Aishah Rahim's Diary: Luahan Hati

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Tahun Baru Dan Sesi Persekolahan 2019.

Sumber gambar : Google
Selamat tahun baru 2019 buat semua. 

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua sepanjang tahun ini. Diberikan kebahagiaan, kejayaan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Apa azam uols tahun ni? Saya ni macam-macam azam tulis hahaha.. Dah tampal, dah print letak kat SOHO. Azam utama tentulah nak jadi Hamba Allah yang lebih baik - jangan tinggal Solat, nak usaha Solat awal waktu, nak banyakkan amalan sunat, sedekah dan paling nak fight ialah nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Doakan saya tau :)

Azam lain tentulah berkaitan dengan bisnes dan paling korang tak caya tahun ni ada azam nak "kurus and stay healthy" gitchu kahkahkah.. Tak tahulah kenapa terbuka hati nak ada azam "nak kurus" sedangkan sebelum ni I don't really care about it. Maybe sebab dah berusia ni kot. Nak stay healthy with family, nak lebih cergas dan bersemangat!

Okaylah taknak cerita pasal azam lagi. Sekarang nak share gambar-gambar hari persekolahan pertama tahun 2019. Tahun ni Nashriq darjah 3, manakala Najah pulak darjah 2. Sekejap je depa ni dah besar huhuhu Mama terasa tua pulak tengok anak-anak dah besar :")


Lama gambar depa berdua tak keluar kat blog Mama kan? :p


Maaflah kat budak kecik belum mandi tengah tu *rolling eyes*

Overall pagi ni semua bangun senang je. Tak ada drama. Maybe dah lama tak pergi sekolah, so semangat nak jumpa kawan-kawan. Pastu depa excited kasut hitam tu hahahaha asyik nak cuba je dari hari beli haritu. Kasut hitam memang smart ler, kan?

Belajar la rajin-rajin, anak-anak. Banyak azam dan target Mama tahun ni berkisar pasal mereka bertiga. Ofcoz I am not a perfect mother. Selalu marah anak, garang. Tapi Mama nak usaha tahun ni nak jadi lebih sabar dan fun. Dan, kita kena fokus belajar jugak sebab tahun ni tak ada streaming, tak ada exam, nak tak nak parents kena ambil peranan bantu anak-anak belajar #notetomyself :)

Lain-lain, jangan tinggal Solat, jaga aurat, rajin mengaji, jadi anak soleh solehah yang bahagiakan Mama dan Ayah. Semoga Allah jaga dan pelihara anak-anak Mama dunia dan akhirat. Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, July 12, 2015

MELAWAT PUSARA KESAYANGAN.

Pagi Ahad di Johor Bahru. 
25 Ramadan 1436H.
4 hari lagi menuju Syawal.

Suami bercuti dan anak-anak sekolah. Aku memang dah lama sangat tak ziarah pusara Arwah Abah dan Arwah Nashrah. Sejak ada Najah, memang tak dapat pergi. Ada sekali pergi, tapi duduk dalam kereta tak dapat turun. Suami je pergi sendiri atau dengan Emak dan Abang aku. Akhirnya harini dapat pergi. Terubat rindu, walau sebenarnya rindu itu takkan hilang..

Abah..
Nur Anis Nashrah
9 Oktober 2009
6 tahun sudah berlalu.

Atok dan Nashrah.

Rindu hoy taktau nak kata apa. Masa datang ni tadi, segala kenangan macam flashback di kotak fikiran. Flashback zaman kanak-kanak dengan Arwah Abah sampailah saat-saat dalam labor room nak melahirkan Anis Nashrah yang kami dah tahu sudah tidak bernyawa. Rindu ini menggunung. Rasanya kalau dapat peluk dan cium, memang nak peluk dan cium..

Al-Fatihah Allahyarham Abdul Rahim bin Osman
Al-Fatihah Nur Anis Nashrah binti Abdul Wahid

Yang dah pergi tentu tetap pergi. Kita yang tinggal ni?

Tadi cakap dengan suami, "Abah dan Nashrah dah tau pusaranya kat sini. Kita ni nanti kat manalah agaknya ek?". Persoalan seterusnya di soal dalam hati, "Masalahnya, kau dah sedia ke Aishah? Cukup dah amalan kau? Dah cukup taubat segala dosa-dosa? Dah cukup berbakti kepada Emak? Dah didik amanah Allah dua orang tu dengan sebaiknya? Dah cukup baik kau jaga hak Allah?"

Menangis. Sebab sedar yang semuanya belum cukup.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 15, 2014

15 RAMADAN, 4 TAHUN YANG LEPAS.

Anak bujang dah 4 tahun mengikut kalendar Islam. Tak boleh lupa saat tu punya perasaan. Masih terbayang pengalaman kedua nak pergi bersalin. Penuh dengan trauma (sebab teringatkan Nashrah) dan perasaan lain-lain - takut, tak sabar, excited dan macam-macam perasaan lagi.

Masih terbayang suasana tak boleh tidur malam waktu tu sebab mengira jarak contraction. Masih terbayang suasana kami bangun sahur, minum air milo, pastu mandi-mandi dan terus gerak ke hospital sebab contraction dah makin kerap. Masih terbayang saya duduk kat bahagian belakang kereta Kancil, suami memandu dan dengan keadaan Subuh yang gelap sejuk, tapi masa tu berpeluh sebab campuran perasaan di atas.

Banyak lagi terbayang. Semua dirakam dengan baik. Macam video recorder.

Entry 4 tahun lepas, KISAH KELAHIRAN ANAS NASHRIQ

**************************************************************************

4 tahun berlalu dengan indah. Dari seorang ibu yang stress sebab tak boleh penat, tak boleh bising, tak boleh rumah berkecah (eh ini masih sampai sekarang!), saya berubah sikit demi sikit menjadi penyabar (walau kadang-kadang tak sabar juga!). Pengalaman menjadi ibu banyak mendewasakan saya, mematangkan diri serta menjadikan saya kental. Motherhood is the best journey! Setiap hari pon kita akan belajar perkara yang baru. Anak-anak yang menjadi 'cikgu' tanpa kita sedar.

Teman Mama pergi servis kereta.
Mulut bising hanya akan diam ketika MAKAN!


Keletihan mengikut Mama pergi Shaklee dan COD barang customer.

My CHATTER BOX.

Nashriq,

Teruslah menjadi anak yang kelakar, banyak cakap, rajin, penyayang, protective, baik hati, lembut hati, romantik, rajin sembahyang dan selalu menyenangkan hati Mama dan Ayah. Mama bangga sekali ada Nashriq dalam hidup Mama. One day, if you read this, I want you to know that I LOVE YOU SO MUCH. Nashriq, kakak Nashrah dan Najah (insya-Allah ada adik-adik di masa akan datang), adalah segalanya bagi Mama. Mama sanggup buat ape sahaja untuk Nashriq dan adik-adik. I want the best for you all. That's why Mama dan Ayah nak buat yang terbaik, untuk masa depan keluarga kita yang terbaik di masa akan datang.  

Semoga terus menjadi anak soleh dunia akhirat.

Lots of LOVE,
Mama


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 7, 2014

KENAPA SAYA CUTI TANPA GAJI?

Alhamdulillah baru selesai sahur. Makan Nasi Ayam semalam yang Emak masak masa berbuka. Rasanya tahun ini, hari ni lah hari pertama saya sahur nasi. Sepanjang 7 hari yang lepas, saya cuma ambil Cinch Shake bersama ESP, quaker oat dan segala vitamin untuk bekalan sepanjang hari. Tapi harini punya Nasi Ayam tak boleh ditolak. Nanti terbayang-bayang sepanjang siang. Hihihihi.

