dah siap-siap pakai tudung, standby nak turun je kalau Encik Sabri call. Tiba-tiba telefon berbunyi, aku nampak nombor Encik Sabri. Aku ingat dia dah sampai, tapi dengar suara Encik Sabri kat hujung talian seperti tak sihat "Aishah, kita belajar minggu depan boleh? Saya betul-betul tak sihat." - aku tak kisah pon. Sebab memang semalam aku nampak dia tak sihat.

The next week, aku SMS hari Jumaat malam untuk confirm belajar hari esok (Sabtu). Tapi tiada balasan. Keesokan harinya, aku bangun pagi dan terima SMS dari nombor Encik Sabri. Tapi isterinya yang SMS. Bunyi SMS lebih kurang macam ni, "Aishah, Encik Sabri masih belum sihat. Boleh tak tangguhkan belajar dulu? Nanti bila Encik Sabri dah sihat, dia akan call Aishah semula". Tak apa lah. Mungkin betul Encik Sabri tak sihat. Aku jawab okay dan doakan Encik Sabri segera sembuh.

Hujung minggu yang lepas ini (semalam), aku call semula Encik Sabri untuk bertanya khabar. Iyelah, mana tahu dia lupa nak call aku semula untuk sambung belajar. Jadi aku bersangka baik sahaja. Yang angkat, isteri Encik Sabri; "Aishah yang auntie SMS haritu ye? Haritu auntie kata uncle tak sihat kan? Uncle dah tak ada Aishah. Hari Jumaat lepas. Aishah doakan uncle ye? Pasal belajar Aishah jangan risau. Nanti auntie uruskan. Sekarang ni auntie sibuk uruskan beberapa perkara..."

Tak tahu nak kata apa masa dengar suara auntie, isteri Arwah Encik Sabri di talian. Sangat tenang. Sangat sabar. Sangat lembut. Aku tak tahu kalau aku kat tempat beliau, bolehkan setabah itu? Entahlah...

Soal lesen kereta? Masih belum diputuskan kerana masih terkejut dengan berita semalam. Dugaan dan halangan lagi Allah beri. Tak tahu apa hikmah yang mahu ditunjukkan. Tapi aku bersangka baik. Mungkin Allah mahu didik hati aku jadi lebih sabar. Mungkin Allah mahu duga aku supaya sentiasa dekat dengan-Nya. Mungkin juga Allah ingin aku tahu, bahawa MATI itu sentiasa dekat dan kita tak tahu bila datangnya.

Wallahualam....


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, March 25, 2013

Penantian Berakhir.


Perasaan pertama.
Sayangkan tempat kerja sekarang dan kerja-kerja yang aku buat. Sayangkan rakan-rakan seperjuangan yang ada kat sini. Sayang suasana yang meriah, rapat dan ukhwah antara kami. Confirm akan rindu semua perkara kat sini. Gelak tawa, gurau senda dan nangis bersama. Ewah dah macam lagu Black dan Malique pulak. Hehehehe.

Perasaan kedua.
Takut suasana kat tempat baru. Keadaannya akan jadi lebih besar, sebab jabatan yang lebih besar kan. Sekarang ni aku duduk sekolah je. So perubahan suasana kerja agak mendadak. Takut tak dapat sesuaikan diri kat tempat baru. Takut lebih banyak kerja menanti. Takut lebih tension dan stress. Takut tak jumpa kawan yang ngam. Takut orang tak suka kat aku. Hahahaha perasaan macam ni pon boleh ada. Apa-apa aje lah aku ni. 

Perasaan ketiga. 
Lega sebab aku tahu Allah kasi aku peluang untuk aku ambil 'peluang'. Peluang untuk berubah, mungkin. Peluang untuk jadi lebih baik, mungkin. Peluang untuk baiki diri, mungkin. Peluang untuk berikan yang lebih baik, mungkin. Ini peluang dan ruang yang perlu diambil. Aku tak boleh sia-siakan. Allah knows the best. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku.

Insya-Allah, aku akan lapor diri pada 1 April 2013 ini. Doakan aku ye? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, February 15, 2013

Korang, Tolong Doakan Please?


Alhamdulillah. Dah sampai step terakhir, insya-Allah.

Mohon kuat dalam hati agar lebih dipermudahkan.

