Monday, October 1, 2012

Kaedah Perancang Keluarga.

Maaflah sebab harini entry keluar meluncur laju sampai 3 kali. :)

Well, selepas aje bersalin Anis Najah, aku telah bertekad untuk makan pil perancang as my family planning. Bila checkup Najah sebulan kat KK, nurse terus bagi pil Noriday dan tekunlah aku makan setiap malam. Tapi aku tak 100% bersandar pada pil Noriday tu aje. Dalam masa yang sama, aku guna juga kaedah kaedah natural yang difikirkan sesuai. Sehinggalah sekarang, Noriday menjadi teman aku kalau nak pi mana-mana. Kalau tak bawak atau tertinggal, memang tak senang duduk aku dibuatnya.

Nak dijadikan cerita, masa umur Najah 6 bulan, aku telah tertinggal beg ubat aku kat tempat kerja. Can you imagine macam mana aku kat rumah tak senang duduk? Sebab aku pernah dengar member aku cerita, Noriday ni kalau kita miss makan sehari je, confirm akan 'lekat' punya. So aku dah macam Ayam Berak Kapur (sila buka buku peribahasa kalau tak faham) kat rumah. Ke hulu ke hilir mengenang beg ubat itu.

As I know, makan pil Noriday memang tak akan period. Plus, aku kan exclusive breastfeeding, so tak adalah period selama 6 bulan itu. Sekali tiba-tiba bila aku tak makan malam tu, esoknya aku period. Aku dah cuak gila kot. Pergilah mengadu domba kat kawan-kawan yang boleh jadi tempat mengadu (cc Mishawads & Hannah Johary). Tapi diorang kata takkanlah pregnant sebab aku period kot. Telur dah pecah dan keluar. Eh, aku fikir betul jugak. Takkan boleh pregnant sedangkan aku period kan? Hahahaha silly me!

Since then, period aku memang akan datang setiap bulan. Tapi cycle nya tak tetap. Memang bikin hati panas lah kalau dah lewat pastu aku pon cuak pasal fikir adakah Najah akan beradik. Huhuhuhu. Itu yang bad mood sampai semua orang pon kena smash dengan aku. 

Sampailah baru-baru ini, aku dah terlewat period 45 hari kot. Memang bengang gila kepala aku. Perut tak berapa nak selesa, aku dah super cuak. Tapi aku maintain tenang lagi sebab knowing my body yang tiap kali pregnant wajib muntah, so aku takdelah risau sangat sebab aku takde feeling nak muntah pon masa tu. Aku ada cakap kat suami yang period dah lewat. Dia boleh tanya aku "Eh macam mana tu?" aje. 

Sebab itu bila aku tengah cuak menanti period then ada orang datang dengan soalan-soalan menambah anak memang aku rasa macam nak bertukar jadi Hulk. Itulah antara penyebab keluar entry ini pagi tadi.

Ok itu tak apa. Ke-cuak-kan aku dah tamat pon bila bendera merah dah naik. Memang lega habis-habisan. Aku bukan menolak rezeki seperti yang aku mention dalam entry pagi tadi tu. Tapi aku belum sedia dalam jangka masa yang rapat ini. Maybe, tunggulah lagi 3-4 tahun kot? Entah. Wallahualam. Aku pon tak berani nak sebut estimate. Sebab aku tahu dan percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan?

Err, sebenarnya entry ni nak mintak korang share kaedah Perancang Keluarga yang korang amalkan. Sebab aku rasa, Noriday ni menjadikan hormon aku tak stabil gila. Period jadi tak menentu sampai boleh buat aku bingit. Hehehe. So boleh tak korang share korang makan apa? Pil apa? Injection ke? Implan ke? Kesannya macam mana? Keberhasilannya ok tak? Please share ye? I really want to know. :)

Thanks kawan-kawan! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

13 comments:

  1. kak aishah! hehehe. same lah kite. tapi kita tak amik pil perancang. since kita makan shaklee, terus period. cuak jugak. pegi klinik tanya suntikan perancang. 3 bulan sekali. setiap kali suntik, RM32. suntikan yang pertama WAJIB time period. hah, cer pegi cer pegi. ;)

    ReplyDelete
  2. Aishah,

    secara jujurnya Nurul tak pernah ambil apa2 pil perancang. Kadang2 risau jugak. Selama ni cuma amalkan kaedah secara natural je.

    Tapi ada beberapa orang kawan pernah suggestkan kaedah implant (eh betul ke ejaan)

    ReplyDelete
  3. Aisyah, share experience jue.. Jue makan Noriday 6 bulan je. After that plan sendiri. Hubby tak bg mkn or ambil any injection. Jue pernah cakap nak implanon tp hubby tak bg sbb dia takot efek after that. Now alhamdulillah dah 2 tahun berjaya plan dgn jayanya..

    Secondly nak share gak experience kawan yg ambil injection, die period for 6 months dah. Kira macam istihadah la kan... Bila check doc, doc kata its due to sintetik hormon means injection tue la. And tak pasal2 plak, berat badan naik pastu plak die disahkan kene PCOS (boleh gugel PCOS ni apa). Pada jue, Aisyah survey dulu and try tengok sama ada body aisyah boleh tolerate tak dgn sintetik hormon sbb kesan pd individu lain2. Jue bkn nak menakotkan, just nak sharinge xperience sndiri and kekawan...

