Aishah Rahim's Diary: Pregnancy

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

VITAMIN SHAKLEE TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG.

Tadi blogwalking dan terjumpalah saya blog Puan Maria Firdaus yang share pasal Set Vitamin Shaklee yang biras beliau, Puan Ainul amalkan sepanjang kehamilan. Boleh klik kat link di bawah untuk cerita lanjut. Saya copy paste sikit cerita biras beliau kat sini.



Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.

Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga.

In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.

Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.

Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"?

Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, lalu apabila diberitahu kepada doktor, beliau segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil. Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.

Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. Sejurus selepas itu, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2.

Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.

Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatan antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.

Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya. Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama dan kedua saya apabila mereka diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.

(Ada beberapa keping gambar anak-anak beliau, tapi saya tak masukkan di sini)

Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan (kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).

Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor. Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin dan Neuro Gain.

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.

Sungguh sahabat2...!! Berbeza rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu.

Antara yang boleh saya kongsikan:

1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!

Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).

Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???

Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!

Walaupun saya mendapat vitamin sintetik secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.

Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:

IT IS A BIG WORTH BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
(AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar

Dengan izin Allah beliau ikhtiar, Allah mengizinkan dan Shaklee menjadi asbab.

Taktau nak kata apa masa baca ni tadi. Ada rasa sayu jugak sebab saya pon amik vitamin sintetik yang disebutkan ketika mengandungkan ketiga-tiga anak saya. Masa tu memang tak kenal Shaklee lagi pon. Taktau apa pon pasal vitamin natural atau semulajadi. Apa yang doktor bagi, itulah yang saya makan.

Insya-Allah bila dah tahu ni, saya akan terus mengamalkan Shaklee dan akan terus sharing kepada semua ibu-ibu di luar sana supaya beralih kepada vitamin semulajadi yang tentunya lebih selamat untuk ibu hamil dan anak di dalam kandungan.

Baca lebih lanjut mengenai VITAMIN IBU HAMIL - KLIK SINI.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, February 3, 2013

Omega Guard Shaklee, Minyak Ikan Paling Power!


Bulan Februari 2013 punya promo ialah OMEGA GUARD

Harga retail ialah RM136 (WM) / RM140 (EM). 

Tapi bulan ini punya harga? Itu kena tanya saya sendiri! Hehehehe. 

Apa yang POWERNYA Omega Guard ni? Jom kita baca. :)


24 MANFAAT OMEGA 3 DALAM OMEGA GUARD SHAKLEE.

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat.
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5. Mengekalkan tekanan normal darah.
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7. Mengurangkan sakit kepala.
8. Merendahkan kolestrol.
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus).
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang.
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti....

- Mencegah insomnia.
- Mengurangkan tekanan emosi.
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan.
- Membantu memperbaiki masalah autism.
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive.
- Mengurangkan masalah schizophrenia.
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.


SIAPA YANG PERLUKAN OMEGA 3, OMEGA GUARD SHAKLEE?

1. Warga Emas.
2. Pesakit Jantung.
3. Wanita.
4. Wanita yang telah melahirkan anak.
5. Pesakit darah tinggi.
6. Orang yang selalu lupa.
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas.
8. Pelajar.
9. Ibu menyusu.
10. Ibu hamil.
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus.


Fuhhhhhh, banyak kan faedah yang kita boleh dapat dengan pengambilan Omega Guard ni? Even aku sendiri ambil 3 biji sehari untuk maintain weight management aku. Lagi satu, sebab aku menyusukan Najah. So aku mahukan susu yang terhasil dari badan aku mengandungi vitamin lengkap (DHA contohnya), untuk perkembangan minda Najah.

Nashriq pon sekarang aku dah mula bagi sebiji 2-3 kali seminggu. Antara kesan positif yang aku boleh ceritakan, Nashriq dah kurang muntah-muntah kalau batuk + menangis. Kalau dulu tu, asal menangis je batuk. Pastu mulalah muntah. Bila tanya ke Doktor, itu antara salah satu simptom nak pi ke Asthma. So langkah mencegah, aku berikan minyak ikan Omega Guard ni bagi membuang lendir-lendir yang ada kat dada Nashriq. Alhamdulillah, dah kurang batuk, tak ada lagi muntah, pastu dada dia pon dah tak berbunyi kruk kruk lendir macam dulu. Syukurrr. :)

So kepada korang-korang yang ingin mendapatkan Omega Guard dengan harga istimewa bulan Februari, bolehlah hubungi aku dengan segera. Bulan Februari ada 28 hari je tau. 

Siapa cepat, dia dapat! :)

Aishah Rahim | ID 882365

FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.

SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109

BBM : 2701848E

Email : shara85_jb@yahoo.com

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, January 17, 2013

Kenapa Ibu Mengandung Perlukan Kalsium?

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)

Fakta di atas adalah dari http://www.babycenter.com.my/

Yezza. Berapa ramaikah ibu-ibu mengandung di luar sana yang mengambil kalsium mencukupi untuk diri mereka sendiri dan juga anak yang dikandung? Berapa ramai yang sangat disiplin minum susu 3 kali sehari bagi menjamin anak di dalam sana cukup khasiat? Dan berapa yakinkah kita (untuk diri saya juga), yang pengambilan kalsium kita sehari-hari itu mencukupi untuk cover keperluan harian?

Tak tahu? Tak yakin? Tak mahu ambil tahu?

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Jumlah ini bersamaan dengan pengambilan 1 liter susu segar sehari

Haaa. 1 liter jangan main-main tau. 1 liter air masak pon susah nak habis kan kadang-kadang? Hehehe. Ni aku bercakap tentang diri aku sendiri ni. Kalau korang mampu nak minum susu 1 liter sehari, kira memang hebat lah tu. Tapi seriously, untuk diri aku sendiri, waktu pregnant memang payah gila nak telan susu. :)

Tapi takpe. Takpe. Takpe. Jangan risau.

Shaklee ada OSTEMATRIX bagi memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi. Dengan pengambilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium), anda telah menjaga kesihatan tulang dan gigi anda sendiri, serta pembentukan tulang bayi di dalam kandungan anda pon sihat.


Jangan ambil ringan pengambilan kalsium tau! 

Untuk lain-lain vitamin khas untuk ibu mengandung, boleh baca kat sini;


Aishah Rahim | ID 882365
FB : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe.
SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
BBM : 2701848E
Email : shara85_jb@yahoo.com


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, June 20, 2012

Vitamin Tambahan Untuk Wanita Mengandung.

