Monday, August 23, 2010

Penantian.

Well, tekanan semakin dirasai.

Evyn sudah boleh menarik nafas lega sambil memeluk cium Ammar Rizqi-nya. Khabar gembira kelahiran bayi comel Xeea di Facebook seawal usia kandungan 36 minggu menambahkan degup jantung ini. Dan semalam, satu lagi khabar kelahiran puteri sulung adik ipar abang aku, yang mana due date-nya beza 2 hari dari aku.

Humak aih. Sabo. Sabo.

Tekanan sangat sebenarnya. Tapi aku rasa macam tak baik pulak. Lebih baik aku berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Pagi tadi, check up untuk minggu ke-39. To be exact, aku kini 39 minggu dan 5 hari. Masih steady berjalan-jalan. Dah penat nak jawab soalan-soalan orang. Kenapa baby tak keluar lagi? Salah kira ke hape? Budak nak duduk dalam lama sikit kot? Dan bla bla bla.

Senyum ajelah. Itu je yang mampu aku sedekah.

Tadi doktor cakap, last check up will be on 30th August. Itu untuk 40 weeks punya check up. Then, kalau masih tiada tanda-tanda bersalin, boleh lah serah diri ke Bilik Saringan Hospital Sultanah Aminah pada 31st August 2010. Sebab untuk kes aku, doktor kasi postdate 6 hari dari tarikh due date sebenar.

Anak Merdeka kah anda, wahai anak?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 comments:

  1. bestnyer jd anak merdeka :) takde org akan lupa birthday dia nanti..

    sabar aisyah, jagan tekanan ye. :)

    ReplyDelete
  2. mgkin aisyah dia nk jd bb merdeka...:).Skrg ni mase utk mkn2,mnum2,jalan2...nt pntang sure x jmmpe dunia luar jap

    ReplyDelete
  3. besnya aishah anak 31 ogos!

    time to rest, mkn mnum sepuasnya tau..nt dh deliver kene pantang lak hehe

    ReplyDelete
  4. haihh..tibe2 kite pon rasa x sabar sama mcm aishah. cepatla keluar bb shayang. ibu dah x sabar dah tue..

    dear, ape kate sllu usap2 perut & pujuk2 anak dlm tue soh kuar. cerita ape yg besh kt dunia luar nie. insyallah nnti dia nak la kuar hihi =) petua ciptaan diri sndiri hahah =p

    ReplyDelete
  5. saba aishah...sy pn overdue 2hari...mmg xsabar sgt2 rasa+ cuak yg amat...bb tuh mmg akn kuar cuma hnya allah swt shj yg tau...btul! skrg bykkan doa agar dipermudahkan sgalanya...ameen

    ReplyDelete
  6. Surayya : Heee. Kalau boleh, keluarlah sebelum merdeka. Tak sabar dah ni. :p

    Farhana : Itulah. Tengah pikir apa yang tak dapat makan lagi ni. Nak makan dulu puas-puas. Heeeee.

    @yue : Memang ingat nak rest lah ayue. Dah penat dan tak larat sangat badan ni haaa.

    Sharena : Nak cakap-cakap dengan baby ni yang tak pandai! Rasa macam nak gelak aje. Kalau bercakap pon, slow-slow. Hehehehe.

    Faizah : Terima kasih. Itulah. Tengok awak dengan Dayu pon overdue jugak. Tapi rileks aje kan?

    ReplyDelete
  7. insyaalah..2 hari lg! Cewahhh...

    Sbb nama Aishah dan nama baby kita serupa...mesti dia lahir pada tarikh yg dijangka.. sbb klu org tye bila nak bersalin..mesti kita kata tarikh tu kan...sama mcm doa...

    Ini ikut pengalaman kita laa..masa mengandungkan Aisyah dulu...cuba reffer post kita ni dulu (http://ch3mpaka.blogspot.com/2010/02/lagi-5-haridupdup.html) dan (http://ch3mpaka.blogspot.com/2010/02/dah-tak-terhitung.html) siap tgk wayang cerita Adnan Sempit sbb rasa sedih baby takmo kuar cepat... hahaha

    Last2 dia akan kuar juga...dont worry! Bukan kita jer yang tak sabar nak jumpa dia...dia pun tak sabar2 nak jumpa kita gak.. sekrg ni bykkan berdoa saja supaya baby and mama sama2 dipermudahkan...

    ReplyDelete
  8. Chempaka : Dah baca! Wah. siap sempat tengok wayang lagi eh? Kalau macam gitu, malam ni kena ajak Wahid gi tengok wayang jugaklah!

    ReplyDelete
  9. aishah...sy pn xpandai nk ckp2 dgn bb dlm perut dulu...hihi...:D bila try berckp je sy akan pecah perut gelak sbb rasa cam berckp seorg2...padahal bb tuh mmg dgr sgala perckpan kita..cuma kita je yg xbiasa...hehe :D try la slow talk dgn bb...keh3

    ReplyDelete
  10. faizah : betul, bila saya cuba bercakap dengan baby dalam perut, rasa macam kelakar sangat. tapi, sebenarnya memang baby tu dengar kan?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015