Thursday, August 5, 2010

Braxton Hicks Contractions.

Malam semalam memang mencemaskan. Bermula jam 8.30 malam, bahagian pinggang membawa ke punggung terasa lenguh-lenguh. Perut rasa memulas tapi tiada hasil buangan. Duduk lama dalam toilet tercanguk-canguk.

Cakap dengan Emak, Emak kata pergi minum air suam banyak-banyak. Buat air milo satu cawan supaya ada tenaga nak teran. Cakap dengan suami minta standby. Boleh bersalin anytime je ni. Siap remind macam-macam benda. Baju baby kat mana. GL kat mana. Nanti nak kena telefon siapa. Buat macam mana. Dan bla bla bla.

Tup tup, lenguh dan kesakitan tadi hilang. Grrrrrr.

Takpelah. Kita tunggu dia datang balik.

Dan seperti yang dijangkakan, 2 jam selepas tu lenguh dan sakit pada abdomen bahagian bawah datang kembali. Siap buat catatan pukul berapa sakit datang. Berapa lama punya sakit. Sakit yang macam mana. Bahagian apa yang menyucuk-nyucuk.

Dengan niat, bila doktor tanya kang senang nak jawab.

Over aku ni. Over. :p

Bila kepala tengah concentrate analisis rasa sakit, Wahid tanya benda simple pon kena marah. Heeeee. Kesian suami aku. Padahal dia nak tolong redakan rasa cemas. Kena marah-marah pon, capai jugak minyak angin nak sapu kat kaki isteri. Berlinanglah airmata isteri sebab rasa berdosa. Terus minta ampun minta maaf sebab takut rasa lagi sakit nak bersalin kejap lagi. Suami pon terasa sayu.

Touching-touching waktu sakit memang tak best. :(

Berbual-bual kejap dengan Wahid. Cerita-cerita pasal baby. Tapi dah pasang niat dalam hati, kalau sakit makin kerap, terus ketuk bilik Emak. Berdesup pergi hospital. Memang dah tak sabar sangat dah. Tak sabar nak jumpa baby satu hal. Tak sabar nak tamatkan rasa sakit tu pon satu hal.

Cepatlah sakit. Cepatlah sakit.

Macam tadi jugak, entah macam mana, kesakitan hilang serta merta. Frust sangat-sangat. Takpelah. Sabar lagi. Kita tunggulah dia datang makin kerap. Baru boleh cabut pergi hospital. Kalau pergi buta-buta macam gini, kena seluk kena hape pastu kena tahan wad. Tak nak lah aku. Lebih baik pergi time kow-kow punya sakit. Terus bersalin.

Cheh. Macam kuat je mental kau kan?

Tidur punya tidur, 12.30 tengah malam sakit datang lagi. Siap bangun duduk bersila minta Wahid urut pinggang. Lenguhnya satu macam. Tulang temulang macam lembik. Macam takde tulang pon ye jugak. Rasa macam nak nangis. Tapi tak jadi nangis. Cover macho tak payah sentimental-sentimental. Kata nak dapat baby. Heeeee. :)

Sakit hilang macam biskut. Datang balik macam angin pukul 2.30 pagi. Kali ni siap pakej perut memulas macam awal-awal tadi. Pergi toilet, tak ada benda yang dibuang. Duduklah aku termenung memikir nasib.

"Confirmlah aku bersalin malam ni. Confirmlah. Confirmlah."

Baring kejap atas katil. Amik feel nak pergi hospital.

Sekali lagi, rasa sakit pergi dibawa angin.

Aku cakap dalam hati;

"Biarlah keluar tanda. Pecah air ketuban ke. Keluar darah ke. Senang sikit nak pergi hospital. Kalau sakit hilang-hilang macam gini, aku tak pandai nak agak. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda. Keluarlah tanda......"

Sampai aku tertidur.

Sudahnya, aku lena sampai pagi. Takde sakit-sakit lagi dah. Lenguh pinggang tu masih ada. Tapi masih boleh bertahan dan bergagah pergi kerja. Seram jugak kalau tiba-tiba doa aku termakbul keluar tanda pecah air ketuban kat office ni kang. Mahunya satu sekolah kecoh ambulans datang neno-neno-neno angkat mak buyung pergi hospital.

Peh. Imaginasi tak boleh blah! :p

P/S : Ya Allah, hari ni sudah 9 bulan 8 hari. Permudahkanlah semuanya. Amin!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

16 comments:

  1. dah x lama la tu...semoga selamat semuanya..nnti jgn lupa tepek pic baby ye :)

    ReplyDelete
  2. harap2 semuanya berjalan lancar dan selamat yea..