Anyway, ramai yang tak tahu dan mungkin juga ada yang tahu, bahawa saya sedang Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014. Tempoh yang saya ambil ialah 6 bulan dan bakal berakhir pertengahan bulan Ogos nanti. Kenapa saya buat begini? Kenapa saya nekad mengambil CTG? Apa dah banyak ke duit yang Shaklee bagi? Hahaha spekulasi sangat kan soalan.

To be honest, saya buat semua ini kerana anak-anak dan Emak saya (dan diri saya juga tentunya!). Tak tahulah nak bagi jawapan spesifik. But, I really love and enjoy spending my time dengan orang-orang yang saya sayang ini. Mula-mula nak buat keputusan untuk CTG tu, memang berbelah bahagi juga. Saya masih sayang kerja saya, tapi terlalu banyak kekangan (terutama di hati saya) yang menghalang atau lebih tepat, berat hati je dengan kerja hakiki (atau mungkin pemalas?)

Bila saya tulis begini, mesti orang fikir saya tak kenang budi kerja gomen.
Tapi beginilah.

Saya agak selalu memonteng kerja, MC dan cuti dengan pelbagai alasan. Kadang-kadang anak tak sihat. Kadang-kadang Emak tak sihat. Kadang-kadang diri saya sendiri tak sihat (atau pemalas juga?). Selalu ada sahaja benda yang buat saya tak perform di tempat kerja. BUKAN SEBAB SHAKLEE. Perkara ni dah berlaku lama. Cuma sebelum ni saya tak kenali potensi diri. Apa yang saya tahu, saya kena pergi kerja dan hujung bulan dapat gaji. Itu sahaja. Nak atau tak nak, saya kena kerja juga. Suka ke tak kena hadap juga. 

Pergi kerja pagi sebelum jam 7 pagi dan pulang lewat petang. Stress dan penat di tempat kerja, balik rumah anak-anak inginkan perhatian, saya kurang layankan. Sampai Nashriq setiap hari request, "Mama harini jangan pergi kerja eh? Mama mandikan Nashriq, Mama main dengan Nashriq, kita berbual-berbual", saya jadi sedih. Kemuncak keadaan bila Najah dah tak mahu naik rumah pengasuh. Menangis melalak yang amat nak ikut saya pergi kerja. Hati saya meronta setiap kali pagi nak pergi kerja. Sebab nak kejut anak-anak bangun pagi dan hantar mereka ke rumah nenek dan pengasuh. Ditambah, Emak saya yang jaga Nashriq pon dah tak berapa sihat. Menguatkan lagi keputusan saya untuk CTG.

Shaklee sebagai MEDIUM. Shaklee bagi saya peluang untuk tekad CTG.

Bila orang tanya, "CTG sebab nak fokus bisnes ke?", saya jawab tidak jugak. Fokus utama memang anak-anak, keluarga dan Emak. Shaklee bantu realisasikan impian sahaja. Kalau saya tak buat Shaklee, mungkin sukar juga saya nak CTG sebab tak ada pendapatan sampingan. Syukur Alhamdulillah sebab pendapatan Shaklee memang boleh cover segala potongan yang ada dalam slip gaji kerja kerajaan saya, dan boleh cover semua perbelanjaan bulanan macam biasa dan siap boleh buat simpanan! Allah, saya tak suka cerita pasal ni sebab tak mahu nampak riak. Tapi syukurlah, saya bertemu Shaklee dan berani keluar dari comfort zone saya. Kalau tak, mungkin selamanya saya kerja dari pagi sampai petang, dapat gaji ratusan ringgit selepas ditolak potongan hutang dan duitnya habis dalam masa sehari sebab bayar segala macam benda pulak.

Jadi, adakah saya akan naik kerja pertengahan bulan Ogos nanti?

Ini masih dalam perbincangan. Seronok sangat dah saya duduk rumah. Terlalu banyak perkara manis setiap hari berlaku. Anak-anak dalam jagaan saya, buat semua perkara bersama. Mereka ikut saya bekerja - pergi Shaklee, pergi pos barang, pergi COD ke customer. Duduk rumah saya coaching anak buah bisnes, mereka masih depan mata. Saya pergi mana-mana kelas tak rasmi oleh Shaklee pon boleh bawa anak-anak (but most of the time, Wahid offer diri jaga anak kat rumah kalau saya ada kelas). Kami bersama-sama setiap masa. 

Memang penat. Ya saya tak tipu memang penat. Tapi keseronokkan dan rasa kasih sayang itu melebihi segalanya. Ditambah lagi, saya dah tak hantar Nashriq ke rumah Emak saya, jadi kurang sikit beban Emak nak menjaga. Itu yang lebih penting bagi saya. Suami pon selalu kata, dia seronok tengok saya begini. Rumah dalam keadaan terjaga, anak-anak depan mata saya, dia nak pergi kerja pon tak risau. But of course dia risau saya drive ke sana ke mari. Tapi insya-Allah saya minta dia doakan saya dan anak-anak selamat setiap hari. 

Saya mohon juga doa rakan-rakan sekalian supaya dimudahkan jalan bagi saya yang seterusnya. Kalau boleh saya memang nak selamanya duduk rumah jaga anak-anak, sambil menjana pendapatan dari rumah tentunya. Saya tak mahu lagi terikat dengan tugasan hakiki. Jangan salah anggap, saya cuma sedar yang saya tak perform sebaiknya di jawatan hakiki (selalu MC, selalu cuti, selalu ponteng, kerja bertangguh, tidak cinta pada kerja), jadi saya tak mahu jadi tamak dan pentingkan diri sendiri kerana masih mahu kedua-dua pendapatan. Lebih baiklah saya lepaskan salah satu dan pilih yang lebih baik, insya-Allah. Semua atas izin dan gerak hati dari Allah jua.

Doakan saya.

Oklah nak bersiap-siap. Anak-anak pon tengah makan. Jadi saya boleh kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan lepas ni saya ada coaching dengan anak cucu cicit dan lepastu saya nak ke Shaklee dan COD barang. Nampak pack kan jadual saya? Penat kan? Tapi bagi saya,

Do what you LOVE
LOVE what you do

Saya cintakan anak-anak
Saya cintakan keluarga saya
Saya cintakan Shaklee


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, April 8, 2013

Al-Kisah Lesen Memandu.

Ramai pembaca tegar blog ini tahu yang salah satu impian aku ialah nak dapatkan lesen kereta. Ada antara kalian juga tahu yang aku dah start masuk kelas KPP dari hujung tahun lepas. Tapi apa cerita sampai sekarang tak settle-settle? Apa ke 'slow' sangat si Aishah ni? - kata anda di dalam hati. Kan kan kan?

Sebenarnya malu nak cerita kat korang. Tapi oleh kerana ada sesuatu pengajaran yang aku nak share di hujung cerita nanti, maka korang rajinkanlah diri membaca coretan aku ini. Hahahahaha tak pasal-pasal paksa orang baca entry sendiri. 

**********************************************

Mula-mula, aku mendaftar di Institut Memandu "I" di bawah seorang agen. Bayaran pertama kali ialah RM300 untuk masuk kelas KPP dan ujian komputer. Alhamdulillah, ujian komputer tu aku amik sekali je. Walau keputusannya paras-paras hidung. Kekekekeke.

Kemudian, aku masuk pulak kelas teori 3 jam dan kelas praktikal 3 jam. Bayaran untuk ini ialah RM300 jugak. Sepatutnya, masa kelas praktikal 3 jam tu, aku dah boleh start bawak kereta berkenal-kenalan. Tapi dek kerana agen aku tu sibuk sangat, maka dia suruh aku thumb print, duduk melepak pastu tamat 3 jam, thumb print balik. Dia kata jangan risauuuuu, kelas praktikal tak penting. Yang penting aku thumb print tu menandakan aku hadiri kelas 3 jam. Aku yang bodoh-bodoh alang masa tu pon mengangguk saja....

