Aishah Rahim's Diary: Nur Anis Najah

Showing posts with label Nur Anis Najah. Show all posts
Showing posts with label Nur Anis Najah. Show all posts

Tuesday, January 1, 2019

Tahun Baru Dan Sesi Persekolahan 2019.

Sumber gambar : Google
Selamat tahun baru 2019 buat semua. 

Semoga yang baik-baik sahaja buat kita semua sepanjang tahun ini. Diberikan kebahagiaan, kejayaan, kekayaan, ketenangan hati dan dipermudahkan segala urusan.

Apa azam uols tahun ni? Saya ni macam-macam azam tulis hahaha.. Dah tampal, dah print letak kat SOHO. Azam utama tentulah nak jadi Hamba Allah yang lebih baik - jangan tinggal Solat, nak usaha Solat awal waktu, nak banyakkan amalan sunat, sedekah dan paling nak fight ialah nak tutup aurat dengan lebih sempurna. Doakan saya tau :)

Azam lain tentulah berkaitan dengan bisnes dan paling korang tak caya tahun ni ada azam nak "kurus and stay healthy" gitchu kahkahkah.. Tak tahulah kenapa terbuka hati nak ada azam "nak kurus" sedangkan sebelum ni I don't really care about it. Maybe sebab dah berusia ni kot. Nak stay healthy with family, nak lebih cergas dan bersemangat!

Okaylah taknak cerita pasal azam lagi. Sekarang nak share gambar-gambar hari persekolahan pertama tahun 2019. Tahun ni Nashriq darjah 3, manakala Najah pulak darjah 2. Sekejap je depa ni dah besar huhuhu Mama terasa tua pulak tengok anak-anak dah besar :")


Lama gambar depa berdua tak keluar kat blog Mama kan? :p


Maaflah kat budak kecik belum mandi tengah tu *rolling eyes*

Overall pagi ni semua bangun senang je. Tak ada drama. Maybe dah lama tak pergi sekolah, so semangat nak jumpa kawan-kawan. Pastu depa excited kasut hitam tu hahahaha asyik nak cuba je dari hari beli haritu. Kasut hitam memang smart ler, kan?

Belajar la rajin-rajin, anak-anak. Banyak azam dan target Mama tahun ni berkisar pasal mereka bertiga. Ofcoz I am not a perfect mother. Selalu marah anak, garang. Tapi Mama nak usaha tahun ni nak jadi lebih sabar dan fun. Dan, kita kena fokus belajar jugak sebab tahun ni tak ada streaming, tak ada exam, nak tak nak parents kena ambil peranan bantu anak-anak belajar #notetomyself :)

Lain-lain, jangan tinggal Solat, jaga aurat, rajin mengaji, jadi anak soleh solehah yang bahagiakan Mama dan Ayah. Semoga Allah jaga dan pelihara anak-anak Mama dunia dan akhirat. Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, July 11, 2015

KAMI DAH BEBAS PAMPERS!

Dah lama tak cerita pasal budak berdua ni. Itulah kesannya penggunaan Facebook. Segala benda akan di update kat Facebook secara "siaran langsung" kekdahnya. Ambil gambar dan terus share. Masa zaman belum ada Facebook dulu, sinilah tempat meluah rasa. Tempat asah skill menyusun ayat. Sekarang ni dek kerana Facebook (eh Facebook pulak salah?), nak bina ayat pon taip-delete-taip-delete. It's good to be back here. Rasa berkembang balik skill menyusun ayat. :)

Update : Harini masuk hari kedua hidup tanpa FB apps dan FB messenger di handphone. Ianya takdelah horror sangat macam yang aku fikirkan. Ingatkan hidup akan jadi sunyi sepi ke ape. So far memang okay je. Pada awalnya agak janggal jugaklah bila tengah duduk-duduk tu takde buat apa tangan mencari icon FB kat handphone tu nak "scrolling and stalking" (ewahh!), tapi bila tersedar terus bangun buat kerja. Baguslah untuk aku supaya tak buang masa banyak sangat. Kalau tidak, satu benda apa tak jadi buat.

Kembali ke tajuk utama.

Sebenarnya nak cerita pasal budak berdua ni yang sudah bebas pampers. Maksud bebas pampers ialah dah tak pakai pampers lagi waktu siang dan malam. Alhamdulillah tidak sesukar yang aku fikirkan. Kalau dulu asyik fikir je, "Macam mana nak stopkan diorang ni pampers?". Syukur Allah banyak mudahkan. Tak ada drama-darama swasta sangat. Semuanya berjalan dengan mudah.

Siblings.

Aku share sedikit pengalaman potty train dua orang budak ini sebagai menyimpan kenangan di sini. Semoga bermanfaat juga untuk rakan-rakan dan ibu-ibu di luar sana.


Nashriq bebas pampers.

Aku mula train Nashriq potty train ketika umur beliau 4 tahun jalan nak masuk 5 tahun. Seingat aku sekitar hujung tahun 2014. Planning untuk potty train ni pon sebab mengingatkan yang Nashriq bakal masuk sekolah pada awal tahun 2015 tu. So gigihlah kami suami isteri siap beli bangku potty train supaya dia rasa seronok nak "berbisnes" di bilik air kehkehkeh.

Sumber gambar GOOGLE

Train dulu kat rumah untuk setengah hari. Contoh dia mandi pagi dalam pukul 9-10 pagi gitu, aku terus tak pakaikan pampers. Tapi kena selalu tanya "Nak kencing tak?", "Nak buang air besar tak?" dan selalu-selalu aware takut dia sesuka hati terbabas merata-rata. Pernah okay kejadian ini, Nashriq selamba yaya "buat kolam" depan kabinet televisyen. Masa ni aku taktau nak rasa apa. Nak marah kang tak profesional pulak heh. Jadi bersabar la banyak-banyak..

Cabaran besar dalam potty train Nashriq ialah waktu malam. Sebab dia jenis yang sangat liat nak bangun. Masa awal-awal nak train tidur malam tanpa pampers tu, memang tahap kesabaran tertinggi ku rasa sebab setiap malam dia akan terbabas huhuhu. Memang "bergaduh" tiap malam sebab tak cukup tidur nak kemas katil sebab dia dah terkencing. Setiap hari basuh cadar, setiap hari ampai penuh dengan cadar. Kadang tu, dia dah terkencing baru dia sedar. Padahal baru 5 minit sebelum kita dah kejut dia bangun ajak pergi bilik air tapi taknak bangun. Ko rasa apa? Sabar sabar sabar HAHAHA.

Akhirnya Nashriq bebas pampers juga siang dan malam apabila...


Najah bebas pampers.

Potty train Najah tidak sesukar Nashriq. Walau Najah ni ada perangai "tak boleh tahan" atau senang cerita dah emergency baru nak pergi toilet, tapi mudah jugaklah bagi aku. Najah mula diaper-less siang hari pada umur 3 tahun lebih - selepas 2-3 bulan bersekolah. Masa awal persekolahan tu memang pakaikan je pampers sebab cikgu dia pon faham ramai lagi anak-anak taska 4 tahun yang masih pakai pampers. Tapi lama-lama aku fikir mungkin inilah masanya aku boleh potty train Najah supaya tak pakai pampers. Dan ianya bermula dengan penuh debaran..