    ReplyDelete
  3. insyALLAH tak lama tu Aishah.. ehehehe tapi betul lah, kalau ada show baru la leh jangka.. kalau kira2 sakit contraction, saya pun tak reti!!

    ReplyDelete
  4. ekekekek...
    ony pon de alami cam2..mmg xsenang duduk..serbe xkene..
    nk terjah sepital xde pape tande..
    mari kita sama2 menanti
    =)

    ReplyDelete
  5. waaaa cepat baby cepat kasik mama sakit kuat2 sket.. baby pndai kn.. cepat keje! hehehe

    gud luck eh kak.. insyaallah bakal jd mama x lame lg.. iskk terharu:P

    ReplyDelete
  6. huhuh...dah nk dekat la tue. semoga semua selamat ye Aishah. teran kuat2 nnti,tarik napas panjang2, jgn angkat punggung! =D

    ReplyDelete
  7. wow aisyah..dah tak lama lagi kan...bestnya at least aisyah ada sakit-sakit...saya nie...kepala baby pun belum engage lagi...perut pun tak turun...sakit pun takde..hari nie dah 37weeks 5 days..bila ler bby kita nak keluarkan...insyaallah semoga segalanya berada dlam keadaan baik.

    ReplyDelete
  8. saya pon mintak2 kuar tanda dulu baru sakit2

    ReplyDelete
  9. maria pun mcm aisyah jugak..sakit haritu..buat catatan kat mana sakit n pukul bape..serba salah tak tau nk p hospital ke x..sbb xda tanda turun darah ke air ke..so last skali doa moga ALLAH bg petunjuk turun darah ke air ke..huhu..pas 5 min mcm tu terasa nak terkencing terus p toilet tgk ada darah turun..terus rembat p hospital dlm 10min je..nurse kata dah 6cm bukak dah..huhu..so tak lama dah aishah..gud luck ye..teran jgn tak teran tau...nnt sms sy tau aishah..excited ni

    ReplyDelete
  10. wahh, dh byk tanda2 awal ni. huhu. tak sabar kan? ni ade lg tak yg teringin nak mkn? cepat langsaikan cepat..hehe nnt tak sempat :D

    ReplyDelete
  11. hello mama-to-be,
    banyak dah tanda awal nk deliver. Insya-Allah, semoga semuanya selamat ya Aishah.

    ops. baby, cepat2 sikit keluar ya. mama awk tak sabar dh nak peluk cium awk tu. :)

    ReplyDelete
  12. Insyaalah..tak lama lagi tu!

    fuh..berpeluh baca..terasa cam nak bersalinkan Aisyah plak..

    eh..sama la nama...kehkeh!

    dulu, kita pun jadik cam gitu jugak, siap pegi sepital dah..Dr. pun dah seluk2.. masuk sepital 3 hari, nan adooo...

    minggu depan baru budak kecit tu kuar...genap2 tarikh yg dijangka

    ReplyDelete
  13. bile bc entry aisha nie..mun teringt ms mun nak bersalinkan uwais...rindunye time tue...harap-harap semuanya selamat...

    ReplyDelete
  14. ameen segalanyer akan berakhir dengan selamat..

    ReplyDelete
  15. terasa takut pulak bila aishah...sebab kita kan serupa..:)
    -evyn-

    ReplyDelete
  16. Ina : Insya-Allah. :)

    Kimmy : Terima kasih. Doakan saya ye?

    Aneen : Itulah. Sekarang badan saya betul-betul tak selesa. Kalau pergi hospital takut kena tahan 1 hari pastu kena balik rumah semula. Itu yang tak mahu.

    Ony : Kan? Takut kena tahan wad pon iye jugak. Heeeee.

    Reen : Doakanlah akak Reen. Seram akak ni. Kuikuikuik.

    Shareena : Awak buat saya rasa nervous woooooo. Tension ni tension. Hahahahaha.

    Safiah : Insya-Allah. Sampai masanya nanti, keluarlah dia kan? Saya selalu fikir macam gitu je.

    Mimie : Yap. Keluar tanda lebih mudah dari rasa sakit yang tak boleh agak-agak ni.

    Maria : Senanglah awak pergi hospital dah 6cm. Nasib saya macam manalah nanti. Nanti pape hal, saya msg awak okeh?

    Hanie : Tak ada! Semua dah habis makan dah. Alhamdulillah. :)

    Ibu Alia : Haaaa. Apa kata awak pakat dengan Alia suruh dia cakap kat baby saya, mintak keluar cepat sikit. Hehehehe.

    Chempaka : Tarikh yang dijangka eh? Huh. Bagusnya Aisyah!

    Mun : Terima kasih. Doakan saya Mun!

    Alynnz : Amin! Terima kasih ye.

    Evyn : Ha'ah. Kita serupa. Siapalah yang dulu ni kan?

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015