Tolong doakan aku, please?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, February 13, 2013

Kenapa Saya Berimpian Untuk Retire "7 Years Or Less"?

Sebab mereka berdua ini....


Mungkin ramai yang akan keluarkan pendapat, 'sayangnya nak berhenti kerja Kerajaan, kan terjamin masa depan? Kalau jadi apa-apa, Kerajaan takkan buang' dan bla bla bla. Saya senyum sahaja. Pada pendapat saya, semua orang punya pendapat masing-masing, dan masing-masing punya peluang untuk menyuarakan pendapat.

Dulu, saya selalu baca tweet dari Hannah Johary yang tak sabar-sabar menanti weekends untuk bersama anak-anaknya. Saya tak faham waktu tu. Saya fikir, kenapa nak tunggu weekends? Bukan ke hari biasa tu ada?

Tapi sekarang saya sendiri merasa bahangnya. Bila balik rumah lewat petang (Maghrib selalunya), anak-anak berlari mendapatkan saya. Peluk, cium, kata sayang, kata rindu, membuatkan saya rasa sayu sangat meninggalkan mereka sepanjang hari. Haih.

Paling sayu di waktu pagi. Waktu nak bangunkan mereka berdua untuk dihantar ke rumah Nenek dan penjaga. Serius memang tak sanggup. Normally, kalau hari cuti, mereka akan bangun lewat 8.30 pagi dan tersenyum manja peluk cium dan bergolek-golek atas katil. Saya dapat lihat bertapa mereka gembira bila saya dan suami ada di rumah meluangkan masa bersama. Seronoknya dapat mandikan mereka berdua bersama, ber-sarapan bersama, baca buku bersama, menonton TV bersama, berbual bersama, makan bersama, dan macam-macam lagi perkara dilakukan bersama. 

Saya pon dapat lakukan banyak benda di rumah - basuh bilik air, kemas rumah, settle kan kain baju, dan the most happiest things is, saya dapat masak untuk keluarga - untuk suami dan anak-anak. Perasaannya selepas kita memasak, kemudian anak-anak (Nashriq selalunya) memuji, "Sedappp Mama. Sedappp!" - walau hakikatnya dia cuma makan nasi kosong bersama ayam goreng sahaja. Fuuhhh, perasaan tu memang meruntun-runtun nak suruh berhenti kerja segera jaga anak je kat rumah.

Saya dah fikir 2-3 hari ini. Matlamat saya cleared. Saya AKAN berhenti kerja jugak dalam masa 7 tahun ini. Di usia saya 35 tahun, Insya-Allah. Atau mungkin tempoh tu akan jadi singkat, wallahualam. Yang pasti, saya ingin uruskan sendiri urusan anak-anak dan rumah. 

7 tahun dari sekarang, Nashriq sudah 9 tahun. Najah pulak 8 tahun. Mungkin, kami akan ada anak-anak tambahan selepas ini (HAHAHAHAHAHA) dan saya BERIMPIAN untuk uruskan semua anak-anak sendiri. Jaga urusan persekolahan mereka, jaga urusan makan pakai mereka, teman meraka siapkan kerja sekolah, pantau dan pastikan mereka jalankan perintah agama. Saya mahu bentuk mereka ke arah kualiti dunia akhirat. Tak mahu dunia sahaja. Saya mahu jadi seperti kakak ini - Puan Lina Karim.

Fuhhh, rasa lega bila dapat tulis macam ni....

Saya tahu, saya yakin, saya fokus nak capai impian yang satu ini. Lebih-lebih lagi bila pagi tadi nak pergi kerja, jam dah pukul 7.00 pagi, Ayah dan Mama dah lambat nak pi kerja, tapi anak-anak masih macam ni....


Rasa tak sanggup nak kejut bangun :(

Insya-Allah, RETIRE YOUNG, RETIRE RICH, RETIRE HEALTHY.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 9, 2013

Dua Puluh Lapan.

20 tahun yang lepas.
Sambutan harijadi yang ke-8 tahun.
P/S : Jiran tu sibuk betul nak enterframe buka hadiah aku. Hihihi.

