Wednesday, September 5, 2012

"Mama, Sorry Tau Mama?"

Aktiviti hujung minggu memang selalunya berkubang je atas tilam anak beranak. Main-main bergurau senda sampai anak-anak penat. Ayahnya layan Najah yang sibuk sangat nak berdiri sekarang ni. Manakala aku melayan Nashriq yang memang sentiMENTEL nak berpeluk cium pastu main rambut Mama dia ni. Tak faham sungguh aku anak bujang seorang tu. Apa yang best sangat entah rambut Mama dia ni. Heh.

Gurau main, gurau main, gelak-gelak pastu Nashriq terketuk kepala aku dengan satu objek yang agak berat. Terdiam kejap aku. Nak marah nak pukul, budak baru 2 tahun tahu apa? Kalau asyik pukul pon tak elok jugak. So aku mogok diam diri main handphone sorang-sorang. Muka Nashriq dah serba salah.

Ayah : Ayoooooo. Mama marah. Nashriq salahh.....

Nashriq : Mama? Mama? Salam eh? Salam eh?

Dia ambil tangan aku dan salam cium tangan. 

Nashriq : Mama? Sorry tau Mama? Sorry eh?

Aku buat tak tahu jugak. 

Dia pegang pipi aku. Tangan kanan dia kat pipi kiri aku. Tangan kiri dia kat pipi kanan aku. 

Nashriq : "Sorry tau Mama. Anash sorry tau Mama"

HAHAHAHAHAHAHA!! Terus cair hatiku. 

I love you Anash, no matter what!

Bergambar dengan Haqq. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

7 comments:

  1. wahhh kecik2 anak dah paham hati seorang ibu yg marah..

    ReplyDelete
  2. pandai betul nashriq amek hati. tapi bila tgk gambar, terkejut jap. awat gambar haqq pulak ni? hahaha.

    rupanya nashriq kat belakang tu. :)

    ReplyDelete
  3. anak lelaki memang pandai memujuk

    ReplyDelete
  4. Alalalala pandainya dia pujuk mama dia :)

    ReplyDelete
  5. wah.. ni buleh mencairkan hati anak2 dara kat luar sane nih.. hikhikhik

    ReplyDelete
  6. dh besar mcm muke ayahnye pulak..copy paste

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015