Dari tamat kelas praktikal hingga nak belajar selanjutnya kena tunggu about 2 weeks kot. Sebab lesen L belum siap. Aku pon okay aje lah kan. Memang tak sabar nak belajar. Tapi sebab lesen belum siap, takkan aku nak over belajar jugak. Bila lesen L aku dah siap, agen aku pon call suruh datang dengan membawa duit RM200 boleh start belajar kereta katanya. Hati sungguh melonjak gembira I tell you. Bersemangat pagi-pagi bangun tunggu agen amik. Total bayaran, RM800. *kaching!*

Sampai aje kat Institut Memandu "I", aku kena tunggu lagi. Takpe, aku sabar je. Tak lari kereta dikejar. Melainkan kereta tu dihidupkan enjin kan? Hahahaha sempat lagi nak peribahasa. Bila tiba turn aku belajar, agen pon menyuruh aku duduk di bahagian pemandu dan buat 5 perkara - betulkan tempat duduk, tengok side mirror, pakai tali pinggang, hidupkan enjin dan lampu isyarat siap wiper semua.

Dia ajar lah serba sedikit mana klaj, mana brek, mana minyak, gear dan hand break. Aku angguk-angguk je sebab benda basic tu aku dah sempat menuntut dengan Wahid dah. So bila dia suruh start enjin, lepas klaj dan jalan, maka kerianganlah aku sebab kereta sudah berjalan! Hahahaha. You can't imagine macam mana punya gembiranya aku pagi itu. Serius wehhhh. Jakun gila! Hahahahaha.

Setelah 2-3 kali pusing jalan rata, maka agen aku pon menyuruh aku bawa kereta ke tempat que nak naik bukit. I is cuak! Tapi tak kisahlah kan sebab agen aku ada kat sebelah. Kalau tak buat, mana nak pandai kan? Maka naik turun bukit, buat parking dan 3 pointer pada hari pertama adalah super exhausted! Kau bayangkan yang aku ni langsung tak tahu apa-apa, tetiba kena adapt banyak benda in less than 2 hours? Peh! Muka memang tegang habis. Tengkuk aku ni cramp okayyy. Rasa nak nangis, keluar kereta dan balik!

Tiba pusingan terakhir, agen aku telah keluar dari kereta. Dia kata, dia percaya kat aku. Dia nak aku buang rasa takut. So fineeee. Aku bawak kereta naik bukit dan turun. Pastu parking pon okay. 3 pointer pon berjaya. Nak keluar dari 3 pointer, aku dah pusing stereng ke kanan, tekan minyak dan "DUMMMM!!!" aku langgar kereta yang tengah que nak buat parking. Kereta yang aku bawak terangkat bonet! Aku punya menggigil, tangan basah, stress, rasa nak nangis, trauma, fobia - all in one package.

Agen aku dah salahkan aku habis-habisan. Orang sekeliling dah pandang aku semacam. Aku tak ingat lain dah. Apa aku ingat, kena call suami dan abang aku suruh datang nak kasi settle benda ni. Orang first aku call ialah Wahid. Tapi Wahid tak angkat sebab kat ruang tamu, handphone dalam bilik. Call pulak Abang De aku pastu bila dia angkat terus aku menangis cakap aku langgar kereta orang. Aku suruh dia datang sekarang jugak. Masa ni memang tak tahu lah nak kata macam mana punya degupan jantung. Kalau jantung boleh keluar dari badan aku ni, dah melompat-lompat agaknya.

10 minit selepas itu, Abang De aku pon datang bersama Wahid. Muka masing-masing dah keras dah. Aku duduk kat tepi tembok sementara mereka berdua deal dengan agen aku dan pengajar yang keretanya aku langgar tadi. Abang De berkeras tak mahu bayar sebab katanya ada insurans. Buat apa nak bayar? Tapi agen berkeras mintak ganti rugi RM850 untuk baiki kedua-dua kereta. Aku pandang Wahid, Wahid pandang aku. Last-last, kami deal untuk bayar separuh je sebab kesalahan agen aku pon ada - dia tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta. Betul tak?

Dan pergilah kami ke bengkel untuk settle urusan baiki kedua-dua kenderaan. 

Tak cukup sampai di situ, aku yang masih dalam trauma dan fobia ambil masa yang lama untuk start balik belajar memandu. Takdelah lama mana sangat. Dalam 2 minggu gitu kot. Bila aku dah ready, aku pon call agen aku tadi untuk sambung belajar semula. Yang buat aku hangin ialah, agen ni tadi buat macam-macam alasan nak menangguhkan pembelajaran aku. Dia demam lah, tak sihat lah, ada kenduri lah dan bermacam-macam lagi alasan tak masuk dek akal. Sampai satu tahap tu, aku call bos si agen aku ni untuk bertanya urusan belajar aku. Bos si agen aku ni pulak boleh tercakap yang si agen ADA dan sedang mengajar memandu. Phehhhhhh aku punya mengamuk jangan cerita! Aku dah bayar RM800 bayaran belajar, pastu bayar pulak ganti rugi eksiden - tapi pembelajaran aku ditangguh-tangguh. Menyirap darah aku masa tu.

Wahid nasihatkan aku untuk stop je belajar dengan agen ni tadi. Kata Wahid, duit boleh di cari. Tak kisahlah dah bayar RM800 ke apa. Tapi sebabkan agen aku ni tadi tak jujur dan menangguhkan pembelajaran aku, baik aku blah je belajar dengan orang lain. Maka, aku pon mencari agen yang lain....

**********************************************

Cari punya cari, seorang rakan sekerja mencadangkan Encik Sabri dari Institut Memandu "R". Oleh kerana aku dah ada lesen L, maka Encik Sabri cuma amik RM750 sahaja sebagai bayaran belajar. Bayaran pertama kali, RM250. First time Encik Sabri amik aku, terus on the road okayyy! Bawak kereta sampai ke bandar JB pastu u-turn kat Senai! Memang best gila! Encik Sabri dah berusia orangnya. Tapi sangat sporting dan baik hati. Ajar aku pon takde nak marah-marah. Sangat-sangat penyabar. Hari kedua belajar, aku round sampai Nusajaya sana. Pastu masuk track institut memandu dan belajar buat bukit 5-6 kali. Memang puas belajar dengan Encik Sabri ni. Tak lokek masa mengajar. :)

Kali ketiga belajar pulak, aku belajar naik turun bukit lagi dan dia tunjuk jalan untuk ujian JPJ nanti. Tak susah pon bagi aku. Jalan pon akan lengang sebab lalu dengan Danga Bay tu aje. Masa belajar yang ini, nampak Encik Sabri tak sihat sikit. Banyak kalut. Nak sebut break, tersebut hand break. Sampai aku pon jadi keliru. Masa dia hantar aku balik tu, aku cakap ke dia, "Kalau Encik Sabri tak sihat, esok tak payahlah amik saya belajar. Rehat dulu. Nanti dah sihat baru sambung belajar balik." dan aku ingat lagi dia balas, "Tak apa, saya okay. Awak dah tahu bawak kereta senang je... Esok kita belajar macam biasa. Pagi saya amik awak..." Dan aku pon balik...

Esok paginya, aku dah siap-siap pakai tudung, standby nak turun je kalau Encik Sabri call. Tiba-tiba telefon berbunyi, aku nampak nombor Encik Sabri. Aku ingat dia dah sampai, tapi dengar suara Encik Sabri kat hujung talian seperti tak sihat "Aishah, kita belajar minggu depan boleh? Saya betul-betul tak sihat." - aku tak kisah pon. Sebab memang semalam aku nampak dia tak sihat.

