Sunday, April 6, 2014

VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG.

Tadi blogwalking dan terjumpalah saya blog Puan Maria Firdaus yang share pasal Set Vitamin Shaklee yang biras beliau, Puan Ainul amalkan sepanjang kehamilan. Boleh klik kat link di bawah untuk cerita lanjut. Saya copy paste sikit cerita biras beliau kat sini.



Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga.

In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.

Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.

Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"?

Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, lalu apabila diberitahu kepada doktor, beliau segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.

Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. Sejurus selepas itu, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2.

Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.

Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatan antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.

Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama dan kedua saya apabila mereka diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.

(Ada beberapa keping gambar anak-anak beliau, tapi saya tak masukkan di sini)

Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan (kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).

Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor. Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin dan Neuro Gain.

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.

Sungguh sahabat2...!! Berbeza rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu.

Antara yang boleh saya kongsikan:

1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!

Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).

Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???

Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!

Walaupun saya mendapat vitamin sintetik secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.

Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:

IT IS A BIG WORTH BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
(AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Dengan izin Allah beliau ikhtiar, Allah mengizinkan dan Shaklee menjadi asbab.

Taktau nak kata apa masa baca ni tadi. Ada rasa sayu jugak sebab saya pon amik vitamin sintetik yang disebutkan ketika mengandungkan ketiga-tiga anak saya. Masa tu memang tak kenal Shaklee lagi pon. Taktau apa pon pasal vitamin natural atau semulajadi. Apa yang doktor bagi, itulah yang saya makan.

Insya-Allah bila dah tahu ni, saya akan terus mengamalkan Shaklee dan akan terus sharing kepada semua ibu-ibu di luar sana supaya beralih kepada vitamin semulajadi yang tentunya lebih selamat untuk ibu hamil dan anak di dalam kandungan.

Baca lebih lanjut mengenai VITAMIN IBU HAMIL - KLIK SINI.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, April 4, 2014

OSTEMATRIX - BAIK UNTUK TULANG, GIGI & MASALAH SEMBELIT

Assalammualaikum!

Lama sangat tak bersiaran langsung dari sini ye? Haritu janji nak kembali aktif blog pon haram tak jadi apa. HAHAHAHAHA. Alahai, biasalah bila dah jadi ibu beranak dua (alasan! alasan!) pastu bisneswoman pulok (rasa nak muntah!), memang takde masa nak blog. Hehehehe. Sebenarnya itu semua hanya alasan semata. Jawapan yang tepat ialah memang MALAS! Pastu sekarang berazam nak rajin semula. Mari kita saksikan berapa lama dia punya 'rajin' itu. (icon tangan kat dada mata ke atas hihihi)

Orait, sebenarnya nak habaq promo April 2014 ini!




Sedikit fakta comel mengenai Ostematrix.
  • Ada 120 biji dalamnya untuk kegunaan sebulan / seorang.
  • Harga retails RM61 sebotol
  • Nak dapat harga murah? Marilah menjadi ahli dengan yuran keahlian RM75 sahaja seumur hidup. Anda tak rugi apa-apa kerana anda layak memborong barangan Shaklee dengan harga ahli dan untung-untung anda dapat bonus setiap bulan. Kaching! :)

HAHAHAHAHA. Itu fakta mudahlah. Sebab semua orang sering tanya soalan berkait dengan fakta di atas ni. "Ada berapa biji dalamnya kak?", "Berapa lama boleh tahan kak?", "Tak boleh murah lagi ke kak?". Jadi saya jawab dah soalan-soalan di atas in advance. :D





Siapa yang perlukan KALSIUM ni?
  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, Ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baikdengan syarat prinsip utama penyusuan diamalkan. (supply vs demand).
  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis).
  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda! 
  • Jika anda mengalami masalah sembelit, ostematrix boleh membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit. Kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
  • Jika anda sukar tidur malam dan rasa lesu sewaktu bangun pagi, dengan mengambil ostematrix akan membantu anda lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan rasa cergas apabila bangun pagi.

Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ini?

  • Membantu dalam proses pembakaran lemak.
  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat.
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh).
  • Memulihkan kekejangan, kebas – kebas, sakit tulang belakang dan simpul biawak (bagi preggy mommy).
  • Meringankan stress – mengelakkan gejala mudah meradang dan murung.
  • Menstabilkan tekanan darah bagi memastikan tekanan darah berada tahap yang normal.
  • Meringankan sakit ketika haid. (Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, retensi air)
  • Membantu kekal bertenaga dan bersemangat walapun sibuk dengan urusan seharian (terutama bagi mereka yang bekerja)
  • Membantu masalah gastrik.
  • Membantu dalam pengurusan badan
  • Membantu dalam mengatasi sembelit.


PEMBELIAN SECARA ONLINE KLIK SINI
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015