Alhamdulillah. Dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik-baik sepanjang 28 tahun ini. Diduga serba sedikit kehidupan dengan ombak Tsunami agar tidak terlalu leka dan alpa dengan kehidupan sehari-hari. Diberikan cahaya bahagia maha indah untuk aku sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi. Terima kasih, Ya Allah. Engkau pinjamkan aku nyawa di hari ini agar aku terus bernafas untuk meneruskan kehidupan di bumiMu nan indah ini.

My wish for today?

  • Semoga aku mampu menjadi isteri yang 'perfect' dalam konteks fikiran suami.
  • Semoga aku mampu menjadi anak yang sentiasa membahagiakan Emak dan mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga doa aku, anak Soleh (insya-Allah) sentiasa diterima oleh Abah, di sana.
  • Semoga aku mampu menjadi menantu yang disenangi oleh ibu bapa mertua. Semoga kasih sayang yang aku beri kepada Emak, begitu jugalah kepada ibu bapa mertua.
  • Semoga aku mampu menjadi Mama paling ter-best kepada Nashriq dan Najah. 
  • Semoga aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Emak, kepada suami, ibu bapa mertua dan memberikan kasih sayang melimpah ruah kepada anak-anak. 
  • Semoga aku dimurahkan rezeki yang halal dan berkat untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayang. Semoga aku mampu memberikan yang terbaik buat mereka dengan rezeki halal yang berkat itu tadi.
  • Semoga ditetapkan Iman dan kesabaran untuk menjadi muslimah yang terbaik. Diterangkan hati dan ditunjukkan jalan benar agar tidak tersasar dari track menuju Syurga di sana.
  • Semoga diberikan ketabahan menempuh dugaan dan cabaran hidup yang bakal mendatang. Semoga juga dipermudahkan jalan hidup dan diberikan ketenangan hati menempuh hari-hari mendatang.

Semoga kasih sayang Allah, doa Emak dan restu suami mengiringi perjalanan hidup aku.

Selamat datang 28. Semoga kita bergaul mesra dan memberikan impak yang terbaik. 

P/S : I miss Abah and Nashrah so much. Al-Fatihah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, January 7, 2013

Semoga Dipermudahkan.

Update ringkas.

Aku sedang dalam proses mohon pertukaran tempat kerja. Sebabnya? Sengaja mahu cari angin baru. 5 tahun di sini sangat-sangat-sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Tapi aku harus keluar dari comfort zone. Keluar dari rasa selesa. Keluar dari kerja-kerja biasa. Aku inginkan suasana baru yang segar. Errr, dan mungkin tugasan baru yang lebih mencabar? :)

Segalanya masih dalam proses. Baru hari ini aku punya kekuatan untuk print permohonan. Seminggu yang lepas, aku hanya mampu memandang skrin yang sudah siap diisi segala permohonan. Tapi belum mampu di hantar. Aku kuatkan hati untuk Istikharah. Hasilnya, hari ini aku mampu print permohonan pertukaran ini dengan rasa kuat.

Honestly, aku sayangkan tempat kerja aku ini. Terlalu banyak kenangan manis di sini. :(

Tapi, banyak perkara harus aku ambil kira. Dari segi hal anak, kesihatan emak, kemudahan, kos, masa dan pelbagai benda lagi. Semoga dipermudahkan jalan bagiku, Insya-Allah.



Mohon doa kalian mengiringi langkah aku nak hantar borang jumpa bos kejap lagi. 

Bismillah! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, January 4, 2013

Komen Di Balas Terus Dari Hati.

Ann mesti bangga sebab komen dia jadi model. Kekekeke.

Tadi melawat blog Dayu. Tertarik dengan entry-nya yang ini. Terus aku menggodek setting macam orang terer. Sebenarnya memang tak terer. Main redah je aku tadi. Tak sabar punya pasal menunggu Dayu up tutorial. Mohon laluan ye Dayu.....

Sebenarnya memang dah lama sangat aku berharap pihak Blogger.com mewujudkan benda alah komen  rakan pembaca yang boleh di reply terus ini. Penat tahu nak reply komen rakan pembaca satu-satu dari atas ke bawah (macamlah ramai orang komen!). Sudahnya, aku langsung tak balas. Nampak macam sombong enough? Sebenarnya tidak. Aku bersifat pemalas di situ. Sila faham. Hehehehe.