The next week, aku SMS hari Jumaat malam untuk confirm belajar hari esok (Sabtu). Tapi tiada balasan. Keesokan harinya, aku bangun pagi dan terima SMS dari nombor Encik Sabri. Tapi isterinya yang SMS. Bunyi SMS lebih kurang macam ni, "Aishah, Encik Sabri masih belum sihat. Boleh tak tangguhkan belajar dulu? Nanti bila Encik Sabri dah sihat, dia akan call Aishah semula". Tak apa lah. Mungkin betul Encik Sabri tak sihat. Aku jawab okay dan doakan Encik Sabri segera sembuh.

Hujung minggu yang lepas ini (semalam), aku call semula Encik Sabri untuk bertanya khabar. Iyelah, mana tahu dia lupa nak call aku semula untuk sambung belajar. Jadi aku bersangka baik sahaja. Yang angkat, isteri Encik Sabri; "Aishah yang auntie SMS haritu ye? Haritu auntie kata uncle tak sihat kan? Uncle dah tak ada Aishah. Hari Jumaat lepas. Aishah doakan uncle ye? Pasal belajar Aishah jangan risau. Nanti auntie uruskan. Sekarang ni auntie sibuk uruskan beberapa perkara..."

Tak tahu nak kata apa masa dengar suara auntie, isteri Arwah Encik Sabri di talian. Sangat tenang. Sangat sabar. Sangat lembut. Aku tak tahu kalau aku kat tempat beliau, bolehkan setabah itu? Entahlah...

Soal lesen kereta? Masih belum diputuskan kerana masih terkejut dengan berita semalam. Dugaan dan halangan lagi Allah beri. Tak tahu apa hikmah yang mahu ditunjukkan. Tapi aku bersangka baik. Mungkin Allah mahu didik hati aku jadi lebih sabar. Mungkin Allah mahu duga aku supaya sentiasa dekat dengan-Nya. Mungkin juga Allah ingin aku tahu, bahawa MATI itu sentiasa dekat dan kita tak tahu bila datangnya.

Wallahualam....


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, February 13, 2013

Kenapa Saya Berimpian Untuk Retire "7 Years Or Less"?

Sebab mereka berdua ini....


Mungkin ramai yang akan keluarkan pendapat, 'sayangnya nak berhenti kerja Kerajaan, kan terjamin masa depan? Kalau jadi apa-apa, Kerajaan takkan buang' dan bla bla bla. Saya senyum sahaja. Pada pendapat saya, semua orang punya pendapat masing-masing, dan masing-masing punya peluang untuk menyuarakan pendapat.

Dulu, saya selalu baca tweet dari Hannah Johary yang tak sabar-sabar menanti weekends untuk bersama anak-anaknya. Saya tak faham waktu tu. Saya fikir, kenapa nak tunggu weekends? Bukan ke hari biasa tu ada?

Tapi sekarang saya sendiri merasa bahangnya. Bila balik rumah lewat petang (Maghrib selalunya), anak-anak berlari mendapatkan saya. Peluk, cium, kata sayang, kata rindu, membuatkan saya rasa sayu sangat meninggalkan mereka sepanjang hari. Haih.

Paling sayu di waktu pagi. Waktu nak bangunkan mereka berdua untuk dihantar ke rumah Nenek dan penjaga. Serius memang tak sanggup. Normally, kalau hari cuti, mereka akan bangun lewat 8.30 pagi dan tersenyum manja peluk cium dan bergolek-golek atas katil. Saya dapat lihat bertapa mereka gembira bila saya dan suami ada di rumah meluangkan masa bersama. Seronoknya dapat mandikan mereka berdua bersama, ber-sarapan bersama, baca buku bersama, menonton TV bersama, berbual bersama, makan bersama, dan macam-macam lagi perkara dilakukan bersama. 

Saya pon dapat lakukan banyak benda di rumah - basuh bilik air, kemas rumah, settle kan kain baju, dan the most happiest things is, saya dapat masak untuk keluarga - untuk suami dan anak-anak. Perasaannya selepas kita memasak, kemudian anak-anak (Nashriq selalunya) memuji, "Sedappp Mama. Sedappp!" - walau hakikatnya dia cuma makan nasi kosong bersama ayam goreng sahaja. Fuuhhh, perasaan tu memang meruntun-runtun nak suruh berhenti kerja segera jaga anak je kat rumah.

Saya dah fikir 2-3 hari ini. Matlamat saya cleared. Saya AKAN berhenti kerja jugak dalam masa 7 tahun ini. Di usia saya 35 tahun, Insya-Allah. Atau mungkin tempoh tu akan jadi singkat, wallahualam. Yang pasti, saya ingin uruskan sendiri urusan anak-anak dan rumah. 

7 tahun dari sekarang, Nashriq sudah 9 tahun. Najah pulak 8 tahun. Mungkin, kami akan ada anak-anak tambahan selepas ini (HAHAHAHAHAHA) dan saya BERIMPIAN untuk uruskan semua anak-anak sendiri. Jaga urusan persekolahan mereka, jaga urusan makan pakai mereka, teman meraka siapkan kerja sekolah, pantau dan pastikan mereka jalankan perintah agama. Saya mahu bentuk mereka ke arah kualiti dunia akhirat. Tak mahu dunia sahaja. Saya mahu jadi seperti kakak ini - Puan Lina Karim.

Fuhhh, rasa lega bila dapat tulis macam ni....

Saya tahu, saya yakin, saya fokus nak capai impian yang satu ini. Lebih-lebih lagi bila pagi tadi nak pergi kerja, jam dah pukul 7.00 pagi, Ayah dan Mama dah lambat nak pi kerja, tapi anak-anak masih macam ni....


Rasa tak sanggup nak kejut bangun :(

Insya-Allah, RETIRE YOUNG, RETIRE RICH, RETIRE HEALTHY.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, January 9, 2013

Dua Puluh Lapan.

20 tahun yang lepas.
Sambutan harijadi yang ke-8 tahun.
P/S : Jiran tu sibuk betul nak enterframe buka hadiah aku. Hihihi.

Alhamdulillah. Dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik-baik sepanjang 28 tahun ini. Diduga serba sedikit kehidupan dengan ombak Tsunami agar tidak terlalu leka dan alpa dengan kehidupan sehari-hari. Diberikan cahaya bahagia maha indah untuk aku sentiasa mensyukuri nikmat yang diberi. Terima kasih, Ya Allah. Engkau pinjamkan aku nyawa di hari ini agar aku terus bernafas untuk meneruskan kehidupan di bumiMu nan indah ini.

My wish for today?

  • Semoga aku mampu menjadi isteri yang 'perfect' dalam konteks fikiran suami.
  • Semoga aku mampu menjadi anak yang sentiasa membahagiakan Emak dan mendoakan kesejahteraan beliau. Semoga doa aku, anak Soleh (insya-Allah) sentiasa diterima oleh Abah, di sana.
  • Semoga aku mampu menjadi menantu yang disenangi oleh ibu bapa mertua. Semoga kasih sayang yang aku beri kepada Emak, begitu jugalah kepada ibu bapa mertua.
  • Semoga aku mampu menjadi Mama paling ter-best kepada Nashriq dan Najah. 
  • Semoga aku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Emak, kepada suami, ibu bapa mertua dan memberikan kasih sayang melimpah ruah kepada anak-anak. 
  • Semoga aku dimurahkan rezeki yang halal dan berkat untuk membahagiakan orang-orang yang aku sayang. Semoga aku mampu memberikan yang terbaik buat mereka dengan rezeki halal yang berkat itu tadi.
  • Semoga ditetapkan Iman dan kesabaran untuk menjadi muslimah yang terbaik. Diterangkan hati dan ditunjukkan jalan benar agar tidak tersasar dari track menuju Syurga di sana.
  • Semoga diberikan ketabahan menempuh dugaan dan cabaran hidup yang bakal mendatang. Semoga juga dipermudahkan jalan hidup dan diberikan ketenangan hati menempuh hari-hari mendatang.

