lagi 2 hari akan memulakan tugas semula. perasaan? separuh adalah sangat excited. dan lagi separuh adalah sangat gugup. u know what? aku rasa macam nak pergi lapor diri buat pertama kali dulu. jantung berdegup kencang. hati tak tenang. golek sini tak kena. pusing sana pon sama. macam kelakar pon ada. haha. :)
kesimpulannya, cuti bersalin dua bulan secara free ini adalah saaaaangaaat best. banyak benda aku belajar sebenarnya. dan kini aku rasa, jadi suri rumah sepenuh masa lebih penat dari pergi kerja tonggang tonggek, menaip surat dan bla bla bla.
pagi-pagi bangun, terus basuh baju. sementara mesin membasuhkan baju, kemas dapur. lepas kemas dapur, sedia sarapan. lepas sedia sarapan, kemas keseluruhan rumah. lipat baju semalam yang dah kering. keluarkan baju dari mesin basuh tadi, kemudian sidai. jap lagi anak sedara yang ini minta makan. yang itu minta air milo. yang lagi satu nak mandi. yang hujung nun sana menjerit berebut mainan. eh, air kat dapur dah masak pulak. hujan nak turun kena angkat baju. yang sinun makan bersepah.
peh!! boleh gila.
macam mana mak kita jaga kita semua dulu??
masa mula-mula aku kena ambil alih tugas semasa mak tak sihat kelmarin, tiap jam aku menangis. tension bila kerja yang ini tak siap, yang itu menanti. tapi betul kata orang, tak kenal maka kita takkan cinta. aku buat secara perlahan. hari demi hari. dan sekarang, aku rasa macam tak nak naik kerja. aku nak duduk rumah dan kemas rumah, basuh basuh, sidai baju, lipat baju, memasak, sedia makanan. kemas semula. suami balik kerja, sambut dengan senyuman. cheh! =p
tapi manalah boleh kan? atas sebab ekonomi dan impian berbelanja serupa godzilla. maka angan-angan harus dimatikan. dan sedialah mengadap kerja yang bertimbun-timbun kat opis tu nanti. haih.
oh ya! kelmarin, aku telah menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga mertua. bermula dengan trip ke Melaka. kemudian ke Rawang, Selangor. klimaks di Petaling Street yang aku jejak buat pertama kali. dan berakhir di Melaka semula. everything was so fun! :)
hari sabtu :
majlis perkahwinan Faizil Gadafi dan Umu Hanan.Faizil adalah kawan satu sekolah aku di SMKSR.
hari sabtu :
dari Rawang, kami ke Kuala Lumpur.
p/s : yeah! bukti aku dah sampai KL.peh, gila jakun la kan??
salin baju semata-mata nak tawaf Petaling Street.eh, Petaling Street adalah saaaangaaat best!
kagum ni.
hari Ahad :
Melaka semula.
kerja kahwin saudara belah ibu mertua.
dan bersedialah wahai mental dan fizikal. kerja menggunung menanti anda.
waaaaarrrrghhhhhhhhhhh!!
Nak Jadi Suri Rumah;
Aishah Rahim