Testimoni dari Kak Farah Wahida.
Klik untuk saiz image lebih besar. :)

Siapa tak nak kesihatan yang baik sepanjang mengandung kan? Kurang alahan, tak ada masalah kurang darah, happy, tidak stress, bersemangat dan bertenaga. Siapa tak nak? Ha? Siapa tak nak? Cuba angkat tangan. Aku nak tengok siapa. 

I don't have any experience pon mengandung bersama Shaklee. Saya bercinta dengan Shaklee selepas bersalin. Sebab masa tu kurang ilmu tak tahu yang Shaklee ada vitamin untuk pregnancy jugak. Bila dah join Shaklee dan gali ilmu, baru tahu yang Shaklee sangat pelbagai untuk macam-macam masalah kesihatan. Sampaikan untuk pregnancy pon ada. Sangat rugi terasa diri. I promise to myself yang saya akan gunakan Shaklee sebagai vitamin saya jika saya mengandung yang akan datang. Ewah ewah. Macam ada hati je nak bagi Najah adik? Jeng jeng jeng. :p

Jadi, apa yang ada dalam vitamin pregnancy Shaklee?

Set J1 (1st Trimester)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix

Set J2 (2nd Trimester and above)
1. Vita-Lea with Iron
2. Vitamin C
3. B Complex
4. Ostematrix
5. Omega

Jom kita gali kebaikkan vitamin yang aku list kat atas tu satu persatu.

  • Vita-Lea Iron Formula - 1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin. Jadi ibu tidak perlu mengambil Obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah Anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


  • Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


  • Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


  • Ostematrix (Calcium Magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


  • Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Sumber dari sini

Cukup complete kan semua khasiat? Semua yang diperlukan oleh ibu mengandung macam acid folic, semua dah include kat dalam tu. Dapat jugak khasiat Vitamin C. Kulit emak yang mengandung cantik, kulit baby yang kat dalam tu apatah lagi kan? Tu ha yang penting Kalsium tu. Biasalah orang mengandung ni sakit sana sakit sini. Tak payah cakap jauh, aku ni ha je pergi tengok entry-entry masa aku mengandung. Tak pernah habis merungut sakit badan.

So kepada korang yang berminat nak tahu lebih lanjut atau nak order. Apalagas? 

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 17, 2012

PENGEDAR SHAKLEE DI TAMPOI, LARKIN & JOHOR BAHRU.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya kini adalah pengedar Shaklee yang sah (ID 882365) di kawasan Tampoi / Larkin & Johor Bahru.

Jika anda sedang mencari supplement semulajadi bagi tujuan PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, dan sebagainya, anda bolehlah :

1. PM Facebook : Aishah Rahim
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E

Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Terima kasih! :)

P/S : I'm starting to love this. :)




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, March 16, 2012

Kisah Kelahiran Anis Najah.


Bismillahirahmanirahim.

Due date kelahiran Anis Najah ada berbagai-bagai. Kalau ikutkan dari tarikh akhir last period, Anis Najah dijangka lahir pada 10 Disember 2011. Tetapi, pada muka hadapan buku klinik kesihatan, nurse sudah tulis 12 Disember 2011 berpandukan jadual beroda mereka itu. Scan dengan doktor kat Klinik Kesihatan pulak, dia kasi tarikh 17 Disember 2011 berdasarkan tumbesaran bayi. Punyalah banyak tarikh nak kena ingat kan? Tapi aku pegang tarikh 10 Disember 2011 sehingga ke waktu nak bersalin. Itu yang dok countdown sampai overdue 6 hari tu. Padahal kalau ikut hospital, aku overdue 4 hari aje. Hehehehehe.

Aku ada cerita dalam entry ini kan, yang jika aku tidak bersalin jugak sepanjang minggu itu, aku harus menyerah diri ke hospital untuk proses induce pada 18 Disember 2011. Hoi, siapalah yang nak kan? Maka aku berusaha bermacam-macam kaedah yang difikirkan sesuai bagi mempercepatkan bersalin. 

Sepanjang minggu itulah, aku telah togok air rendaman akar Siti Fatimah berjug-jug. Habis satu jug, aku top up air lagi. Tak cukup air akar Siti Fatimah, aku togok pulak air Yaasin yang dikirim oleh ibu mertua. Ehh, tak cukup dengan itu, aku kasi perabis minyak Bio-Selusuh bersudu-sudu. Semuanya menemui jalan buntu bila tiada tanda-tanda nak bersalin pon.

Dalam pada menunggu hari tu, aku masih gigih ke tempat kerja. Aku masih gigih ulang alik stay rumah kuarters dan hantar Nashriq di pagi hari ke rumah Emak. Niat hati kononnya, nak rasa bersalin dari rumah sendiri kemudian hantar Nashriq ke rumah Emak dalam keadaan sakit-sakit pastu terus zass ke hospital. Hahaha. Punyalah merancang macam-macam kan? Tapi rupanya, rancangan Allah itu lebih cantik. :)


15 Disember 2011 (Khamis)

Sehari sebelum hari kejadian.

Aku cuti hari ini. Atau lebih tepat lagi, aku memonteng. Sudah penat rasanya membawa badan yang sudah overdue lebih 5 hari. Stress sudah mula menguasai diri. Malam sebelumnya, kami berbincang suami isteri untuk stay sahaja kat rumah Emak. Niat awal yang kononnya 'nak merasa sakit di rumah sendiri kemudian baru hantar Nashriq ke rumah Emak dan terus zass ke hospital' terpaksa dibatalkan. Sudah overdue begini, tak kuasa nak menerima apa-apa kejutan. Suami pon ada bersuara;

"Manalah tahu, berkat stay rumah Emak, awak terus bersalin?"

Malam itu jugak, aku request suami buatkan Air Selusuh DIY. Suami pon google sambil menghadap satu tupperware berisi air. Kelakar kalau difikirkan balik. Tapi mungkin ada berkatnya jugak Air Selusuh DIY suami tu. Sebab esoknya aku terus bersalin. :)


16 Disember 2011 (Jumaat)

Hari kejadian.

Seperti biasa, suami bergerak ke tempat kerja seawal 7.30 pagi. Sebaik suami melangkah keluar bilik, contraction pertama dirasai. Agak mild di situ. Aku terus buat tak tahu memandangkan sudah 2-3 kali juga menerima Braxton Hicks sebelum ini. 15 minit kemudiannya, contraction kedua tiba. Aku terus monitor jam di dinding. 3 kali contraction berselang 15 minit sehingga jam 8.00 pagi. Aku terus keluar bilik untuk beritahu Emak. Minta Emak take over Nashriq sementara aku boleh terus baring dan monitor contraction yang mendatang.

Bermula jam 8.00 pagi, contraction mula menyerang 10 minit sekali. Emak sediakan air Milo dan aku pon bersarapan Nasi Ambang. Aku harus pastikan yang aku betul-betul kenyang dan punya tenaga hari ini. Anything can happen. I know it.

