Tuesday, August 3, 2010

Tidak Seronoknya Bila;

Tidak seronoknya bila kepuasan berfacebook dan berblogging terpaksa dihadkan kerana kita harus menjaga hati-hati manusia lain. Status di facebook di salah erti. Entri di blog pulak, menjadi buah mulut orang.

Okeh, memang sangat tidak best.

Itulah masalahnya bila dunia ini tanpa sempadan. Apa sahaja pendapat, teguran dan luahan seringkali menjadi tatapan mata-mata asing. Ada pulak nantinya membalas dengan kata-kata 'indah' yang membikinkan hati panas.

Pendapat aku mudah. Kalau engkau tak setuju dengan status aku dekat facebook, engkau buat bodoh aje lah. Tak payah bakar-bakar line dan membuatkan seluruh hari aku jadi tidak best. Perkara mudah. Engkau faham kan?

Aku bagi contoh.

Ada beberapa kawan-kawan kat facebook yang suka sangat post status bla bla bla. Malas lah nak describe macam mana status dia. Hal rumahtangga ada. Hal dalam kain pon ada. Apa aku buat? BUAT BODOH SUDAHLAH. Paling-paling tidak pon, aku hide kan sahaja. Senang.

Takdelah sampai aku nak komen kat status dia dan bagi syarahan free. Itu kerja bodoh namanya. Selain memikirkan silaturahim yang bakal renggang, confirm lah hati kita jadi tak syok lepas bagi ceramah tidak berbayar berkenaan.

Lagi satu contoh.

Si Polan upload gambar. Aku pon terajin lah nak pergi tengok. Ada beberapa keping yang ala-ala MySpace. Siapa pernah ada MySpace, mesti tahu punya. Tapi, aku takdelah direct nak pergi sound cakap gambar ni tak elok bla bla bla. Tak senonoh bla bla bla. Macam hape je bla bla bla. Aku ni takdelah bodoh sangat nak pergi sound macam gitu. Aniaya kawan sendiri tu wehh.

Jadi, apa aku buat?

2-3 kali aku post perkara-perkara sebegini dalam status facebook aku. Tujuan aku, untuk menegur dan dalam masa yang sama untuk mengingatkan diri aku sendiri. Tidaklah sampai aku mention nama Si Polan itu, Si Polan ini. Macam aku cakap, AKU MENGINGATKAN DIRI AKU SENDIRI. Tidak ada sedetik pon niat dalam hati untuk mengata. Apatah lagi untuk mengumpat.

Kita ni manusia Tuhan yang lemah lah okeh. Apa sahaja tindakan dan tindak tanduk kita, ada sahaja yang melihat. Tapi cuba ENGKAU ambil cermin dan letak depan muka ENGKAU 24 jam. Apa yang ENGKAU nampak?

Nampak tak aku tengah bakar line sekarang??

APA YANG PALING MEMBUATKAN MUKA AKU BERASAP, BILA ENGKAU BERKATA SESUATU TENTANG ANAK YANG ADA DALAM KANDUNGAN AKU.

Itu yang buat aku hilang sabar.

Aku rasa inilah entri paling tak beretika yang pernah aku buat. Korang pon tak pernah tengok aku panas macam gini sekali kan? Biasalah. Hati tengah hot.

P/S : Lepas ni confirm dapat komen panas lagi. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

5 comments:

  1. itu payahnya bile ade kawan2 tahu ttg blog/fb kite nie. lebih2 lg office mate huhu. blog kite nie ade sorang je opismate yg tau & sllu bace. sbnrnya x bape gemar dia tau, tp dh xleh buat ape sbb ade bdk lelaki yg keje kontrak aritu pecah rahsia. geram tp bersabar jelah. tp itulah, payah nk menulis mengikut rasa hati. nk kutuk2 bos pn da susah =B

    rasa menyesal sbb accept opismate kt FB. nk delete kang terasa pulak huhuh

    ReplyDelete
  2. selalu jugak baca wifey mengadu pasal hubby diorang kt status FB.. ermmm macam TAK PERLU je buat benda2 macam gitu, kan? takkan la xleh nk diskas elok2 dgn partner kita. sampaikan kena letak dlm FB? seluroh donia tau masalah kita..hoho HARU weh.

    ReplyDelete
  3. Shareena : Itu kalau teman satu office. Kalau yang berkaitan ialah saudara mara kita sendiri macam mana kan? Sangat susahlah nak cerita secara terbuka sekarang. Macam dah tak best. :(

    Biru Pink : Saya KERAP baca. Kesian kat suami atau isteri masing-masing. Perkara dalam rumahtangga dan dalam kelambu tak perlu canang satu dunia kan?

    ReplyDelete
  4. saya rasa saya tahu pasal status aishah yang mana.. mmg tak patut nak cakap macam tu kat baby.. sentap la tu kan sebab dia makan cili.. saya baca pun gerammm...

    tapi i like how u counter.. jangan main2 woo sama aishah! hehehe..

    ReplyDelete
  5. Aneen : Saya boleh sabar bila orang nak serang bla bla bla. Takpelah. Tak semua orang boleh terima teguran dan pendapat orang lain. Apa yang membuatkan saya tak boleh terima, bila sentuh soal bayi. Heeeeee.

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015