Aku sebenarnya tak berniat nak update blog harini. Tapi tadi, bila baca sharing dari seorang kakak kat group exclusive Shaklee kami, aku terpanggil nak berikan luahan hati.
Aku sebenarnya memang anak Emak yang manja. Apa sahaja yang melibatkan Emak, aku akan cepat sayu hati. Perangai aku memang banyak sangat ikut Emak. Hati tisu jenis banjir punya. Bukanlah aku tak pernah bergaduh atau berkecil hati sesama sendiri. Tapi akan secepat mungkin aku pergi minta maaf dan menangis-nangislah kami di situ dua beranak. Suami masa mula-mula kahwin, memang bingung habis tengok drama swasta kami. Tapi sekarang dah biasa. Hehehe.
Aku sayangkan Emak macam nyawa aku sendiri. Seluruh jiwa aku untuk Emak. Kalau boleh, apa yang aku ada, semua nak kasi Emak. Emak pon macam tu, aku tahu. Emak tak kisah pon menjaga cucu-cucu (walau ada orang kata usia macam Emak tu sepatutnya kami adik beradik tak boleh nak susahkan lagi), memasak untuk kami balik kerja (nampak macam menyusahkan Emak tapi memang Emak suka masak untuk kami adik beradik) dan memanjakan kami walau kami dah besar panjang beranak pinak.
Bila sesekali Emak di duga Allah dengan sakit, kami adik beradik memang panik habis. Bergilir-gilir amik cuti jaga Emak kat rumah. 2 hari orang ini, 2 hari orang itu, kang lagi 2 hari orang ni pulak. Sampailah Emak sihat betul. Contohnya macam baru-baru ni Emak tak sihat badan sebab tersilap makan, sampai seminggu jugak kami adik beradik take turn jaga Emak. Sampai Emak sihat dan kata dia ok, baru kami naik kerja masing-masing.
Start dari Emak tak sihat badan tu, aku terfikir untuk beri Emak 'sesuatu'. Aku tahu yang aku tak boleh 'beli' kesihatan. Itu semua kerja Allah. Tapi aku boleh usaha. Aku mahukan yang terbaik untuk Emak. Aku mahu dia sihat dan punya tenaga. Kesian bila tengok orang tua tak sihat kan? Cuaca tak menentu, badan tak tentu arah. Imun sistem dah tak kuat. Bila kena demam sikit pon, boleh jatuh sakit teruk.
Sebelum ni aku pernah cerita pasal Emak, Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet (AJHT) kan? Aku fikir, ketiga vitamin tadi ni spesifik untuk masalah sendi-sendi dan tulang temulang. So apa yang patut aku tambah dalam diet harian Emak supaya boleh cover masalah imun sistem dia? Supaya masalah letih-letih dan cepat penat tu kurang sikit?
Yes, Emak perlukan multivitamin dan Vitamin C.
So sepanjang Emak demam tu, aku cuba kasi Emak makan aku punya Vitalea dan Vitamin C. Memang bagus. Nampak Emak bertenaga hari yang kedua makan tu. Barulah dia boleh bangun dari katil dan nak jugaklah duduk depan tengok TV. Kalau tak memang kesian tengok Emak demam tak bangun. Kita orang muda yang demam pon dah melepek, apa lagi orang yang dah berusia. Kan?
Bila Emak dah sihat sikit dan mula nak start hobi memasak dia, dia mengadu badan macam penat jeee. Aku terfikir, kan dah makan multivitamin dan vitamin C, sepatutnya dah cukup sangat untuk bekalan badan Emak. Tapi aku terlupa sel badan Emak tak sihat ni. Sel badan tak cukup makan. Sebab tu bila sel tak sihat, Emak pon jadi lemah badan jee. Puas aku fikir, sampailah aku tepuk dahi teringat; "ESP!"
Ya Allah! Macam mana boleh lupa pon tak tahu! Padahal bulan ni ada promosi ESP, aku boleh lupa nak kasi Emak try. Macam nak menangis bila fikir kebodohan aku sebagai seorang anak ni. Patutnya dari awal lagi aku dah boleh fikir. Baiki sel badan dulu dengan Protin. Lepas tu barulah vitamin-vitamin lain yang kita makan menyerap dengan optimum. Huhuhu, consult customer bukan main beria. Bilal bab Emak sendiri macam apa je memikir.
Aku terus bancuhkan Emak ESP dengan Milo. Buat segelas suam-suam. Kasi Emak minum dan aku pon sambung kerja aku balik. Dalam 1 jam gitu aku tengok Emak tengah siang ikan bilis kat dapur, aku pon tanya; "Ok sikit Mak badan?".
"Ok! Rasa segar sikit!", lega rasanya hati.
"Nanti Ayang tinggalkan Ayang punya ESP tu kat sini. Mak minumlah. Nanti kalau dah habis, Ayang amik yang baru. Ubat yang coklat (Advanced Joint Health Tablet) ngan kalsium (Ostematrix) tu teruskan makan tau. Minum ESP tu lagi cepat vitamin menyerap".
Hahaha. Rasa kelakar kadang-kadang bila difikir balik. Dah macam Doktor dah aku. :)
Since Emak minum ESP, bila telefon Emak kat rumah waktu kerja, suara ceria je angkat telefon. Rasa lega sangat hati. Yes, feeling-nya bila dengar suara orang yang kita sayang sihat dan ceria. Bahagia sangat rasa. Aku berjanji yang aku akan buat terbaik demi kesihatan Emak, selagi mampu
Aku perlukan lagi doa-doa dari Emak setiap hari untuk perjalanan hidup aku.
Insya-Allah. :)
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)