Sebab ramai kawan-kawannya yang masih pakai pampers, aku takut sangat yang Najah ni taknak pergi bilik air. Jadi masa awal-awal aku decide untuk tak pakaikan pampers ke sekolah tu, aku bincang dengan cikgu dia siap-siap. Syukur sangat dapat kerjasama yang baik dari pihak cikgu dia. Untuk Najah, cikgu bagi special attention sebab sentiasa nak kena tanya nak pergi bilik air tak. Tapi dek kerana perangai dia "tak boleh tahan" macam aku cerita kat atas tu, dia banyak kali terbabas walau dah sampai depan pintu bilik air! Bayangkan, acapkali cikgu akan mengadu kat aku waktu ambil dia balik sekolah, "Dia dah kata nak kencing tadi. Dah bukak seluar semua tapi tak sempat masuk toilet dah kencing.." - aku mampu sengih dan minta maaf je lah hihihi.

Tips : Untuk anak-anak yang baru mula potty train ketika ke sekolah, boleh bekalkan baju, seluar dan tuala letak dalam beg siap-siap. Senang kalau ada kes emergency macam Najah ni, boleh cikgu tukarkan baju yang kita sediakan.

Sesi belajar kat rumah.

Diaper-less waktu malam untuk Najah tidak sukar sama sekali. Malam pertama aku tak pakaikan pampers, terus dia okay je tak kencing. Nashriq pulak yang jadi malu sebab adik dia dah "lulus" tak kencing malam. Jadi cabaran untuk Nashriq, dia mesti kena lebih baik dari adik. Effort dia sendiri, dia taknak minum susu sebelum tidur dan mesti buang air siap-siap sebelum naik katil. Aku selalu cakap, "Abang tengok adik dah tak kencing dah atas katil, Abang pon boleh kan?"..

Waktu malam memang satu kali Nashriq akan bangun pergi bilik air untuk buang air kecil. Najah pulak, boleh tahan sampai ke pagi baru dia ke bilik air. Dua anak, dua ragam, dua cara, dua perangai. Mungkin sebab jantina berbeza, wallahualam.

Abang tolong buatkan kerja sekolah adik.

Akhirnya dua-dua dah bebas pampers. Jimat RM120 setiap bulan.
Boleh spend untuk pampers adik baby pulak nanti. Eh?

Nanti ada entry sambungan. Aku nak cerita pasal dua beradik ni dah bebas botol susu pulak.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, November 28, 2014

MAMA, NAK "MET-TAP"!

Harini ada kenduri kecil-kecilan sempena 4 orang anak saudara aku nak bersunat esok. Adalah buat doa selamat dan kenduri arwah sikit. Maaf kepada yang tak dijemput sebab aku pon sampai terlupa nak menjemput dek kerana busy sangat sepanjang minggu ini. Ampun ya, bukan tak sudi. Tapi itulah, kesuntukan masa sangat-sangat..

Jadi tadi, masa nak bersiap, Najah boleh landing baik punya sambil cakap, "Mama, nak met-tap!" Serius sebelum ni aku tak pernah make-up kan dia pon. Sebab aku cakap kat dia nanti rosak kulit muka. So dia pon ala-ala takut gitu. Tapi tadi, boleh plak merengek nak "met-tap". 

Saja nak happy-kan dia, aku pon calit lah sikit eye shadow, eye liner, blusher dan lipstik hihihi. Padahal aku pon dah lama tak pakai semua tu. Sekarang ni muka aku selesa pakai foundation dan bedak sahaja. Kalau rajin sikit, calit eye liner. Kalau tak memang naked gitu lah. 

Nah setepek muka Najah bermake-up.
KAHKAHKAH! Macam retisssss sangat! :D




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Saturday, November 22, 2014

NAJAH & DEMAM CAMPAK.

Actually tak pasti apa nama sebenarnya biji-biji ini. Ada orang panggil demam campak, ada orang panggil chicken pox, ada pulak orang panggil cengkering. Aku yang dah hidup 29 tahun pon tak tahu macam mana rupa yang sebetulnya. Tapi bila bawa jumpa doktor, katanya demam campak. Jadi aku pon angguk-angguk-kan kepala aje lah hihihihi.

Najah kena demam campak ni pon dah lama. Masa 17.10.2014 bulan lepas. Tapi aku tak share gambar kat mana-mana media social sebab ada kakak kat group pesan yang penyakit gini jangan suka-suka share gambar. Nanti budak lambat baik. Aku pon tak pasti kebenarannya tapi dek kerana nak anak cepat sihat, aku pon ikut aje la pantang larang yang aku sendiri tak pasti betul ke tidak itu. 

So berbalik kepada cerita Najah dan demam campak ni.

Badan Najah dah mula dedo masa malam 16hb. Najah ni tidur memang berbantalkan lengan aku. So aku dapat rasalah badan dia dah mula panas. Tapi mula ingat nak demam biasa je. So aku just tuam dahi dia dengan tuala basah. Tapi bila bangun pagi, nak mandikan dia, dah mula nampak biji-biji merah kat belakang badan.  

Oh sebelum itu. 

Sebelum Najah kena demam campak ni, seisi anak saudara semua dah kena dah dua minggu sebelum itu. Bayangkan Emak aku ada 10 orang cucu, semua memang transit kat rumah Emak. Aku pon memang kena duduk sini seminggu sekali sebab Wahid shif malam. Tujuh orang memang bergilir ganti dua minggu sebelum tu. Kecuali Haiqal (anak Kak Ngah aku), Nashriq dan Najah. Sekali bila Najah kena kali ni, si Haiqal pon kena sekali! Paling juara bertahan ialah Nashriq sebab yang sesi pertama tak kena, yang sesi kedua ni pon dia tak kena. Rileks je muka Nashriq tengok muka orang lain bersapu Calamine Lotion. Heh.


Pagi 16hb. The day aku mula nampak bintik-bintik merah.


Tak. Dia bukan merengek sebab demam.
Tapi dia bengang Mama amik gambar tanpa baju :D

Najah memang langsung tak merengek sepanjang kena demam campak tu. Dia boleh main, melompat, menari dan menjerit macam biasa. Cuma dia tak suka disapu calamine lotion tu sebab dia kata muka dia tak cantik! HAHAHAHAHAHA. Memang bergaduh okay tiap kali nak sapu calamine lotion.

Ada tips sikit nak bagi kepada mak ayah yang anak dia kena demam campak ni.

Bila korang dah nampak je biji pertama yang meragukan, terus cepat-cepat bawak pergi klinik sebab doktor akan bagi 1 antibiotik untuk "hambat" virus ni keluar. Tapi, kalau korang bawa lambat, lebih dari 48 jam, antibiotik tu dah tak berguna dah. Tips ni aku dapat kat doktor yang rawat Najah tu. Tapi masa aku bawa Najah tu pon dah lebih 48 jam. So tak dapatlah antibiotik tu.