Jam 10.30 pagi, suami SMS bertanya khabar. Aku beritahu pasal contraction berselang 10 minit tadi. Minta suami balik segera sebab hati aku dah tak sedap. Aku terus ke bilik air dan mandi air panas sebanyak yang boleh. Keluar dari bilik air, 2 biji telur separuh masak sudah Emak sediakan. Aku makan lagi bersama air Milo. Memandangkan minyak Bio-Selusuh sudah habis diminum kelmarin, maka aku telan sahaja minyak masak dalam kabinet dapur rumah Emak. Punyalah desperate nak bersalin cepat. Kononnya boleh melicinkan perjalan bayi turun ke bawah. Echeh.

Sementara menunggu suami tiba, aku pon bawak berjalan memusing satu blok. Sambil itu, aku buat breathing technique yang aku ada cerita dalam entry ini. Sakit contraction tu sangat statik 10 minit sekali. Hati aku terasa yakin yang aku memang akan bersalin hari ini. Semakin terasa sakit, semakin aku bawak turun naik tangga. 

Sedang aku turun naik tangga tu, suami pun sampai. Masa ni sudah jam 11.15 pagi. Aku masuk rumah dan  minum sesudu dua lagi minyak masak. Dah nak gerak ke hospital, aku peluk cium Emak dan minta maaf apa yang patut. Biasalah hati emak-emak, mesti menangis bila part-part macam gini. Maka aku pon terseret sama menangis dek kerana emo yang entah apa-apa. Lebih emo bila peluk cium Nashriq yang masih tidak tahu apa. Hoih lah. Serius punya sedih. Rasa macam nak peluk Nashriq tak mahu lepas. 

Jam 11.40 pagi, aku dan suami tiba di hospital. Terus daftar di Bilik Saringan dan nurse bertugas minta aku masuk ke dalam bilik untuk check CTG bla bla bla. Hasil CTG tak berapa cantik sebab baby ketiduran. Nurse yang bertugas tu suruh aku bangun ke bilik air dan buang apa yang patut. Hehehehe. Bila aku baring balik dan sambung buat CTG, baru hasil CTG tu cantik. 

Selesai CTG, aku menunggu lama untuk proses yang seterusnya. Jam 1.15 petang baru aku dipanggil untuk history interview, check perut dan check VE. Bila sampai part check VE tu, aku memang sangat-sangat berharap yang bukaan melebihi 4cm. So bolehlah aku terus masuk labour room dan bersalin kan? Tapi sayangnya, doktor yang check VE tu beritahu, "CLOSE lah Puan". Aku pon, "Haaaa???". Kecewa. :(

Selepas 2 minit 'buat kerja' kat bawah tu, doktor tu beritahu pulak, "Okeh, dah bukak 1cm. Masuk wad ye Puan? Kita tunggu jalan bukak natural. Lagipon dah overdue ni". Aku pon mengangguk. 

Jam 2.45 petang, aku sudah berada di atas katil wad senang lenang. Kadaran sakit adalah 5 minit sekali. Waktu ni aku masih boleh berbual gelak ketawa bersama suami. Telefon Emak pon boleh cakap berlama-lama. Aku fikir, mungkin belum tiba masa untuk bersalin. Mungkin esok?

Tapi telahan aku silap. Jam 5.00 petang, sakit yang maha sakit telah tiba. Less than 5 minutes aku rasa. Suami yang ada di tepi pon malas hendak dilayan. Aku tutup muka guna tuala yang aku bawa. Dalam pada sakit itu, sempat jugak pesan suami belikan Nasi Ayam belah malam nanti. Serius punya nak pastikan perut kenyang sebelum masuk labor room nanti. Ehek.

Doktor bertugas datang melawat. Aku sempat tanya sama ada boleh tak aku di-induce sahaja memandangkan aku dah ada kat wad ni. Tapi doktor tu tak setuju sebab aku belum sampai overdue 8 hari lagi. Kecewa betul aku. Dahlah rasa sakit dan makin melampau. Kalau aku tak bersalin jugak, takkan aku nak menahan dan tunggu sampai hari Ahad jugak? Ergh!

Dalam pukul 8.00 malam macam tu, aku makan bekalan Nasi Ayam yang suami belikan tadi. Aku bantai lagi togok air sampai habis sebotol. Kunyah kurma 2-3 biji pulak. Pastu, barulah aku berjalan-jalan sepanjang wad. Sambil berjalan, sambil sakit. Sambil itu jugak, aku baca doa Nabi Yunus dan buat breathing technique tak henti-henti. Bila sakit mendatang, aku stop dan berdiri tegak. Bila contraction hilang, aku sambung berjalan balik.

Dah penat berjalan, aku balik ke bilik nak ambil botol air yang dah habis tadi. Niat di hati nak pergi top up air kat pantry wad. Jalan, jalan, jalan, tetiba sakit yang lebih sikit dari tadi. Aku stop. Berdiri tegak dan tahan sakit. Berdiri tegak lagi dan buat breathing technique. Kebetulan, ada satu nurse sudah nampak keadaan aku tu, dia pon tanya, "Sakit ke?" Aku cakap, "Ha'ah, sakit sikit." Dia tanya lagi, "Dah berapa minit?", aku jawab lah tak sampai 5 minit sekali gitu.

Dia pon terus panggil aku masuk bilik pemeriksaan. Dia suruh aku baring sebab dia nak buat VE. Aku pon tadah ajelah dengan harapan bukaan dah besar dan aku boleh pergi labor room sekarang.

"Eh, dah 5 cm ni. Awak jalan-jalan kalau terberanak tadi macam mana? Saya pecahkan air ketuban ye? Terus masuk labor room." Aku yang macam orang ngantuk disorong bantal pon tak henti menggangguk-angguk. Tak tahu nak describe perasaan masa tu macam mana. Ada sikit happy. Takut pon iye. Semua perasaan bercampur aduk.

On the spot jugak, nurse tadi terus siapkan barang untuk pecahkan air ketuban. Dia panggil satu doktor lelaki Cina untuk buat. Saat inilah paling azab aku rasa. Doktor Cina tu baru lagi kot aku rasa. Dia godeh kat 'bawah' tu lamaaa gilaa! Macam susah nak cari waterbag tu. Aku dah menahan sakit macam apa dah. Nurse kat tepi pon suruh aku sabar banyak-banyak.

