Monday, November 5, 2012

Testimonial #12 : Pakcik Osman & Ostematrix.

Harini nak cerita pasal Pakcik Osman dari Mersing yang ada masalah tulang reput.

Last month, ada seorang lelaki telefon aku. Suara seorang anak yang mahukan ayahnya sihat. Dia terangkan serba sedikit masalah ayahnya dan kemudian bagi aku nombor telefon ayahnya dan minta aku bercakap sendiri dengan ayahnya. Niat aku cuma satu, nak membantu jika mampu. Jadi aku pon telefon ayah si lelaki ini tadi dan tanya serba sedikit masalah beliau.

Pakcik Osman : Pakcik ni ada masalah tulang reput. Baca-baca kat internet, jumpa blog awak. Nak cari yang kat Mersing ni takde pulak. Tu anak Pakcik duduk JB nak balik kampung Khamis ni. Pakcik ingat nak kirim kat dia je beli kat kamu.

Aku : Oh boleh Pakcik. Pakcik cari produk apa, ye?

Pakcik Osman : Pakcik baca kat internet tu, yang OS.... OS.... tu apa? Yang bagus untuk tulang tu. Pakcik baca semua kata bagus. Jadi Pakcik nak cuba. Berapa harga? Nanti anak pakcik amik kat kamu.

Aku : Ohhh. OSTEMATRIX, Pakcik. Itu vitamin kalsium dari Shaklee. Memang bagus untuk tulang. Makan 4 biji sehari sebelum tidur, untuk cover keperluan kalsium harian badan. Bila Pakcik nak? Nanti saya serahkan kat anak Pakcik.

Pakcik Osman : Haaa. Nanti Pakcik telefon anak Pakcik semula suruh dia amik kat kamu. Dia nak balik kampung hari Khamis ni. Nanti Pakcik cakap ke dia.

Dan kemudian, telefon berdering lagi. Kali ini, anak Pakcik Osman tu telefon.

Anak Pakcik Osman : Kak, kalau boleh saya nak cepat ye kak. Khamis ni saya balik kampung. Saya amik kat rumah akak malam ni boleh ke? Akak ada stok? Saya betul-betul nak belikan ayah saya ni kak.

Aku pon bersetuju dan beri alamat untuk beliau datang malam itu amik stok Ostematrix. Kebetulan memang simpan sebotol. Rezeki Pakcik Osman lah tu. :)

***********************************************

Hari Sabtu kelmarin, telefon berdering....

Anak Pakcik Osman : Akak, ada stok Ostematrix tak? Saya nak amik untuk ayah saya lagi.

Aku : Alamak dik! Stok akak habis. Tapi adik boleh pergi Shaklee Taman Molek tak? Amik kat sana. Pakai je ID akak. Harga sama jangan risau. Cakap je adik nak beli Ostematrix tau. 

Aku pon SMS kan ID number, nama dan alamat Shaklee Taman Molek bagi memudahkan anak Pakcik Osman ni tadi mencari Shaklee. Alhamdulillah, tak susah pon nak cari Shaklee tu. Bila aku SMS petangnya tanya, dia kata dah jumpa. Sempat jugak aku tanya macam mana ayah dia guna Ostematrix? Ok tak?



Alhamdulillah. Ada sedikit perubahan kata anaknya. Syukur....

OSTEMATRIX ni memang killer product Shaklee. Sakit kaki, sakit badan, sakit belakang, sakit tulang, memang bagus consume Ostematrix. Ini aku bercakap melalui pengalaman sendiri. Sebab aku sendiri, kalau stok Ostematrix habis dan culas lupa nak beli, confirm rasa badan ni sakit-sakit balik. Terasa kurang kalsiumnya. 

Lagi satu, selain daripada membekalkan kalsium kepada tulang-tulang dalam badan, Ostematrix ni jugak berfungsi melancarkan pembuangan air besar. YES THIS IS TRUE. Aku tak tipu. Siapa ada masalah sembelit ke, susah nak buang air besar ke, boleh amalkan Ostematrix ni, insya-Allah takde masalah tu lagi dah. :)

Jom kita tengok apa yang membezakan Ostematrix dengan kalsium lain di pasaran?

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandung kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Sumber : Buku Nutrisi SHAKLEE.

So sesiapa di luar sana yang ada masalah sakit badan, sakit belakang, sakit kaki, sakit tulang, atau hadapi masalah pembuangan air besar, boleh cuba Ostematrix. Percayalah, anda memang akan sukakannya! :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E  

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015