Semalam adalah hari lahir insan tersayang, Emak. Sudah menjangkau 68 tahun usianya. Masalah normal yang sering dihadapi ialah sakit kaki, bisa badan, pergerakan terbatas sebab badan rasa berat, lenguh, pegang barang tak kuat, kerap kejang dan mudah penat.
Usia 68 tahun, what do you expect?
Masa mula-mula aku aku testing Shaklee ke atas diri aku, aku belikan Emak, Omega dan Ostematrix. Masa tu aku belum jadi Shaklee's Distributor pon. Selepas makan seminggu gabungan Omega dan Ostematrix tadi, masalah-masalah minor macam kerap kejang tu dah tak ada. Tidur Emak jadi lebih lena (orang tua kan tidur tak lena sangat), dan bisa tulang pon hilang (I bet ini kerja Ostematrix sebab Kalsium kan). Tapi masalah lain yang melibatkan sendi-sendi masih ada. Kadang-kadang Emak mengadu sikunya lenguh dan kebas bila pegang benda lama sangat. Lutut sakit sangat masa Ruku' dan Sujud. Nak duduk bersila bawah memang janganlah harap. Sebab bila nak bangun kang kena amik step lama gila baru boleh berdiri tegak.
Sooooo, bila Shaklee launch sahaja Joint Health Tablet, aku dah set dalam kepala nak belikan Emak sebotol. Tapi asyik bertangguh je dek sebab diri yang over busy. Hahahaha. Well sebenarnya, aku asyik terlupa je. Bila balik rumah Emak mengadu sakit sendi, baru aku teringat balik nak kena beli.
Huh, apa punya anaklah aku ni kan? T__T
Atas rasa kasih kepada Emak (echeh!), aku pon order Joint Health Tablet pada hari Selasa (10/07/2012) minggu lepas. Delivery takes 1-2 days. Tapi hari Rabu dah sampai pada tangan. Dengan rasa tak sabar, terus suruh Emak try selepas makan malam. Sungguhlah berkobar-kobar kan si anak nak tengok Emak dia sihat. Hahaha. Sebenarnya over sangat kat situ. :P
Dan ini cerita dua hari yang lepas.....
Perbualan telefon antara si Kakak dan si Adik.
Kak Ngah : Nak buat apa birthday Emak?
Aku : Entah. Kita nak masak ke? Kekekekekeke!
Kak Ngah : Beli jelah ek?
Aku : Aku beli KFC ek?
Kak Ngah : Okeh, aku beli murtabak.
Nampak tak kemalasan dua beradik itu? Hahaha. Tak, sebenarnya kami kenal benar tekak orang lain yang ada dalam rumah. Kalau bukan air tangan Emak yang masak, memang tak laku lah apa yang dihidang. Melainkan kalau dapat fast food ke, murtabak ke, memang laju! Kalau makanan masak, memang surrender. Masing-masing nak Emak jugakkk yang masak.
So pagi semalam, aku call Emak nak wish Happy Birthday.
Aku : Happy Birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki! Hehehehe.
Emak : Iyelah tu! Masak apa birthday Mak?
Aku : Hehehe. Ayang beli KFC je lah ek? Emak masak apa? (muka tak malu)
Emak : Mana ada masak! Hari jadi Mak, anak-anak lah yang masak!
Aku : Alaaaaaaaaa.
Emak : Takde. Takde. Mak nak gi pasar ni.
Dalam hati, takpelah. KFC dan murtabak kan ada. Cukuplah tu. Lagipon Emak memang selalu gi pasar hari Ahad. Restock barang dapur untuk seminggu. Confirm penat punya nanti. Dah belanja, nak kena kemas pulak kan? Dah lah anak-anak takde kat rumah. Masing-masing kat rumah sendiri.
Dalam tengahari, dapat SMS dari Kak Ngah.
"Kau beli KFC jangan banyak. Emak masak Soto"
Whatttt?? Balik dari pasar larat lagi nak masak Soto? Biar betik!
Dan jamuan kami petang semalam ada pelbagai makanan. KFC sponsored by me. Murtabak sponsored by Kak Ngah. Nasi Beryani by Abang Long. Errrr, Abang De sponsor perut. Ok letewwww! :P
Dalam jam 8.00 malam, lepas Maghrib....
"Emak nak pergi mana?" Aku nampak Emak tengah bersiap pakai tudung.
"Nak gi Yassin kat bawah. Dah lama tak pergi".
Terbeliak biji mata aku. Emak memang dah lama gila kot tak pergi Yassin kat bawah blok. Sebab masalah kaki yang aku cerita awal tadi tu. Susah nak duduk bersila bila dah ramai-ramai. Nak bangun kang kena berpapah bagai.
"Larat ke? Pagi tadi Mak gi pasar. Pastu masak Soto. Ni nak gi Yassin plak?"
Sebab apa aku tanya macam tu? Sebab normally, hari Ahad Emak confirm atas katil lepas balik pasar. Kepenatan sangat kadang-kadang sampai nak demam. Tapi harini....
"Ha'ah, badan rasa ringan sket Yang. Kaki pon tak berat. Bisa badan pon kurang".
Ya Allah. Syukur sangat di atas rahmatMu!
P/S : Emak masih teruskan pengambilan Omega dan Ostematrix.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)