Dah jumpa waterbag, doktor terus pecahkan 'burstttt' habis basah kat bawah tu. Aku rasa macam banyak gila air ketuban kali ni nak dibandingkan masa Nashriq dulu. Kali ni, bila nurse tolak aku atas wheelchair untuk ke bilik pon, air ketuban tu menjejeh sepanjang jalan. Sampai aje kat bilik, aku capai handphone dan call suami cakap yang aku dah nak ditolak masuk labor room. Kelam kabut suami. Sebab dia jangka aku akan bersalin esok.

Selesai serah hanphone pada kaunter nurse bertugas, aku pon ditolak ke tingkat bawah untuk ke labor room. Kaki dan tangan masa ni memang sejuk gila. Perasaan takut, gementar, semua ada. Aku selawat banyak-banyak dan tak henti buat breathing technique. Kalau dari luaran, memang nampak aku cool gila. Sampai nurse pon tanya, "Awak tak rasa sakit ke?" T__T

Sampai labor room jam 8.40 malam. Pengalaman pertama bersalin malam memandangkan masa Nashrah dan Nashriq dua-dua pon siang hari. Aku terus panjat katil labor room dan air ketuban pon makin tumpah keluar ke lantai. Gila malu aku masa ni. Macam nak tolong je nurse tu mop. Echeh.

Selesai setting katil, aku pon di-drip sebotol air. Masa ni memang dah terasa sakit yang amat. Aku rileks kan diri dengan tutup mata dan buat breathing technique. Sepanjang sakit tu memang aku tutup mata. Sampaikan ada satu nurse ni tanya, "Ngantok?" Peh, bengang gila aku masa dia tanya gitu.

Aku menahan sakit dengan rileks. Thanks a lot to breathing technique yang banyak membantu. Tidaklah sampai aku tak rasa sakit langsung. Sakit tu memangggg sakit. Tapi aku tukar kesakitan tu dengan ambil nafas dan hembus. Aku rasa macam aku tengah fight kesakitan yang datang tu. Memang mencabar betul masa ni. Kalau nurse ajak berbual atau tanya apa-apa, aku bercakap je, mesti terus hilang fokus dan rasa sakit tu datang menggila! Jadi, sepanjang dalam labor room tu, memang aku diam aje sambil tutup mata.

Dalam pukul 9.20 malam gitu, nurse bertugas datang check bukaan. 1st seluk dia cakap 6cm. Beberapa saat lepas tu, dia cakap 7 cm. Beberapa saat lepas tu lagi, dia cakap 8 cm!! I was shocked sebab bukaan bukak laju gila! Aku tanya balik, berapa cm sebenarnya? Then dia kata, "Final, 8 cm!!"

Nurse tadi pon terus drip Pitosin untuk mempercepatkan bukaan. Masa ni jam dah pukul 9.40 malam. Sambil drip pitosin, dia cucuk sekali painkiller Penthadine. Elok aje lepas dia drip dan cucuk painkiller, dia pon minta izin nak keluar sekejap untuk ambil barang. Aku pon mengiring ke kiri sebab mengingatkan petua mengiring ke kiri untuk percepatkan bayi turun. Tiba-tiba.......

"Kak..... Kak.... Kejap Kak.... Saya rasa nak teran ni....."

Aku memang betul-betul rasa nak meneran. Secara tiba-tiba ok! Aku lost kejap terlupa nak buat breathing technique. Nurse tadi pon kelam kabut masuk dan suruh aku baring terlentang. Aku angkat kaki sebab kakak nurse tu nak tengok bukaan.

"Kepala baby!!" Nurse tu jerit sambil tangan dia tahan kat V part dan bagi sign kat aku jangan push dulu. Aku selesakan kedudukan, betulkan kaki dan praktik balik breathing technique.

"Ok, push sekarang!', kakak nurse beri arahan. Aku tarik nafas pendek dan dalam, teran panjanggggggggg sambil genggam tangan sendiri. Alhamdulillah! Kepala baby lepas dengan sekali push!

"Lagi sekali!", kakak nurse beri arahan lagi. Aku betulkan kaki semula, bukak lebih lebar, tarik nafas pendek dan dalam terus pushhh panjanggggggg dan 'plup!' tepat 9.58 malam, Najah dah ada atas dada sambil diiringi tangisan yang kuat gila! :)

Ahhh, that's the best feeling ever!

Masa ni memang aku rasa lega gila. Tapi perut rasa bergegar sikit bila proses nak keluarkan uri tu. Kakak nurse suruh batuk-batuk pon, uri tak lepas keluar lagi. Sampai kakak nurse tu kena masukkan tangan untuk keluarkan uri. Ergh, time ni memang azab! Sumpah punya azab!

Azab seterusnya apabila sesi jahit menjahit dijalankan. Masa ni, Najah dah dibawa ke bilik lain untuk dibersihkan. Diam tak diam, airmata aku mengalir sebab menahan sakit kena jahit tu. Nurse yang jahit pon pelik sebab aku boleh rileks tahan sakit contraction, tapi sakit dijahit pulak aku menangis. Hahaha. Entahlah. Tapi bagi aku, memang kesakitan dijahit lebih hebat dari sakit contraction.

Selesai jahit menjahit semua, terus minta nurse hulurkan Najah yang tengah berbaring lena dalam baby coat. Baringkan dia kat sebelah kanan dan itulah saat pertama Najah minum susu ibu. Seriously, saat itu memang touching. Tak henti-henti mulut aku ucap syukur kerana diberi peluang kedua untuk menyusukan. :))

Suami dibenarkan masuk jam 11.30 malam gitu. Melangkah aje masuk labor room tu, dia cium aku dan Najah. Suami ambil wudhu dan terus Azan serta Qamatkan Najah. Sayu je perasaan waktu ni. Lebih kurang setahun yang lepas, Nashriq yang di-Azankan. Sekarang ini Najah pulak. Cepat betul rasanya masa berlalu.

Bila keadaan dah stabil, aku pon ditolak naik ke bilik. Suami escort sampai ke bilik dan tunggu sekejap sehingga aku selesa baru dia bergerak pulang. Malam itu berlalu dengan sempurna sekali jika mahu dibandingkan pengalaman bersama Nashriq dulu.

Banyak bezanya pengalaman bersalin Nashriq dan Najah. Dari segi mental dan fizikal kesihatan pon jauh sangat perbezaan. Nanti, ada masa, aku cerita dalam entry post mortem 'Tebus' tu. Sudah ada dalam draft, cuma tak finishing lagi.

Oklah. Masa untuk sambung kerja. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday : 18 Weeks.


Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, June 17, 2011

Yes, I am.

Bismilahirahmanirahim.

Aku mohon berkat Jumaat yang mulia ini agar dipermudahkan segala urusan dan jalan. Dipermudahkan segala awal dan akhirnya. Diselamatkan semuanya sejahtera. Agar apa sahaja yang bakal aku umumkan ini, menjadi perangsang untuk aku terus kuat menempuh hidup yang maha tekanan ini.