Nak buatnya adalah sangat senang. Tapi aku tak mahu potong jalan Dayu buat tutorial. Tunggu tuan tanah buat tutorial ye? Seriously, aku sangatlah berterima kasih kat kau Dayu. Kalau tak kerana kau up entry itu, confirmlah aku tak tahu dan terus-terusan digelar sombong sebab tak balas komen rakan pembaca. Sobs.

So kepada korang-korang, mulai sekarang, aku akan merajinkan diri membalas komen korang dari hati yang suci, ikhlas dan murni. Bak kata pepatah omputih;

What you give, you get back (sebenarnya tak ada kaitan).



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 3, 2013

RESEPI : Mee Hoon Goreng Singapore.

Mee Hoon Goreng Singapore atau ada orang panggil Mee Hoon Goreng Cina. 
Gambar masa majlis BGWS tahun 2011

Kesian kat Cik Puan Fahreen Fredo yang sudah berzaman mintak resepi. Sampai dia buat sendiri dan post gambar kat Twitter, baru aku teringat yang aku berhutang resepi ini dengan dia. So, here we go Reen. Walau Reen dah buat, akak kongsikan jugak resepi Mee Hoon Goreng Singapore versi akak. :)

Bahan-bahan untuk Mee Hoon Goreng Singapore :
1. Mee siam lah of coz kan.
2. Bawang besar sesuka hati.
3. Bawang putih lebih sikit. Lebih banyak pon takpe.
4. Bawang goreng.
5. Lada sulah.
6. Air rebusan daging.
7. Hirisan daging.
8. Fishcake ke, fishball ke.
9. Kalau nak taruk udang atau ayam pon boleh.
10. Carrot.
11. Sayur sawi.
12. Garam secukup rasa.
13. Ajinomoto (jika guna)

Bahan-bahan untuk Lada Jeruk :
1. Lada hijau.
2. Air panas.
3. Cuka
4. Gula.

Bahan-bahan untuk hiasan :
1. Lada merah.

Okeh, sekarang nak membebel cara nak memasaknya pulak.

First sekali, pergi rendam mee siam tu dalam mangkuk ke, periuk ke, berisi air. Hahaha. Ini basic ye Reen. Saje je nak cerita bab ini jugak. Supaya entry ini nampak panjang sikit. Padahal input yang berguna sedikit je pon. Kekekeke. Pastu, rebus daging sampai empuk. Lepas rebus, airnya jangan dibuang. Itu sangat berguna nak masuk dalam mee tu nanti. Buat rasa mee tu lagi manis wa cakap lu.

Lepas daging dah empuk, hiris daging kecik-kecik. Sebenarnya ikut suka tukang masaklah nak daging tu besar mana. Tapi aku suka daging tu hiris kecil dan banyak. Lagi syok nak makan nanti. Pastu hiris sekali fishcake, fishball ke, ayam ke, udang ke, atau segala macam khazanah apa yang korang nak guna. Err, udang tu tak payah hiris pon takpe kot. Over pulak sampai udang pon nak hiris. Kekekeke.

Jangan lupa, hiris jugak carrot, sawi potong kecik-kecik. Lada hijau nak buat jeruk dan lada merah nak buat hiasan tabur tu pon hiris je siap-siap. Senang kerja nanti. Tak payah buat kerja potong memotong banyak kali kan? Sangat simple kerja di dapur nanti. Alololololo dah macam motivasi kat dapur!

Ok. Ok. Dah nak start masak dah ni.

Err, sebenarnya belum. Sebab bawang besar dan bawang putih belum blender lagi kan? Macam mana nak start masak kan? So apalagi? Sediakan bawang dalam 2-3 biji dan bawang putih biar lebih kemudian blender sehingga hancur lumat. Panaskan minyak di dalam kuali dan bolehlah masukkan bahan dikisar tadi ke dalam kuali. Crengggggg bunyi bahan tumisan. Boleh imagine tak? Boleh imagine tak? :p

Kacau bahan dikisar tadi sehingga naik bau. Pastu, masukkan bawang goreng secukup rasa, lada sulah banyak pon takpe sebab bukan pedas sangat, garam dan ajinomoto (jika guna). Kacau-kacau sikit, pastu masukkan air rebusan daging, daging yang dikisar, fishcakes dan lain-lain khazanah yang disukai. Masukkan jugak carrot dan sayur sawi. Punyalah simple nak masak semua benda pon campak sekali arung.