Semoga kasih sayang Allah, doa Emak dan restu suami mengiringi perjalanan hidup aku.

Selamat datang 28. Semoga kita bergaul mesra dan memberikan impak yang terbaik. 

P/S : I miss Abah and Nashrah so much. Al-Fatihah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 26, 2012

Mimpi Semalam.

Semalam terima dua berita kematian bayi. Dua-dua pon masih dalam kandungan. Exactly sama dengan kisah Nashrah. Cuma kisah yang dua ni lagi sedih sebab baby dah full term. Tinggal tunggu masa je nak keluar. Sedih gila kot hati aku. Dapat bayangkan macam mana perasaanya keluarga yang menanggung. 

Bila khabarkan pada suami pagi tadi, dia pon cakap hanya orang yang ada kat situasi kejadian je yang tahu perasaannya macam mana. Masa tu hilang kejap aras tuju. Nak menangis pon dah penat dah. End up, duduk lah termenung mengenang nasib. Kenangan sangat semua tu. :)

'Allah turunkan hujan sebab dia nak bagi kita pelangi'.

Aku tak ingat siapa bagi aku ayat kat atas ni. Tapi masa dia bagi ayat tu, aku rasa cam, "Apa kaitan pulak hujan pelangi semua dengan kes aku sekarang?". Rasa tak relevan langsung pon nak kaitkan kes kematian anak dengan pelangi bagai. Hahaha. 

Itu fikiran aku dululah tu.

*Senyum*

Pelangi-pelangi tengah tidur.

Now I know what it really means. Inilah dua pelangi yang mewarnai hidup aku sekarang. Siang malam aku hanya untuk mereka. Dah tak ada benda lain dah dalam kepala selain mahukan terbaik untuk dua buah hati pengarang jantung ni. Rasanya, inilah dua perkara paling terbaik yang ada dalam hidup aku - buat masa ini. Kot-kot esok lusa tambah anak kang, tambah lah lagi satu pelangi. :p

Oh ya! Weekend haritu pi majlis bertunang sepupu Wahid. Pastu ada seorang budak lelaki ni badan gempal besar sikit dari Nashriq. Umur 3 tahun kata emaknya. Hahaha. Terus teringat Nashrah. Punyalah ligat! Tapi comel sangat Subhanallah. Kalaulah Nashrah ada, pastu campur Nashriq, tambah Najah pulak, memang tak dapat bayang macam mana bahagianya hidup aku! Tengah taip ni pon tersenyum-senyum ni ha. :))

Ahhh tak boleh berhenti senyum.....

"Nashrah, akan Mama tumpahkan kasih sayang untuk Nashrah kepada adik-adik. Supaya kita semua tahu dan rasa, Nashrah masih ada bersama kita walau hakikatnya tiada".


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 16, 2012

I Miss My Baby Nashriq.

Rindunya pada Nashriq yang baby. Nashriq yang tak tahu apa-apa. Nashriq yang hanya tahu nangis nak susu, senyap bila kenyang. Nashriq yang menangis bila pampers penuh, pastu bila dah cuci terus lena tidur. Ahhh, makin di tengok gambar kat bawah ni, makin rindu sangat rasanya. Aku rindukan Nashriq yang baby.


Cuba tengok gambar yang keempat tu,
nampak fragile sangat kan? :)

Bermulalah fasa kami suami isteri membesarkan anak. Doa kami siang malam tak banyak, cukuplah Nashriq jadi anak yang Soleh, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata, anak cerdik dan pintar. Iye, skrip inilah yang selalu meluncur tiap kali aku berdoa. Tak cukup dengan doa, sebelum tidur, masa sesi baca doa tidur tu, aku cakap jugak benda yang sama kat Nashriq. Aku beritahu dia harapan aku. Aku nak dia tahu yang aku nak dia membesar jadi yang bagaimana.


Wajah-wajah innocent. :)

Aku rindu mandikan dia dalam besin mandi baby tu. Bila dia splash splash kaki tangan dia, habis baju aku semua basah. Aku rindu masa dia duduk diam je dalam stroller tak perlu nak mengejar dia macam sekarang. Hahaha loteh Emak ekau ni nak mengejar nak oi.


Bila dah start pandai itu ini. :))

Semakin membesar, semakin lasak. Semakin banyak cakap dan tantrum. Kuat jugak mengamuk kalau tak dapat barang yang dia nak. Bila dapat member (Najah), makin menjadi-jadi 'teamwork' mereka mengenakan Ayah dan Mama. Kalau tak si Abang sakat adik. Adik pulak yang akan lepuk Abang. Begitulah setiap hari. Rumah senyap sunyi bila dua-dua dah tidur je. Waktu lain memang riuh rendah. :)

Tapi satu yang aku nampak pada Nashriq. Dia memang sukakan 'keagamaan'. Maksud aku, benda-benda macam Solat, mengaji, zikir dan istighfar kat Astro Oasis, Azan dan banyak lagi benda yang sedikit demi sedikit terserlah. Baru-baru ni, kami suami isteri macam nak nangis bila dia minta nak "Ayam" (sembahyang). Pakaikan dia songkok, dia tarik sejadah Ayah terus "Awwah Akbar". Terkedu kejap kami. Kembang rasa hati. Macam dah besar sangat budak yang aku rindu waktu bayinya. Serius. Terasa cepat sangat waktu berlalu.


Jadi anak Soleh, nak ye?

I was crying while captured this photo. Suami duduk tepi Nashriq sambil ajar baca Iftitah, ruku' dan sujud semua tu. Lepas aje selesai 'kelas' Solat bersama Ayah, aku peluk Nashriq dan cakap; "Mama bangga dengan anak Mama. Esok kalau Mama dah tak ada, Nashriq doakan Mama ye sayang?". Pastu dia pon mengangguk macam faham. Hahahaha.

Alhamdulillah, 2 tahun 1 bulan ini, penuh sangat dengan rahmat-Mu, Ya Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 5, 2012

Wanita & Suntikan Rubella.

Sudah sekian lama, baru aku teringat balik kisah ini.

Ya, aku masih belum ambil suntikan Rubella ni lagi. Dah 3 kali bersalin pon masih belum ambil. Dulu aku pernah tanya nurse kat KK. Nurse kata, kalau nak ambil kena tunggu 3 bulan selepas bersalin dan make sure 3 bulan seterusnya pon tak boleh mengandung. 

Selepas bersalin Nashrah, memang tak sempat ambil sebab terus mengandung Nashriq. Selepas bersalin Nashriq, TERLUPA ambil sampailah mengandungkan Najah. Nampak tak kesambil-lewaan aku di situ? :P

So sekarang, sudah hampir 10 bulan selepas aku bersalinkan Najah. I think, I should take one.

Maklumat mengenai Rubella di sini dan juga sini. Sila baca.

Hati aku sekarang asyik dok fikir sama ada Rubella ni sangat perlu atau tidak? Sebab Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak aku sihat, sempurna sifat dan tiada penyakit kronik. So, hati aku macam berbelah bagi untuk ambil. Sebab takut kalau ambil nanti, jadi terbalik. Eh entahlah. Fikiran aku ni memikir benda pelik-pelik pulak. Nauzubillah!

