Monday, August 9, 2010

Memasuki Minggu Ke-38.


Kalau ikut ticker kat atas, ada lebih kurang 16 hari lagi nak pergi ke due date. Lebih kurang 38 minggu jugak baby duduk kat dalam sini. Rasanya macam kejap je masa berlalu.

Hari ni tak dapat pergi kerja. Sepatutnya hari ni ada check up kat Klinik Kesihatan pon, tak dapat nak pergi. Memang betul-betul collapse pagi ni. Bangun-bangun tidur, mood sudah hilang dibawa angin. Tekak memuntahkan air pahit yang entah dari mana. Perut pulak memulas-mulas mintak melawat tandas. Pinggang terasa lenguh. Tengah belakang badan terasa bisa. Perut pulak mengeras-ngeras dengan kadar yang kerap.

False alarm lagi nampaknya.

2-3 malam ni jugak, tak dapat nak tidur dengan lena. Mengiring salah. Terlentang salah. Akhir sekali, tidur dengan cara duduk. Alas bantal kat bahagian belakang, kaki melunjur sambil goyang-goyang. Bila dah lena, baru Wahid tarik badan isteri suruh tidur betul-betul. Kesian tengok Wahid yang turut tak lena tidur. Kejap-kejap terbangun nak pastikan isteri dalam keadaan selesa dan okay.

Bila dah dapat lena, tidur didatangi mimpi-mimpi pelik pulak. Macam-macam jenis mimpi. Dalam satu malam, boleh datang 2-3 jenis mimpi. Semuanya berkaitan bersalin. Tapi versi yang lain-lain. Itu jugak menyumbang kepada keletihan badan yang teramat. Bila terjaga dari mimpi, mesti ambil masa yang lama untuk lena balik. Bila lena semula, datang mimpi lagi.

Haih....

Pagi tadi jugak, telah menangis teresak-esak kat tepi katil. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab badan terlalu letih melayan mimpi. Mungkin juga sebab kekurangan tidur. Wahid dah kelam kabut tak tahu nak buat apa. Akhirnya suruh isteri sambung tidur walau dah siap-siap pakai tudung nak pergi check up. Serius, rasa penatnya masih terasa sampai sekarang.

Kejap lagi, kalau ada kekuatan, nak pergi jugak check up kat KK tu. Emak nak temankan. Nak mengadu jugak kat Doktor pasal muntah dan buang-buang air pagi tadi.

Mudah-mudahan tak ada apa-apa.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. siannye..
    start cuti lah aishah...
    tenang2kan fikiran..

    ReplyDelete
  2. Betul. Cuti la Aisha. Dah tak larat nak kerja lagi tu. :(

    ReplyDelete
  3. biasanya muntah2 & buang2 air tu pun tanda bersalin...all the best ya

    ReplyDelete
  4. Sian Aishah. Sabar ye. Sikit je lagi. Pasni, penat jugak tapi berbaloi2 :)

    ReplyDelete
  5. gud luck aisyah..ape2 sms ye..tak sabar ni..:)

    ReplyDelete
  6. dah x lame dh aishah. patot dh amek cuti nie klu rasa dh x larat. mintak MC jer k! dh dekat due sllunye dokter senang je bagi MC suruh rehat =) jgn stress2 oke.

    ReplyDelete
  7. kuatkan semangat..
    tak lame lg je tu aisyah.

    ReplyDelete
  8. aisha, byk2 bersabar ye.. saya paham perasaan tu, saya pun bila tak cukup tido pagi msti nak nages.. sebab mind and physical all tired...

    ReplyDelete
  9. ohh seksa muntah mmg terbaik laa.. reen igt lagi dulu, reen smpai minggu ke 39 pon mantap lg muntah2.. pas muntah lembik bdn.. mate pon berair.. huu seksa seksa..

    akak, gud luck! chaiyok2 oke! hehehe
    jgn lupe msg yoww

    ReplyDelete
  10. @yue : Saya harap saya boleh bercuti awal. Tapi sayanglah nak cuti awal sebab nanti lepas pantang dah kena naik kerja. Nak lama-lama dengan babyyy. Heeee.

    Hannah : Kadang-kadang saya rasa macam superwoman kuat nak pergi kerja berlari-lari. Tapi kadang-kadang lembik macam agar-agar. Hehehehe. Larat lagi lah kot. Insya-Allah. :)

    Ina Hashim : Iye? Itu sudah bagus! Saya dah tak sabar ni.

    Aneen : Takpe. Penat-penat lepas ni saya sanggup tanggung. Cheh. Cakap besar konon saya ni. :p

    Maria : thanks Maria. Okeh. Pape hal nanti saya sms okeh?

    Shareena : Saya ni jenis berat betullah nak amik MC. Takut doktor tak kasi. Heeee.

    Hanie : Yap! Saya kena kuatkan semangat. Yeah!

    Juelee : Haaaa. Kan?? Rasa nak mengamuk pon ada. Tapi lebih kepada menangis lah kan? Ke, kita ni serupa jenis kememeh eh?

    Reen : Sampai minggu ke-39 masih muntah? Humak aih. Itu memang terbaik yowww!

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015