Izinkan aku, Ya Allah.

Image by Google
Mine punya dah hilang bersana E71. T___T



Yes people. Saya sekarang telah kembali menjadi seorang ibu mengandung. Untuk kali ketiga. Tapi keadaan perasaan adalah sedikit berbeza dari yang pertama dan yang kedua. Mungkin tekanannya berbeza and expectation juga lain.

Saya ada katakan kepada beberapa orang kawan yang saya ingin rahsiakan perkara ini sampailah ke waktu yang sesuai. Tapi semakin saya merahsiakannya, semakin saya tertekan dan ianya memberikan kesan yang buruk kepada saya, kandungan dan keluarga.

Jadi, saya buat keputusan untuk umumkan kepada semua agar saya boleh bergembira dan enjoy sahaja pregnancy kali ini. Tanpa perlu rasa malu, takut dan sedih. Insya-Allah.

Saya mohon saudara mara dan kawan-kawan doakan saya agar lebih kuat menempuh hari penuh dugaan dan tekanan ini. Doakan saya bergembira dan enjoy saat-saat indah ini.

La-tahzan-innallaha-ma'ana.

P/S : Esok, usianya 15 minggu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 24, 2010

Tanda-Tanda Bersalin.

Esok dah masuk 40 minggu. Genap 40 minggu. Dan aku masih belum ada apa-apa tanda untuk bersalin buat masa ini. Tiada sakit. Tiada show. Baby nak duduk dalam lama sikit agaknya. Berenang-renang sambil menikmati pelbagai makanan enak. Ewah. Ayat nak sedapkan hati sendiri nampak? :p

Erm. Jom, tambah ilmu pengetahuan?

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Alam Hamil.

Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. Sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. Sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian. Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah Ketuban
Dalam cerita drama atau filem, wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah di saat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin. Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam serviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. Sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari Ratu Hati.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • Sakit perut & memulas
  • Kerap buang air besar
  • Kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat Atau Keluar Darah Bercampur Lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

*********************************************

Tanda-Tanda Bersalin dari mengandung.com.

Biasanya ada 3 tanda utama yang menunjukkan seseorang itu telah hampir masa untuk melahirkan anak, iaitu:
  • Lumrahnya, apabila berlaku pengeluaran lendir yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran ini menunjukkan bahawa ruang serviks anda telah mula membuka dan menyebabkan cecair lendir bercampur darah tadi keluar.
  • Apabila air ketuban mula pecah dalam proses pengecutan rahim yang menyebabkan pemecahan karung bayi. Air ketuban ini berbau hanyir dan tidak bewarna. Tidak seperti air kencing yang bewarna kuning dan berbau hancing. Pastikan pada masa ini anda telah sampai di pusat bersalin yang telah dipilih, jika tidak segera dapatkan bantuan untuk ke hospital.
  • Apabila anda mula berasa sakit di bahagian perut dan belakang seumpama sakit tatkala senggugut, tapi yang ini lebih sakit dari senggugut. Sakit ini datang sekali sekala yang biasanya selang sejam, kemudian makin kerap sehingga selang 15 minit dan seterusnya setiap 5 minit dan rasa sakit makin kuat. Setiap kali rasa sakit itu datang, ia akan berlarutan sehingga 15 ke 30 saat.
*********************************************

Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke Kelas Persediaan Bersalin kita hari ini. Semoga berjumpa lagi dalam kelas yang akan datang. Chow Chin Chow!

(",)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 23, 2010

Kisah Susu Ibu.

Setuju dengan Dayu.

Kenapa tak ada iklan secara besar-besaran tentang kebaikan Susu Ibu? Kenapa kat TV asyik iklan pasal susu formula yang kononnya sangat bagus menjadikan anak bijak pandai masuk Universiti? Kenapa kat akhbar jarang sekali menceritakan tentang betapa Susu Ibu itu bagus dan sangat baik? Kenapa kat negara kita ni, tidak diwujudkan rancangan khas tentang faedah serta perjalanan ibu-ibu yang breastfeeding anak-anak mereka? Kenapa ek?

Aku mula belajar dan cedok mencedok ilmu breastfeeding dari internet. Beli buku panduan breastfeeding pon dari internet. Beli breastpump dan segala macam gadget breastfeeding pon dari internet. Komunikasi soal jawab pasal breastfeeding pon melalui internet. Kenal 2-3 orang Peer Counselor Breastfeeding pon, dari internet.

Nasib baik ada internet. Terima kasih susuibu.com.

Aku rasa macam susah nak terangkan kat sesetengah orang pasal niat aku nak fully breastfeed. Susah. Sebab minda masyarakat kita dah dijajah oleh susu formula. Aku rasa geram bila aku tak mampu nak betah atau debat balik. Sebab sifat aku bukan itu. Aku tak suka nak terangkan panjang lebar. Aku bukan lokek ilmu, tau. Bukan.

Cuba korang bayangkan. Bila 10 orang depan korang, sogok korang suruh kasi anak korang minum susu formula terbaik abad ini. Kau pulak terkontang kanting tergagap gagap nak bukak kisah kebaikan susu ibu, kau rasa macam mana?

Aku rasa macam loser, tahu?

Sekurang-kurangnya, doakanlah niat aku UNTUK MEMBERIKAN HAK ANAK AKU, berjalan lancar dan berjaya. Aku tau benda ni bukanlah mudah. Benda ni payah. Tapi tolonglah doakan yang terbaik.

P/S : Teringin nak buat entry tentang kebaikan Susu Ibu. Tapi, nantilah. Kena cedok ilmu dalam-dalam dan banyak-banyak dulu. Insya-Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Penantian.

Well, tekanan semakin dirasai.

Evyn sudah boleh menarik nafas lega sambil memeluk cium Ammar Rizqi-nya. Khabar gembira kelahiran bayi comel Xeea di Facebook seawal usia kandungan 36 minggu menambahkan degup jantung ini. Dan semalam, satu lagi khabar kelahiran puteri sulung adik ipar abang aku, yang mana due date-nya beza 2 hari dari aku.

Humak aih. Sabo. Sabo.

Tekanan sangat sebenarnya. Tapi aku rasa macam tak baik pulak. Lebih baik aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Pagi tadi, check up untuk minggu ke-39. To be exact, aku kini 39 minggu dan 5 hari. Masih steady berjalan-jalan. Dah penat nak jawab soalan-soalan orang. Kenapa baby tak keluar lagi? Salah kira ke hape? Budak nak duduk dalam lama sikit kot? Dan bla bla bla.