Tunggu sampai semua barang empuk, sebati dan mesra (hehehehehe!), masukkan mee siam yang direndam tadi. Kacau lagi. Kacau lagi. Kacau lagi sampai rata. Kacau lagi. Kacau lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai penat! Sebab bila penat, silalah matikan api dapur tu. Dah boleh pergi amik mangkuk, cedok dan taburkan hirisan lada merah di atas Mee Hoon Goreng Singapore itu tadi. Mudah bukan? Ececececece.

Untuk lada jeruk pulak, lada hijau yang sudah dihiris tadi, direndam dengan air panas sampai lada hijau itu kembang. Lepas dah kembang, buang kesemua air panas itu, dan tuang cuka seberapa banyak yang korang suka. Pastu letak gula dan kacau, kacau, kacau, kacau sampai gula larut. Pastu dah siap dah! :)

P/S : Entry ini ditaip dengan penuh perasaan. Over tau aku.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, January 1, 2013

Buku Impian & Azam 2013.

Siapa kat sini ada impian? Awak? Awak? Awak dan awak? 

Bagus. Saya pon punya impian. Impian saya banyak. Sampai tak boleh nak ingat. Hehehe.

Sejak join Shaklee, saya belajar satu benda. Ada impian? TULIS. Tulis secara SPESIFIK apa yang kita impikan. Nak rumah? Rumah macam mana? Setingkat? Dua tingkat? Berapa bilik? Besar mana? Ada apa? Semua kena TULIS. Masa mula-mula saya menceburkan diri dan baca tips-tips dari otai yang dah berjaya, rasa nak gelak pon ada. Takkanlah impian yang kecil pon nak tulis? Takkan tak boleh ingat sendiri?

Tapi rupanya telahan saya silap. Saya sendiri memang tak boleh ingat apa impian saya bila saya down. Bila saya sedih, saya lupa impian saya. Akhirnya, saya terus terbawa-bawa sedih dan down. Memang tak bagus macam ni. Sepatutnya, bila sedih dan down tu kejap-kejap aje. Jangan sampai berlama-lama. Tak baik untuk kesihatan dan masa depan. Kekekeke.

Akhirnya, saya wujudkan sebuah buku yang saya beri nama 'Buku Impian'. Buku ini, saya tuliskan pelbagai impian yang saya ingin capai suatu hari nanti. Semuanya di tulis secara spesifik. Saya nak beli rumah. Rumah macam mana? Saya nak dapatkan lesen kereta, sebab apa? Memang masa mula-mula nak menulis tu rasa kelakar sangat. Rasa macam kalaulah orang lain dapat baca buku ni, confirm aku kena gelak 10 hari 10 malam. Tapi ada saya kisah?

Peneman saya sekarang. 24 jam. :)

Ianya bagaikan pembakar semangat buat saya. Setiap pagi sampai tempat kerja, mesti buka buku ni dan baca depan cermin. Setiap malam sebelum tidur, mesti baca sekali lagi. Ianya buat saya kekal di track sekarang. Ianya buat saya mampu mengekalkan momentom semangat saya. Seriously, buku ni memang sangat-sangat membantu.

Kalau tahun-tahun sebelum ini, saya tak pernah kisah dengan azam tahun baru. Setiap tahun pon, saya kata saya nak jadi yang terbaik. Tapi hasilnya hujung tahun sama jugak. Jadi, apa saya buat, saya tulis azam 2013 saya dalam buku impian saya ini. Saya tulis apa yang saya nak jadi. Apa yang saya nak capai. Apa yang saya mahu dapatkan. Semuanya saya tulis. Memang bersemangat betul masa menulis tu. Bayangkan, saya tak tidur sampai jam 2.00 pagi bagi memastikan kesemua azam 2013 saya di tulis. :)

Kesimpulannya, saya rasa, semua orang memang perlukan buku impian macam ini. Tuliskan impian anda besar-besar. Spesifikkan rupa impian anda itu. Tampalkan gambar-gambar yang menarik supaya anda tak bosan nak membaca tulisan semata. Insya-Allah, bila setiap hari anda membaca dan melihat impian anda sendiri, suatu push factor akan menolak anda untuk melonjak dan mendapatkannya.

Trust me. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015