So, kata taukey Shaklee, produk apa yang aku guna untuk rawat Najah? 

Macam biasalah kalau anak-anak demam, aku akan mandikan dengan Basic H. Bubuh beberapa titis dalam air mandian, dan jiruslah badan anak dengan air mandian tu. Apa yang aku perasan, tiap kali anak demam dan aku mandikan dengan air titisan Basic H ni, suhu badan mereka akan segera turun. Masa Najah kena demam campak tu, dia punya bintik-bintik merah pon cepat kering.

Pastu, antara produk Shaklee lain yang aku bagi ialah Nutriferon dan Mealshakes. Dua produk ni aku masukkan dalam susu Najah dan dia akan minum sampai habis. Nutriferon ni penting untuk turunkan suhu badan dan imun sistem. Manakala Mealshakes pulak untuk multivitamin dan bagi bintik-bintik demam campak segera kering dan tak hilangkan bekas. Memang syukur sangat Najah tak ada bekas demam campak kat muka atau badan. 

Dalam susu ni ada Nutriferon dan Mealshakes :)

Berselang seli dengan calamine lotion, aku sapu juga Herbal Blend sambil boleh urut-urut badan Cik Najah kita itu. Herbal Blend tu kan multi-purpose. Bagus untuk kulit kering, tumit yang crack, stretch-mark dan macam-macam kegunaan lagi. Yang penting, bau dia wangi dan berangin (mentholated). Tu yang buat aku dan Najah suka sangat-sangat :)

Sumber gambar dari GOOGLE

Honestly, sebagai mak, lagi pulak aku yang hadap dia 24 jam dari bangun pagi membawa ke teman tidur, memang sedih sangat tengok badan anak kita jadi macam tu. Bintik-bintik merah tu macam menyakitkan walau aku tengok Najah takdelah pulak menggaru atau mengadu sakit. Tapi serius memang sedih. Hati memang kena kuat. Lagi masa sapu calamine lotion atau Herbal Blend tu. Sayu je hati ni. Alhamdulillah kurang seminggu, demam Najah dah tak ada. Bintik-bintik demam campak pon beransur hilang. Bersyukur sangat-sangat sebab aku tak lalui fasa tu terlalu lama. 

Oklah. Jam dah pukul 1.30 pagi dah. Banyak lagi entry dalam draft yang akan aku keluarkan. Nampak tak begitu gigih aku nak catch up cerita balik semua? Iyalah, semua dah ada dalam draft siap bertajuk. Tapi lepas tulis tajuk tak jadi apa. Haih, kalau tak keluarkan nanti tak ada kenangan untuk dibaca di masa akan datang. Kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 7, 2014

KENAPA SAYA CUTI TANPA GAJI?

Alhamdulillah baru selesai sahur. Makan Nasi Ayam semalam yang Emak masak masa berbuka. Rasanya tahun ini, hari ni lah hari pertama saya sahur nasi. Sepanjang 7 hari yang lepas, saya cuma ambil Cinch Shake bersama ESP, quaker oat dan segala vitamin untuk bekalan sepanjang hari. Tapi harini punya Nasi Ayam tak boleh ditolak. Nanti terbayang-bayang sepanjang siang. Hihihihi.

Anyway, ramai yang tak tahu dan mungkin juga ada yang tahu, bahawa saya sedang Cuti Tanpa Gaji bermula Mac 2014. Tempoh yang saya ambil ialah 6 bulan dan bakal berakhir pertengahan bulan Ogos nanti. Kenapa saya buat begini? Kenapa saya nekad mengambil CTG? Apa dah banyak ke duit yang Shaklee bagi? Hahaha spekulasi sangat kan soalan.

To be honest, saya buat semua ini kerana anak-anak dan Emak saya (dan diri saya juga tentunya!). Tak tahulah nak bagi jawapan spesifik. But, I really love and enjoy spending my time dengan orang-orang yang saya sayang ini. Mula-mula nak buat keputusan untuk CTG tu, memang berbelah bahagi juga. Saya masih sayang kerja saya, tapi terlalu banyak kekangan (terutama di hati saya) yang menghalang atau lebih tepat, berat hati je dengan kerja hakiki (atau mungkin pemalas?)

Bila saya tulis begini, mesti orang fikir saya tak kenang budi kerja gomen.
Tapi beginilah.

Saya agak selalu memonteng kerja, MC dan cuti dengan pelbagai alasan. Kadang-kadang anak tak sihat. Kadang-kadang Emak tak sihat. Kadang-kadang diri saya sendiri tak sihat (atau pemalas juga?). Selalu ada sahaja benda yang buat saya tak perform di tempat kerja. BUKAN SEBAB SHAKLEE. Perkara ni dah berlaku lama. Cuma sebelum ni saya tak kenali potensi diri. Apa yang saya tahu, saya kena pergi kerja dan hujung bulan dapat gaji. Itu sahaja. Nak atau tak nak, saya kena kerja juga. Suka ke tak kena hadap juga. 

Pergi kerja pagi sebelum jam 7 pagi dan pulang lewat petang. Stress dan penat di tempat kerja, balik rumah anak-anak inginkan perhatian, saya kurang layankan. Sampai Nashriq setiap hari request, "Mama harini jangan pergi kerja eh? Mama mandikan Nashriq, Mama main dengan Nashriq, kita berbual-berbual", saya jadi sedih. Kemuncak keadaan bila Najah dah tak mahu naik rumah pengasuh. Menangis melalak yang amat nak ikut saya pergi kerja. Hati saya meronta setiap kali pagi nak pergi kerja. Sebab nak kejut anak-anak bangun pagi dan hantar mereka ke rumah nenek dan pengasuh. Ditambah, Emak saya yang jaga Nashriq pon dah tak berapa sihat. Menguatkan lagi keputusan saya untuk CTG.

Shaklee sebagai MEDIUM. Shaklee bagi saya peluang untuk tekad CTG.

Bila orang tanya, "CTG sebab nak fokus bisnes ke?", saya jawab tidak jugak. Fokus utama memang anak-anak, keluarga dan Emak. Shaklee bantu realisasikan impian sahaja. Kalau saya tak buat Shaklee, mungkin sukar juga saya nak CTG sebab tak ada pendapatan sampingan. Syukur Alhamdulillah sebab pendapatan Shaklee memang boleh cover segala potongan yang ada dalam slip gaji kerja kerajaan saya, dan boleh cover semua perbelanjaan bulanan macam biasa dan siap boleh buat simpanan! Allah, saya tak suka cerita pasal ni sebab tak mahu nampak riak. Tapi syukurlah, saya bertemu Shaklee dan berani keluar dari comfort zone saya. Kalau tak, mungkin selamanya saya kerja dari pagi sampai petang, dapat gaji ratusan ringgit selepas ditolak potongan hutang dan duitnya habis dalam masa sehari sebab bayar segala macam benda pulak.

Jadi, adakah saya akan naik kerja pertengahan bulan Ogos nanti?