So kawan-kawan, can you guys share with me any info mengenai Rubella ni? Ada tak antara kalian yang pertama kali mengandung tanpa Rubella then lepas bersalin terus ambil dan kemudian macam mana dengan kandungan selepas ambil Rubella tu? 

Hahaha serius aku takut ni. Paranoid kan aku? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 1, 2012

Kaedah Perancang Keluarga.

Maaflah sebab harini entry keluar meluncur laju sampai 3 kali. :)

Well, selepas aje bersalin Anis Najah, aku telah bertekad untuk makan pil perancang as my family planning. Bila checkup Najah sebulan kat KK, nurse terus bagi pil Noriday dan tekunlah aku makan setiap malam. Tapi aku tak 100% bersandar pada pil Noriday tu aje. Dalam masa yang sama, aku guna juga kaedah kaedah natural yang difikirkan sesuai. Sehinggalah sekarang, Noriday menjadi teman aku kalau nak pi mana-mana. Kalau tak bawak atau tertinggal, memang tak senang duduk aku dibuatnya.

Nak dijadikan cerita, masa umur Najah 6 bulan, aku telah tertinggal beg ubat aku kat tempat kerja. Can you imagine macam mana aku kat rumah tak senang duduk? Sebab aku pernah dengar member aku cerita, Noriday ni kalau kita miss makan sehari je, confirm akan 'lekat' punya. So aku dah macam Ayam Berak Kapur (sila buka buku peribahasa kalau tak faham) kat rumah. Ke hulu ke hilir mengenang beg ubat itu.

As I know, makan pil Noriday memang tak akan period. Plus, aku kan exclusive breastfeeding, so tak adalah period selama 6 bulan itu. Sekali tiba-tiba bila aku tak makan malam tu, esoknya aku period. Aku dah cuak gila kot. Pergilah mengadu domba kat kawan-kawan yang boleh jadi tempat mengadu (cc Mishawads & Hannah Johary). Tapi diorang kata takkanlah pregnant sebab aku period kot. Telur dah pecah dan keluar. Eh, aku fikir betul jugak. Takkan boleh pregnant sedangkan aku period kan? Hahahaha silly me!

Since then, period aku memang akan datang setiap bulan. Tapi cycle nya tak tetap. Memang bikin hati panas lah kalau dah lewat pastu aku pon cuak pasal fikir adakah Najah akan beradik. Huhuhuhu. Itu yang bad mood sampai semua orang pon kena smash dengan aku. 

Sampailah baru-baru ini, aku dah terlewat period 45 hari kot. Memang bengang gila kepala aku. Perut tak berapa nak selesa, aku dah super cuak. Tapi aku maintain tenang lagi sebab knowing my body yang tiap kali pregnant wajib muntah, so aku takdelah risau sangat sebab aku takde feeling nak muntah pon masa tu. Aku ada cakap kat suami yang period dah lewat. Dia boleh tanya aku "Eh macam mana tu?" aje. 

Sebab itu bila aku tengah cuak menanti period then ada orang datang dengan soalan-soalan menambah anak memang aku rasa macam nak bertukar jadi Hulk. Itulah antara penyebab keluar entry ini pagi tadi.

Ok itu tak apa. Ke-cuak-kan aku dah tamat pon bila bendera merah dah naik. Memang lega habis-habisan. Aku bukan menolak rezeki seperti yang aku mention dalam entry pagi tadi tu. Tapi aku belum sedia dalam jangka masa yang rapat ini. Maybe, tunggulah lagi 3-4 tahun kot? Entah. Wallahualam. Aku pon tak berani nak sebut estimate. Sebab aku tahu dan percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan?

Err, sebenarnya entry ni nak mintak korang share kaedah Perancang Keluarga yang korang amalkan. Sebab aku rasa, Noriday ni menjadikan hormon aku tak stabil gila. Period jadi tak menentu sampai boleh buat aku bingit. Hehehe. So boleh tak korang share korang makan apa? Pil apa? Injection ke? Implan ke? Kesannya macam mana? Keberhasilannya ok tak? Please share ye? I really want to know. :)

Thanks kawan-kawan! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 Perkara.

10 perkara yang aku tak suka ORANG FIKIR tentang aku.

1. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

2. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

3. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

4. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

5. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

6. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

7. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

8. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

9. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

10. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

Sorrylah sebab pagi-pagi mood tak elok. Bendera merah sedang berkibar. Ergh!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 14, 2011

Karena Kita Adalah Satu.

Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata
Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka apa terucap adalah sabda pendita ratu
Ahh.. Diluar itu pasir diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu terbang hilang tak ada
Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yg tau
Jiwa ini tandu maka duduk saja
Maka akan kita bawa semua

Karena kita adalah SATU

Kudos to 'you-know-who-you-are'. Thanks for the friendship. :)

P/S : Puisi dari Ada Apa Dengan Cinta.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 8, 2011

Soalan Cepu Emas.

Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, suami main cuit-cuit sebab tengok isteri dia diam memanjang malas bercakap. Aku memang macam gini selalunya. Pagi-pagi memang lambat sikit nak download tenaga dalam diri. Jadi aku akan mengambil masa yang lama untuk charge baterry otak dan minda.

Nak sedapkan hati suami, aku pon senyum dan cakap;

"Orang sayang awak sangat..."

Tiba-tiba, suami menyoal;

"Antara orang dengan Nashriq, mana awak sayang lebih?"

TETTTT! (Tekan butang nak jawab soalan)

"Nashriq kotttttt", sambil menyengih. :)

Hahahaha. Kondifen gila jawab cenggitu depan suami sendiri. Tengok muka Wahid cam takde reaksi aje. Dia senyum lagi ada. Tapi dalam hati, siapalah tahu kan?

"Tapi awak dengan Nashriq tak jauh beza lah tangga dia. Nashriq atas sikit. Awak bawah sikit ajeeeeee", sambil buat isyarat tangan macam tangga atas bawah. Jawapan cover line.

But to be true, kedua-duanya ada liga tersendiri dalam hati aku. Bukan ikut tangga ketinggian kasih sayang mana yang lebih atau apa. Wahid dalam liga kasih sayang seorang isteri kepada suaminya. Yang mana hanya dialah dalam hati di liga asing itu. Tak ada pesaing. Dia pemenang dan akan sentiasa jadi pemenang di situ.

Manakala Nashriq pula, berada dalam liganya tersendiri. Kasih sayang seorang ibu yang tiada batas waktu dan tiada batas akal. Hingga sanggup berganti nyawa. Segala kasih dan cinta dicurahkan sepenuh hati.

Bagaimana kalau ada anak ketiga? Keempat? Dan kelima nanti?

Aku akan cuba wujudkan liga seterusnya. Tak mahu membezakan kasih sayang anak. Aku akan cuba sehabis baik untuk memberikan kasih sayang yang melimpah ruah kepada kesemua anak dengan kadar yang sama rata.

Insya-Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 6, 2011

Budak-Budak Sekarang.

I am not in a good mood today. Pagi-pagi lagi budak-budak hingusan bawah umur dan calarkan mood segar hari Rabu. Memang *^&)$@^&*%$ betul. Haaa, kan aku dah mencarut. Ni memang nampak sangat aku dah marah.


Okeh. Aku dah malas nak blur gambar ke, nak blur nama ke. Biar satu dunia tahu siapa yang aku marahkan, dan kenapa aku marah. Aku rasa yang aku dah macam budak-budak pulak bila melayan perangai budak belasan tahun macam gini. Tapi what to do? Aku memang tengah takde keje pon. Jadi hadaplah jelah benda apa yang aku nak bebelkan ni.

