Friday, November 2, 2012

Krisis Pemulihan / Healing Crisis.


Ini tajuk yang selalu jadi bualan kalau sesiapa sahaja amik supplemen. Kalau yang amik Vitamin E, diorang akan komplen kata jerawat makin banyak keluar. Kalau yang amik ESP, akan kata pening-pening bla bla bla. Ini normal. Tapi tak semualah yang hadapi healing crisis ni. Ada yang bernasib baik, smooth je dia makan supplemen. Tengok-tengok hasilnya terus kebabom! Itu kena ingat, tubuh manusia ni lain-lain. Sejarah pemakanan dan penjagaan kesihatan sebelumnya pon berlainan. Jadi, tak boleh nak samakan diri kita dengan orang lain.

Kat bawah ni, aku taip sebiji-sebiji apa yang aku baca dari buku Nutrisi SHAKLEE. Buku ni memang best. Dia cerita dari A sampai Z semua pasal khasiat vitamin-vitamin Shaklee. Nanti ada time, aku cerita benda-benda yang lain pulak okay? Harini, nah kisah 'Healing Crisis'. 

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung lapar), cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu.
Diwaktu jangkamasa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Sumber dari : Buku Nutrisi SHAKLEE.

So, jangan risau kalau korang baru consume vitamin, pastu timbul perkara-perkara yang pelik macam pening, jerawat makin naik etc. Ini bermaksud, badan kita sedang beri tindak balas yang positif ke atas supplemen yang kita ambil. Bayangkan, sudah 27 tahun kita hidup (contohnya), tak pernah makan supplemen, sekali tiba-tiba masuk Protin, multivitamin, Vitamin E atau lain-lain, confirmlah badan kita terkejut. So, dia akan ambil masa untuk proses dan sesuaikan seluruh sistem nak terima supplemen baru itu. 

Amacam? Ada gaya nutritionist tak? :p


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015