Ini masih dalam perbincangan. Seronok sangat dah saya duduk rumah. Terlalu banyak perkara manis setiap hari berlaku. Anak-anak dalam jagaan saya, buat semua perkara bersama. Mereka ikut saya bekerja - pergi Shaklee, pergi pos barang, pergi COD ke customer. Duduk rumah saya coaching anak buah bisnes, mereka masih depan mata. Saya pergi mana-mana kelas tak rasmi oleh Shaklee pon boleh bawa anak-anak (but most of the time, Wahid offer diri jaga anak kat rumah kalau saya ada kelas). Kami bersama-sama setiap masa. 

Memang penat. Ya saya tak tipu memang penat. Tapi keseronokkan dan rasa kasih sayang itu melebihi segalanya. Ditambah lagi, saya dah tak hantar Nashriq ke rumah Emak saya, jadi kurang sikit beban Emak nak menjaga. Itu yang lebih penting bagi saya. Suami pon selalu kata, dia seronok tengok saya begini. Rumah dalam keadaan terjaga, anak-anak depan mata saya, dia nak pergi kerja pon tak risau. But of course dia risau saya drive ke sana ke mari. Tapi insya-Allah saya minta dia doakan saya dan anak-anak selamat setiap hari. 

Saya mohon juga doa rakan-rakan sekalian supaya dimudahkan jalan bagi saya yang seterusnya. Kalau boleh saya memang nak selamanya duduk rumah jaga anak-anak, sambil menjana pendapatan dari rumah tentunya. Saya tak mahu lagi terikat dengan tugasan hakiki. Jangan salah anggap, saya cuma sedar yang saya tak perform sebaiknya di jawatan hakiki (selalu MC, selalu cuti, selalu ponteng, kerja bertangguh, tidak cinta pada kerja), jadi saya tak mahu jadi tamak dan pentingkan diri sendiri kerana masih mahu kedua-dua pendapatan. Lebih baiklah saya lepaskan salah satu dan pilih yang lebih baik, insya-Allah. Semua atas izin dan gerak hati dari Allah jua.

Doakan saya.

Oklah nak bersiap-siap. Anak-anak pon tengah makan. Jadi saya boleh kemas rumah, basuh baju, sidai baju dan lepas ni saya ada coaching dengan anak cucu cicit dan lepastu saya nak ke Shaklee dan COD barang. Nampak pack kan jadual saya? Penat kan? Tapi bagi saya,

Do what you LOVE
LOVE what you do

Saya cintakan anak-anak
Saya cintakan keluarga saya
Saya cintakan Shaklee


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 11, 2013

Bukan Cerita Shaklee.

Hahahaha tajuk tak menahan kan?

Disebabkan blog ini telah lama tiada cerita peribadi, maka aku terasa blog ini seperti blog rasmi Shaklee pulak. Sampai ramai yang meng-PM (???) bertanya dimanakah gambar Nashriq dan Najah sudah lama tidak disiarkan. Alaaa korang memang comel sangat tau siap PM segala. Feeling retis sangat! Hakhakhaktui!

Oleh kerana hari ini sangat murah hati nak bersiaran bukan cerita Shaklee, maka aku pon gigih nak upload gambar anak-anak yang semakin 'banyak akal'. Setiap hari ada sahaja pe'el yang buatkan aku dan suami tepuk dahi! Bayangkan kuasa power rangers bergabung dengan power ultraman. Tak ke hebat?


Anas Nashriq - Bakal menginjak ke usia 3 tahun bulan Ogos ini. Badan makin kurus dan meninggi. Mulut sangat kepoh dan petah bercakap. Pemalu, penyayang dan lembut hati. Manja kedehek to the max! Currently sangat gilakan Thomas and  Friends. Setiap hari masuk kereta benda pertama dia akan cakap, "Ayah, bukak MIUS". So, apakah MIUS? Mius adalah RADIO. We have no idea kenapa dia panggil radio itu mius. Masa mula-mula memang tak faham. Tapi bila dia sendiri ON-kan radio sambil berkata, "Ini mius Mama", kami pon angguk kepala. Dah betulkan banyak kali tapi dia tetap panggil radio itu mius. Maka lekatlah nama radio itu mius. Hehehehehe.




Anis Najah - Kini berusia setahun 6 bulan. Masih menyusu badan sepenuhnya. Sangat hyper, licik, banyak akal, kapten kepada acara-acara kebinasaan kat rumah, suka memanjat dan berjoget atas meja! Yes. banyak benda lagi kalau nak describe Anis Najah sekarang ini. Dia ni macam ada super power berkuasa kuda. Hanya akan diam bila tidur. Selain dari tidur memang tak akan duduk diam. Macam bulu sehelai kena tiup. Minit pertama kau akan nampak dia kat depan TV. Tak sampai seminit dia dah punggah baju kat bilik! Can you imagine?!

**************

Ini cerita semalam. Semalam kan hari cuti sebab 1 Ramadan. Jadi kami suami isteri melepak sahaja kat rumah untuk mentarah gunung ganang baju yang meninggi. Hehehehe. Sebenarnya, bila budak berdua ni sedang berjaga, memang tak boleh buat kerja rumah. Kena entertain diorang join buat kebinasaan rumah jugak. Tapi semalam sudah tak tahan tengok gunung ganang baju-bajuan itu. Maka kena usaha jugak melipat suami isteri.

Suami lipat, isteri cari pair baju dan terus simpan. Tak sempat si isteri simpan, si anak yang perempuan sudah buat chicken dance atas baju-bajuan yang sudah dilipat!! Siap boleh gelak-gelak dan buat slide jatuh-jatuh lagi!! Memang kesabaran dicabar tahap maksimum semalam. Si Nashriq tak buat okayyyy. Nashriq cuma duduk tepi memandang adiknya dengan renungan "Habislah kau Najah lepas ni. Confirm kau kena kejap lagi!".

Sebab puasa punya pasal, amik nafas dalam-dalam dan hembus. Istighfar banyak-banyak supaya tangan tidak berjalan menjadi ketam. Kalau tidak memang dah selamat punya si Najah kena semalam. Dia memang suka sedut darah Ayah dan Mamanya. macam sangat puas hati kalau buat kami marah. Orang kata dia banyak akal - sangat bagus. Tapi kalau setiap hari macam ni? Hahahahaha.

Cerita lain?

Selain daripada aktif dengan Shaklee, aku sibuk bekerja je setiap hari. Eh, korang dah tahu kan aku dapat pindah ke Jabatan Pelajaran Johor tu? Dah hampir 3 bulan di sini, Alhamdulillah semuanya okay. Seronok jugak sebab dapat kawan-kawan yang sekepala. Skop kerja agak berbeza dengan skop kerja di sekolah dulu. Jauh beza sangat. So aku kena belajar banyak. Tapi tak apa. Aku suka je pon sebenarnya. Belajar benda baru pon dikira ibadah kan? :)

Pasal lesen kereta? Hahahaha. Aku dah lulus dah sebenarnya. Hanya dengan sekali test! Amboi statement berlagak gila kan? Tapi bila fikirkan dugaan-dugaan yang aku harungi sebelum nak dapat lesen tu, terasa beratnya alahai. Aku happy gila bila dah lulus ujian memandu tu. Kononnya nak terus bawak kereta lah kan. Tapi sampai ke hari ni memang tak pernah bawak langsung! Ini semua sebab sifat penakut dan gugup punya pasal. Haih...

