Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wa Sahlan, Ya Ramadan.

Selamat Datang, Ramadan. :)

Ini tahun kedua aku menyambut Ramadan sebagai seorang isteri. Tahun kedua juga sebagai seorang ibu mengandung. Dan jika diizinkan Allah, Ramadan kali ini akan jadi Ramadan pertama untuk aku bergelar Mama. Insya-Allah.

Sempena Ramadan yang bakal menjelang esok, aku nak ambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf andai kata tiap penulisan aku di sini mengguris hati dan perasaan mana-mana antara kalian. Sama ada secara sedar atau tidak.

Tutur kata yang tidak enak didengar. Perangai yang tidak elok dilihat. Penulisan kasar yang hodoh dibaca. Semuanya. Apa sahaja yang berkaitan diri aku ini. Aku hanya manusia biasa yang tidak lepas melakukan kesilapan dan kekhilafan.

Maafkan aku.

Doakan untuk aku dan anak yang ada dalam kandungan ini. Doakan semuanya dipermudahkan. Doakan juga, semoga semuanya selamat.

Terima kasih atas tiap kemaafan dan doa kalian.

Salam Ramadan. (",)

P/S : Al-Fatihah buat Nur Anis Nashrah. Rindu.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. selamat berpuase & selamat bersalin! hee semoga selamat segalanye.. mudah mudahan..

    ReplyDelete
  2. gud luck dear..wish u all the best..nnt sms tau..:)

    ReplyDelete
  3. Reen : Terima kasih. Doakan akak ye dik? :)

    Maria : Thanks Maria. Nanti saya sms awak okeh?

    ReplyDelete
  4. I apologise, but, in my opinion, you commit an error. I can prove it. Write to me in PM, we will discuss.

    ReplyDelete
  5. Anonymous : Terima kasih. :)

    Tapi macam mana saya nak PM awak kalau awak merahsiakan diri awak? Pelik kan? :)

    Email saya; shara85_jb@yahoo.com

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015