Senyum ajelah. Itu je yang mampu aku sedekah.

Tadi doktor cakap, last check up will be on 30th August. Itu untuk 40 weeks punya check up. Then, kalau masih tiada tanda-tanda bersalin, boleh lah serah diri ke Bilik Saringan Hospital Sultanah Aminah pada 31st August 2010. Sebab untuk kes aku, doktor kasi postdate 6 hari dari tarikh due date sebenar.

Anak Merdeka kah anda, wahai anak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 19, 2010

Kiraan Tempoh Kehamilan Yang Sebenar.

Setelah dua hari meng-MC kan diri, hari ni kembali bertugas seperti biasa. Gigih sangat bangun pagi-pagi dengan semangat waja yang jitu nak menghadap kerja-kerja di pejabat. Menghabiskan stok-stok kerja yang nampak macam tak habis-habis. Poning kopala den. Haih.

Nak jalan pon dah tak larat. Sampai ada rakan seperjuangan suggest suruh sewa truck khas untuk bawak aku berjalan. Gegegegege. Kasar bunyi weh? Takpe. Takpe. Tunggu lepas bersalin nanti, gua pakai kebaya pergi kerja. Wakakakaka. Tak pernah umur aku pakai kebaya. Buang tebiat? :p

Kesihatan memang tak best sangat sekarang ni. Semuanya pon serba tak kena. Lower abdomen berdenyut-denyut. Terasa macam ditarik-tarik. Baby kerap mengeras dan membuat pergerakan luar biasa. Macam seram bunyinya kan?

Ramai yang suggest suruh pergi amik cuti bersalin awal. Duduk kat rumah diam-diam menunggu saat indah berjumpa baby. Tapi terasa sayanglah pulak amik cuti bersalin awal. Nanti lepas bersalin cutinya jadi pendek. Tak boleh berpoya-poya lama dengan baby.

Oh ye kawan-kawan. Aku ni nak tumpang tanya.

Semalam, berbual-bual dengan Emak. Emak kata, zaman dia dulu, tak ada pulak kiraan mengandung by weeks ni. Kiraan semua ikut bulan. Cukup 9 bulan 10 hari, confirm baby lahir punya. Itu Emak aku katalah. Bukan aku yang kata. :p

Jadi, Emak pon bertanya bila hari pertama aku punya last menses. Aku pon menjawab 18 November 2009. Kira punya kira, Emak kata, semalam (18 Ogos 2010) usia kandungan aku baru jejak 9 bulan. Lagi 9-10 hari lah kot aku akan bersalin. Lagi sekali, itu Emak yang kata. Bukan aku. :p

Contoh pengiraan;
18/11/2009 - 18/12/2009 = 1 Bulan
18/12/2009 - 18/01/2010 = 2 Bulan
18/01/2009 - 18/02/2010 = 3 Bulan
18/02/2009 - 18/03/2010 = 4 Bulan
18/03/2009 - 18/04/2010 = 5 Bulan
18/04/2009 - 18/05/2010 = 6 Bulan
18/05/2009 - 18/06/2010 = 7 Bulan
18/06/2009 - 18/07/2010 = 8 Bulan
18/07/2009 - 18/08/2010 = 9 Bulan

Aku berdebat lah jugak dengan Emak. Aku kata, macam mana pulak kawan-kawan aku yang bersalin usia kandungan 36, 37 dan 38 minggu tu? Kira tak cukup bulan ke?

Emak pon terdiam. Kekekekekeke.

Apa pendapat korang? Korang pernah dengar tak kiraan yang macam Emak aku terangkan kat atas tu? Saje je nak berkongsi. Kot orang dulu kiraan dia memang macam gitu?

P/S : Emak kata lagi 9-10 hari lagi. Dah over due 3 hari tu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, August 18, 2010

39 Weeks Pregnant.

Nampak sangat hari ni kekurangan kerja. Dua entry dalam satu hari yang sama. Hebatlah bukan? Taklah. Taklah. Hari ni memang bosan sangat-sangat. Google itu, google ini. Jadi terjumpa artikel untuk perkongsian bersama. Jom, kita baca?

********************************************


Your Baby's Development
Umbilical cords, which carry nutrients from the placenta to the baby, vary in size but average about 22 inches (55 cm) long and half an inch (1-2 cm) thick. Sometimes the umbilical cord can become wrapped around a baby’s neck. Generally, this doesn’t cause problems, although a cesarean delivery could be required if it causes pressure on the umbilical cord during labor or delivery. A true knot in the umbilical cord is much less common, occurring in only about 1% of pregnancies.

Most of the vernix that covered your baby's skin has disappeared, as has the lanugo. Your body has been supplying the baby with antibodies through the placenta that will help the baby's immune system fight infection for the first 6-12 months of life.


Your Body
Braxton Hicks contractions may become more pronounced. Also called "false labor", these contractions may be as painful and strong as true labor contractions but do not become regular and do not increase in frequency as true contractions do.

Another sign of labor, the rupture of your amniotic sac, could happen any day now. When their water breaks, some women experience a large gush of water and some feel a steady trickle. Many women don’t experience their water breaking until they’re well into labor. Others need to have their water broken by their health care providers to get their labor started or to speed it up. If you think your water has broken or you are experiencing regular contractions, contact your health care provider.




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saat Lahirnya Bayi Ke Dunia.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan: "Malaikat mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil & lemah?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini, di dalam Syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Apa akan saya lakukan saat saya ingin bicara kepadaMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungimu. Walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu. Walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu."

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, bayi bertanya perlahan.

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: IBU."

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
4) Di sulami dengan taubat kepada Zat yang memiliki mu.

P/S : Copy paste dari Aneen.

P/S/S : Hari ini genap 39 minggu. Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadan.

Selamat Datang, Ramadan. :)

Ini tahun kedua aku menyambut Ramadan sebagai seorang isteri. Tahun kedua juga sebagai seorang ibu mengandung. Dan jika diizinkan Allah, Ramadan kali ini akan jadi Ramadan pertama untuk aku bergelar Mama. Insya-Allah.

Sempena Ramadan yang bakal menjelang esok, aku nak ambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf andai kata tiap penulisan aku di sini mengguris hati dan perasaan mana-mana antara kalian. Sama ada secara sedar atau tidak.

Tutur kata yang tidak enak didengar. Perangai yang tidak elok dilihat. Penulisan kasar yang hodoh dibaca. Semuanya. Apa sahaja yang berkaitan diri aku ini. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan dan kekhilafan.

Maafkan aku.

Doakan untuk aku dan anak yang ada dalam kandungan ini. Doakan semuanya dipermudahkan. Doakan juga, semoga semuanya selamat.