Oh iya! Aku rasa belum terlambat kot kan untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan. Semoga ibadah puasa kita dan ibadah-ibadah lain diterima-Nya. Insya-Allah semoga dipermudahkan urusan kita semua bulan ini. Amin Ya Rabb!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, February 13, 2013

Kenapa Saya Berimpian Untuk Retire "7 Years Or Less"?

Sebab mereka berdua ini....


Mungkin ramai yang akan keluarkan pendapat, 'sayangnya nak berhenti kerja Kerajaan, kan terjamin masa depan? Kalau jadi apa-apa, Kerajaan takkan buang' dan bla bla bla. Saya senyum sahaja. Pada pendapat saya, semua orang punya pendapat masing-masing, dan masing-masing punya peluang untuk menyuarakan pendapat.

Dulu, saya selalu baca tweet dari Hannah Johary yang tak sabar-sabar menanti weekends untuk bersama anak-anaknya. Saya tak faham waktu tu. Saya fikir, kenapa nak tunggu weekends? Bukan ke hari biasa tu ada?

Tapi sekarang saya sendiri merasa bahangnya. Bila balik rumah lewat petang (Maghrib selalunya), anak-anak berlari mendapatkan saya. Peluk, cium, kata sayang, kata rindu, membuatkan saya rasa sayu sangat meninggalkan mereka sepanjang hari. Haih.

Paling sayu di waktu pagi. Waktu nak bangunkan mereka berdua untuk dihantar ke rumah Nenek dan penjaga. Serius memang tak sanggup. Normally, kalau hari cuti, mereka akan bangun lewat 8.30 pagi dan tersenyum manja peluk cium dan bergolek-golek atas katil. Saya dapat lihat bertapa mereka gembira bila saya dan suami ada di rumah meluangkan masa bersama. Seronoknya dapat mandikan mereka berdua bersama, ber-sarapan bersama, baca buku bersama, menonton TV bersama, berbual bersama, makan bersama, dan macam-macam lagi perkara dilakukan bersama. 

Saya pon dapat lakukan banyak benda di rumah - basuh bilik air, kemas rumah, settle kan kain baju, dan the most happiest things is, saya dapat masak untuk keluarga - untuk suami dan anak-anak. Perasaannya selepas kita memasak, kemudian anak-anak (Nashriq selalunya) memuji, "Sedappp Mama. Sedappp!" - walau hakikatnya dia cuma makan nasi kosong bersama ayam goreng sahaja. Fuuhhh, perasaan tu memang meruntun-runtun nak suruh berhenti kerja segera jaga anak je kat rumah.

Saya dah fikir 2-3 hari ini. Matlamat saya cleared. Saya AKAN berhenti kerja jugak dalam masa 7 tahun ini. Di usia saya 35 tahun, Insya-Allah. Atau mungkin tempoh tu akan jadi singkat, wallahualam. Yang pasti, saya ingin uruskan sendiri urusan anak-anak dan rumah. 

7 tahun dari sekarang, Nashriq sudah 9 tahun. Najah pulak 8 tahun. Mungkin, kami akan ada anak-anak tambahan selepas ini (HAHAHAHAHAHA) dan saya BERIMPIAN untuk uruskan semua anak-anak sendiri. Jaga urusan persekolahan mereka, jaga urusan makan pakai mereka, teman meraka siapkan kerja sekolah, pantau dan pastikan mereka jalankan perintah agama. Saya mahu bentuk mereka ke arah kualiti dunia akhirat. Tak mahu dunia sahaja. Saya mahu jadi seperti kakak ini - Puan Lina Karim.

Fuhhh, rasa lega bila dapat tulis macam ni....

Saya tahu, saya yakin, saya fokus nak capai impian yang satu ini. Lebih-lebih lagi bila pagi tadi nak pergi kerja, jam dah pukul 7.00 pagi, Ayah dan Mama dah lambat nak pi kerja, tapi anak-anak masih macam ni....


Rasa tak sanggup nak kejut bangun :(

Insya-Allah, RETIRE YOUNG, RETIRE RICH, RETIRE HEALTHY.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 17, 2012

Setahun Anis Najah.

Semalam, 16 Disember 2012 adalah tarikh kelahiran Najah. Sudah setahun dah cik mek molek tu. Kalau dikenang balik kenangan setahun yang lepas, bahagianya rasa. The feeling masa dapat newborn tu memang happy sangatlah aku rasa. Tengok baby kecik cenonet baring kat tepi pastu tidooo je kerjanya. Huhuhu memang best gila! Tapi skang ni aku lupa plak sakitnya jahit tu macam mana. Padahal aku tahu sakit. Tapi skang dah lupa. Pelik kan aku ni?

Dan semalam jugak telah diadakan sambutan harijadi kecil-kecilan. Cuma Emak, adik beradik aku dan anak-anak saudara je. Kalau ayah mertua dan ibu mertua aku ada, maybe majlis tu dibuat kat rumah sendiri sebab boleh celebrate ramai sikit. Tapi ni dah hampir 2 minggu ayah dan ibu mertua ku berjalan-jalan Germany, Prague, Italy semua, so kami pon sambut kat rumah Emak aku je. Kecil-kecilan.

Kek telah di sponsor oleh Kak Ngah aku. Kebetulan kat tempat kerja dia ada member buat bisnes baking cake ni. So senang lah dia deal. Aku plak sponsor Nasi Ayam yang dimasak oleh Emak. Hahaha. Nak masak sendiri kang takut tak lepas piawaian tekak orang ramai. So serahkan kerja-kerja yang pakar kepada yang lebih pakar. Aku duduk tepi jaga anak lagi bagus. Najah pulak skang galak nak berjalan aje. Satu rumah dia tawaf. Penat dah aku ni mengekor bontot dia.

Anis Najah's birthday cake.
Siap gambar Boboiboy kau!
Hahahaha. Sebenarnya dia takut dengan Boboiboy tu... :p


Ni masa nak nyanyi lagu birthday.
Nampak tak dia dah kenyam kek tu dulu?
Pastu sedap jeeee dia makan.


Birthday girl with Ayah.
Bukan main seronok lagi dapat makan kek. :)

Perasan tak kat mata belah kanan Najah tu ada luka? Hehehe. Itu hasilnya bermain dengan Bayong. Gurau punya gurau kat playroom, tiba-tiba dengar suara si adiknya menangis. Waktu ni Wahid ada kat playroom sama tengah monitor anak-anak. Berlarilah aku ni pergi playroom nak tengok apa cerita. Rupanya, Nashriq sudah TERbaling kerusi ke muka Najah. Alaaa, kerusi bebudak yang kecik pendek tu. So terkenalah kat situ. Memang kesian sangat Najah menangis lama gila! Puaslah Nashriq say sorry pastu peluk-peluk cakap sayang Najah. Tapi Najah punya merajuk, langsung takmau pandang muka Bayong dia. 