For your information Harith Loop tu, can say adik aku lah. Sebab Emak aku jaga dia dari kecik sampai besar. So I know what exactly going on. Dia pon bukan baik sangat. Zaman sekolah kuat memonteng. Main motor sana sini. Mulut aku ni dah penat bercakap dah. Tapi dia buat dek aje. Tapi se'dek-dek' dia pon. Dia ada sense of menghormati orang tua which is kalau kita bebel-bebel pon, dia senyum pastu angguk dan janji akan cuba berubah. Takdelah mengentan nak keluarkan bahasa kasar macam seseparuh budak.

Aku ni memang suka stalk FB profile adik-adik aku. Tak kiralah si Harith Loop tu ke, adik ipar aku ke, sebab aku sayangkan mereka. Aku tak nak mereka lakukan apa-apa kesalahan yang membodohkan diri mereka sendiri. Bezanya aku tegur dengan tak tegur aje lah. Kalau aku rasa masalah tu macam sikit, aku malas nak gebang-gebang. Kalau masalah besar, aku ON je mulut laser aku. Dan siaplah siapa-siapa yang terkena pon.

Cuba korang perhatikan dua gambar kat atas tu. Nampak macam kecik aje bila budak pompuan bernama Desy Dollieson tu tulis komen kat wall Harith. Mungkin ada sesuatu yang berlaku antara mereka dan aku malas pon nak siasat. Tapi persoalannya sekarang, bahasa yang digunakan tu. Menyirap betul kepala aku.
eh ohh good good .tenkiyouu la .ada aku kesah kew kw na gdohh or whatever .none of my bussines ocay ? eyuckkk sorry spew nth na contact dgn kw .one thing ek ,kw jgn engat skaty bpk kw bole maen kn pmpn .lg2 mmb aku .huh .excuse me ,back off la looser !!

Kepada adik Desy, pergilah masuk sekolah dulu dan belajar macam mana nak mengeja dengan betul. Lagi satu, jangan suka main bapak-bapak orang sebab awak pon tak suka kan kalau orang main bapak-bapak awak? Got it?

Aku pon bubuh sebiji komen cenggini;
Siapa si Desy ni main bapak-bapak orang? Mak bapak awak tak ajar awak berbudi bahasa ke? Meh sini jumpa KAKAK meh. KAKAK ajarkan berbudi bahasa sikit. Mengeja pon salah bahasa. Meh aku add kau meh. Aku nak kenal jugak dengan budak tak ada budi bahasa macam kau. Berbual nak berdekah dalam wall orang. Eh kau approve aku cepat!

Nampak tak ke'angin'an aku? Aku cerita dengan Emak aku pastu Emak aku kata aku macam budak-budak. Hahahaha. Aku memang suka layan budak-budak budget dewasa macam gini. Biar aku ajar sikit erti hidup sebenar kat diorang.

Pastu, boleh pulak 'Hamba Allah' yang masih hingusan ni masuk;
Faiz Burn add sy skly . meyhh add meyhh :)
Dia ingat aku main-main ke hape? Aku terus add dia dan dia belum approve till now. Kalau dia approve je, memang kena tazkirah free lah bertubi-tubi. Hidup baru setahun jagung nak bercakap macam bagus. Eeeee, merosakkan mood aku betul!

Dan dalam satu status Harith yang lain;


Simptom-simptom manusia pembuli. Aku rasa diorang ni rakan-rakan sekolah Harith lah kot sebab ada perbualan zaman sekolah di situ. As I know, masa Harith masuk sekolah aku ni dulu (menyambung kursus Vokasional), dia memang selalu memonteng. Dan bila aku risik-risik dengan guru kelas dia, rupanya Harith ni selalu kena buli dan kena ejek-ejek dalam kelas. Sebab itulah dia jadi malas nak ke sekolah.

Dan bila aku tegur perbualan mereka;
Eh baiknya budi bahasa sorang-sorang. Mak Ayah tak ajar budi bahasa ke adik-adik?
Boleh pulak dia jawab cenggini;
Faiz Burn diamm kamoo ! :)

Hamboii, kau ingat aku adik-adik kau ke? Memang kurang betul budak ni. Aku tunggu je kau approve aku wahai adik. Meh jadi adik angkat aku meh? Aku angkat kau tinggi-tinggi sampai langit. Mangkuk tingkat betul.

Dah banyak sangat dah aku tengok budak-budak macam gini. Aku pon tak faham macam mana boleh jadi macam gini. Salah kat mana? Silap kat mana? Ibu bapa kat rumah atau guru-guru di sekolah? Budi bahasa seakan-akan diketepikan. Sikap dan sifat seorang pengganas seolah-olah bermaharajalela.

Bagaimana kita mahu mendidik anak kita agar menjadi manusia yang berguna? Kita mahu anak kita menjadi pembuli atau dibuli? Kita mahu anak kita memijak atau dipijak? Kita mahu anak kita berbudi bahasa atau kekurangan budi?

Pilihan di tangan kita.

P/S : Jauhkanlah sifat-sifat yang kurang elok dari anak-anak kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segala apa yang terbaik.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 4, 2011

Risiko Seorang Penulis Blog.

Sabtu yang lepas, aku melawat Abang Long yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah atas sebab batuk-batuk yang tidak berkesudahan. Sekarang ni memang musim kan? Sana sini orang batuk. Aku pon batuk jugak. Sampai sakit perut asyik kong kong kong.

Wahid menanti di luar wad bersama Nashriq. Aku, Emak dan kakak ipar berbual-bual di dalam bersama pesakit yang tak berapa nak sakit. Kadang-kadang melawat orang di hospital bukan kita berbual sangat dengan pesakit yang kita lawat. Tapi lebih kepada melihat fenomena kiri kanan yang kadangkala boleh mendatangkan keinsafan. Agree?

Beberapa minit kemudian, kakak ipar keluar untuk take over Nashriq. Wahid pon masuk untuk jenguk Abang Long. Sambil itu, dia mencuit bahu; "Jumpa kawan sekolah orang kat luar tadi. Dia tegur, 'Oooooo Wahid, kahwin tak jemput ehhh? Ni anak kau kan? Nashriq kan nama dia?'."

Wahid menyambung; "Orang geleng kepala konon nak jawab adik aku, tapi dia laju je jawab, 'kau jangan tipulah, aku selalu baca blog bini kau'." GULP!

"Abis, awak cakap ape?", aku bertanya.

"Tak cakap apa lah. Orang senyum aje."

Aku melihat perkara itu dalam sudut positif pada waktu itu. Rasa macam best je bila pergi sana sini orang kenal. Bajet artis lah konon padahal hidup aku zero aje. Dan sehinggalah aku tersedar secara tiba-tiba.

KATALAH, suatu hari nanti, aku nak mohon rumah ke, mohon loan kat bank, atau aku akan berurusan dengan seseorang yang membaca blog aku tapi dia tak suka penulisan aku. Dia benci apa yang aku tulis dalam blog. Bukan ke naya?

"Ini dia Aishah Rahim ehhh? Meh aku reject kau punya application".

"Anas Nashriq? Budak ni yang Emak dia tulis blog *** tu".

Dan berbagai lagi perkara negatif terlintas dalam kepala otak sempit aku. Takut kan? Lagi-lagi bila memikirkan Nashriq yang selalu sangat ceritanya keluar dalam blog ni ha. Kalau orang tak suka pastu dia print gambar buat benda tak senonoh. Camne?

Arghhh bencinya Blues di hari Isnin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 1, 2011

Kekuatan Hati.

Anda pernah baca Kisah Alesha Abriza dan Doa Buat Alanna?

Saya mengikuti blog mereka telah begitu lama. Tapi tahukah anda yang saya tidak pernah mampu menghabiskan mana-mana entry berkaitan anak-anak kecil ini dengan jayanya. Selalu sahaja airmata jatuh laju diiringi sesaknya nafas di dada.

