Tuesday, October 16, 2012

I Miss My Baby Nashriq.

Rindunya pada Nashriq yang baby. Nashriq yang tak tahu apa-apa. Nashriq yang hanya tahu nangis nak susu, senyap bila kenyang. Nashriq yang menangis bila pampers penuh, pastu bila dah cuci terus lena tidur. Ahhh, makin di tengok gambar kat bawah ni, makin rindu sangat rasanya. Aku rindukan Nashriq yang baby.


Cuba tengok gambar yang keempat tu,
nampak fragile sangat kan? :)

Bermulalah fasa kami suami isteri membesarkan anak. Doa kami siang malam tak banyak, cukuplah Nashriq jadi anak yang Soleh, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata, anak cerdik dan pintar. Iye, skrip inilah yang selalu meluncur tiap kali aku berdoa. Tak cukup dengan doa, sebelum tidur, masa sesi baca doa tidur tu, aku cakap jugak benda yang sama kat Nashriq. Aku beritahu dia harapan aku. Aku nak dia tahu yang aku nak dia membesar jadi yang bagaimana.


Wajah-wajah innocent. :)

Aku rindu mandikan dia dalam besin mandi baby tu. Bila dia splash splash kaki tangan dia, habis baju aku semua basah. Aku rindu masa dia duduk diam je dalam stroller tak perlu nak mengejar dia macam sekarang. Hahaha loteh Emak ekau ni nak mengejar nak oi.


Bila dah start pandai itu ini. :))

Semakin membesar, semakin lasak. Semakin banyak cakap dan tantrum. Kuat jugak mengamuk kalau tak dapat barang yang dia nak. Bila dapat member (Najah), makin menjadi-jadi 'teamwork' mereka mengenakan Ayah dan Mama. Kalau tak si Abang sakat adik. Adik pulak yang akan lepuk Abang. Begitulah setiap hari. Rumah senyap sunyi bila dua-dua dah tidur je. Waktu lain memang riuh rendah. :)

Tapi satu yang aku nampak pada Nashriq. Dia memang sukakan 'keagamaan'. Maksud aku, benda-benda macam Solat, mengaji, zikir dan istighfar kat Astro Oasis, Azan dan banyak lagi benda yang sedikit demi sedikit terserlah. Baru-baru ni, kami suami isteri macam nak nangis bila dia minta nak "Ayam" (sembahyang). Pakaikan dia songkok, dia tarik sejadah Ayah terus "Awwah Akbar". Terkedu kejap kami. Kembang rasa hati. Macam dah besar sangat budak yang aku rindu waktu bayinya. Serius. Terasa cepat sangat waktu berlalu.


Jadi anak Soleh, nak ye?

I was crying while captured this photo. Suami duduk tepi Nashriq sambil ajar baca Iftitah, ruku' dan sujud semua tu. Lepas aje selesai 'kelas' Solat bersama Ayah, aku peluk Nashriq dan cakap; "Mama bangga dengan anak Mama. Esok kalau Mama dah tak ada, Nashriq doakan Mama ye sayang?". Pastu dia pon mengangguk macam faham. Hahahaha.

Alhamdulillah, 2 tahun 1 bulan ini, penuh sangat dengan rahmat-Mu, Ya Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

4 comments:

  1. tiba2 sebak baca entry aishah ni..emosi ibu mengandungkah? tapi buat airmata bergenang tau..

    ReplyDelete
  2. tskkk.. Cerdiknya Nashriq :)

    Aunty kat sini terharu tengok gambo awak bayi Nash! Halus je lagi. Sekarang, awak dah abang abang! :D

    ReplyDelete
  3. Bergenang air mata baca entri ni. Semoga Nashiq akan jadi anak yang soleh

    ReplyDelete
  4. cerdik betul nashiq...tersentuh hati bila baca nie

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015