Nashriq? Kena marah sikit dengan Wahid. Tapi kami tak pukul sebab faham yang dia tak sengaja. Dia tak berniat pon kan? Dia cuma tahu nak main dengan adik. Tapi gurauan dia kasar. So kami just tepuk tangan dia sikit dan cakap jangan buat lagi. Kesian adik. Sayang adik. Kesian Najah sakit. Pastu muka dia sedih sangat. Dia pergi kat Wahid dan cakap, "Achik wat, pok Achik" (Nashriq buat, tepuk Nashriq). Hahaha. Rasa nak gelak bila dia sendiri mintak kena tepuk. Pandai pulak tu mengaku salah dia dah buat. Hehehe.



Tu dia lukanya. Nampak tak?

She's getting better. Mula-mula haritu kami biarkan aje. Tapi makin lama makin melarat dan besar. Mungkin luka tu jadi gatal dan Najah garu. So tak baik-baik. Kami bawa pergi klinik, doktor kasi antibiotik dan ubat sapu. Barulah nampak ok sikit ha. Maybe betul jugak kata doktor tu, luka macam ni, kena makan ubat dalaman gak, so dia baikpulih luka dari dalam. Tak leh harapkan krim sapuan aje. 

Haaa berbalik kepada kisah setahun Anis Najah, tak sangka minah tu dah besar gitu. Tak terasa masanya membesarkan Najah ni. Betul kata orang, kalau anak first, kita akan sentiasa je nak update perkembangan anak-anak. Tapi bila masuk 2-3 anak, memang tak dan punya. Rasa bersalah pulak kat Najah sebab aku langsung takde update milestone Najah sepanjang setahun ni. Tapi sebenarnya Najah tak banyak kerenah. Kurang sakit, jarang demam. So takde apa yang nak update sangat. Aku bersyukur sebab memang mudah sangat membesarkan Najah selama setahun ini. Mudah-mudahan, Allah permudahkan lagi perjalanan kami yang seterusnya.

Najah sekarang dah mula menapak 3-4 langkah. Bila semua orang tak nampak, boleh je dia menapak sendiri. Tapi kalau kita semua pandang, mulalah dia melembikkan badan mintak ambil. Haih, manja sangat anak dara seorang ni. Rasa macam nak berhenti kerja je duduk rumah jaga anak-anak. Mandikan mereka berdua sama-sama, pakaikan baju sambil nyanyi-nyanyi, Bayong menyusu si kecik pon nak susu, kemudian tidur bertiga atas katil sama-sama. Bestnya lahai kan? Kami cuma ada hari Sabtu, Ahad dan hari cuti je untuk buat tu semua sama-sama. Tapi tak apa, aku memang tengah kejar impian yang satu ni. Insya-Allah, I'm looking forward untuk grab this dreams.

Alhamdulillah jugak, sudah setahun Najah bersama susu ibu. Memang tak sangka yang aku mampu bertahan sejauh ini. Pernah terdetik untuk mula campurkan Najah dengan susu formula sebab dah mula malas mengepam semua, tapi Wahid kata teruskan je fully BF dulu. Stok masik banyak, susu pon Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. So kenapa nak campur FM? Oklah fine. Aku akan teruskan selama yang boleh. Selagi mampu dan diberikan kekuatan. Insya-Allah.

Fuuh, macam panjang pulak entry aku kali ni kan? So I better stop now. Till then. Bye! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, December 10, 2012

Lebih Kurang Setahun Yang Lepas.


Lebih kurang setahun yang lepas, lahirlah seorang puteri kecik yang diberi nama Nur Anis Najah. I was so in love dengan nama Najah tu since terpandang kat dalam Buku Nama-Nama Islam. Najah membawa maksud 'Kejayaan' - dengan harapan, semoga hidupnya berdamping kejayaan sentiasa, Insya-Allah.

Kalau dikenangkan kembali bagaimana penerimaan saya ketika mengetahui saya kembali mengandung kali ketiga, waktu itu Nashriq baru berusia 6-7 bulan, rasa nak gelak sakan sekarang ini. Tak terbayang dek akal bagaimana psiko-nya saya menangis sebab tak boleh terima hakikat. Saya salahkan Wahid 100% waktu itu. Saya lari duduk atas jejantas tengok kereta laju lalu lalang kat bawah. Wahid bergegas cari saya lepas tahu saya tak masuk kerja. Dia amik saya kat jejantas dan bawa saya duduk tepi laut untuk heart to heart talk. 


Kelakarnya kalau fikir balik :)

Sekarang, bila Najah di depan mata, dah mula melangkah 3-4 tapak, suaranya buat riuh satu rumah, manjanya, senyumnya, keletahnya, pandangan matanya - Subhanallah, tak terasa pahitnya masa lalu itu dulu. Anak kecil yang kononnya dulu saya 'tak mahu', 'tak suka', 'tak sedia', sekarang ini menjadi ratu hati saya. Dialah yang menenangkan saya bila hati gundah gulana. Najah ni macam ubat penenang. :)

"Happy 1st birthday in advance, Anis Najah. Semoga awak membesar jadi anak yang solehah, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata dan jadi anak yang cerdik dan pintar."

Ahhh, rasa macam nak berhenti kerja sekarang dan jaga anak je kat rumah.

Ya Allah, perkenankanlah niatku yang satu ini. Amin!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 26, 2012

Mimpi Semalam.

Semalam terima dua berita kematian bayi. Dua-dua pon masih dalam kandungan. Exactly sama dengan kisah Nashrah. Cuma kisah yang dua ni lagi sedih sebab baby dah full term. Tinggal tunggu masa je nak keluar. Sedih gila kot hati aku. Dapat bayangkan macam mana perasaanya keluarga yang menanggung. 

Bila khabarkan pada suami pagi tadi, dia pon cakap hanya orang yang ada kat situasi kejadian je yang tahu perasaannya macam mana. Masa tu hilang kejap aras tuju. Nak menangis pon dah penat dah. End up, duduk lah termenung mengenang nasib. Kenangan sangat semua tu. :)

'Allah turunkan hujan sebab dia nak bagi kita pelangi'.

Aku tak ingat siapa bagi aku ayat kat atas ni. Tapi masa dia bagi ayat tu, aku rasa cam, "Apa kaitan pulak hujan pelangi semua dengan kes aku sekarang?". Rasa tak relevan langsung pon nak kaitkan kes kematian anak dengan pelangi bagai. Hahaha. 

Itu fikiran aku dululah tu.

*Senyum*

Pelangi-pelangi tengah tidur.