Kalau saya yang tidak pernah menatap mata Nashrah telah rasa begini rindu, bagaimana agaknya perasaan ibu-ibu kepada bidadari-bidadari Syurga tadi?

Ya Allah, berikan kami kekuatan.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 17, 2011

Yes, I am.

Bismilahirahmanirahim.

Aku mohon berkat Jumaat yang mulia ini agar dipermudahkan segala urusan dan jalan. Dipermudahkan segala awal dan akhirnya. Diselamatkan semuanya sejahtera. Agar apa sahaja yang bakal aku umumkan ini, menjadi perangsang untuk aku terus kuat menempuh hidup yang maha tekanan ini.

Izinkan aku, Ya Allah.

Image by Google
Mine punya dah hilang bersana E71. T___T



Yes people. Saya sekarang telah kembali menjadi seorang ibu mengandung. Untuk kali ketiga. Tapi keadaan perasaan adalah sedikit berbeza dari yang pertama dan yang kedua. Mungkin tekanannya berbeza and expectation juga lain.

Saya ada katakan kepada beberapa orang kawan yang saya ingin rahsiakan perkara ini sampailah ke waktu yang sesuai. Tapi semakin saya merahsiakannya, semakin saya tertekan dan ianya memberikan kesan yang buruk kepada saya, kandungan dan keluarga.

Jadi, saya buat keputusan untuk umumkan kepada semua agar saya boleh bergembira dan enjoy sahaja pregnancy kali ini. Tanpa perlu rasa malu, takut dan sedih. Insya-Allah.

Saya mohon saudara mara dan kawan-kawan doakan saya agar lebih kuat menempuh hari penuh dugaan dan tekanan ini. Doakan saya bergembira dan enjoy saat-saat indah ini.

La-tahzan-innallaha-ma'ana.

P/S : Esok, usianya 15 minggu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 15, 2011

Biodata Saya.


Nama : Muhammad Anas Nashriq bin Abdul Wahid

Nama Panggilan : Nashriq, Anas, Eric, Nash.

Tarikh Lahir : 25 Ogos 2010, Rabu.

Tempat Lahir : Atas katil, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Alamat Rumah : Tak boleh bagitau, nanti Ayah marah.

No. Telefon : 07-234-tekan-tekan tak dapat.

Hobi : Merangkak, menggegar meja makan & memanjat perabot.

Cita-cita : IT Engineer (Mama suruh).

Makanan Kegemaran : Bubur lenyek, Nestum & KERTAS.

Minuman Kegemaran : Dumex Dupro & Air Masak.

Kawan Baik : Ayah.

Kawan Gaduh : Mama.

Ucapan : Budi Bahasa Budaya Kita.

Pesanan : Pecah kaya pecah gelas, sudah baca harap balas.

******************************

Pernah buat biodata begini di zaman sekolah?

NO?? Tak pernah??

TIPUUUUUUUUUUUU. :p

P/S : How I wish to turn back to zaman sekolah. :))


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 8, 2011

Cakap Orang, Cakap Aku.





Cakap orang #1 :
Ahh engkau ni, umur anak kau berapa hari pon nak cerita kat Facebook. Macam tak boleh simpan sorang-sorang.

Cakap orang #2 :
Apa anak kau buat, semua pon nak post kat Facebook. Kat Home tu penuh cerita kau aje. Sakit mata aku tengok.

Cakap orang #3 :
Esok kalau kau ada anak nombor dua, takkan laratnya kau nak buat cam gini jugak.

Cakap orang #4 :
Kau ingat anak kau comel sangat ke kau nak tayang setiap hari? Sorry to say lah, anak kau tak comel pon.

Cakap orang #5 :
Kau ingat bagus ke pakaikan anak lelaki tudung? Kau nak dia jadi po*dan ke? Emak apalah kau ni.

****************************

Macam ginilah. Aku tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang menyampah. Tapi what to do? Aku hanya seorang Emak. Apa yang boleh aku katakan, tunggu masanya bila 'engkau' dah jadi Emak nanti. You will know.

Aku cuba jawab sebaik mungkin ni. Tarik nafas, hembussssss.

Cakap AKU #1 :
Kenapa aku nak mention umur anak aku berapa hari sekian-sekian, itu untuk aku. Takde kaitan dengan orang lain sama ada yang hidup mahupun sudah meninggal dunia. Aku memang suka kira berapa bulan berapa hari umur anak aku. As I said before, I am a MOM. Tak lebih dari itu.

Cakap AKU #2 :
Berkaitan isu 'apa anak aku buat semua benda aku nak post' tu, itu pon masalah aku jugak. Tak ada masalah dengan 'engkau'. Mungkin ada masalah dengan orang-orang lain, aku mohon maaf. Kalau rasa Home kau penuh sebab banyak sangat posting dari aku dan kau pon menyampah nak tengok, apa kata kau Hide aku? Caranya macam gini, NEWS FEED - ANAK PANAH KEBAWAH SEBELAH MOST RECENT - EDIT OPTIONS - DAN TAIP 'AISHAH RAHIM' DALAM BOX 'HIDE POSTS FROM'.

Cakap AKU #3 :
PEMBETULAN. Nashriq inilah anak kedua aku. Dan kalau kau maksudkan anak yang seterusnya, means, anak ketiga - keempat - kelima - keenam - ketujuh dan kelapan.

Insya-Allah jika Allah masih berikan kekuatan dan keterujaan yang sama seperti sekarang, aku nak berlaku adil kepada semua-semua anak-anak aku. Setiap orang pon aku harap aku mampu buat album khas untuk kenang-kenangan aku dan mereka.

Cakap AKU #4 :
Ya Allah, aku rasa, aku tak pernah buat caption atau apa-apa kenyataan menyatakan anak aku comel. Belum pernah rasanya. Kalau ada pon, bila orang komen cakap Nashriq comel, aku akan balas secara gurauan 'macam Mama dia kan?'. Itu pon kalau kau ada sense of humor lah kan? Kalau kenyataan balas aku yang itu pon kau rasa aku perasan comel, itu masalah kau. Aku memang tak boleh deal dengan orang yang tak ada sense of humor ni. Aku perbetulkan sekali lagi bahawa AKU TAK PERNAH PERASAN ANAK AKU COMEL. NEVER. Sebab Emak aku dah pesan jangan puji-puji anak sendiri. Nanti orang meluat.

Cakap AKU #5 :
Aku balik pada kenyataan asal aku tadi. Aku ni hanya seorang Emak yang sedang excited melihat perkembangan anak. Menyaksikan banyak benda yang sedang anak aku explore. Tak lepas jugak perasaan 'suka-suka' untuk lihat kelainan wajah anak aku. Come on lah, Emak mana yang nak tengok anak dia tersasar dari jalan asal? Minta dijauhkan, Ya Allah. Doa aku hanya satu, CUKUPKAN SIFAT ANAK AKU DAN JADIKAN DIA ANAK YANG SOLEH. Kalau kau rasa tak selesa dengan gambar-gambar tudung atau such, kau boleh refer point Cakap AKU #2.

****************************

Aku tak tahu siapa 'engkau'. Kawan atau lawan. Kalau kau add aku kat Facebook sekadar nak stalk hidup aku, tolong remove aku segera. Aku pon tak kuasa nak melipat gandakan dosa kau tiap kali kau komplen pasal gambar-gambar anak aku. Not good lah kan? Kau ada hidup kau. Aku ada hidup aku. Yang penting, kita KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI. Tak payah tingkatkan dosa. Faham? :))

P/S : Jangan risau, aku menaip secara waras dan rileks.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015