Hari ini genap 3 tahun Nur Anis Nashrah meninggalkan kami. Tak sangka sudah 3 tahun. Sudah punya 2 pengganti Allah beri. Tapi masih jua rindu pada Nashrah seperti baru. Rasanya berdebar bila dikenangkan saat mula tahu anak di dalam rahim sudah tidak bernyawa. Bila pejam mata, terimbau semua satu persatu.
Ya. Serasa ingin dipeluk 'kenangan' itu.
Aku baru sahaja baca perkongsian dari seorang teman yang juga kehilangan anaknya sewaktu kandungan berusia 4 bulan. Aku rasa, kisah beliau lebih menyayat hati. Nanti aku tanyakan sama ada boleh dikongsi sama kalian rakan pembaca atau tidak. Tapi serius, kisahnya buat aku semakin rindu pada Nashrah. Tangisan tak bisa buat hati kurang rasa rindu. Semakin membuak-buak seolah-olah hanya jeritan sahaja yang mampu mengeluarkan rasa itu.
Aku tahu. Mana mungkin aku menjerit pekik seperti dulu. Seperti waktu aku mula kehilangan Nashrah. Aku sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memberikan aku ganti. Bukan satu. Tapi dua. Kegembiraan yang aku tak terfikirkan saat aku kehilangan Nashrah 3 tahun lepas.
Ya Tuhan, rindu sungguh aku ini.
"Nashrah, Mama love you so much sayang. Mama cakap ini setiap hari pada Nashriq dan Najah. Mama harap Nashrah dengar juga. Kalau mampu, mahu Mama sampaikan pelukan dan ciuman Mama untuk Nashrah bagi melepaskan rindu yang mendak dalam sini. Hanya kiriman doa buat Nashrah di sana, supaya Nashrah tak lupa Mama di sini".
"I love you, my little girl. I miss you so much".
Al-Fatihah, Nur Anis Nashrah.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
Al-Fatihah buat Nashrah
ReplyDeletenak nangisss... teringat si kembarku.. ;(
ReplyDeleteAishah, aritu chem ada tengok Dr. Muhaya bagi talk dekat tv 9 ker Al-hijrah ker (yg mc dia juara m.chef tahun lepas dan irma hasni tuu…). Dia kehilangan anak jugak. Anak lelaki tunggal. Ader sorg Hamba Allah tu datang menziarah dia sambil ucap TAHNIAH dan TAKZIAH. Dia ucapkan TAHNIAH sebab sudah ada org yang menunggu kita di sana nanti dan dia ucapkan TAKZIAH sebab kita kehilangan org yg kita sayang.
ReplyDeleteDr. Muhaya ckp lagi…cuba bayangkan time tu nanti, masa ramai2 manusia dibangkitkan semula. Kita tak kenal siapa2 pun… tapi dlm ramai2 org tu nanti, rupa2nya ada sorg insan yg tunggu kita. Mcm kita kat Airport la…kita tak kenal sapa2 pun tiba2 ader org tunggu dan lambai2 kat kita. Wallahualam… masa ch3m dengar dia cakap mcm tu, rasa sedih, sebak.
alfatihah..sabar ye aishah..dia menanti aishah di sana..
ReplyDeleteair mata dah bergenang... rasa nak peluk awak aishah..T_T
ReplyDeleteShare lah cite kwan shah tu.. nak baca...
ReplyDelete