I always thinking yang bila anak-anak terlalu dilekakan dengan gadget-gadget, makan kuranglah komunikasi antara mereka dan ibu bapa. Perkara ini aku tengok sendiri berlaku pada anak-anak sedara aku. Sampaikan tengah makan pon duk sibuk main tab. Rasanya perkara ni memang tak elok pon kan kalau terlalu diamalkan. Ianya akan 'bunuh' communication skills between parents dan anak-anak.
Tapi, aku tak nafikan jugak yang ramai anak-anak kawan aku yang jadi bijak pandai melalui gadget-gadget teknologi macam ni. Boleh kenal A-B-C, boleh kita 1-2-3, boleh baca Alif-Ba-Ta dan paling bagus, dah boleh mula membaca seawal umur 2 tahun! Aku fikir, sangat baguslah kan? Pembelajaran seiring teknologi. Makin majunya negara, makin majulah bangsa.
Balik ke pangkal, gadget ni ada negatif dan positifnya. Yang penting kena berpada-pada. :)
Tak kurang jugak anak-anak aku. Tak payah tengok jauh pon, si Nashriq dan Najah tu, bukan main ralit lagi kalau dihadapkan dengan tab atau video-video kat handphone. Sampaikan bila tiba waktu makan, kami kena sembunyikan handphone untuk dia duduk sama-sama makan dengan kami. Waktu tidur pon, kasi tengok 2-3 video je then harus tutup sebab nak make sure dia tak terbiasa sangat mengadap gadget-gadget sebelum tidur. Lagipon, tak bagus untuk mata kanak-kanak kan?
Ralit dengan sepupunya mengadap tab Ayah De. Masa ni tengok video Upin Ipin. |
Najah dok sibuk dengan video A-B-C. Nashriq seperti biasa, dengan video Upin Ipin dia tu. |
Sekarang ni, aku tengah timbang-timbang untuk membelikan sebuah gadget untuk Nashriq yang juga boleh dikongsikan bersama Najah. I'm thinking of gadget yang murah-murah sebab tak sanggup nak hadap dan tengok Nashriq memperlakukan gadget-gadget itu secara kasar.
Anyone boleh suggest? Gadget tab yang boleh masuk video educations, games dan very tahan lasak. Kalau boleh nak yang boleh masuk sim kad. Tapi kalau takleh masuk sim kad pon takpe. Baru nak survey survey je pon ni. Hehehe. :)
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
android tablet banyak aishah, skrg pun dah murah2 je.
ReplyDeletea'ah mcm dayu ckp android tablet byk skrg ni...ada murah ada mahal..
ReplyDeletehusna pun same aishah...huhuhuh upin ipin tu celik mata je nk...adoi
ReplyDeleteKalau tablet samsung yang first keluar tahan lasak sket berbanding yg baru..murah dh skang ji..tp rasenye dh xde..kalau ade pon yg 2nd
ReplyDelete