Wednesday, August 18, 2010

Saat Lahirnya Bayi Ke Dunia.

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan: "Malaikat mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia. Bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil & lemah?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini, di dalam Syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa. Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa paling indah yang pernah kamu dengar. Dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Apa akan saya lakukan saat saya ingin bicara kepadaMu?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"

"Malaikatmu akan melindungimu. Walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi."

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu. Walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu."

Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, bayi bertanya perlahan.

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: IBU."

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
4) Di sulami dengan taubat kepada Zat yang memiliki mu.

P/S : Copy paste dari Aneen.

P/S/S : Hari ini genap 39 minggu. Alhamdulillah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

9 comments:

  1. owh. lihat tajuk, cepat2 datang sini. ingat kamu sudah deliver. :)

    .
    .
    .

    rupanya masih belum. Alhamdulillah. baby dah 39 minggu. x lama lg dah tu. me dulu 39w 3days.

    semoga semuanya selamat, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  2. ye..tgk tajuk..cpt² jenguk..x sabar!

    smoga slamat ye aishah

    ReplyDelete
  3. nanti upload gambar baby byk2 key.. hehe..

    ReplyDelete
  4. tulah, tgk tajuk ingatkan dah bersalin....suspen je eh aisyah

    ibu adalah malaikat..:)

    ReplyDelete
  5. waaa.. terharunya.. terus teringat baby2 yg dibuang, kesian.. malaikat=ibu yg sepatutnya menjaga dia sudah membuangnya.. T_T

    ReplyDelete
  6. Ann : Awak dulu 39 minggu 3 hari eh? Huhuhuhu. Saya tak sabar nak tunggu hari yang sama macam awak. Mana tahu sama macam Alia Kaiyisah kan?

    Ayue : Heeeee. Thanks Ayue!

    MinatGiler : Insya-Allah. :))

    Fashya : Yap. Ibu-ibu adalah malaikat yang dikirimkan oleh Tuhan, kan?

    Aniemz : Itulah. Banyak pulak kes-kes buang bayi sekarang ni kan?

    ReplyDelete
  7. a good reading for parents out there.. anak adalah amanah dari ALLAH.. a reminder for me as well, dah ada anak ni, kadang2 tu hot jugak, bila teringat article ni, terus sejuk hati..

    Aishah, jalan banyak2.. senang bersalin orang kata :p take care and enjoy your last days being pregnant :D

    ReplyDelete
  8. alahai, syahdunyerrr :)
    thanks for sharing aisyah

    ReplyDelete
  9. Aneen : Saya berjalan jugak. Tapi tidaklah rajin sangat. Sebab badan berat sangat. Haih. :)

    Hanie : Ur most welcome! :)

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015