Aishah Rahim's Diary: Nur Anis Naurah

Showing posts with label Nur Anis Naurah. Show all posts
Showing posts with label Nur Anis Naurah. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Tahun Baru Dan Sesi Persekolahan 2019.

Sumber gambar : Google
Selamat tahun baru 2019 buat semua. 

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua sepanjang tahun ini. Diberikan kebahagiaan, kejayaan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Apa azam uols tahun ni? Saya ni macam-macam azam tulis hahaha.. Dah tampal, dah print letak kat SOHO. Azam utama tentulah nak jadi Hamba Allah yang lebih baik - jangan tinggal Solat, nak usaha Solat awal waktu, nak banyakkan amalan sunat, sedekah dan paling nak fight ialah nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Doakan saya tau :)

Azam lain tentulah berkaitan dengan bisnes dan paling korang tak caya tahun ni ada azam nak "kurus and stay healthy" gitchu kahkahkah.. Tak tahulah kenapa terbuka hati nak ada azam "nak kurus" sedangkan sebelum ni I don't really care about it. Maybe sebab dah berusia ni kot. Nak stay healthy with family, nak lebih cergas dan bersemangat!

Okaylah taknak cerita pasal azam lagi. Sekarang nak share gambar-gambar hari persekolahan pertama tahun 2019. Tahun ni Nashriq darjah 3, manakala Najah pulak darjah 2. Sekejap je depa ni dah besar huhuhu Mama terasa tua pulak tengok anak-anak dah besar :")


Lama gambar depa berdua tak keluar kat blog Mama kan? :p


Maaflah kat budak kecik belum mandi tengah tu *rolling eyes*

Overall pagi ni semua bangun senang je. Tak ada drama. Maybe dah lama tak pergi sekolah, so semangat nak jumpa kawan-kawan. Pastu depa excited kasut hitam tu hahahaha asyik nak cuba je dari hari beli haritu. Kasut hitam memang smart ler, kan?

Belajar la rajin-rajin, anak-anak. Banyak azam dan target Mama tahun ni berkisar pasal mereka bertiga. Ofcoz I am not a perfect mother. Selalu marah anak, garang. Tapi Mama nak usaha tahun ni nak jadi lebih sabar dan fun. Dan, kita kena fokus belajar jugak sebab tahun ni tak ada streaming, tak ada exam, nak tak nak parents kena ambil peranan bantu anak-anak belajar #notetomyself :)

Lain-lain, jangan tinggal Solat, jaga aurat, rajin mengaji, jadi anak soleh solehah yang bahagiakan Mama dan Ayah. Semoga Allah jaga dan pelihara anak-anak Mama dunia dan akhirat. Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, November 1, 2016

Cinta Hati, Naurah.

Setelah sekian lama tidak mencoret di sini, harini aku terajin nak log in dan mencoret sesuatu. Aku pon belum kenalkan lagi cinta hati yang telah bertambah. Dah 10 bulan kot tak log in blog. Dah selamat mengandung, bersalin, berpantang dah. Baby baru pon dah umur 5 bulan. Kalau masa Arwah Nashrah, Nashriq dan Najah, setiap hari ada cerita. Ini baby baru hmmmm :p

So, siapa nama baby baru?

Nur Anis Naurah.

Cahaya
Yang Mesra, Teman Setia, Ramah Tamah
Bunga

Naurah bunga dalam taman hati kami. Hati Ayah, Mama, Abang Nashriq, Kak Najah dan tak dilupakan Arwah Kakak Nashrah.

Nah sekeping gambar terkini.

Selamat usia 5 bulan, sayang.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015