Monday, May 18, 2015

POSISI PENYUSUAN YANG SALAH AKIBATKAN KEKERINGAN SUSU?

Betul ke posisi atau teknik penyusuan yang silap akan mengakibatkan susu ibu menjadi kering? 

Puas tadi meng-google, akhirnya terjumpa artikel ini di Facebook Kaunselor Laktasi - Malaysia. Sesuatu yang boleh kita sama-sama belajar terutamanya untuk ibu-ibu baru.

Jom jemput baca menambah ilmu. :)

Posisi Penyusuan Bayi Yang Penting Untuk Diperbetulkan Oleh Para Ibu.

Perkara paling utama tentang penyusuan ibu yang perlu diambil tahu oleh para ibu adalah POSISI penyusuan itu sendiri, ini kerana aktiviti menyusukan bayi merupakan satu perkara yang amat penting dititikberatkan oleh para ibu, jika posisi penyusuan silap, maka ia sering menyebabkan para ibu mengalami masalah tidak cukup susu, atau susu kering apabila bayi berumur 2-3 bulan ke atas!



Empat perkara utama tersebut adalah:

1. Kepala, tengkok dan tubuh bayi perlu selari dengan badan ibu, bukannya hanya kepala sahaja disengetkan menghadap ke payudara ibu! Cuba bayangkan jika anda mahu makan, dan saya minta anda makan dengan menyegetkan kepala ke bahagian kanan, dan minta anda habiskan makanan waktu tengahari anda! Apakah yang akan anda rasa? Anda akan rasa lenguh dan sakit leher kerana posisi mengambil makanan yang salah! Kerana itu, posisi menyusukan bayi ini amat penting!

2. Muka bayi perlu menghadap ke payudara ibu serta hidung bertentangan dengan puting. Bukannya muka bayi terdongak ke atas menghadap syiling rumah. serta hidung bertentangan ke bahagian lain.

3. Paling penting, bayi perlu rapat dengan ibu, atau lebih mudah, perut bayi perlu bertemu perut ibu! Jika anda menyusukan bayi anda, dan perut bayi anda tidak bertemu dengan perut anda, itu bermakna teknik penyusuan anda kurang tepat, dan boleh mengakibatkan kekeringan susu ketika bayi berumur 2-3 bulan ke atas, selain itu, teknik penyusuan yang silap ini juga akan menyebabkan bayi tidak dapat menghisap dengan betul dan menyebabkan bayi tidak mendapat susu seperti yang sepatutnya, perkara ini boleh menyebabkan bayi kerap menangis walaupun anda memerhatikan bayi anda kerap menyusu! Jika anda mengalami gejala bayi kerap menangis walaupun bayi anda kerap menyusu, pastikan teknik posisi penyusuan anda ini betul!

4. Pastikan punggung, kepala dan bahu bayi anda diampu, sama ada dengan tangan, atau jika anda duduk di kerusi atau sofa, atau berbaring atas tilam atau katil, bayi diampu dengan bantal kecil. Kegagalan ibu untuk mengampu bahagian utama bayi ini boleh mengganggu penyusuan bayi, sekaligus menyebabkan timbulnya masalah penyusuan di kemudian hari.

Kredit Info : Facebook Kaunselor Laktasi - Malaysia


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, May 17, 2015

26 KELEBIHAN OMEGA GUARD UNTUK SEMUA

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. 

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. 

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik. 

SUMBER OMEGA 3

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies) 
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. 
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA. 
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA. 
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini 
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB. 

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin 


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee 

  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan 
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat 
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok 
  5. Mengekalkan tekanan normal darah 
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 
  7. Mengurangkan sakit kepala 
  8. Merendahkan kolestrol 
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 
  10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 
  11. Mengawal masalah obesiti 
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 
  13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 
  14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 
  16. Membantu menyihatkan paru-paru 
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain. 
  18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 
  24. Mencegah penyakit gout 

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:- 

  • Mencegah insomnia 
  • Mengurangkan tekanan emosi 
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
  • Membantu memperbaiki masalah autism 
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
  • Mengurangkan masalah schizophrenia 
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak 

Semua peringkat umur sedari setahun ke atas boleh menggunakan Omega Guard ini. Tiada tahap kesihatan yang baik tanpa pelaburan wang untuk membeli produk yang bermanfaat seperti Omega Guard Shaklee ini 


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan? 

  • Warga Emas 
  • Pesakit Jantung 
  • Wanita 
  • Wanita yang telah melahirkan anak 
  • Pesakit darah tinggi 
  • Orang yang selalu lupa 
  • Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas 
  • Pelajar 
  • Ibu menyusu 
  • Ibu Hamil 
  • Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus 

Mengapa perlu tunggu lagi, beli dan rasai sendiri kehebatan Omega 3 Shaklee ini. Buang sikap suka mencari minyak ikan murah yang kurang berkualiti, jika anda boleh mendapatkan minyak ikan yang sangat berkualiti walaupun pada harga yang sedikit mahal tapi kelebihannya dan keberkesanannya berbaloi-baloi. Alah membeli menang memakai.

BACA LAGI MENGENAI OMEGA GUARD DI SINI.

PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015