Terima kasih atas tiap kemaafan dan doa kalian.

Salam Ramadan. (",)

P/S : Al-Fatihah buat Nur Anis Nashrah. Rindu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 9, 2010

Memasuki Minggu Ke-38.


Kalau ikut ticker kat atas, ada lebih kurang 16 hari lagi nak pergi ke due date. Lebih kurang 38 minggu jugak baby duduk kat dalam sini. Rasanya macam kejap je masa berlalu.

Hari ni tak dapat pergi kerja. Sepatutnya hari ni ada check up kat Klinik Kesihatan pon, tak dapat nak pergi. Memang betul-betul collapse pagi ni. Bangun-bangun tidur, mood sudah hilang dibawa angin. Tekak memuntahkan air pahit yang entah dari mana. Perut pulak memulas-mulas mintak melawat tandas. Pinggang terasa lenguh. Tengah belakang badan terasa bisa. Perut pulak mengeras-ngeras dengan kadar yang kerap.

False alarm lagi nampaknya.

2-3 malam ni jugak, tak dapat nak tidur dengan lena. Mengiring salah. Terlentang salah. Akhir sekali, tidur dengan cara duduk. Alas bantal kat bahagian belakang, kaki melunjur sambil goyang-goyang. Bila dah lena, baru Wahid tarik badan isteri suruh tidur betul-betul. Kesian tengok Wahid yang turut tak lena tidur. Kejap-kejap terbangun nak pastikan isteri dalam keadaan selesa dan okay.

Bila dah dapat lena, tidur didatangi mimpi-mimpi pelik pulak. Macam-macam jenis mimpi. Dalam satu malam, boleh datang 2-3 jenis mimpi. Semuanya berkaitan bersalin. Tapi versi yang lain-lain. Itu jugak menyumbang kepada keletihan badan yang teramat. Bila terjaga dari mimpi, mesti ambil masa yang lama untuk lena balik. Bila lena semula, datang mimpi lagi.

Haih....

Pagi tadi jugak, telah menangis teresak-esak kat tepi katil. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab badan terlalu letih melayan mimpi. Mungkin juga sebab kekurangan tidur. Wahid dah kelam kabut tak tahu nak buat apa. Akhirnya suruh isteri sambung tidur walau dah siap-siap pakai tudung nak pergi check up. Serius, rasa penatnya masih terasa sampai sekarang.

Kejap lagi, kalau ada kekuatan, nak pergi jugak check up kat KK tu. Emak nak temankan. Nak mengadu jugak kat Doktor pasal muntah dan buang-buang air pagi tadi.

Mudah-mudahan tak ada apa-apa.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, August 5, 2010

Braxton Hicks Contractions.

Malam semalam memang mencemaskan. Bermula jam 8.30 malam, bahagian pinggang membawa ke punggung terasa lenguh-lenguh. Perut rasa memulas tapi tiada hasil buangan. Duduk lama dalam toilet tercanguk-canguk.

Cakap dengan Emak, Emak kata pergi minum air suam banyak-banyak. Buat air milo satu cawan supaya ada tenaga nak teran. Cakap dengan suami minta standby. Boleh bersalin anytime je ni. Siap remind macam-macam benda. Baju baby kat mana. GL kat mana. Nanti nak kena telefon siapa. Buat macam mana. Dan bla bla bla.

Tup tup, lenguh dan kesakitan tadi hilang. Grrrrrr.

Takpelah. Kita tunggu dia datang balik.

Dan seperti yang dijangkakan, 2 jam selepas tu lenguh dan sakit pada abdomen bahagian bawah datang kembali. Siap buat catatan pukul berapa sakit datang. Berapa lama punya sakit. Sakit yang macam mana. Bahagian apa yang menyucuk-nyucuk.

Dengan niat, bila doktor tanya kang senang nak jawab.

Over aku ni. Over. :p

Bila kepala tengah concentrate analisis rasa sakit, Wahid tanya benda simple pon kena marah. Heeeee. Kesian suami aku. Padahal dia nak tolong redakan rasa cemas. Kena marah-marah pon, capai jugak minyak angin nak sapu kat kaki isteri. Berlinanglah airmata isteri sebab rasa berdosa. Terus minta ampun minta maaf sebab takut rasa lagi sakit nak bersalin kejap lagi. Suami pon terasa sayu.

Touching-touching waktu sakit memang tak best. :(

Berbual-bual kejap dengan Wahid. Cerita-cerita pasal baby. Tapi dah pasang niat dalam hati, kalau sakit makin kerap, terus ketuk bilik Emak. Berdesup pergi hospital. Memang dah tak sabar sangat dah. Tak sabar nak jumpa baby satu hal. Tak sabar nak tamatkan rasa sakit tu pon satu hal.

Cepatlah sakit. Cepatlah sakit.

Macam tadi jugak, entah macam mana, kesakitan hilang serta merta. Frust sangat-sangat. Takpelah. Sabar lagi. Kita tunggulah dia datang makin kerap. Baru boleh cabut pergi hospital. Kalau pergi buta-buta macam gini, kena seluk kena hape pastu kena tahan wad. Tak nak lah aku. Lebih baik pergi time kow-kow punya sakit. Terus bersalin.

Cheh. Macam kuat je mental kau kan?

Tidur punya tidur, 12.30 tengah malam sakit datang lagi. Siap bangun duduk bersila minta Wahid urut pinggang. Lenguhnya satu macam. Tulang temulang macam lembik. Macam takde tulang pon ye jugak. Rasa macam nak nangis. Tapi tak jadi nangis. Cover macho tak payah sentimental-sentimental. Kata nak dapat baby. Heeeee. :)

Sakit hilang macam biskut. Datang balik macam angin pukul 2.30 pagi. Kali ni siap pakej perut memulas macam awal-awal tadi. Pergi toilet, tak ada benda yang dibuang. Duduklah aku termenung memikir nasib.

"Confirmlah aku bersalin malam ni. Confirmlah. Confirmlah."

Baring kejap atas katil. Amik feel nak pergi hospital.

Sekali lagi, rasa sakit pergi dibawa angin.

Aku cakap dalam hati;

"Biarlah keluar tanda. Pecah air ketuban ke. Keluar darah ke. Senang sikit nak pergi hospital. Kalau sakit hilang-hilang macam gini, aku tak pandai nak agak. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda......"

Sampai aku tertidur.

Sudahnya, aku lena sampai pagi. Takde sakit-sakit lagi dah. Lenguh pinggang tu masih ada. Tapi masih boleh bertahan dan bergagah pergi kerja. Seram jugak kalau tiba-tiba doa aku termakbul keluar tanda pecah air ketuban kat office ni kang. Mahunya satu sekolah kecoh ambulans datang neno-neno-neno angkat mak buyung pergi hospital.