Now I know what it really means. Inilah dua pelangi yang mewarnai hidup aku sekarang. Siang malam aku hanya untuk mereka. Dah tak ada benda lain dah dalam kepala selain mahukan terbaik untuk dua buah hati pengarang jantung ni. Rasanya, inilah dua perkara paling terbaik yang ada dalam hidup aku - buat masa ini. Kot-kot esok lusa tambah anak kang, tambah lah lagi satu pelangi. :p

Oh ya! Weekend haritu pi majlis bertunang sepupu Wahid. Pastu ada seorang budak lelaki ni badan gempal besar sikit dari Nashriq. Umur 3 tahun kata emaknya. Hahaha. Terus teringat Nashrah. Punyalah ligat! Tapi comel sangat Subhanallah. Kalaulah Nashrah ada, pastu campur Nashriq, tambah Najah pulak, memang tak dapat bayang macam mana bahagianya hidup aku! Tengah taip ni pon tersenyum-senyum ni ha. :))

Ahhh tak boleh berhenti senyum.....

"Nashrah, akan Mama tumpahkan kasih sayang untuk Nashrah kepada adik-adik. Supaya kita semua tahu dan rasa, Nashrah masih ada bersama kita walau hakikatnya tiada".


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, November 14, 2012

Anak-Anak & Gadget.

I always thinking yang bila anak-anak terlalu dilekakan dengan gadget-gadget, makan kuranglah komunikasi antara mereka dan ibu bapa. Perkara ini aku tengok sendiri berlaku pada anak-anak sedara aku. Sampaikan tengah makan pon duk sibuk main tab. Rasanya perkara ni memang tak elok pon kan kalau terlalu diamalkan. Ianya akan 'bunuh' communication skills between parents dan anak-anak. 

Tapi, aku tak nafikan jugak yang ramai anak-anak kawan aku yang jadi bijak pandai melalui gadget-gadget teknologi macam ni. Boleh kenal A-B-C, boleh kita 1-2-3, boleh baca Alif-Ba-Ta dan paling bagus, dah boleh mula membaca seawal umur 2 tahun! Aku fikir, sangat baguslah kan? Pembelajaran seiring teknologi. Makin majunya negara, makin majulah bangsa.

Balik ke pangkal, gadget ni ada negatif dan positifnya. Yang penting kena berpada-pada. :)

Tak kurang jugak anak-anak aku. Tak payah tengok jauh pon, si Nashriq dan Najah tu, bukan main ralit lagi kalau dihadapkan dengan tab atau video-video kat handphone. Sampaikan bila tiba waktu makan, kami kena sembunyikan handphone untuk dia duduk sama-sama makan dengan kami. Waktu tidur pon, kasi tengok 2-3 video je then harus tutup sebab nak make sure dia tak terbiasa sangat mengadap gadget-gadget sebelum tidur. Lagipon, tak bagus untuk mata kanak-kanak kan? 


Ralit dengan sepupunya mengadap tab Ayah De.
Masa ni tengok video Upin Ipin.

Najah dok sibuk dengan video A-B-C.
Nashriq seperti biasa, dengan video Upin Ipin dia tu.


Sekarang ni, aku tengah timbang-timbang untuk membelikan sebuah gadget untuk Nashriq yang juga boleh dikongsikan bersama Najah. I'm thinking of gadget yang murah-murah sebab tak sanggup nak hadap dan tengok Nashriq memperlakukan gadget-gadget itu secara kasar. 

Anyone boleh suggest? Gadget tab yang boleh masuk video educations, games dan very tahan lasak. Kalau boleh nak yang boleh masuk sim kad. Tapi kalau takleh masuk sim kad pon takpe. Baru nak survey survey je pon ni. Hehehe. :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 29, 2012

Najah Tersalah Urat.

Baru-baru ni Najah demam. Demam yang maha cranky taktau nak kata camne dah. Sebelum ni pernah gak lah dia demam. Macam 1-2 hari je gitu. Cepat je baik lepas aku telan Vitamin C Shaklee dua biji. Tapi kali ni memang rasa kesian sangat. Melepek je takmau gerak. Kalau kita dukung pon, dia nangis. Tidur sekejap-sekejap. Hati aku memang dah risau dah. Nasib baik kebetulan Wahid amik cuti panjang kononnya nak habiskan cuti tahunan. So, banyaklah time nak monitor suhu badan etc.

Hari ketiga demam tu, hari Isnin. Aku memang tak sampai hati nak hantar dia pi rumah BS sebab dengan keadaan dia asyik merengek, takut BS tak tahan plak. Aku pon amik emergency leave dan terus bawak Najah pi klinik luar. Doktor check, then dia kata tekak Najah bengkak. Doktor kasi antibiotik dan ubat demam. Balik rumah tu aku terus bagi dua-dua ubat tu. A few hours, suhu badan dia turun lah. Pastu panas balik. Pelik sangat dah masa ni. Risau je kenapa demam tak baik-baik. Fikiran dah memikir macam-macam.

Keesokkan harinya, aku terpaksa amik emergency leave lagi sebab suhu badan Najah masih panas. Risaunya rasa hati sebab dia memang tak pernah melepek camtu sekali. Memang sedih okay. Seorang budak yang lincah merayau sana sini pastu kena demam dan melepek takmau bergerak camni, hati emak mana yang tak risau kan? Kebetulan, hari Selasa tu memang Najah ada check up untuk 10 bulan. So kami pon bawak dia gi check up dan bagitau dia demam dah 5 hari. Nurse yang bertugas suruh refer doktor. Seperti biasa kalau dah sampai klinik, of coz lah kena amik darah sebab doktor takut suspek denggi. Haih lah. Bertambah kesian kat budak tu pasal urat dia jenis cam aku dan Nashriq. Payah nak nampak. Sakit wooo kena cucuk jarum berkali-kali. Mula-mula kat tangan. Last sekali kat kaki baru dapat. :(

Lepas result darah keluar semua, tak ada apa-apa yang bahaya pon doktor kata. Check tekak lagi, yes bengkak katanya. Dia tanya ubat yang kat klinik luar aku amik tu dan dia suruh continue je (???). Berejam aku tunggu turn, dia suruh kami continue ubat je? Hahaha rasa nak megamuk pon iye. Tapi takpelah, maybe dia sayang ubat kat klinik kerajaan dia tu. Kihkihkih.

Balik rumah Emak tu, Emak kata Najah ni cam lain macam je. Pergilah bawak urut-urut ke sebab takut dia tersalah urat macam kes Nashriq dulu. Plus, manalah tahu kalau dia 'ditegur' ke, so boleh mintak makcik tukang urut tu tengok-tengok kan. Mula-mula tu berat hati jugak nak pergi sebab macam tak berapa percaya. Tapi aku dah tak tahan sangat Najah punya cranky tu. Letak menangis, dukung pon mennagis. So camne kan? Terpaksalah jugak ikhtiar pergi rumah makcik tukang urut tu.

Sampai aje kat rumah makcik tukang urut tu, makcik tu dah cakap, "Ni budak ni memang sakit ni". Dia baringkan Najah yang dah sedia bukak baju tu, pastu urut kaki kiri Najah. Masa ni dia dah start nangis tapi tak kuat. Lebih kepada nangis takutkan makcik tu. Hehehe. Bila makcik tu pegang je kaki belah kanan, terus Najah meraung mintak lepas. Baikkk punya meraung!! Kata makcik tu, peha kanan dia tu terseliuh urat. Sebab tu dia diam tak kebah-kebah. Demam urat kata makcik tu.