    ReplyDelete
  4. Aishahhhh!!! Macam tetiba jumpa tempat mengadu. haha..

    Aku tengah risau juga ni sebab period tak mai2 lagi. Takut kejadian serupa berulang lagi.

    Waktu irfan dulu, first period masa dia 11 bulan. Sekali je period lepas tu terus lekat adik.

    Sekarang, first period datang masa irsyad 9 bulan. Which is 12 Aug. Cuba tengok berapa haribulan dah ni.. ayoyoyo..

    Tapi takde feeling pregnant pon. sebab semua 'buang'. Pil ke cucuk ke semua tak ambik. Stressss jugak menunggu buah tak jatuh ni ek!

    ReplyDelete
  5. aisha, atas persetujuan bersama hubby alynn mmg xpernah merasa makan pil perancang dan xpernah cuba menggunakan apa2 kaedah perancang keluarga..tp member ada amik pil so far period xder masalah mayber serasi kot..ada gaks memberr yg pasang implan..

    ReplyDelete
  6. Aishah...semua kawan2 yg komen tu sungguh berani... tapi chem terus pakai iucd. tak berani nak suntik atau makan pil, sebab berat badan akan naik. Horman kann....

    So, setakat ni, alhamdullilah..berjaya! period pun dtg tiap2 bulan, time yg sama... so far takde masalah lagi. tahun depan genap 3 tahun dah...

    Tiba2 terkejut jugak sbb kawan yg pakai iucd pun boleh termelekat. Terus risau balik.....

    ReplyDelete
  7. Aishah, kita pun ada masalah untuk family planning. Masa dalam pantang, nurse suruh datang buat family planning lepas abis pantang. Pastu masa jab Awsam 2bulan, kita tanya, dia cakap, eloknya tak yah amik pil ni, biar natural. Kalau biar natural, kang "eksiden" jugak, macam mana kan? Dah tu, sampai sekarang ni, kita tak guna apa2 kaedah family planning. Ada jugak pegi farmasi, nak beli pil perancang, tapi diorang kata, tunggu dah period baru makan. Takut jugak ni, sebab lepas lahirkan Ain dulu, kita tak period sampai la Ain umur 1tahun 4bulan. Skali datang period, terus melekat. So, kali ni nak berjaga2.

    Tapi, kata senior kita, kalau jenis pelupa, dia sarankan injection. Yg jenis displin, boleh makan pil. Pastu dia cakap, kalau nak senang, suruh suami guna kondom, itu yg terbaik...kata dia la...

    Dah tu, kita skarang ni confuse, pil perancang ni, makan bila dah period atau belum period (lepas bersalin) pun boleh makan?

    ReplyDelete
  8. Betul tu. Sy 2nd preggy akibat miss noriday. Dah la Caesar br 1 thn.

    ReplyDelete
  9. haha..rasa nak gelak guling2..sbb kes aishah kata aishah preggy tp aishah period tu..maria rs maria ingat ms tu..aishah "gelabah" sgt ms tu..maria tanya kt bbm kot..lupa dah..

    apapun maria rancang keluarga dgn makan MAB..(maajun Anggun Bistari)..

    p/s: maria jual MAB jugak..(terpromo pulak..maaf)

    ReplyDelete
  10. aku mmg tak pernah amik pil perancang.

    lepas habis pantang, amik injection sekali je untuk 3 bulan. pastu dah..x amik2 lagi. dtg period masa eisya 9 bulan. kami gunakan kaedah konvensional je. tak pakai apa-apa, tak makan apa-apa.

    paham?? tak paham kita DM kat twitter (:

    ReplyDelete
  11. sebelum ni dd memang tak pernah amik apa2 ubat or injection.

    tapi bila anak ke2 dengan anak ke3 ni rapat,terus doktor suruh plan nak amik apa sebab dd diabetis masa pregnant.so sekarang ni dd amik injection 3 bulan sekali di klinik kerajaan.namanya depo provera.alhamdulillah,setakat ni takde problem cuma period tak stabil sebab sekali dtg dalam 14 hari.yang bagus injection ni sebab tak payah risau kalau tetinggal/terlupa makan ubat!

    ReplyDelete
  12. em; isteri saya dan ceseran 2 kali, ni mengandung pula selepas anak genap2 satu tahun dan dia asik terlupa makan pil noriday.. ada kesan x kalau buat pembedahan ikat ?

    ReplyDelete
  13. Salam semua.saya ambil pil noriday...alhamdulillah berat badan semakin menurun...:)
    Mungkin disebabkan sy breastfeeding....baby da masuk 9 bulan still makan noriday lg..cuma sy agak takut coz sy miss makan seeehaaariiii.....alamak....takut sgt lekat...puteri Caesar...x chek lg...period mmg start x dtg sjak putri umur 5 bulan...sy miss mkn dlm bulan ni....ad kemungkinan lekat tak?'."

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015