Peh. Imaginasi tak boleh blah! :p

P/S : Ya Allah, hari ni sudah 9 bulan 8 hari. Permudahkanlah semuanya. Amin!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, August 4, 2010

Minggu Ke-37.

Alhamdulillah, hari ini genap sudah 37 minggu.

Melalui saat-saat trauma dan fobia hingga ke tahap ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Berperang dengan rasa hati dan naluri benar-benar mengajar aku seribu erti kehidupan. Tiap kali mengenangkan kenangan lalu, ianya seakan membunuh. Membunuh dalam diam. Merubah diri menjadi insan lain dalam senyap.

2-3 hari kebelakangan ini, pergerakan bayi dalam kandungan ini semakin kurang aktif. Bukan aku sahaja yang terlalu memikir, Wahid terlebih-lebih lagi. 2-3 malam ini juga Wahid akan bangun secara mengejut demi merasa pergerakan bayi dalam kandungan ini. Bayangkan perasaan kami. Tidur kami tidak mampu lena bagi memastikan segalanya baik untuk si kecil dalam sini.

Haih. Susah nak ditafsirkan perasaan yang ada dalam jiwa kami sekarang. Wahid terlalu risau. Apatah lagi aku yang mengendong. Setiap SMS yang dikirim tiada lain soalnya. Semuanya menyebut si kecil dalam sini. Aku pula bagaikan hendak mengalir air mata. Tinggi harapan Si Ayah, tinggi menggunung lagi perasaan Si Mama.

Tak tahulah hendak dicoretkan apa lagi. Otak beku nan tepu. Hati sayu nan kaku. Jiwa kosong dan lopong. Moga diberikan keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan untuk si kecil dalam sini.

Tuhan, berikan hamba-Mu ini kekuatan!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 30, 2010

Kisah Air Kelapa.

Petang semalam, masa on the way balik dari kerja, Emak pon menelefon. Emak pesan suruh beli Air Kelapa untuk aku minum. Kata orang, minum Air Kelapa pada hujung-hujung trimester ni bagus bagi membersihkan kulit bayi. Wallahualam.

Aku dan Wahid pon menyinggah kat satu gerai yang memang jual Air Kelapa. Beli 3 biji untuk bawak balik rumah. Aku ni bukanlah peminum Air Kelapa sangat. Macam boleh kira dengan jari je berapa kali aku dah minum sepanjang 25 tahun hidup ni. Bukannya tak suka. Tapi rasa dia macam tak best (ikut tekak aku lah).

Lepas makan malam, Wahid pon menebuk sebiji kelapa. Masuk dalam jug siap-siap. Emak pulak mengorek isi-isi kelapa pastu masuk sekali dalam jug berkenaan. Tekak aku macam dah kembang kuncup. Aku ni alah pada benda yang lembik-lembik. Memang tak tahan mata dan deria tekak. Tapi sebab Emak dah paksa minum, aku togak jugaklah.

Fine, rasa dia taklah teruk sangat. Tapi tekak aku kasi markah 5/10 aje. Minum separuh gelas, aku terus surrender. Emak suruh minum lagi, aku mengelak. Aku cakap nak minum malam esok pulak. Balance dalam jug tu, Emak, Wahid dan anak sedara aku yang kerjakan. Macam diorang pulak yang ada baby dalam perut. Heeee.

Lepas minum tu, aku lepas-lepak main laptop jenguk Facebook segala. Baca blog kawan-kawan dan bla bla bla. Tiba-tiba baby dalam perut macam aktif semacam. Perut macam ada gelombang Tsunami herot kiri kanan. Muka aku dah cuak jugak. Terus padam laptop tarik bantal nak tidur. Rasanya bukanlah sakit. Tapi macam seram.

Wahid macam pelik. Sebab aku diam je tak bercakap. Nak cakap macam mana? Aku tak sakit. Tapi gelombang tu buat aku takut. Naik bulu roma aku. Lama jugak baby jadi macam gitu. Kaki dia tendang kiri kanan atas bawah. Kepala dia gerak-gerak dan menggelikan.

Baby suka minum Air Kelapa kot?

Bunga-bunga cinta sakit dan ngilu-ngilu telah mula terasa. Grrrrrr. Adakah masanya sudah hampir tiba? Seram gila kalau dok fikir-fikir. Tapi, dalam masa yang sama, terasa nak cepat-cepat baby ni keluar. Nak peluk baby. Nak cium baby. Nak pandang baby. Nak tenung baby. Nak main-main dengan baby. Heeeee. Tak sabar. Tak sabar. :)

Hari ni sudah 36 minggu 2 hari. Ada chance bersalin awal tak?

P/S : Bio-Selusuh dah sampai. Boleh try minum dan pakai malam ni. Mohon dipermudahkanlah segalanya. Amin.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 29, 2010

LAPAR

Sekarang ni, kerap benar lapar. Bila masuk pukul 2 petang aje, mesti rasa lapar yang menggila. Serius punya lapar tau. Yang tak boleh tahan-tahan.

Sesiapa yang follow ikut twitter mesti perasan yang aku asyik merungut pasal lapar aje. Sampai diorang ingatkan aku puasa ke hape. Nak puasa macam mana kalau pukul 7.00 pagi sebelum gi kerja dah bantai sepinggan nasi, lepas tu pukul 10.00 pagi makan nasi lagi. Huwaaaah. Pukul 2.00 petang lapar balik macam menggodak-godak.

Bila time petang-petang macam ginilah tangan gatal nak melawat laman web Pizza Hut. Semua gambar makanan pon nampak sedap. Semua benda pon nampak menyelerakan. Memang godaan nafsu betul.

Seafood Lasagna



Cheese-baked Meatballs


Nafsu nak macam omputih. Tak sedar diri 25 tahun membesar dengan Asam Pedas. Tapi nak buat macam mana? Gambar makanan tu macam sedap. Padahal belum tentu lagi pandai makan ke tidak. Silap-silap haribulan, makan 2-3 sudu terus passing kat Wahid.

Aku selalu macam gini tau. Senang terpengaruh dengan gambar. Mata nampak sedap. Tapi kadang-kadang rasanya tak seberapa. Yang jadi mangsa tentulah Wahid. Nak kena habiskan makanan aku pulak.

Tapi bila tengok Wahid makan macam sedap pulak. Atau mungkin tekak aku ni memang tekak Melayu. Nafsu je terbabas jadi omputih. Itu yang macam conflict sikit.

Tengah fikir nak makan apa lagi. Sebelum minggu ke-37.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015