Balik je dari rumah makcik tu, straight away dia tidur sepanjang perjalanan tak bangun-bangun. Pastu, dah sampai rumah pon sambung tidur terus sampai ke pagi. Fuhhh, memang lega sangat dia dah tak cranky dah. Agaknya dah berapa hari peha dia tu sakit, tidur pon tak lena, sekali bila dah urut, lega terus lena je tidur.


Najah selalu nak skodeng video yang Bayong tengok.


Tapi Bayong ni lokek sikit. Takmau kongsi ngan Najah.

Kata suami : Bila ada anak dua ni, macam-macam ragam dah hadapi. Nashriq kalau sakit macam ni. Najah pulak ha macam ni. Esok ada anak nombor 3, macam mana pulak ragamnya....

Amboi. Seram aku dengar!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 26, 2012

Mama's Best Friend.


Well, gambar di atas dicilok dari tab Abang De. Tak tahu pulak ada gambar kami berdua yang sungguh comey macam ini. KAHKAHKAHKAH. Terasa macam naik lif terus pergi tingkat 16 pula. :P

Najah anak yang sensitif. Masa dia dalam hari pon kami dah tahu. Makcik yang tukang urut tu selalu cakap yang hati Najah ni kecik. Dia akan jadi seorang anak yang manja. Tak boleh kena sikit, confirm melalak. Masa tu memang cuak. Sebab kami dah biasa ganas-ganas dengan Nashriq. 

Hari demi hari, Najah membesar dengan jayanya. Tengok sahaja gambar kat atas tu. Badan berketak-ketak macam Michelin kata kawan-kawan aku. Hahahaha. Tapi, hati tetap kecik. Selalu sahaja Najah kena sindir oleh kaum keluarga aku (diorang nak sindir aku sebenarnya), "Awak ni Najah, badan je besar, hati kecik!" sambil jeling-jeling kat aku. Ciss sangat kan? 

Ya. Itu sifat kami yang sama. Hati kecik. Hati tisu. Mudah terasa.

Najah ni macam kawan baik aku nombor dua selepas Nashriq. Kalau Nashriq tu, kita luah apa kat dia, dia akan respon. Maklumlah dia dah pandai cakap. Najah pulak, kalau aku berbual dengan dia, dia akan pandang je mata aku sambil senyum. Serius diriku terasa cantik! HAHAHAHAHA kenapalah asyik nak syok sendiri aje ni? Lalalala.

Haa yes. Najah pendengar yang setia.

Tak tahulah lagi berapa bulan bila dia dah pandai cakap macam Nashriq, dia pon akan pot pet sama. But hopefully, Najah akan terus jadi pendengar setia cerita Mama. Sampai besar. Sampai Mama tua. :)

A daughter will always be Mom's best friend, kan?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 5, 2012

"Mama, Sorry Tau Mama?"

Aktiviti hujung minggu memang selalunya berkubang je atas tilam anak beranak. Main-main bergurau senda sampai anak-anak penat. Ayahnya layan Najah yang sibuk sangat nak berdiri sekarang ni. Manakala aku melayan Nashriq yang memang sentiMENTEL nak berpeluk cium pastu main rambut Mama dia ni. Tak faham sungguh aku anak bujang seorang tu. Apa yang best sangat entah rambut Mama dia ni. Heh.

Gurau main, gurau main, gelak-gelak pastu Nashriq terketuk kepala aku dengan satu objek yang agak berat. Terdiam kejap aku. Nak marah nak pukul, budak baru 2 tahun tahu apa? Kalau asyik pukul pon tak elok jugak. So aku mogok diam diri main handphone sorang-sorang. Muka Nashriq dah serba salah.

Ayah : Ayoooooo. Mama marah. Nashriq salahh.....

Nashriq : Mama? Mama? Salam eh? Salam eh?

Dia ambil tangan aku dan salam cium tangan. 

Nashriq : Mama? Sorry tau Mama? Sorry eh?

Aku buat tak tahu jugak. 

Dia pegang pipi aku. Tangan kanan dia kat pipi kiri aku. Tangan kiri dia kat pipi kanan aku. 

Nashriq : "Sorry tau Mama. Anash sorry tau Mama"

HAHAHAHAHAHAHA!! Terus cair hatiku. 

I love you Anash, no matter what!

Bergambar dengan Haqq. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 28, 2012

Nashriq's 2nd Birthday.

25 Ogos 2012, Ahad.

Tak ada celebration secara besar-besaran. Just a small birthday party jemput Atok, Nenek-nenek, Makcik Pakcik dan sepupu sepapat tuan punya birthday. Alhamdulillah, sungguh pon tak jemput orang lain, rumah cukup meriah dengan jerit pekik sanak saudara. Nashriq pon happy. Semua orang yang sayangkan dia, ada depan mata. :)

Menu pon tak ada yang hebat. Kebetulan Emak kata teringin nak makan Nasi Minyak. So, dia pon volunteer nak masakkan. Siap buat air Sirap Bandung lagi. Kami suami isteri cuma sediakan rumah dan kek sahaja. Pastu bermulalah majlis sambutan harijadi tuan kecil bersama keluarga-keluarga rapatnya.

Kek Hari Jadi.
Tahun depan Mama belajar buat kek ye sayang? :P



Makan kuih raya.
Cantik kan muka? T___T



Dengan sepupu sepapat.



Nyanyi lagu Happy Birthday.


Tepuk tangan untuk diri sendiri. T__T



Orang lain tiupkan lilin. HAHAHAHA.





Potong kek lah konon.



Mama pergi dapur amik piring.
Dia pandai-pandai nak angkat!



Sesi makan kek di playroom.
Pastu playroom terbalik dilanggar todak.



Anak dara Encik Wahid.


Bersama Qaseh dan Nenek belah Ayah.

Oleh kerana dah banyak sangat gambar. Aku jadi tak tahu nak taip apa dah. Maka, entry ini pon ditamatkan secara serta merta. Huehuehuehue. :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012.


Selamat Hari Raya! :)

Maaflah sebab banyak gambar yang tidak senonoh. Ini pon banyaknya gambar ehsan dari adik ipar kesayangan. Campur sikit dengan gambar yang diambil dari BB. Memang banyak yang tak lepas piawaian bergambar. Tapi apa ada hal? Upload dan tengok saja lah kan? 

Fantastic Four.
Hingar bingar bila bergambar.


Adik beradik.
Bermacam ragam.

Banyak lagi gambar kat FB adik ipar tapi tak dan nak pergi save satu-satu. Ni aku amik mana yang senonoh aje. Hahaha. Nampak sangat gambar sendiri banyak yang tak senonoh kan? :P

Lepas ni kalau rajin, aku up entry pasal birthday Nashriq plak okeh? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015