Monday, December 24, 2018

Pengalaman Bersunat Anas Nashriq Dan Tips Penjagaan.

Setelah sekian lama saya tak menulis di blog ini, maka hari ni saya nak share pasal si bujang yang dah besar sangat dah, Muhammad Anas Nashriq. Dulu kemain banyak cerita dia dalam blog ni sampai gigih Mama dia update setiap hari milestones dia :)

Nashriq dah bersunat dah awal cuti sekolah haritu. Exact umur dia 8 tahun 3 bulan. Actually dia sendiri yang request nak bersunat sebab malu ramai kawan-kawan yang dah sunat. Konon taknak malu sangat, dia rela kena sunat. Dia ingat sunat tu apa agaknya? :p

Kalau ikut Mama Ayah, tentulah rasa kecik sangat lagi. Normally budak-budak sunat kan masa umur 11-12 tahun. Ni umur 8 tahun dah mintak sunat, tentulah kitorang kaget hahahaha. Akhirnya, kami setuju je nak sunatkan dia tahun ni dan kami pilih awal cuti sekolah bulan 11 so that banyaklah masa untuk dia rehat dan pulih sepenuhnya.

Kami daftar sunat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Kalau tak salah, bayaran RM100 setiap peserta. Tapi Nashriq dapat sunat percuma sebab Mama Ngah (akak saya) masukkan nama under family dan kakitangan. Alhamdulillah, syukur sebab Mama Ngah banyak tolong.


27 November 2018 (Selasa)

Hari yang ditunggu pon tiba, sesi Nashriq belah petang. 

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 12 lebih macam tu dan daftar sebelum pukul 1 tengahari. Nak dijadikan rezeki, peserta sesi pagi ramai yang dah siap awal. So, mana-mana peserta sesi petang yang dah sampai boleh terus masuk untuk disunatkan. Takdelah kami tunggu lama sangat.

Nashriq & Mama sebelum Nashriq masuk dalam bilik OT.


Untuk pengetahuan uols, program bersunat kat Hospital Sultanah Aminah ni, mak ayah tak boleh masuk temankan anak-anak. So bayangkan, Nashriq masuk seorang diri dalam bilik OT tu sementara saya dan suami tunggu kat luar dengan penuh debaran.

Nasib baik ada Ayah Long (abang saya) yang bekerja sebagai Attendan kat HSA tu, dia lah yang masuk tolong temankan Nashriq dari awal sampailah akhir Nashriq siap bersunat.


Dah selesai :)
Masa ni bius ada lagi. Belum sakit sangat.

Jalan pon laju je masa nak balik. Sampai Pak Guard tegur, 
"Jalan pelan-pelan bius belum habis tu.." 

Big boy dah Anas Nashriq :")

Menu pertama selepas sunat. Roti Cheese Bakar dan Cheezy Nachos feveret dia.


Selesai sunat tu, kami teruslah balik rumah. Bermulalah layanan tahap Diraja sampai makanan bawak naik bilik, makan atas katil, nak itu panggil Mama, nak itu panggil Ayah. Adik-adik pon jadi mangsa hahahaha kena suruh itu suruh ini.. Pastu handphone memang melekat lah kat tangan dia grrr sampai Mama takde chance langsung nak check handphone.

Kat bawah ni, saya share few tips yang saya apply sepanjang jaga Nashriq bersunat. By the way, bukan saya yang jaga, tapi Ayah dia. Sebab Mama injured di malam Nashriq bersunat. Yang ini nanti kita cerita kat entry seterusnya hahahaha..

So here we go Tips Penjagaan Sunat versi Anas Nashriq :)

1. Jangan bagi budak bersunat ni bergerak sangat. The more dia bergerak, the more sakit dia akan rasa. Kalau boleh baring je untuk 2-3 hari pertama. Unless dia nak pergi toilet ke, okaylah. Kalau rumah bertangga-tangga, biar dia rehat kat satu tempat je jangan turun naik.

2. Bagi makan panadol atau painkiller yang dibekalkan seawal yang boleh. Sebab once bius dia dah hilang je, mulalah akan ada drama airmata merembes-rembes. So better, bagi ubat sesiap dulu jangan tunggu dah sakit baru bagi, haru...

3. Setiap kali lepas mandi, buang air kecil atau bercebok, letak je ubat. Macam kami, kami guna Ubat Kuning yang hospital bekalkan tu. Masa mula-mula kami pakai kapas atau kain gauze pastu dap dap ke bahagian jahit. Tapi sebab Nashriq menjerit-jerit sakit huhuhu, kami mula tuang je ubat kuning tu atas kawasan jahitan. Memang membazir sket, tapi itu je cara nak elak sakit dan nak bagi ubat kena kat keseluruhan tempat jahitan.

4. Selain sakit, budak bersunat juga akan rasa gatal ya amat. Sampai ada satu hari ni, Nashriq menggaru (bukan kat tempat jahit), tapi tempat jahit tu boleh darah balik. Paniklah kami suami isteri siap ambil gambar tanya doctor etc. Apa yang doctor suggest, bawak berendam dengan air garam. Garam ni boleh beli kat farmasi. Kami pon bagi Nashriq berendam selang seli dengan Dettol and it really works nak bagi cepat baik, kering dan kurang gatal.

5. Selain itu, orang kata kena pantang makan kan? Nashriq ni masa awal-awal je kami tak bagi telur dan ayam. Masuk hari ketiga, dia dah mula bosan, mulalah mintak ayam dan telur tu. Kami bagi je lepas baca few article kata boleh je makan ayam dan telur. Alhamdulillah, takde apa-apa yang terjadi.

6. Kurangkan minum air. Ini sebab nak elakkan dia dari pergi toilet banyak kali nak buang air. Kata suami, kalau banyak buang air nanti sakit tempat jahit dan sunat tu. Tapi so far, Nashriq kata tak sakit pon masa buang air kecil tu. So dia bantai je minum air banyak hahahaha..

7. Ini tips tambahan kalau nak cepat baik. Boleh consume Zinc Complex dari Shaklee kalau anak uols sejenis mudah makan ubat. Amik sebiji sehari je sebab Zinc Complex ni fungsi dia memang untuk baikpulih luka dengan cepat. So takdelah lama sangat anak tu sakit bersunat.


8. Buatlah pipe tempat gantung kain pelikat tu untuk memudahkan kerja. Benda yang saya paling ralat sekali tak buat ialah, benda ini lah. Kami pakai tudung saji, kadang-kadang ikat (tu pon susah nak cari tempat gantung). Kalau uols buat pipe PVC macam gambar bawah ni, InshaAllah mudah kerja uols dan anak nak pindah-pindah baring pon senang je angkat..

Sumber gambar Facebook.

Sumber gambar Facebook.

Okay, itu je yang teringat sepanjang menjaga Nashriq bersunat. Sebab most of the time memang Ayah dia yang jaga sebab Mama injured muahahahaha. Pasal Mama injured ni, memang akan cerita jugak kat blog ni sebagai kenangan di masa akan datang kahkahkah :p

Till next entry, guys!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015